Friday, November 21, 2008

Aku hari ni..

Hari ni aku sorang2 jer kat opis ni..sampai pun dah pukul 9.45pg.. nanti kang pukul 4 aku chaw la.. bosan jadik tukun kat opis ni.. jawab call jer..lagik pun hari jumaat ni bukan banyak call pun...

Pagi ni terasa nak makan roti canai.. dan alhamdulillah aku masih mampu menjamah 2 bijik sekali harung....ngehngehngeh... 1 untuk ibu dan 1 untuk my lovely baby...(alasan nk makan banyak la nih).. abih dah nurse kat klinik tu komplen berat aku tak naik2 since 2 minggu lepas.. pelik..statik ja 54.2kg.. tak ke pelik..mana makanan yang aku makan tu p!!! Dan yang bagusnya kedai mamak kat bawah opis aku ni telah pun menurunkan harga makanannya termasuk la roti canai.. dulu RM1..pagi ni dah RM0.90.. walaupun hanya RM0.10 turun..aku sebagai pelanggan tetap menghargai... patutnya mmg kena macam tu..time minyak naik...semua peniaga bagi alasan minyak dah naik..bila minyak turun..harga barang n makanan tak plak turun!!!

My bekfes today.. 2 keping roti canai+ milo plus susu anmum.

Alhamdulillah...Hakim sekarang dah betah tdo sendirian kat katil baby cute dia tu...Leganya aku rasa!!! dia ni tdo lasak. penat aku nak alihkan malam2. so sekarang aku dapat tdo dengan tenang tanpa perlu menerima tendangan maut ditengah2 malam...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails