Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Penang with love- Bukit Bendera

melepak sampai ke tengahari kat homestay. dah pukul 12 lebih baru keluar dari homestay menuju ke bukit bendera. dah lama tak pergi. sejak berkahwin belum pernah pergi dengan erti kata lain anak2 belum pernah merasa. so saja la nak bagi mereka merasa naik train kat bukit bendera.
sejak april 2011 dah ada keretapi baru. pada saya sama macam LRT saja.dah tak ada keretapi berwarna merah putih yang pernah saya naiki suatu ketika dulu.. harga pon dah harga baru..phewww

Harga Tiket ( WARGANEGARA)

SILA BAWA MY KAD UNTUK DAPAT RM8.00 bagi dewasa...
Jika tiada MYKAD...bayaran RM30 akan dikenakan...
RM8.00 - DEWASA
RM4.00 - KANAK-KANAK, WARGA EMAS & PELAJAR
PERCUMA - OKU


Harga tiket ( BUKAN WARGANEGARA)
RM30.00 -DEWASA
RM15.00 -KANAK-KANAK


HARGA PAKEJ KELUARGA ( WARGANEGARA)
RM18.00 - 2 ORANG DEWASA+ 2 ORANG KANAK-KANAK


HARGA PAKEJ KELUARGA ( BUKAN WARGANEGARA)
RM70.00 - 2 ORANG DEWASA + 2 ORANG KANAK-KANAK

suasana dikaunter tiket di hari ahad pada jam 2 petang..pheww!!


 ladies..

pengalaman naik keatas kali ni berbeza. tak perlu tukar train dipertengan jalan macam dulu lagi. dan jangkamasa naik dalam 15 minit dan turun 10 minit..laju uolsss kecot perot acik cikin. dah la masa naik duduk digerabak paling hujung erti kata lain boleh nampak dengan jelas landasan yang mencanak naiknya...gayat ooo jakun jap

si kecil sungguh seronok..hehehe..

dah sampai kat atas boleh la tengok pemandangan yang indah..kalau cuaca baik. sampai keseberang tanah besar pon nampak. masukkan 2 keping syiling 50 sen utk 3 minit..huhuhu tak puassss
 ohh penang dah tercemar.. nampak  kelabu asap
 dipuncak bukit terdapat masjid, tokong dan juga taman permainan.. tak de apa sangat pon.. tak sampai 1/2 jam pon pusing dah bosan...:(
Pukul 3 sudah mau turun tapi adoiii tak sanggup nak hadapi kaunter yang siap nak cek tiket turun bawah. dah sah2 la naik beli tiket. takkan nak turun tiket tak de. syko betul. melambatkan keadaan lagik. cuma 1 lorong dibuka. 50 minit berbaris nak turun saja. ikutkan hati nak terjun ja dari bukit bendera tu..hahahhah sengal ke apa kan nak terjun.dah lama hidup la gamaknya tu..hahahaha
dengan perut yang minta diisi walau dah pukul 4 masih belum lunch..hadoiiii sia2 ja berangan nak carik makanan2 sedap sekitar penang.

sungguh kasihan kat anak2 kecik yang menangis kerana berasak2. dicadangkan buka la kaunter khas untuk kanak2 yang tak berdaya tu..sungguh tak sanggup nak dengar dorang menangis..huhu nasib baik anak2 saya behave walaupun agak lama beratur. mungkin excited nak naik train lagi sekali agaknya.

malam tu lepas magrib kami terus balik ke klang..phewww..esoknya datang kerja dengan muka lebam..hehehe

memori indah- dulu masa kecik2 baya2 anak2 saya sekarang, abah suka bawak kami berjalan2 sekitar penang. time tu naik bukit berdera masih berkabus2 sampai menggeletar sejuknya. sekarang tidak lagi..:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Penang with love

kami p pada 17/12/2011 (hari bday arissa)
dari kampung bertolak singgah la penang dulu.. sanggup layan feri even jam.. hehee bagi pengalaman baru untuk arissa merasa :) anak2 sungguh excited!!
Feri RM7.50 per car

kali ni bermalam dekat homestay yang dah my SIL sewa.. thanks kak ija..:)

malam tu layan apa lagik kalau bulan 12 ni.. yang menarik dah tentu2 la
PESTA PULAU PINANG.BERMULA 1/12/2011 - 31/12/2011 (6 PTG-12 MLM TAPI KALAU WEEKEND TUTUP LAMBAT SKET)
ENTRANCE FEE- DEWASA RM3, KANAK2 RM1


tempat yang betul2 mengganggu emosi saya, sebab nak kena handle hakim yang terlalu teruja nak naik semua mainan yang ada kat situ. syko betul. pada perkiraan saya sangat la mahal. bayangkan satu token rm2. dan kebanyakan mainan kat situ minimum 2 token untuk SEORANG. kalau naik EURO WHEEL ni sorang 3 token. ahh gilersss itu baru sorang. kami ni berenam.. baik saya bawak anak2 naik genting lagik berbaloi kot!!

dah nama pon seorang ibu. mana mungkin sampai hati nak biarkan hajat anak2 tak tertunai kan. saya buat perjanjian diplomatik. hanya pilih satu mainan saja. dan dia memilih kereta ini.. 3 kali pusingan dah lebur RM8. terasa membazir sungguh.. tapi tak mengapa la saya pejamkan mata. mana puas setakat 3 pusingan kan..si hakim mula merayu nak main lagik...sebelum saya naik darah baik angkat kaki dari tempat2 yang dipenuhi warga asing itu..adehhh.. verry the international youuuuuu...hahahha

saya pujuk dia dengan belikan dia kereta + landasan. cost me rm10. ha..nampak jugak bendanya... dah dapat mainan terus ajak balik..haiii la anak..tak sabar nak main la tu...
Dalam perjalanan nak keluar ushar2 la kedai2 yang ada.macam2 ada jual dan pada pendapat saya. harga boleh diterima pakai. agak murah dan masih boleh tawar menawar..rambang mata. dan akhirnya satu habuk pon tak beli.akibat pening banyak sangat pilihan..hahahh alasan orang kureng RM
sedang dia sangat excited nak balik..berlari macam tak cukup tanah meninggalkan kami 50 meter ke depan. tiba2 gedebuk!!!!! jatuh tersungkur la pulak budak hakim ni.. lepas tu..ibu dia pulak yang lari tak cukup tanah nak dapatkan hakim..huhuhu..
gila2 punya nangis. bila ditunjukkan siku yang berdarah lagik la menangis tak mau2..hadoiiii..sampai ke homestay dia menangis..wakikiki.. yang jahatnya kami2 dok gelakkan dia..hahahaha mana taknya. walau menangis jatuh tergolek. mainan tak nak lepaskan.
sampai ja kat rumah semua sakit hilang. terus buka mainan.. dia main sampai pukui 2 pg..adoiiiiii ..esok paginya bangun2 ja terus mengadap mainan tersebut..phewww

esoknya jalan2 penang lagik.. 1 tempat ja habis 1 hari..huh!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails