Saturday, December 6, 2008

Doakan aku selamat ya

Hari ni hari terakhir aku bekerja untuk tahun ni kat opis aku ni...hehehehe
Esok aku dah start cuti bersalin. Saja ambik cuti awai skit. penat la kerja..lagi pun cuti tahunan banyak lagik. ni pun setelah aku ambik 12 hari ada balance dalam 10 hari lagi cuti aku. Nanti nak mintak boss carry forward ja ke tahun depan. Bulan 4 dapat cuti baru..insyaallah lagik 28 hari..pehh banyak tu..hehehe.

Doakan aku dipermudahkan dan dapat bersalin normal kali ni ya. Due 29.12.08. tapi aku berharap sangat by 38 week aku dah selamat bersalin..kot2 la mewarisi macam Hakim dulu... tak larat dah membawa diri yang semakin hari semakin jelas tahap "kepigunan" aku ni. Jalan pun tak larat, sakit pinggang, sakit kaki...macam2 sakit lagik la...dulu 1st time pegnen aku pun dah tak ingat samada aku melalui ke tak semua sakit2 ni.. tapi rasanya aku aktif sket kot berbanding yang kali ni..

Seribu satu perasaan ada skarang ni... apa-apapun kita raya dulu..nak makan puas2 dan rileks puas2 kat kg...hehehehe.. Kepada kawan2 selamat Hari raya Aidil Adha, selamat tahun baru dan Kongsi Fa Chai... aku sekalikan ja semua sebab nanti kang bulan 3 baru aku masuk opis semula dan bleh online... Tapi kalau aku tak tahan sgt ku mintak ja Mr. Rizal pasang internet kat kg..hehehehe bleh gitew?

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, December 5, 2008

Shopping lagi..

Pagi ni aku keja luar...biasa la pi Biro settlekan kerja sket... pastu aku menyinggah jap kat sini

Tak banyak pun yang aku borong. Sekadar sehelai dua jeans dan baju sket. Dah makin mahal. even jualan kat Kilang pun tak banyak beza dengan kat luar. Tapi kalau dapat grab gaun2 cun atau jeans tu memang berbaloi la coz kat luar kalau tak dak diskaun bleh tahan jugak harganya. Setengah jam ja aku kat sana...settle... lagik pun penat. kalau makin lama makin nipis dompet aku yang memang sedia nipis ni.. hai banyak betul dugaan dihujung2 tahun ni..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 2, 2008

Pureen w/sale

Weekend lepas aku dan Mr. Rizal menghabiskan masa selama 2 jam p pureen w/sale. projek terakhir sebelum aku bersalin. Macam biasa sesampai ja kat sana dalam 10.15 cam tu orang dah ramai..dah ada yang siap memilih dan membayar... walhal dlm pemplet cakap bukak pukui 10pg.

Aku terus p merembat kat bahagian baju2. target aku baju murah2 ja.. RM 8 ke bawah sepasang. Jadik la buat pakai hari2.. baju hakim pun dah banyak yang ketat. so ni la hasil rembatan aku.. dapat lebih dari 20 pasang dan masih dibawah budget.. tak sampai pun RM200 utk semua2 ni...

utk Hakim

Utk Si adik..
(abaikan kalau nampak cam byk baju girl... sajer jer..ku geram tengok even bby tak confirm lagik bby apa)


botol ni harga asal RM15.70..tapi ku dapat RM3 jerk

total hasil rembatan
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 27, 2008

Alhamdulillah

Hari ni aku ada temujanji utk check up kat Hosp Ampuan Rahimah (macam sedap sket dari aku sebut Hosp Klang kan...) sampai kat sana dah pun pukui 8.30...sepatutnya aku sampai pukui 8..sempat lagik aku beli bekfes..ni penting ni.. semua urusan selesai dalam 11.30..bleh tahan la jugak prosesnya..
Nurse2 kat sana pun friendly..siap borak2 lagik dan nasihat sket2 cara nak push. Almaklum la ni kira macam 1st time la bagi aku nk try normal. Selesai check-up Dr cakap setakat ni semuanya ok dah aku boleh try normal. Baby pun tak de besar sgt.sekarang dalam 2.6kg +.. Hakim dulu pun lahir 2.7kg ja...Kemungkinan utk c-sect tu tetap ada..cuma %nya rendah. Harap2 dipermudahkan..amin..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 21, 2008

Kau milikku!!

lalalala senangnya rasa hati... apa yang diingini bakal menjadik milikku..apa dia? nanti2 la aku cerita k.. hehehe
emm pejam celik dah pun ujung bulan November, pastu Disember..pastu datangnya tahun baru.. dah bleh start draft azam untuk tahun depan ni. Azam tahun lepas dah tercapai ker kawan2.. jap aku nk belek2 balik azam aku untuk tahun ni.... emmm alhamdulillah ada yang dah tercapai dan ada yang bakal ku forward ke tahun depan. Antara azam aku yang tercapai dek bantuan org lain ialah....hahahaha malu la nk cakap... senang bagi sesetengah orang tapi agak susah bagi aku. Nak tau apa dia?Nak naikkan berat badan ke 50Kg!!. tercapai dek kerana aku peknen....kalau tak tak tahu la tercapai ke tak... so akan ku forward jugak azam ku ini ketahun depan.... kita tengok berjayakah aku...heheheh Azam aku yang lain2 biarlah menjadik rahsia...(chewah dah macam cik CT Nualijah jerk bunyi nyer)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Aku hari ni..

Hari ni aku sorang2 jer kat opis ni..sampai pun dah pukul 9.45pg.. nanti kang pukul 4 aku chaw la.. bosan jadik tukun kat opis ni.. jawab call jer..lagik pun hari jumaat ni bukan banyak call pun...

Pagi ni terasa nak makan roti canai.. dan alhamdulillah aku masih mampu menjamah 2 bijik sekali harung....ngehngehngeh... 1 untuk ibu dan 1 untuk my lovely baby...(alasan nk makan banyak la nih).. abih dah nurse kat klinik tu komplen berat aku tak naik2 since 2 minggu lepas.. pelik..statik ja 54.2kg.. tak ke pelik..mana makanan yang aku makan tu p!!! Dan yang bagusnya kedai mamak kat bawah opis aku ni telah pun menurunkan harga makanannya termasuk la roti canai.. dulu RM1..pagi ni dah RM0.90.. walaupun hanya RM0.10 turun..aku sebagai pelanggan tetap menghargai... patutnya mmg kena macam tu..time minyak naik...semua peniaga bagi alasan minyak dah naik..bila minyak turun..harga barang n makanan tak plak turun!!!

My bekfes today.. 2 keping roti canai+ milo plus susu anmum.

Alhamdulillah...Hakim sekarang dah betah tdo sendirian kat katil baby cute dia tu...Leganya aku rasa!!! dia ni tdo lasak. penat aku nak alihkan malam2. so sekarang aku dapat tdo dengan tenang tanpa perlu menerima tendangan maut ditengah2 malam...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 20, 2008

Hakim kena GEGET

Petang semalam aku ambik hakim agak awal..dalam pukul 4.30ptg. nasib baik anak bertuah dah bangun dari tdo. Bila nampak anak aku ni terus mata aku "tangkap" satu spot merah kat bahu kanan dia. Belum sempat aku tanya akak yang jaga tu bagitau hakim kena geget ngan awek sebaya dia... ni gara2 hakim tolak awek tu...emmm biasa la budak2. tapi bab gigit ni aku agak pantang coz aku tak suka budak yang suka gigit. Hakim pun penah gak coba2 nak belajar menggigit... dapat la penangan aku...sejak dari tu dia dah tak berani gigit2 lagik. Kesian aku tengok.... balik rumah aku tanya dia...
aku : Hakim ni kena apa?
Hakim : gigit....
aku : ooo hakim kena gigit... nangis tak?
hakim: nangis.... huhuhu (sambil buat gaya budak menangis...)
aku: ha tu la, sapa suh mulakan dulu...tolak org, kena la gigit...lain kali jgn buat lagik!!!
hakim: aaaaaa
abah balik pun dia mengadu.... mengada betoi!!

Bahu hakim yang kena gigit...merah menyala


Say cheeese...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, November 18, 2008

OK tak?

Peti keramat kat rumah tu dah uzur sgt dah rasanya. dah tak berapa function.barang yang disimpan cepat rosak. Hubby beli masa bujang dulu. walaupun 2 pintu tapi 2nd hand dapat la dengan harga cuma RM300. dah banyak jasanya tu.. dah 4 tahun lebih dah pakai tiba masanya untuk di tukar baru...

Hajat di hati nak sambar fridge ni


430 Litres
Tempered Glass Door
Hybrid Guard System
- UV Fresh Guard - Cool Air Wrap - Hybrid Plasma Deo (Hybrid PLASMA keeps the air in the refrigerator clean by decomposing and eliminating bacteria, ethylene, which accelerates the aging of fruits and vegetables).
Tempered Glass Shelves
Removable tempered glass shelves are easily cleaned, strong and durable. (Withstand weight up to 100kg)
Ice Twister
RRP (Recommended Retail Price)
West Malaysia: RM 1849.00 East Malaysia: RM 1949.00

Tapi kalau yang besar sket 480 Litre harga dalam RM2040.. ni kat laman web la..Tapi ok ke aa Toshiba ni? Belum pernah ada lagik barang elektrik kat rumah jenama ni. Kami banyak pakai barang Samsung. Banyak ker? hahaha tak pun.. just TV and Washing Machine jerrrr..

update info 22.11.08 - alhamdulillah dah beli..480L... tapi dengan harga 430L (cam dlm internet)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Bosan

Bosannya aku hari ni. Budak2 office yang lain ada yang datang lambat dan ada yang tak masuk office langsung hari ni. Diorang nak bertolak ke Gold Coast..huhuhu Company Trip. aku? terpaksa la redho...tunggu office. macammana nak p...dengan memboyot-boyot ni... dah tak bleh naik flight. tambah pulak Mr. Rizal ada kursus. Jadik kalau aku tak peknen pun memang aku tak akan boleh p punya lah... Hai..melepas!!! bukan senang tau nak dapat comp yang bagi free satu famili p bercuti. Duit buat passport di tanggung! duit poket lagik di beri!!! dah tak ada rezeki aku..apa nak buat. Rezeki aku tuhan bagi lagik tak ternilai...heheheh... Insyaallah 4-5 minggu lagik dapat la rezeki aku tu...hehehhe...
Untuk mengubat luka aku tak dapat pi Australia FREE maka my comp bagi la sket RM buat ubat duka even tak sebanyak mereka2 yang dapat p sana..huhuhuhu..sedey..mmg tak p dah la rasanya...mana la den mampu..huhuhuhu.. setakat p Bandung tu lepas la...

emm.. ubah la tajuk..malas nk sedey2. jumaat lepas my mum datang temankan anak n cucu coz Mr Rizal kan p kursus kat Kelantan nun.. takut la kan anak dia terberanak ker..tak de plak org nak tolong. My mum duduk sampai semalam. Dia selalu cakap " susah la mak tak dak henpon..." emm disebabkan ada rezeki lebih sket bulan ni so anaknya yang tak berapa mithali ni belikan la dia Hp..Hp yang murah2 ja... lagipun my mum just nak call jer... tak pun nanti2 nak sms jerr... beli pun yang tak de camera bagai... simple but nice. Ni ha rupa Hp nya..

Samsung SGH-C160



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 14, 2008

Lagi 3 hari...

Dah 2 hari kami ditinggalkan sibuah hati. Mr Rizal kena p BTN la plak kat Kelantan. tak leh make call or sms lak tu bosan. Semalam ok lagik..bleh bersms lagik. pagi ni dah kena serah hp kat fasi.huh!!!
semalam hakim tak sebut sangat abahnya. Hari ni dengar pintu gate dibuka terus cakap..abah? tak denya...... 3 hari lagik la sayang.
Semalam hakim menawarkan diri tidur sendirian kat dia punya katil... ingatkan dia main2 saja macam malam2 sebelumnya. tapi semalam tdo betul2 la pulak. Tapi tengah2 malam lompat jugak mencarik ibu...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, November 10, 2008

Hakim dan hantu

Dah dekat setahun hakim tido di bawah ketiak ibu dan abah. Sejak2 tilam dalam bby coat dibuang oleh suamiku gara2 sitikus mondok!!! hari sabtu baru ni baru kami replace tilam baru untuk hakim. Nak train balik budak hakim ni tido sendirian dalam bby coat.

Adengan malam pertama
Aku: malam ni hakim tdo dalam katil hakim ya...
Hakim: tak nak
Aku: tengok, ada tilam baru... ada pooh temankan hakim...Hakim good boy kan..
Hakim: ha ahh (sambil masuk n tdo atas tilam barunya) Night, ma ekom, i ya yu (good night, assalamualaikum, i luv u)...
Yes!!! berjaya juak aku pujuk dia malam ni

Adengan malam kedua
Aku: Hakim, malam ni hakim tdo kat katil hakim ya... (time ni aku dah padam lampu)
Hakim: tak nak, takut...hantu..
aku: mana ada hantu...
Hakim: tak nak...
sambil ambik bantal dia dan dok usha tempat sebelah aku.pastu dia tdo sebelah aku..as usual... night, ma ekom, i ya yu... aku buat dek jerrr...
hakim : ibu..tepuk!!!( suruh aku tepuk la tuh)
Aku: kalau tdo kat katil hakim baru ibu tepuk, kalau tak, ibu tak mau tepuk..
Dia pun angkat bantal dia naik atas katil dia...kesian plak aku tengok...aku pun tepuk. tak sampai 5 minit..dia angkat bantal dia balik dan landing tepi aku..emm apa2 ja la hakim...MISI tak berjaya malam ni...
ni gara2 tengok iklan Puaka Nyang Rapik ke apa ke tu kat TV3 tuh...semua hantu kuar..
malam ni akan ku usahakan lagik!!!


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, November 1, 2008

Operasi

Mr Rizal pagi2 lagi sound kat Hakim...
Mr. Rizal: hakim hari ni kena lepak rumah ibu Izat k
Hakim:... tak nak!!
Mr. Rizal: nak la ya..abah nak baca buku nanti hakim kacau...
Hakim: tak nak...
Aku: suka hati korang la....

lepas p breakfes dan p market bli apa yang patut, kami hantar hakim kat rumah ibu Izat... nasib baik dia nak..sebab ada abang dan kakak nak layan...
so dengan hati yang aman, sabtu tu Mr Rizal bleh study... aku plak boring menengok org mengadap buku je so aku pun memulakan operasi... aku buat nih ..

Hudus ja kek coklat aku ni..separuh aku bagi kat pengasuh hakim

Kemudian, aku lipat baju2 dan kain napkin utk org baru.. ni hakim punya dulu..still elok lagik...

Ada ngam2 10 helai..

Aku selongkar barang2 bawah katil dan stor dan akhirnya berjaya jugak aku kumpul barang2 baby yang dah lama aku beli..banyaknya beli masa w/sale. jimat.. so top up ja mana yang belum ada.. dan yang paling penting aku dah jumpa ni.. ni pelaburan jangka panjang ni.. berbaloi la membeli ni..even mahai (bagi aku la...) semangat nak BF ni...

full set Breast Pump Avent ISIS.. kalau dapat yang letrik punya lagik best tapi lagik mahai larr

antara barang yang berjaya aku kumpul.. nappy liner tu RM1 ja tau..

Hari Ahad petang rambut hakim selamat dikorbankan... dah sebulan lebih tak potong rambut hakim. tercacak-cacak macam trojan dah.. rimas aku tengok. Hakim lagik la rimas asyik tergaru-garu ja..

sebelum

selepas... ensem tak hakim?? hehehehe

Sejak semenjak dua menjak ni aku dah jadik addicted akan sesuatu..apa dia? ha apa lagik...addic nak writing kat blog la..adusss!!!!!

Friday, October 31, 2008

kenyangnya........

Terasa full dah perut ku ini.. aduh!! asyik makan ja..dah berapa round aku pun tak pasti..kek ntah berapa slice, rendang, nasik impit,kfc, bihun..semua serentak ku telan..
hari ni bebudak opis wat pot luck lagik. aku cuma bawak nasik himpit. sapa yang himpit? cik abang yang himpit semalam. aku tdokan hakim.. dan macam biasa aku pun tertdo..sedar2 pukui 11 api nasik himpit dah pun ditutup... tengok cik abang dok pulun study. Malas aku nak kacau.. org semangat nak skor la katakan... dah seminggu dok stay up....
ni ada la secebis dua gambar time makan2 tadik... arkkk mengahnya ku rasa.. tak leh nak buat keja ni (alasan....)

alahai...bila nak bleh makan nih!!!

amboi2..sedapnya..hingga menjilat jari!!

Tuesday, October 28, 2008

apa aku buat 2-3 hari ni..

Jumaat lepas aku mc. since khamis kepala aku berdenyut2..sakit tau!! malam tu aku kadho tdo..sedaq2 budak bertuah dah ada n seeeedap ja tdo kat tepi aku.. so jumaat aku MC..hahaha..aku ambik kesempatan p hospital serdang..konon2 nak buat appointment utk check up tapi hampesss...di tolak la plak.. tak pa..no hal.
jumaat ptg p ngabihkan duit yang tersisa hasil belas ehsan boss raya hari tu.. ada la habuan untuk aku dan cik abang.. melayang gak dekat 300..huhuuhu...tapi tak pa.. aku dapat hand beg baru dan sedikit alat2 mengindahkan wajah yang tak berapa nk indah ni kan..ngehngehngeh..
malam tu plak aku "paksa" gak cik abang jadik driver p open house si semah kat bukit subang..even magrib baru ja balik rumah coz jalan jem!!! kes malas masak melanda...

tuan rumah si semah dan anak sulung dia tengah layan tetamu

ni plak uji dan shima.. yang 2 budak kecik tu anak semah dan anak kesayangan hamba

Sabtu seharian lepak saja kat rumah...layan TV dan anak bertuah yang bleh buat darah aku naik ...arhhhh!!! susu dah habis berbotol2 tapi tak nak jugak tdo2.. at last pukui 4 ptg dia tdo gak bawah ketiak abah dia.. aku dah give up!!!

dia tengah pikiaq apa lagik yang bleh dia buat supaya aku tension!!!

Ahad pagi2 bekfes kat luaq.. and then ptg g umah terbuka jiran sebelah rumah.. tak bleh nak makan banyak coz anak bertuah sibuk nak main air..adussss tension!!!!

Isnin dlm pukui 11pg Hakim mengamuk-ngamuk ntah apa yang tak kena aku pun tak tau..malas aku nk layan...aku buat sebotol susu, tutup TV lepas tu aku buat2 tdo (mmg aku tertdo pun...hahaha) sedar2 dia landing baik punya tepi bantai aku... tdo sampai la pukui 3.30 itu pun siap kena kejut sebab kami nak p open house. open house sape? umah sham... dia balik sat saja.. next week dah nak balik Brisbane.. tak tau la bila plak leh jumpa ya sham..

sempat lagik post depan rumah sham.


Cik mar yang makin berisi..tak pa janji cun.. hati senang la katakan.. tak suka gambaq aku yang tdo itewww

Monday, October 27, 2008

Ngeri!!!!

pagi ni aku tengok adengan yang tak ingin aku lihat!!!.. pukul 7 dah bising2 depan rumah aku..."dey macha...*&%^%^&$^&&^$^$*&^" alamak...dia dah wat dah... dengaq2 macam ramai ja..selalunya time2 macam ni dengaq lagu cina ja..coz depan rumah aku mmg tiap2 pagi ada aktiviti senaman yang slow melow tuh (taichi)... cik abang nk buang sampah kat depan rumah pun tak jadik.. ada la dlm 7,8 org membelasah sorang mamat ni.. dengan kayu n helmet lagik tu..berdarah-darah..ee ngeri..

Thursday, October 23, 2008

Jom!! ngabihkan duit.


Lokasi: stadium melawati s.alam
masa:10am - 7pm
apa yg ada: macam2 ada!!!
jom p w/sale..aku bab2 w/sale ni mmg kusuka... kalau setakat sale aku leh ja pejam mata..tapi ini w/sale!!!.. last time budak opis aku p. dia cakap murah bangat..setakat lipstik yang harga 5-60 leh dapat 5 hengget.. ptg ni aku nk p ushar apa yg ada..sabtu ni nk ajak mr hubby p lagik!!

Tuesday, October 21, 2008

Rindunya aku pada saat itew

cayang hakim


bila tengok balik gambar2 hakim masa kecik2 dulu terasa rindu benar aku pada saat2 lalu..terlalu cepat masa berlalu.. masih terbau2 haruman dari tubuh bayi dia.. teringat masa dia belajar niarap, merangkak dan berjalan. sungguh indah.. kadang2 rasa menyesal saat aku "membabap" dia.. almaklum la aku ni kuat hangin gak ni... tapi semua tu dah berlalu... dah besar anak aku. dah pandai merajuk dah skang ni..

umur: 3 hari

umur: 11 bln
setahun.. baru leh jalan

bila nak gemok nih?

dah 2 kali aku ngandung dan berat badan aku cuma naik sikit2 ja.. dah nanti bila bby dah lahir lagik la aku kurus semula coz penat berjaga malam.. harap2 adik hakim pun macam hakim jugak..bila dah masuk setahun dah tak bangun malam mintak susu....pemalas betul aku kan??? bukan aku yang malas tahap gaban tapi hakim yang pandai sesuaikan habit dia ngan aku..hahaha hakim dulu aku ceraikan susu badan 100% bila masuk 11 bulan. tdo malam minum susu sebotol lepas tu pagi esoknya baru jaga. ha lega!!! jarang sgt dia bgn mintak susu. kalau dia terjaga pun dia akan panggil..."abah...susu...." so malam2 abah dia la tukang buat susu.nasib baik dapat "kucari" suami yang memahami.. aku? apa lagik...sambung tdo...hihihihi
berbalik pasal berat badan...sekarang dah masuk 7 bulan aku peknen. berat aku dlm 53kg cam tu.. so aku rasa sampai bersalin berat aku tak akan sampai 60kg..lebih kurang masa ngandung hakim jugak. dulu berat masa 9 bulan cuma 55kg. terasa hudus plak kurus2 ni.. patutnya berat ideal utk tinggi aku ni 50kg. siap jadik list azam setiap tahun lagik tuh..hahahha..lawak betoi.. tahun ni tercapai la coz peknen..tahun depan? harap2 tercapai..berat normal aku 45-46kg jerrr... makan? banyak gak..metabolisma tinggi gamaknya tu pasal tak naik2.nampak tak cam org ngandung??



Tuesday, October 14, 2008

11 week to go!!!!

ya ka 11 mggu? jangan2 kurang dari itew... seram sejuk bila pikiaq pasai nk bersalin ni. kalau ikutkan pengalaman lepas by 38 week aku dah pun selamat "mengeluarkan" anak bertuah dari perut aku. siang tu sibuk shopping lagik. malamnya dah sakit nak bersalin.. disebabkan breech so aku rela kena zasss saja tambah mental aku tak cukup sedia for normal delivery.
From another side hati aku ni tak sabaq nak jumpa dengan orang baru ni.. aktif sungguh sampai penat aku nk melayan...jantina baby? belum tau..tapi kata hati aku kata dia........... biar la aku rahsiakan dulu kata hati ku..kang tak betoi plak kan..hehehe.. disebabkan jantina belum tau (sebab tiap kali scan asyik terkepit2 ja..so Dr tak berani nk sahkan) so satu benda pun aku belum beli. cuma semalam masa p kedai ternampak la sarung tgn n kaki comel. dan aku pun beli la satu set. yang lain2 aku kena sort barang2 baby yang dulu2 sebab aku rasa stok belambak lagik kat rumah.. maklum la dah suka p warehouse sale baby kan.. toiletries tak payah cakap la berset2..nak kecik, besaq semua ada.. tak luak pun anak bertuah tu pakai sorang. Baju plak ada jugak 2-3 lai rasanya yg new born yang hakim belum pakai..hahah mana taknya dulu time hakim pun scan sekali ja nampak lelaki. tu pun masa 5 bulan... so nk selamat aku beli baju pink dan biru..hahahha...cam lawak ja anak aku byk gak pakai baju pink...belasah ja...set bantai plak masa nak sambut hakim dulu aku terover..sampai 4-5 set aku beli... sampai tak terpakai...walau apapun utk baby yang bakal lahir ni aku akan beli jugak sekurang-kurangnya satu set baru...semua2 la... janji tak guna lagik.Tak nak la pakai bekas2 abang dia ja kan... tapi bila mau beli aaa? harap2 aku dapat lengkapkan sebelum bulan 12..insyaallah....
Menghitung hari.... nak bersalin kat mana ni ekk??? pening2

Thursday, October 9, 2008

Perihal anak bertuah lagik

ibu: hakim nak makan nasik tak
hakim: nak!!.. nasyik... cup...kicap..ayam...(nasik+sup+kicap+ayam)
ibu: kicap? kicap dah habis la...
hakim: buat muka blur sambil jalan p dapur carik kicap...
hai macam mak dan abah dah..makan mesti nak ada kicap!!!
jom layan hakim makan...


nak?????????

so yummy la ibu....



Wednesday, October 8, 2008

Roti canai 2 keping!!!

Tersenyum lebaq aku pagi ni..perut terisi dengan 2 bijik roti canai yg menjadik idaman sejak 2 hari lepas..hahaha..ptg semalam dah cakap ngan hubby tapi tak sempat nak pi plus malas nk kuaq lepas balik keja. pagi ni awal2 pagi lagik kami p bekfes kat kedai...(yer ke pagi2 ..tak la pagi sgt pkui 8 orait la tu kan...) si budak bertuah kami bawak sekali. sungguh sedap aku makan roti canai garing2 tu.. laju ja aku makan...cik abang tanya "nak lagik?" laju ja aku angguk...hahahaha... badan ja kecik makan banyak. tak pa abang belanja kan..muahahaha.. Hakim, cik abang yang layan, sebab dia yang nak bawak sgt anak kesayangan dia kan.. lepas makan cik abang hantar hakim p umah ibu izat naik motor. jauh gak tu... tapi tak pa hakim memang suka naik motor kan..walaupun bimbang gak buah hati berdua naik motor..jauh gak tu... abah yang sukarela...bukan ibu suruh aaaaa..... alhamdulillah selamat sampai tapi abah cakap hakim riaw..standard la kalau abah yang hantaq mmg suka wat abah sadis nak tinggai anak dia..hahahaha..kalau ibu yang hantaq, hakim siap babai2 lagik...

mana entry raya? mana gambaq2 raya? nanti la aku boh kat dalam fotopages ya.. skang masih malas lorrr... raya mana tahun ni? as usual...pagi kat kuala nerang and petang kat changlun. aku cian gak kat cik abang so nak cepat2 la balik changlun..lepas zohor ker kan.. tapi balik jer umah terus terbongkang...penat + kenyang. so dkt2 pukui 4ptg baru balik changlun... terus ke rumah abang ipaq..semua berkumpul kat sanaBiras ku tengah melayan kak anie (kak ipaq aku)... berselera makan bihun sup power

malam raya kedua mmg riuh rendah la rumah hj ramli... mmg mcm tu la tiap2 tahun... thats why hubby aku tak kisah pagi raya kat k.nerang sebab ptg dan mlmnya bleh berkumpul ramai2 kat rumah ayah dia..hehehe..aku? lagik la redha pagi raya kat rumah aku kan..lagipun cian mak aku... dah la aku 2 beradik ja.. tahun depan silap2 adik aku plak tak dak.. maklum la planning nk kawin ngan org Sarawak..

Thursday, September 18, 2008

Cerita ceriti ceritu

apa aku nak update ni ha? sebenarnya tak dak cerita..saja buat2 rajin plak hari ni.
semalam tekak ni rasa nak makan kuih tepung gomak. puas aku berjalan dan teliti setiap kedai kat pasar ramadhan kat stadium shah alam tu..tapi hampa. punya la besar param kat situ pun tak de. yang ramai nya org jual air, puding, ayam percik. balik2 benda yang sama. bosan...harap2 hari ni kat kedai Azira tu ada. bukan apa tetiba jer rasa nak makan walaupun tu bukan la faveret aku sebelum2 ni.
apa lagik aku nak citer aa.. ha last week aku sesaja gatai p sogo mencari pasal. memang tak bawak hakim sebab dah agak manusia mesti ramai. mana kita nak shopping mana nak melayan dia lagik. jalan terbaik..tinggal ja kat baby sitter..kesian pulak masa nak bertolak tu...sedih ja muka dia sebab dia tahu kami nak p jalan2. aku dah janji dengan hakim nanti petang kita jalan k.. dia macam tak rela ja kena tinggal.. ibu terpaksa la sayang.. nanti hakim jugak yang tak selesa.
apa cerita? ha sampai ja kat sana.manusia punyalah ramai..banyak betul duit rakyat malaysia ni ya. dalam gawat2 pun shopping tak ingat. nak naik eskilator pun kena beratur...ntah hapa2. nak carik seluar cik abang...lain yang dicarik lain yang disambarnya. aku? hah hilang mood nak ushar baju2..selamat duit buat seketika.. naik ja tingkat 4 (children dept) dah macam w/sale dah... mak bapak dok pilih baju ngan anak2 lagik..masing2 dok isi baju dalam bakul...yang dok try baju lagik kat tepi2 tu...aaarrrkkk pening2..pusing2 kejap terus aku angkat bendera putih n ajak cik abang balik.
disebabkan masih awal kami ke puchong..w/sale kiko. tapi sayang semua baju besar2 dan ntah haper..so sekali lagik aku balik with empty hand..hahaha..sia2 ja kuar shopping hari ni. so next time shopping kat s.alam jer la... so misi ujung mggu ni Plaza alam central, PKNS dan juga SACC jer la... sajer jamu mata sambil tangan ni gatal nk menghabiskan saki baki gaji yang ada...(huh!!! macam la aku ni duit banyak)

Wednesday, September 3, 2008

award from Intan...TQ



Thanks to intan http://camaryangpulang.blogspot.com/ sebab bagi award ni kat aku.. aku bukannya pandai sangat main award2 or tag2 ni.. dunia blog ni pun masih baru bagi aku..anyway..thank ya..

Thursday, August 28, 2008

1st time naik bus

alhamdulillah kami selamat balik kg dan dtg semula ke s.alam tanpa masalah berat. walau hati risau sungguh kot2 anak bertuah ni buat hal sepanjang 6 jam naik bus.
alkisah disebabkan hati cik abang tu dah meronta-ronta nak balik kg berjumpa insan2 tersayang so kami gagahi jua balik kg tapi kali ni berbeza sikit. balik naik bas...ha berani dalam takut.
dari s.alam kami bertiga ambik bas malam menuju terus ke changlun..selasa 20hb lepas. bukan main girang si kecik tu almaklum la dah lama menyimpan hasrat nak naik bas (gaknyer la coz tiap kali nampak bus mulutnya tak habis2 inform we all "ibu...tu bus..abah...tu bas...") lega rasa hati bila setengah jam lepas naik bas si kecik terus tidur tanpa kerenah. seolah2 macam kat rumah pulak.. dah memang time dia pun..pukul 10 time tdo. sampai la ke changlun dia tidur..
hati kembali gusar time nak balik ke s.alam. Sebab apa? tiket bus ke shah alam HABIS!!! so tok wan Hakim dah siap2 ambik tiket AB ekspress ke pudu.. tak pe la. janji ada..almaklum la cuti sekolah.. penuh... kami naik bus double deck. kami duduk bawah.emm selesa. senang nak buat susu dan tak la boring sangat si kecik tu. Kali ni perjalanan siang.. so takkan la dia nak tdur kan..so kami berdua telah sedia mental dan fizikal nak layan kerenah dia. tapi alhamdulillah tak pulak dia buat hal.. masa tdo dia tdo dengan jayanya..hehehe..sampai kat pudu dalam pukul 5 petang. kami terus ambik LRT ke stesen bandaraya dan akhirnya naik komuter menghala ke Port Klang. hampir jam 7 kami sampai kat s.alam..penatnya la aku rasa. almaklum dengan condition aku sekarang memang agak mengah. nasib barang tak banyak. bag pack je balik kali ni..hehehe..macam magic pulak. boleh pulak aku minimizekan brg2..kalau tak kalau balik naik kereta...penuh bonet..

Monday, August 11, 2008

Shopping lagi..

semalam lepas breakfast we all bertiga ke KL.. beli buah tangan sket untuk yang tersayang coz cadangnya next week nak balik kampung. ni kira buah tangan raya la even tak posa lagik kan..hikhikhik..
disebabkan cuaca mendung so syok la jugak berjalan sebab tak de la panas sgt dan agak selesa untuk menapak dari satu kedai ke satu kedai. masa mula sampai hakim tdo .. mana taknya pagi ni pukul 6.45 dia dah bangun sama2 dengan kami, sembahyang subuh gamaknya... so pukul 10 mata dah lali bila di tanya hakim ngantuk ke? nak sleep ker? laju jer mengangguk...tup2 tertdo dalam kereta...so terpaksa la abah memangku n dokong hakim buat seketika tapi setengah jam kemudian hakim dah jaga..so mood pun baik dapat la kami shopping n jalan2 dengan senang hati.
tengah jalan2 terpandang la baju chelsea yang cute tu so abah pun rembat la satu coz abah pun baru je beli last week..so dapat la 2 beranak ni melaram..
petang tu lepas test baju tak nak pulak anak bertuah ni buang sampai tdo pun nak pakai... biasa la hakim.. sama macam abah.."ciwi"lepas dah dapat barang yang dihajati kat jalan TAR, kami terus ke sogo.. not bad sale kali ni tapi tak de yang berkenan di hati.. Jan jer yang shopping kat situ.. aku? next time..
ini antara buah tangan untuk yang tersayang kat kampung..apa lagik kain pasang ler...murah2 jer..ini untuk kaum ibu...kaum bapa next month plak...insyaallah... (pstt..last week aku dah borong 5 psg kat Nilai.. tapi tak berapa puas hati so this week ke jalan TAR plak)

Friday, August 8, 2008

sudah penat akhirnya dapat makan free!!

semalam separuh hari menolong logistic department membetulkan kotak2 yang tercabut sana sini.. seronok jugak buat kerja ni...badan je penat sket. tapi otak rileks..tak macam keje we all asyik memikir jer... disebabkan banyak ribu2 lemon so kami semua turun padang (kecuali yang MALAS jer yang buat2 tak nampak)..apa2 je la.. tolong biar dengan ikhlas kan..

sambil buat kerja sambil buat "ketupat" hahaha nasib baik aku dah berbuka puasa tadik..gara2 tak tahan...sambil cakap2 mulut aku yang becok ni sound la staff kat sini..nampak gaya bos kena belanja makan pizza ni.. terus manager aku di sound.. dengan rasa bersalahnya terpaksa la belanja we all.. hahahaha..anyway thanks to my manager belanjer makan pizza... yang pelik time buat kejer sket jer yang menolong tapi bila time pizza datang ramai plak..cam lalat..hurung kejap jer habis 4 ketul pizza tu.. apa-apa ja la... janji dapat makan...alhamdulillah...

psst.. ni semua yang buat kerja tau..n enjoy the food.

hari ni sambung lagik... ada lagik 100 kotak besar tu beb nak siapkan lagik..huhuhuhu

Tuesday, August 5, 2008

Soo yummy

so yummy... jalan2 kat FnR kat cariforum tu tetiba ternampak la piccas yang begitu mengiurkan diriku ini...payah nak dapat char koteaw yang cam gini...selalunya kat penang jer yang leh dapat yang berair cam gini.. tapi member opis ni ada cakap kat s.alam ni ada satu tempat yang best..cam char koteaw sani kat penang tu.. harus ku dapatkan secepat mungkin...huhuhuhu

Monday, July 28, 2008

Hakim new stuff

Sabtu lepas aku hantar Hakim kat umah bby sitter. Seronok dia kat sana sampai buat dek ja kat aku time nak balik. ye la ada org nak melayan. cadang nak hantar half day jer coz bleh la aku mengemas rumah sket2. alih2 kak izat cakap suruh ambik petang coz tak puas lagik anak2 dia nak main dengan hakim..emm tak kisah la.. aku bukan apa takut menyusahkan dia ja.. hari sabtu pun nak hantar full day. ni la 1st time aku hantar hakim on Saturday...tu pun sebab abah tak de nak melayan hakim...
petang lepas ambik hakim kami anak beranak terus ke w/sale. Nak carik kasut utk hakim dan utk aku gak..hehe. pusing punya pusing akhirnya dapat la...
Ni kasut utk hakim... cun tak? ni jer yang ada.. (yg aku nampak la..) tak de la kasut utk budak baya2 hakim


Masuk2 ja pintu utama dah nampak beg ni so mmg ada niat dihati nk carik beg sekolah cute ni utk Hakim.. so rembat je la.. sepanjang mencarik kasut asyik menggalas ja beg yg belum bayar lagik tuh... hakim...hakim...


balik ja rumah tak habis2 bergaya..suka sgt la dapat kasut dan beg sekolah baru... "ciwi" tak habis2



Aku cuma beli ni jer utk diri sendiri... kasut tak glamer... tapi sedap sgt pakai..



Friday, July 25, 2008

puasa pun belum dah sibuk nk raya

emm 2 bulan lagik dah nak raya.. cam no ni baju raya belum beli lagik.. ada ke lagik org nk ambik tempahan ni? harap2 mak cik kt kg aku tu nak lagik terima tempahan. abang sayang cakap tahun ni nk pakai warna maroon. kak ija dah sibuk2 tanya nak pakai kaler apa tahun ni coz dia nak carik baju melayu utk si cilik aku tu...ahahaha save budget aku. tapi aku rasa mesti tgn aku gatal gak nak membeli utk si cilik tu nanti.. cik abang cakap nk tggu bln posa baru nak shopping raya tapi aku takut batri aku plak yang akan kong nanti.. tapi kekadang syok gak menambahkan kesesakan kat jalan TAR tu time bulan posa..ahaks.. leh jamu mata..
emm... arghhhh bulan ni ada 2 w/h sale aku NAK KENA terjah.. ye ke nak kena terjah.. harus.. utk si comel tersayang.hehehehe.. byk leh save kat situ.. dan jugak bakal membuatkan poket ku carik.. so kepada yg dah tahu w/h sale tu kat mana jom kita p reramai... value for money...
jgn tak caya ni antara hasil rembatan aku yang lalu masa p w/sale.. cuba teka berapa RM? ahaks


psst.. semua tu RM1 each ja tau.. ha mana nak dapat? aku nyer baju tu mahal sket..hahah RM6.. kat Tag RM80 kot( tak malu kan aku bgtau pakai baju murah...hahahaha) tapi kat luar mahal tu beb!!!

Monday, July 21, 2008

What we do on weekend..

as usual sejak2 minyak dah naik ni kami bertiga menghabiskan cuti hujung minggu dengan indoor punya aktiviti.. tak pun keluar berjalan sekitar s.alam. Shah alam ni macam2 ada..tak yah p jauh2 pun nak beriadah or shopping.
sabtu lepas aku buat projek masak memasak.. apa aku buat? aku buat puding roti yang semudah ABC jer nak buat nya.. petangnya aku buat roti jala. ha buat sendiri baru puas makan... hubby tersayang tolong jugak menjala..hehehe..tak de la banyak sangat buat..setakat 2 cawan tepung jer tapi puas la makan.. buat minum petang. kebetulan anak bertuah tidur so aman sikit nak buat kerja.







ni ha rupa paras puding roti aku.. buat ni khas untuk hakim. aku tak suka sangat. jan plak kata manis...emm..
hakim bangun saja dari tidur tengok kami berdua tengah asyik makan roti jala..dengan tak basuh mukanya dah mintak nak makan roti jala... apa apa ja la nak oi...
selesai makan, macam biasa petang2 abah akan bawak hakim naik motor pusing taman dan kalau abah rajin abah akan bawak hakim main2 kat play ground kat belakang rumah..
Balik dari naik motor abah potong rambut hakim yang dah panjang tu. macam biasa hakim akan duduk diam jer masa abah buat operasi kat rambut hakim..hehehehe













Related Posts with Thumbnails