Thursday, June 16, 2011

kecuaian si ibu, ketangkasan si anak... maka....

salam uols,

aku terpaksa memprivatekan blog aku yang tak seberapa ni buat sementara waktu atas sebab2 tertentu. tak nak jiwa terganggu dek kerana manusia2 yang tak habis-habis mengganggu hidup aku.

aku bukan nak cerita bab tu. kali ni aku nak bercerita bab puteri hati beta.. sedih tau.. kejadian berlaku secepat kilat. rabu lepas 8.6.2011,dalam 3.30pm lepas balik dari kenduri pizon kat sanglang, Kedah. kami singgah kat umah tok kat gunung. lepas bersihkan diri arissa mintak aku buatkan milo. aku pun macam biasa ambik cawan, letak air panas dan dalam pada aku nak ambik sudu, dia cakap dia nak air. terus dia ambik air panas tu dan minum. terkejut sebab terminum air panas, dia lepaskan cawan tersebut. ayat BM tak hengat..macam buat karangan plak rasanya

aku yang gabra ni mengucap panjang dengan kuatnya, terus dokong arissa dan ke paip air nak basuh lidah dia yang agak melecur tu. mak aku yang terkejut terus mai ke dapur. lepas tu dia pulak mengucap panjang. tengok darah menitik2 penuh lantai. puas aku mencarik kat mana darah tu keluar rupa-rupanya dari kaki dia.

astagfirullah alazim, gila panjang luka sampai boleh nampak isi putih. terus aku capai kain buruk usung arissa satu rumah. serius, aku amat2 CUAK!! semua orang cuak.. darah dah penuh kain aku dah time tu. terus aku capai tudung ajak adik ipar aku drive g klinik. dalam perjalanan aku pikir, kalau p klinik harus kalau kena jahit, silap2 jahit mentah2. ohhh sungguh aku tak sanggup.

terus aku ajak adik ipar aku ke KMC (Kedah Medical Centre). jauh jugak perjalanan bagi aku time tu. dalam 15-20 minit baru sampai KMC. Terus ke emergency dan diberi rawatan segera. Bab duit memang aku tak pikir dah. janji anak aku selamat dan diberi rwatan segera.

masuk ja Dr kat bilik rawatan, terus dia cakap "uhh dalamnya, ni kena jahit ni".
aku terus decide. yap. setuju.
lepas dapat penerangan ringkas dari pakar bius dan pakar surgery, 2 jam kemudian dalam pukul 6 arissa diusung ke OT room..

sedih.. menghadapi saat getir ni seorang diri.. abah arissa masih di Klang.
arissa dibius sepenuhnya.syahdu tau sebab dalam keadaan macamtu dia nak pegang tangan aku tanpa mahu lepas.

6.30pm, baru dengar semula suara arissa menangis semula. alhamdulillah..
kaki yang berbalut...

kesian dia, lepas jahit asyik menangis saja.. sayunya hati...

5 hari kemudian, ahad 12.6.2011. sebelum bertolak balik ke Klang, kami ke KMC lagik buat follow up. Jumpa Dr Low, alhamdulillah luka bercantum elok, tapi Dr bagitau luka dalam. 2 lapisan Dr jahit. Jahitan pulak lebih dari 10 jahitan. adoiii, kesian. kecik2 dah menanggung kesakitan ni....huhuhuhuwaaaa

pagi tadi lagi sekali luka dicuci. getting better.. moga arissa cepat sembuh.
walaupun dalam keadaan kaki sakit. tetap lasak. merangkak keliling rumah sampai kena remind yang kaki dia sakit..aduhai anak....

nota hati: aku amat2 fobia tengok darah tapi demi anak, aku kuatkan hati tengok jugak darah dan kesan luka ni...phewww

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

new "i"

new i aka eye
dah bertahun bertahan dengan mata yang kabur
buat2 nampak la kan
rabun jauh dan silau yang agak tinggi
so disebabkan teruja nak balik kampung
kot2 kena drive maka zasss aku p buat spek mata baru
pada 30.5.2011 cost me only RM159
jadi la, buat semangat nak drive dimalam hari..:)

jelasnya rasa dunia bila dapat pakai spek ni..
kalau tak, benda yang jauh2 tu kembanggg ja ku lihat..
harap tak hilang lagik spek kali ni..:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails