Wednesday, February 29, 2012

Day 2 Java Trip- pusing2 Jakarta..makan malam

seharian kami warga huha APSB berjalan hari ni.
dari pagi keluar aktiviti kami jalan2 dan makan2 sahaja
dah nama pon bercuti kan...
malam kedua kami kat jakarta dan juga merupakan malam terakhir kami di jakarta kami dibawa makan di BANDAR DJAKARTA dekat pantai ancol
macam tempat seafood la kat sini.
acik cikin tidak la jelajah 1 restoran,
entah mengapa perasaan malas dah mula melanda
sekadar cuci mata ditepi laut tu saja.
kalau ada yang berminat boleh klik sini
suasana sekitar restoran saya rasa macam dekat padang kota  atau gurney drive kat penang..
hahah boleh plak macam tu ya..hehehe jauh kamu berjalan feeling dekat pulak.

wah muka ceria sekalian rakyat jelata.
muka masing2 dah tak hirau berminyak ke tidak
dah tak hirau muka tanpa bedak dan lipstik
acik cikin?? lagikkk la tak hirau.hahahaha
bukan ada orang nak kesahhh pownn
kami warga wanita APSB cuma ber7 sahaja
kalau mahu boleh pilih meja tepi pantai sambil2  layan blues ditepi pantai
tapi meja kami betul2 ditengah2,
 mungkin nak dekat dengan stage kot.

itu dia menu kami.. macam2 ada..saya amat suka dengan sotong celup tepung yang begitu rangup. tak jauh beza dengan cara masakan seafood kita cuma lebih sedap ditekak saya dah pasti la masakan malaysia..ngeh3
gambar2 agak gelap. ini bukan dari DSLR saya. so pasrah saja. untung masih ada gambar2 buat kenangan.

terus terang saya ni boleh dikatakan kaki makan tapi entah mengapa semasa saya disana, cuma sedikit yang saya makan. en suami sila percaya:)
2nd table of us.
stage ni betul2 depan kami.so boleh menjamu selera sambil tengok dan dengar orang berkarok..

malam tu kami balik ke hotel lebih kurang jam 9.
ikutkan tentatif program, lepas balik kehotel, mandi2 kemudian keluar semula untuk minum2 dekat cafe luar dari hotel. sambil tengok live band tapi akibat kepenatan, 6 orang termasuk saya tak join tengok live band.

sekian aktiviti saya untuk hari kedua.. fuhh penat mak!!

oo lupa pulak nak cerita, masuk hari kedua saya telah menukar ke no handphone tempatan, lebih murah
saya beli simkad XL. harga 61K rupee sekali topup la tu.
kalau tak silap XL sama company dengan celcom.
no cantik saya 087788534073
so uols yang nak kesana kalau pakai simkad XL ni, make sure kalau nak murah call malaysia pastikan dail 010006 diikuti no yang anda nak dail. confirm murah bangat!!
tapi line XL ni kat bandung 3gnya kureng sket.
nak top up sebut saja pulsa.
sebut top up dorang ngak paham.:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

syoknye.. saya lum penah pg sini lagi.. nantila next year insya allah nak g jalan2

Syikin said...

hi mama amana, salam perkenalan..:)
saya jalan2 ni pon company yg bawak.. harapkan pegi sendiri lambat la sket..hhehhe

TeacherAzimah said...

weii cepatlar citer yg part pi bandung plak :P

Syikin said...

Gmah..sabar.. ada 2-3 entry lagik nk sampai bandung..hehehehe
kat bandung banyak tempat aku tak p.
kalau nak p semua tak mungkin cukup setakat 2-3 hari tu..huhuhu

Related Posts with Thumbnails