Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Teringin

pagi2 dah carik pasal.
semalam masa mak masih ada kat rumah tak pulak teringin nak makan
dah la seumur hidup tak penah pon buat..
alahai..projek hari ini rasanya kena buat jugak QASIDAH VERSI UTARA ni..
korang penah makan?
acik sikin masa kecik2 selalu makan ni
kegemaran tok dan wan kat kampung dibulan puasa
gugel resepi macam mudah..bahan pon tak banyak
tapi haruslah call chef kat kg bertanya resepi turun temurun kan..hehehe

resepi qasidah mak kiter
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam
3 cawan air

hiasan:
bawang kecil/merah

cara2 buat:
masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk. kacau dengan api yang sederhana sehingga kesemua menjadi pekat dan berkilat umpama 'dodol putih'.(tak sampai 10 min ponnn)
dah masak boleh la masukkan dalam bekas yang siap sedia disapu minyak masak (supaya tak melekat pada bekas)
goreng bawang yang dimayang halus, agak2 garing taburkan pada qasidah tersebut..
tunggu sejuk and NGAP...

senang bukan??


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, July 26, 2012

Resepi Roti Jala

Dah lama tak buat roti jala, puasa pertama hari tu acik cikin buat. alhamdulillah menjadik dan mendapat sambutan. dimakan dengan gulai/kari ayam campor kentang.. en suami puji sedap... anak2 pon suka...hehehe
acik cikin pon bukan la terer sangat. menggugle la jugak kat forum cari je. sebab dah lama tak buat. resepi ingat2 lupa. so untuk ingatan diri sendiri acik cikin nak tempek kat sini. esok2 nak buat just refer blog sendiri aja..:) kalau uols nak cuba pon boleh. insyaallah menjadik. lembut sampai kemalam tau. kiraian pertama, kedua mungkin kena adjust.. ce try tengok... Ini untuk 1 aduanan, acik cikin selalu buat double. puas makan. sesuai untuk 4-5 orang makan dengan puasnya! almaklum roti jala ni mahal gak ni nak dibandingkan dengan kos.

ROTI JALA FORUM CARI
2 cup tepung gandum
2 1/2 cup air
1 biji telor
2 tbsp minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

untuk lengserkan pada kuali :-
beberapa helai daun pandan di simpul
1sdt minyak sapi + 1sdt minyak

campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telor dan minyak masak. gaul, blend sebati dan tapis supaya adunan tidak berketul.

panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan jika ada yg di celup minyak...dan kirailah batter tadi dgn acuan roti jala....masak, angkat dan gulung..

SELAMAT MENGIRAI.......

p/s: gambar roti jala yang cun itu juga hasil gugle.:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, January 18, 2011

Resepi Bihun sup utara

seperti yang dijanjikan dekat entry ini
tara..nak resepinya cik puan ayin..

BIHUN SUP UTARA

Bahan A
1 paket bihun (rendamkan dalam 20minit)
2 s/b kunyit
Secubit garam

* panaskan air, tunggu hingga mendidih masukkan bihun bersama kunyit dan secubit garam. Terus tutup api dan biarkan 5 minit kemudian toskan. Jangan lama sangat nanti bihun terlalu lembik tak best.

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng

Sos Cili Merah mabeles
serbuk cili
Secubit garam
secubit gula
air (nak pakai kuah sup pon ok)
*Semua bahan dicampur dan masakkan sehingga mendidih dan pekat. Tak perlu tumis dan  pastikan api perlahan.

Bahan Kuah
daging berlemak muda/ tulang
1 bungkus rempah bunjut adabi
1 sudu kecil rempah sup adabi
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Cara aku buat sup.
Daging / tulang direbus bersama halia sehingga separuh empuk, kemudian masukkan semua bahan2 diatas (ala campak2).tunggu sehingga betul2 empuk dan rasa semuanya.senang bukan.kalau rasa macam tak berapa nak kena ja masukkan pak AJINOMOTO je sket..:P tapi selalunya tak perlu sebab daging tu dah manis.

Cara makan- pun nak kene tulis ke? hehehe
Masukkan bihun dan daging (sila potong..hehehe) serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.

sila makan…srrrlup…baca bismillah dulu ye…
again...the piccas
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails