Friday, January 1, 2010

Good bye 2009


begitu cepat masa berlalu.. petanda akhir zaman ni.. menjalani kehidupan harian dengan begitu pantas sekali..jam berganti hari..hari beganti minggu,..minggu berganti bulan...nah..akhirnya setahun dihabiskan.. dalam setahun bermacam2 perkara berlaku..
alhamdulillah tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit untuk dikenang... so aku nk list yang manis dulu la ya.. untuk ingatan diri sendiri jugak ni
1. walaupun arissa lahir dec 2008.. kehidupan 2009 lebih bermakna dengan adanya puteri pelengkap kehidupan kami..alhamdulillah... walaupun abah sesak ditika itu kerna menghabiskan KPLI.. tapi aku berjaya manage all the budget..syukur teramat..Allah permudahkan segalanya.. tercapai juga hasrat nak bersalin kat hospital swasta..(sebab takut nak bersalin normal..nanti ada masa saya akan titipkan kenangan terindah itu disini)

2. Rezeki juga cik abang dapat posting dekat Klang..alhamdulillah...kalau luar selangor atau wilayah...pening la nak memikirkannya..

3. Kembali bekerja penghujung Februari dengan semangat baru..dengan kerja yang double... tapi syukur teramat dapat jugak aku selesaikan.. tapi sayang.. susu arissa terabai..huhuhu

4. On March bercuti kemelaka..bawak anak2..sangat happy... hanya ini yang termampu..apa yang penting... bersama keluarga...:)

5. Penghujung March jugak dimurahkan rezeki dapat la kami membeli kereta terpakai untuk memudahkan cik abang ke sekolah.. tak de la asyik kena hujan..kesian dia.. alhamdulillah Allah mudah kan pencarian kami..sesuai dengan budget.. sebab tak nak lagik hutang2... manage to get the car cash...walaupun sampai ke Sekinchan...pencarian berbaloi...hanya melalui mudah.com...segalanya mudah..hehehhe..sekali lagik..syukur..

6. April 2009- top management bagitau aku dah dinaikkan pangkat dan gaji baru..syukur..rezeki anak2.. memang tak pernah terlintas dipikiran...

7. Alhamdullillah... 29 Mei 2009 satu2nya adik aku selamat iijabkabulkan bersama insan tersayang.. ada peristiwa yang tak mungkin kulupa semasa majlis ni.. semoga ianya tak berulang dan Allah melindungi kami sekeluarga dari niat jahat..amin

8. Jun 2009- bercuti ke Sabah dan Sarawak selama 8 hari 7 malam.. sempat ke kundasang, tuaran, pulau manukan, pulau labuan, dan Limbang.. adik aku berkahwin dengan org limbang..ada majlis disana... stay di limbang 2 malam. alhamdullillah rezeki anak2 dapat jugak kami sekeluarga ke Sabah ni... terima kasih tak terhingga pada Mat Noq yang sponser kereta dan penginapan... banyak betul boleh save..:).. ini lah rezeki namanya kan tuhan memberi dalam pelbagai bentuk...syukur...

9. The latest good news from our MD..di hari terakhir 2009.. i will get something for 2010.. harap boss tak mungkir janji..bukan aku mintak pun kan.. dan memang tak pernah pun terfikir rezeki yang datang menggolek2 tu.. alhamdulillah...

10. Secara tak sengaja aku dah pun ada insurance... for life (bayar sendiri..from alliance)dan juga medical insurance for anak2 n hubby for free from company 50K per person per year...bagus kan.. tak payah aku nk pikir2 nk budget2 lagik.... dah lama bertagak2.. tapi akhirnya tertunai pada 2009.

11. dan akhirnya aku berjaya jugak bukak akaun SSPN untuk anak2 aku..even aku mencik PTPTN tu... ah long..arkkk..tapi untuk kebaikan pendidikan anak2 aku..aku bukak jugak...hehehe..sikit2 lama2 jadik bukit...

12. oo lagik..lupa pulak.. dapat handphone baru dari my opis..hehehe..suka!!!


Kenangan Pahit
1. dec 2008..kira sekali la yer.. arissa warded.. jaundice 3 days kat hosp.
2. hentikan menyusu arissa seawal 6 bulan.. sangat menyesal dan berat dia mula menyusut.. gara2 kerja dan kemalasan aku mengepam.
3. 8.7.2009 arissa warded.. berak berdarah.. 3 hari 2 malam diHospital Klang..
4. ramadan 2009- hilang cincin tunang dan cincin kawin kat tesco shah alam..masa buat facial ngan ayu.
5. 16.12.2009 - hilang rantai arissa... beberapa bulan sebelumnya hilang loket rantai...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

wau!! bila dah list cam ni baru la aku nampak..secara terang benderang apa yang aku peroleh dan aku hilang 2009.. bagus.. untuk ingatan diri sendiri. AKU AMAT BERSYUKUR DENGAN REZEKI DARI ALLAH ... DALAM PELBAGAI BENTUK DIANUGERAHKAN PADA AKU... tidak wajarlah kiranya untuk aku merungut... dan aku mmg tak merungut pun...heheh..satisfied? not yet!! usaha mesti diteruskan untuk kesempurnaan hidup... insyaallah...

3 comments:

TeacherAzimah said...

wish u all the best for 2010 :)

Zana said...

bos nk bg apa wei? tak ceriti pn...keta baru ka? bestnya!!!...hehehehe

Syikin said...

gmah.. thanks:)

zana... kereta baru? hahah mana ada..takkan boss nak beli honda city lagik satu plak untuk aku.. tak mau la jadik bahan umpatan..ngeh3.. nanti kalau dah confirm dapat aku bagitau..dan bukan untuk aku sorang..semua orang akan dapat.. tapi berperingkat2..tunggu.....suprise2..doa2 ya!!!

Related Posts with Thumbnails