Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Selamat Hari Lahir Arissa yang ke 5


Alhamdulillah dipanjangkan umur ibu dan abah dapat tengok anak membesar depan mata.
kau panjanglah umur kami Ya Allah agar dapat kami membimbing amanat2 mu ini.. Amin..berikanlah kami kekuatan fizikal dan mental insyallah..

Today..Bday Nur Arissa Nasuha yang ke 5..
kesian dia... sehari dua lagi dah nak masuk tadika untuk kelas 6 tahun..sedangkan dia baru cukup 5 tahun
dari segi perkembangan memang agak terkebelakang sikit berbanding rakan sekelas..
 manja dan mengada2 pon tak habih lagi..      
tak pa la sayang.. walaupun ibu ni garang mengalahkan tiger kat zoo negara..
tapi ibu tahu anak2 ibu tahu ibu garang bertempat.. tidur malam anak2 ibu takkan tidur tanpa pelukan dan ciuman ibu..hihihi proud to be mom!

5 tahun lepas..badan berketol2 sedap pelok gomol2
kini diwarisi si tembam alya pula.. syukur Ya Allah

wajah terkini anak dara saya.. wahhh!! comel kamu arissa.. 
semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi Allah.
 teman bersuka ria dan juga teman bergusti..kadang2 bikin ibu hilang sabar..huhu

nota hati: godek2 ada 2-3 keping gambar yang masih tersimpan dalam pc..phewww
paling ralat gambar p KK dua tahun lepas dan awal tahun hari tu hilang..nampak gaya tahun depan kena simpan duit lagi..fly again to Sabah..wahhh mungkinkah???

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, October 29, 2013

Selamat Hari Lahir Alya


Selamat Hari lahir alya
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki kamu
diberkati hidup sentiasa
menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibu dan abah
dunia dan akhirat

sungguh cepat masa berlalu..
setiap hari memeluk dan mencium alya tak pernah jemu2
semakin hari semakin cerdik dan alhamdulillah badan montel kamu semakin boolat..
kuat makan, tak banyak ragam. mudahnya menjaga kamu nur alya najihah. alhamdulillah
diusi setahun, masih belum berani berdiri lepas tangan. tak mengapalah.. biar lambat asal selamat.:)

Wednesday, December 21, 2011

selamat hari lahir sayang..

alhamdulillah.. 17 December lepas genaplah umur nur arissa nasuha 3 tahun..
terasa begitu pantas masa berlalu..
ibu doakan arissa membesar menjadi anak yang solehah,sihat, ceria,
 dan hidup sentiasa diberkali Allah insyaallah
harapan tertalu tinggi dan tak tersenarai bagi insan yang bergelar ibu untuk setiap anak2
yang pasti semuanya yang baik2.
doa ibu mengiringi insyaallah.

birthday arissa tahun ni disambut lebih awal 2 hari kat rumah wan ali
potong kek bersama kak te ah yang tua cuma 17 hari dari arissa.
hari lahir arissa ibu bawak p jalan-jalan penang
naik feri..arissa teruja dan sangat happy
jem pon abah redah
pemberian tak seberapa dari ibu dan abah..
.
.
.
.
alamak!! baru teringat arissa mintak kek bday spongebob masih belum ditunaikan.. tunggu arissa ke taska la ...sambut kat taska pulak dengan kawan2..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, September 8, 2011

4 Sept...Happy bday MUHAMMAD LUQMAN HAKIM


Alhamdulillah dipanjangkan usia ibu untuk melihat anak ibu membesar depan mata.
selamat lahir abang hakim, semakin hari semakin bijak..:)
sambutan kali ni buat kat umah wan ali memandangkan semua berkumpul raya pertama
abah hakim belikan 2 biji kek, KFC dan angah beli jajan.. simple tapi meriah!
janji abang hakim hepi


 choclate blueberry kek dan vanila kek

geng bas sekolah
sila jangan gelak. ibu bertudung ala2 zombie


harapan setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang dilahirkan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..amin..:)

selang seminggu saya belikan kek 3kg ni untuk hakim bawa ke tadika. dia sangat la heppi...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, April 15, 2011

22.3.2011..its my bday..

yang ke... 31.. sungguh cepat masa berlalu..dah 31 tahun mak lahirkan aku rupanya...huhuhu..syukur alhamdulillah diberikan rezeki, ketenangan dan segala2nya la diusia begini...

macam biasa cerita peram2 sampai jadik jeruk baru sedap sket nak post..:P
on that day.. kawan2 rapat satu opis belanja makan kat sini (sila tengok jenama sugar terbabit)...zuzie beriya drive me crazy dihari biasa ke SACC Mall..huhuhu terharu...terima kasih daun keladi ya mok sha blanje makan.... to pika n zana juga..sebab meraikan..hehehe

 
merasa 3 jenis kek berlainan perisa

dan menjamu selera dengan set nasi goreng meletopss ini
selang beberapa hari aku menerima bungkusan coklat homemade dari my buddy Shanisah..tapi sayang.. akibat cuaca panas masa proses penghantaran..coklat cair dan bertukar rupa.. tak pe.. ingatan tu yang penting..:) thanks a lot buddy


dan dapat ini dari Hasmah..also my BFF..seronoknya dikelilingi kawan2 yang menyayangi dan memahami..alhamdulillah... tak bagi apa pun tak pa.. ingatan tu yang amat aku hargai...sob..sob

cik abang bagi apa time b'day? oohhh itu juga ingatan yang tak mungkin aku lupa..sampai akhir hayat..terima kasih bang...

nota hati: sudah mula belajar 'self reward'.. sebab kita perlu menghargai diri sendiri dahulu..sebelum kita meminta orang menghargai kita....:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, January 25, 2011

backdated story-Genting H'land

alhamdulilah.. 14hb Januari lepas genap 6 tahun usia perkahwinan saya dan sidia..moga hanya maut yang memisahkan..sob..sob.. tak mau emo2..nak cerita sehari selepas tu.. we have decided naik genting kejap...actually lebih kepada layan kerenah anak2 bersama ... really enjoy the moment..
jom layan piccas
bertolak dari rumah kira- kira pukul 9.30pg..pukul 11pg sudah berada atas skyway..  2 way RM10 perperson.... anak-anak FREE..anak-anak teruja... kami pon suka sebab tidak perlu beratur panjang untuk naik skyway.


dengan tamaknya kami beli tiket full package (indoor dan outdoor).. dewasa with mykad RM62 dan kids lebih 90cm RM41..so arissa masuk FREE.. tinggi arissa 87cm..fuhhhh..
Hakim sangat-sangat teruja pabila melangkah masuk outdoor theme park... hasilnya si ibu tak sempat kejar..sampai jatuh camera bertaburan diatas lantai.... nasib baik still ok...huhuhuhu

arissa maintain ayu..hehehe

pancing jangan tak pancing..pancing itik ke pancing undi?

 lets race.. 4 round  hakim naik sendiri ..seround bawak adik...

inipun berkali-kali hakim naik..pantang lalu... nasib baik unlimited...

dimana-mana saja ada badut...:) request ja nak belon bentuk apa..comel!!

uit pipiku dah semakin boolat nampaknya..
 baru je main 2 jenis permainan kat indoor..lepas makan arissa terus 'pengsan'..
rugi-rugi..padahal full package tu...
kesian sangat...patut bermalam kat sana kan abang kan...:P

bergerak turun 7pm... letih sangat tapi happy..:)

nota hati: belum sempat nak blogwalking....huhuhuhu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 14, 2010

Catatan buat my baby Arissa...

Begitu pantas masa berlalu…hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun….cepat betul arissa membesar.

Adik nak tahu tak… 2 tahun lepas tarikh yang sama ibu sarat mengandungkan arissa. Bak kata Tok Ah..perut saja besar… ibu kerempeng saja..hahahaha..

Adik nak tau tak….Ibu tak pernah catat kat mana-mana pun sebelum ni kenangan terindah melahirkan adik kira-kira 2 tahun lepas.Kalau nak diikutkan inilah pertama kali ibu melahirkan secara normal. Pengalaman yang jauh berbeza dari melahirkan abang Hakim lebih 4 tahun lepas.

Adik nak tau tak….ibu ambik cuti awal sangat tau..disebabkan abah cuti sekolah, ditambah cuti raya haji 8hb 12….jadi ibu ambik cuti awal… kalau ikut due… 29.12.2008.. lambat lagi kan…. tapi dalam hati berbisik… entah-entah minggu ke 38 ibu dah dapat jumpa adik… tak sabar rasanya…

Adik nak tau tak…ahad bersamaan 14hb ibu dah dapat tanda ‘bleeding’. Pagi2 ibu dah bersedia kalau-kalau ibu dah rasa nak bersalin…kalau ikutkan masa bersalinkan abang hakim dulu pun ibu sakit sekejap saja… pukul 1 pagi ibu pecah air ketuban…terus abah hantar ke hospital..pukul 4.41pagi ibu dah selamat melahirkan abang hakim tapi berbeza caranya…

Adik nak tau tak…. diawal pagi 14hb 12,ibu dapat tanda…. terus ibu ajak abah ke Pusat Bersalin Mahsuri. Ibu dah bercadang nak bersalin disana. Walaupun abah belum bekerja tapi ibu tak kisah kalau ibu yang keluarkan belanja sendiri. Ibu tak pernah berkira… betul tak abah? Pengalaman ngeri orang lain membuatkan ibu takut untuk bersalin normal di hospital kerajaan.

Adik nak tau tak…. Perasaan ibu kali ini amat berbeza, ibu rasa takut untuk merasa kesakitan yang dikhabarkan, tapi ibu nekad didalam hati…. Insyaallah kali ini ibu cuba untuk bersalin secara normal memandangkan kedudukan adik yang baik dan berbekalkan semangat dan niat ibu..chewah..dah macam nak pergi berperang saja lagak ibu kan…hehehe

Adik nak tau tak….14hb 12 ibu ke Pusat Bersalin Mahsuri, Dr. Zarina cakap bukaan ibu dah 3 cm, kalau ibu dah bersedia nak bersalin, ibu boleh masuk wad dah. Tapi mengenangkan abang hakim keseorangan kat rumah Wan Ali, ibu tak sanggup. Ibu memilih untuk balik dulu. Bila sakit baru ibu datang semula. Dr. Zarina tak membantah…

Adik nak tau tak…. 15hb 12 ibu balik ke rumah Tok Ah yang agak jauh dengan Mahsuri berbanding rumah Wan Ali. Tapi ibu lebih harapkan Tok Ah jaga abang Hakim. Abang Hakim manja dengan Tok Ah. Ibu takut abang Hakim akan menangis dengan ketiadaan ibu…sedih…

Adik nak tau tak…. 17hb 12..dah 4 hari ibu tunggu ‘kesakitan’ itu tapi tak kunjung tiba, sedangkan ibu dah tak sabar sangat nak jumpa anak ibu ni…pagi tu ibu buat keputusan untuk ke Mahsuri sekali lagi. Tapi kali ni ibu rasa ibu dah bersedia mental dan fizikal. Ibu sampai dekat Mahsuri hampir jam 12. Ibu belum makan tengahari lagi walaupun ibu sebenarnya dah siap masak kat rumah Tok Ah sebelum ibu tinggalkan abang Hakim.

Adik nak tau tak…lepas buat pemeriksaan dengan Dr. Zarina, dia cakap bukaan ibu sudah 4cm. Terus dia minta ibu masuk labour room. Tapi ibu tak sakit pun…. Perut yang lapar tidak terasa ketika itu…sungguh ibu lupa, untuk mengambil sedikit tenaga. Selesai urusan masuk labour room, ibu tunggu saja… Dr. Zarina datang jumpa ibu kat labour room dan cakap dengan ibu yang dia bertugas sampai jam 5 saja, andai kata ibu lambat bersalin, ibu terpaksa memilih samada bayar lebih atau terpaksa bersalin dengan Dr. Anuar. Ohh sungguh ibu nak elakkan bersalin dengan Dr. lelaki.. abah kata, kalau terdesak boleh la..tetapi selagi kita punya pilihan, kita wajib memilih bersalin dengan Dr. perempuan… ibu pun memang nak bersalin dengan Dr. perempuan.

Adik nak tau tak….lepas berdikusi dengan Dr. Zarina beberapa ketika, ibu bersetuju untuk diinduce..ibu berdoa agar ibu dapat bersalin sebelum pukul 5….gila tak ibu?..mana boleh estimate masa suka-suka hati kan…. kira-kira jam 1.30 petang nurse induce ibu melalui drip…ibu tak rasa apa-apa pun… Masih terdengar lagi seorang nurse veteran menasihatkan ibu.k atanya “kuatkan semangat, yakin insyaallah awak boleh bersalin secara normal”. Insyaallah….

Adik nak tau tak…seorang nurse setia menunggu ibu dari saat ibu mula masuk. Sampai hari ni ibu ingat muka nurse tu..sungguh baik dia… abah juga cuma tinggalkan ibu seketika untuk solat zohor. Tunggu punya tunggu ibu masih tak sakit..jam dah pukul 3.30 petang... terasa ngilu di pinggang sahaja. Nurse cakap bacaan pada mesin menunjukkan ibu sepatutnya sakit.. ohh itu ke rasa sakitnya..ibu masih belum rasa kesakitan yang dikhabarkan ‘terlalu sakit’ itu…. Ibu nampak Dr. Zarina datang lagi.. .selepas menghadiahkan ibu secucuk jarum di pinggang….dia memecahkan ‘water bag’ ibu … bukaan sudah mencapai 6 cm… ngilu dan sakit pinggang mula terasa kian menyengat…. Nurse berpesan…mengiringlah sebelah kanan untuk mengurangkan rasa sakit..ibu buat….memang betul….kurang sakitnya…ibu masih mampu tersenyum… berbual-bual….

Adik nak tau tak…. Tok Wa dan abang Amin datang melawat ibu disaat ibu mula sakit. Ibu tengok Tok wa membacakan sesuatu sambil mengurut betis ibu…ibu rasa lega sangat.… walaupun Tok Ah tak ada…Tok Wa pun dah mampu menenangkan ibu… syukur….kesakitan kian memuncak…saat itu ibu dah tak mampu lagik melihat jam yang berada betul-betul didepan ibu…ibu pejamkan mata serapat-rapatnya…itu cara ibu menangani kesakitan….Tok Wa dan abang Amin keluar dari labour room….abah tak tinggalkan ibu walau sesaat…

Adik nak tau tak…. Disaat bukaan 7cm, nurse disamping ibu membantu ibu melahirkan adik… Dr. Zarina acap kali berpesan pada ibu..bukak mata… Dr. takut ibu pengsan sebelum melahirkan adik… tapi ibu cuma dapat buka mata sedetik cuma..ibu lihat 2-3 orang sedang membantu ibu melahirkan arissa..sungguh ibu tak mampu melihat..biarlah dunia ibu gelap… telinga ibu saja yang mampu mendengar….ibu dengar setiap kata-kata nurse dan Dr. Zarina… terdengar ‘Allah huakbar’ dari mulut Dr. Zarina sejurus lepas adik keluar… dalam hati ibu..alhamdulillah……

Adik nak tau tak….ibu dengar Dr. Zarina cakap… baby girl..time 4.41pm… ibu dengar Dr. Zarina cakap lagi.... ” nor asikin awak tahan sekejap ja… saya nak jahit ni..sikit sahaja….” Lepas tu terus dunia ibu kelam..ibu tak rasa apa… ibu tak sedar langsung…sedar-sedar jam 7 petang…. Tidurkah ibu atau ibu pengsan? Ibu sendiri pun tak pasti.. tapi ibu amat bersyukur sebab ibu tak merasa kesakitan ‘dijahit’…penakutkan ibu?

Adik nak tau tak…. Malam tu ibu bermalam kat hospital tapi ibu pelik kenapa nurse tak bawak adik jumpa ibu… Aan Ali dan Buk datang tengok adik kat nursery saja…ibu belum berkesempatan jumpa adik sampai la keesokan harinya…

Adik nak tau tak.… itu kenangan terindah ibu melahirkan adik…kesakitan yang sekejap tetapi teramat lah sakit….Tok Wa cakap ibu terlalu sakit sebab ibu memilih untuk diinduce… ya..ibu tak sabar dah nak jumpa adik…

Adik nak tau tak….kenangan itu sudah hampir 2 tahun ibu lalui tapi terasa masih segar lagi..macam baru saja semalam. Begitu cepat masa berlalu… 17.12.2010….genaplah adik 2 tahun….


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, September 18, 2010

sudah 4....

tahun la....
alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk aku melihat anak2 membesar.. Hakim dah pun 4 tahun...
actually bday dia 4hb september lepas... bulan puasa tambah pulak tengah sibuk nak balik kampung pada hari tersebut...shopping last day kat shah Alam..

pagi2 lagik si ibu yang penyayang ni..perasan!!!.. ingatkan hakim yang hari ni bday dia... si budak hakim ni pulak bila sebut b'day yang dia tahu hanyalah Kek!! bukan hadiah sebab memang tak pernah bagi hadiah kat dia masa bday...cuma kek Wajib sikecil ni potong...
sambil mandi dipagi hari..si ibu ni sempat menyanyikan lagu bday buat si kenit... girang bukan main lagik dia.. sambil mulut dia yang sememangnya macam bertih jagung tu tak henti2 mintak kek...
pagi tu even hari sabtu aku hantaq jugak anak2 ke taska... sebab ibu depa nk soping sorang diri ..muahahah bawak anak tak sesuai...shopping yang sepatutnya sejam akan jadik berjam2 mana nak tengok anak..mana nak ushar baju2 lagik kan..:P..upps nampak gaya aku sudah lupa daratan dari tajuk asal
berbalik pada cerita asal.... pasal bday hakim..
disebabkan tahun ni bday hakim jatuh pada bulan puasa, so macam tak sesuai ja nak bagi hakim potong kek kat taska... dan lagik2 tak sesuai kalau aku nak beli kek sebiji even setengah kilo..sapa nak abiskan..dah la malam tu nak balik kampung..maka terpikir la nak beli kek comel tu...so... dari tak de...kecik hati anak aku nanti..baik aku beli la jugak even kecik..janji ada...
 taraaaaaaaaaaaa..
memang kecik betoi la... dapat sorang satu hoccay!!! ni pun makan tak habis...
satu untuk adik satu untuk abang hakim..:)
 serabai je 2-2 anak aku ni..baru bangun tido..abah ambik dari taska...

Hakim dah masuk 4 tahun..alhamdulillah walaupun dia ni agak aktif, tak tau duduk diam walau sekejap..melainkan mengadap katun faveret. mulut dah macam bertih jaguh... kita cakap sepatah dia akan cakap berpuluh patah..kuat bertanya itu dan ini dah kadang2 apa yang keluaq dari mulut dia tak terjangkau dek fikiran aku ni..budak 4 tahun boleh bercakap macam tu..alhamdulillah....moga hakim menjadik anak yang soleh, yang boleh menjaga adik-adik...adik2?..heheh akan datang, insyaallah.. dan moga hakim berjaya di dunia dan di akhirat....amin....disaat aku menulis entry ni si hakim ada kat belakang aku sambil buat muka dolphin dia mintak main game...grrr....bila tanya hakim nak apa...dia jawab....
hakim nak laptop sebijik!!!
 .
 .
 .

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, May 17, 2010

cerita lama Hepi belated bday to...

cerita lama...
aku takde masa yang sesuai nk update
apapun nk jugak aku abadikan kat blog kesayangan aku ni..
b'day may laling : 06.05.2010
yang ke......tengok la kat kek... umur kami kan sama..:P

sehari sebelum bday..anak2 didik dia dah sambut kat stadium hoki...:)

bukan main syiokkk cikgu rieazaal ni...

aku tak de beli apa2 hadiah pon...
dah renew insurance keta for both kira pokai tahap gaban dah aku ni ha tu kira hadiah la gak kan...muahahaha..hampess
so on that day aku berjaya mengepaw bday man makan sodap2..hahaha
dan juga suprisekan dia kek ni....
ala2 buat dek la kan.. alih2 bukak peti ais ..taraaaaaaaaa


 kek chisss+blueberri+mocha+coklat 
 sodap.....kata budak opis ku...
as usual beli kek pasti budak2 opis dapat merasa..
gilo apa nk makan semua kek ni sebijik kat umah....

edisi iklan... hakim menyendeng arissa...hehehe
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 23, 2010

dah tua ya kamu?:P

malam tadik cik abang pulang lambat..pukul 8 lebih baru sampai rumah
pulang bawa sejibik kek untuk isteri yang solihah...chewah..
yang excitednya..bukan si ibu tapi seperti biasa...
anak bujang yang selalu buat aku naik darah dan turun darah...
si icha dah selamat zzzzzzzzz
siap beli no '30' besar2...adussssssss
tua ke? no la.. still young kan...:P

ibu!! hepi bday ke ibu?...
pantang tengok kek..hepi bday ja dia... anytime anywhere
ibu serahkan padamu sayang..tiup2 jangan tak tiup..
actually my mum pon ada kat rumah sekali tapi malas nak interprem..heheh
1...2...3.. tiup!!!
ibu.. boleh potong ke bu?

jawapannya...silakan wahai anak...
ibu dah banyak2 umur ni x kuasa dah nk potong n tiup2 lilin ni


nota kaki kiri : kutahu ramai yang sakit mata memandang background rumah aku ... SANGAT LINTANG PUKANG... dalam proses pindah randah begini la jadiknya... my mak mai pon pening tgk... kotak2 bersepah.... nk sambut bday pon x de mood melainkan ingat nk packing n move out saja..huhuhuh

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, March 22, 2010

30 tahun mencarik cinta...


tajuk... macam gersang jerk..hahaha..saja ja gimik lebey!!

actually...

alhamdulillahhhhhhhhhhhh syukur... pejam celik pejam celik dah 30 tahun aku hidup... hidup kian pendek.... moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... supaya dapat aku melihat anak2 membesar didepan mata dan dapat menjaga mak dan abah aku dihari tua.. insyaallah.....

dalam umur 30 ini tiada apa yang diingini... melainkan berada bersama2 insan2 tersayang...

rumah? mmg ada keinginan tapi biarlah en abang yang pikir... aku malas nk pikir.. apa yang ada sekarang guna la seadanya.. belajar untuk tidak mempunyai keinginan yang besar... kerana ketenangan itu lebih penting....:) manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..itu adalah lumrah..lawan la perasaan itu selagi termampu...

kerjaya... berusahalah menjadik yang terbaik dan memberi yang terbaik kerana ia rezeki yang Allah kurniakan... aku akan sentiasa mendidik diri komited dengan kerjaya..insyaallah... what you give you will get back cepat atau lambat pasti ada... aku percaya dengan kata-kata itu...:)

lastly..nak nyanyi utk diri sendiri...hehehe


hepi bday to me..

hepi bday to me...

note: Usia? kenapa nak berahsia...(baca ala2 iklan safi rania yerrr:P)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, September 4, 2009

Hakim turn 3

alhamdulillah... hari ni genaplah umur anak kesayangan aku Muhammad Luqman Hakim 3 tahun. Aku masih belum ada apa2 preparation untuk b'day party atau pun goodies bag untuk kawan2 hakim. asyik pikir n terlupa saja..kesian anak teruna. Today pun busy dengan 'buah tangan' company sempena sambutan aidilfitri.. tapi jangan bimbang sayang... ibu akan sambut jugak b'day hakim walaupun cuma kita berempat yang meraikan... hajat dihati nak menaip panjang2 tapi masa tak mengizinkan.. tengok saja blog aku ni..dah lama tak berupdate... lain kali ada masa kita coret manyak2 ya..
tata titi tutu

sambung......
malam tadi lepas buka puasa sempat jugak la bagi bday kek buat hakim...achu datang celebrate..so kami berlima ja la yang raikan..kalau ibu n abah rajin lepas raya nanti kita potong kek lagik ya hakim... tapi untuk hari ni................
taraaaaaaaaaaaaaaaaa


hakim senyum sampai telinga bila tengok kek ni... cepat2 suruh abah dia sembahyang magrib dan turun bawah...sebab dia nk potong kek...sebab...ibu dia cakap...kita tunggu abah yer...
kata hakim: yeyeyeye ibu..kek bobop pepen (sampai skang tak jugak pandai2 nk sebut...)
eksen ja ni... walhal dia suh abah dia yang tiup.. takut dengan api...coz ibu selalu jerit2 bila dia mendekati api kat dapor...(berdosakah aku? ngeh3)
dulu2 hakim ni suka tiup api dapur, time aku tengah masak..sedar2 api dapur dah padam... patut la x masak2 masakan aku.... huhuhu belum sempat hakim rasmi si adik yang sememangnya tangkas, cekap dan amanah ini telah mencengkam erat kek bobop pepen hakim...sib baik tak tunggang terbalik kek tu...hakim siap merungut lagik................"adik ni...."...itu je la yang dia mampu marah adik dia pun..heheheh


muka puas hati si adik icha


adik isha dah kurus..huhuhu sedey...
sebulan dua ni asyik tak sihat ja..selang seminggu dua..demam lagik...dan lagik...bila demam selera makan pun menurun dengan drastik...

hadiah? tak de.. ibu ngan abah tengah kering...bleh gitu? hari2 hakim dapat hadiah kan...tiap2 bulan hakim dapat baju baru kan...kadang2 tu sampai x sempat nk pakai kan....bleh pakai x alasan aku ni? hehehehe

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails