Wednesday, December 7, 2011

tetamu membawa rezeki..

itu kata orang tua2... insyaallah ada benarnya
saya amat teruja setiap kali ada tetamu yang mahu bertandang kerumah saya. tambahan pulak famili yang datang jauh nun diutara. macam tak lengkap kalau mereka datang ke sini tanpa bermalam dirumah saya. walau serba kekurangan insyaallah akan saya sedaya upaya sediakan yang terbaik.
alkisah.. jumaat lepas 3hb 12.. ibu saudara, sepupu sepapat, tok/nenek mai bercuti..jalan2 sempena majlis kenduri pada hari sabtunya. so jumaatnya tumpang bermalam dirumah saya. pehhhh acik cikin bersilat sakan lepas pulang kerja. sempat lagik beli apa yang patut kat tesco.fuhh menu campak2 janji sedap saja yang terpikir. janji air tangan acik cikin. sebab memang telah sedia maklum makan beridang hasil dapur sendiri jugak yang puas ditekak kami2 ini... penat sedikit tidak mengapa, bukan selalu pon nak meraikan tetamu.. tak gitu..hehehe
acik cikin sampai dirumah pukul 6.45 ptg..terus sinsing lengan...tung tang tung tang..mereka sampai tepat jam 8 malam..fuhh ada 1 menu yang belum siap. nasib baik mak sedara saya tukang masak terhandal malaya...chewahhh... dia banyak membantu..thanks bebanyak..sob2. almaklum masak dalam kuantiti yang banyak bukan kepakaran saya.
tapi saya tetap berusaha..puas hati betul bila tengok mereka makan bertambah2. almaklum seharian berjalan pusing KL. menu saya malam itu simple saja, sup ayam, sayur tumis, ikan bakar dari pemanggang ajaib, sambal sotong, ulam timun dan sambal belacan meletop tok buat. aik bila buat list banyak jugak menu saya ya...:P



lepas masing-masing dah makan, kami bersiap untuk keluar berjimba2 la kononnya.. tapi sayang, cuaca tak mengizinkan. P I-City pon tak dapat nak ke outdoor sebab hujan.. sedih2. tak pe, ada rezeki nanti boleh datang lagik.. bukan senang mereka2 ni nak mai bercuti tanpa sebab ke sini..

famili sepupu/ teman segossip saya dizaman remaja..:)

tok saya, sepupu2 saya dan juga mak tam dan pak tam.

suasana hujan yang mencurah2.. manusia..punyalah ramaiiiii. macam2 lagik saya tengok yang akan dibina kat i-city ni.setiap kali datang mesti berubah2. semakin meriah!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

TeacherAzimah said...

cantik rumah acik cikin ;-)(apsal rumah aku ni obvious btl 'kuaters' nya ya???)confuse jap. adakah aku yg tak reti nak mendeco? hahaha

Syikin said...

gmah- cantik apanya..aku pakai konsep manimalis ja.. campur aduk apa adanya.. ko simpan bakat nk masuk umah baru la tu... sure gempak mendeko.:)

Related Posts with Thumbnails