pagi2 dah carik pasal.
semalam masa mak masih ada kat rumah tak pulak teringin nak makan
dah la seumur hidup tak penah pon buat..
alahai..projek hari ini rasanya kena buat jugak QASIDAH VERSI UTARA ni..
korang penah makan?
acik sikin masa kecik2 selalu makan ni
kegemaran tok dan wan kat kampung dibulan puasa
gugel resepi macam mudah..bahan pon tak banyak
tapi haruslah call chef kat kg bertanya resepi turun temurun kan..hehehe
resepi qasidah mak kiter
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam
3 cawan air
hiasan:
bawang kecil/merah
cara2 buat:
masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. kacau dengan api yang sederhana sehingga kesemua menjadi pekat dan berkilat umpama 'dodol putih'.(tak sampai 10 min ponnn)
dah masak boleh la masukkan dalam bekas yang siap sedia disapu minyak masak (supaya tak melekat pada bekas)
goreng bawang yang dimayang halus, agak2 garing taburkan pada qasidah tersebut..
tunggu sejuk and NGAP...
senang bukan??
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

