sangat lemah hari ni..
hari2 terakhir bulan januari ni patutnya
aku dah BERgaji
tapi bulan ni lambat la pulak gaji aku ...
yang ada yang tersisa hanya cukup untuk aku sorang je
(cik abang punya gaji.. buat2 x nampak ok)
aku jenis tak suka mengharapkan pada orang lain
sentiasa back up takut something happent
di waktu2 macamni pulak
ada yang nk pinjam duit..
walaupun tak banyak.. cuma RM100
tapi aku mmg tak de in cash
takkan nak keluarkan saving hanya untuk kasik orang pinjam
bukan pertama kali..
dah berkali2
hutang lama pun tak berbayar..
hutang baru nak tambah lagik
dek kerana mengenangkan dia adalah sepupu aku
maka aku macam tak sampai hati nak bersifat "zalim"
tapi sampai bila?
kenapa asyik nak meminjam jer?
aku dulu2 masa masih single gaji cipot pun
tak de perangai pinjam meminjam ni..
tahu hidop berdikari..
kalau dah gaji 500 buat la cara 500
kenapa mesti ada defisit...
dulu kata gaji 700.. tak cukup2
now dah gaji 1000++ pun tak cukup2
wal hal masih single tak de anak bini nak kene suap..
makan pun selalu majikan bagi
uhh panjang betul membebel..
dia kata nak sebelum hari ni..
memang niat dihati nak tolong..nak bagi pinjam
tapi acik cikin ni pun belum gaji..
abis cam no...
weekend2 sanggup dok umah saja...
tak pun ke tempat yang tak perlukan duit banyak
nak bershopping pun sanggup 'tahan'
cam ne ni yer..?
aduss... mengganggu emosi betol la!!!