melepak sampai ke tengahari kat homestay. dah pukul 12 lebih baru keluar dari homestay menuju ke bukit bendera. dah lama tak pergi. sejak berkahwin belum pernah pergi dengan erti kata lain anak2 belum pernah merasa. so saja la nak bagi mereka merasa naik train kat bukit bendera.
sejak april 2011 dah ada keretapi baru. pada saya sama macam LRT saja.dah tak ada keretapi berwarna merah putih yang pernah saya naiki suatu ketika dulu.. harga pon dah harga baru..phewww
Harga Tiket ( WARGANEGARA)
SILA BAWA MY KAD UNTUK DAPAT RM8.00 bagi dewasa...
Jika tiada MYKAD...bayaran RM30 akan dikenakan...
RM8.00 - DEWASA
RM4.00 - KANAK-KANAK, WARGA EMAS & PELAJAR
PERCUMA - OKU
Harga tiket ( BUKAN WARGANEGARA)
RM30.00 -DEWASA
RM15.00 -KANAK-KANAK
HARGA PAKEJ KELUARGA ( WARGANEGARA)
RM18.00 - 2 ORANG DEWASA+ 2 ORANG KANAK-KANAK
HARGA PAKEJ KELUARGA ( BUKAN WARGANEGARA)
RM70.00 - 2 ORANG DEWASA + 2 ORANG KANAK-KANAK
suasana dikaunter tiket di hari ahad pada jam 2 petang..pheww!!
ladies..
pengalaman naik keatas kali ni berbeza. tak perlu tukar train dipertengan jalan macam dulu lagi. dan jangkamasa naik dalam 15 minit dan turun 10 minit..laju uolsss kecot perot acik cikin. dah la masa naik duduk digerabak paling hujung erti kata lain boleh nampak dengan jelas landasan yang mencanak naiknya...gayat ooo
si kecil sungguh seronok..hehehe..
dah sampai kat atas boleh la tengok pemandangan yang indah..kalau cuaca baik. sampai keseberang tanah besar pon nampak. masukkan 2 keping syiling 50 sen utk 3 minit..huhuhu tak puassss
ohh penang dah tercemar.. nampak kelabu asap
dipuncak bukit terdapat masjid, tokong dan juga taman permainan.. tak de apa sangat pon.. tak sampai 1/2 jam pon pusing dah bosan...:(
Pukul 3 sudah mau turun tapi adoiii tak sanggup nak hadapi kaunter yang siap nak cek tiket turun bawah. dah sah2 la naik beli tiket. takkan nak turun tiket tak de. syko betul. melambatkan keadaan lagik. cuma 1 lorong dibuka. 50 minit berbaris nak turun saja.
dengan perut yang minta diisi walau dah pukul 4 masih belum lunch..hadoiiii sia2 ja berangan nak carik makanan2 sedap sekitar penang.
malam tu lepas magrib kami terus balik ke klang..phewww..esoknya datang kerja dengan muka lebam..hehehe
memori indah- dulu masa kecik2 baya2 anak2 saya sekarang, abah suka bawak kami berjalan2 sekitar penang. time tu naik bukit berdera masih berkabus2 sampai menggeletar sejuknya. sekarang tidak lagi..:(
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
1 comments:
takleh tahan. 2012 kena terjah penang jgk hahaha
Post a Comment