Wednesday, February 15, 2012

java trip 3-11 Februari 2012- Penginapan

assalamualaikum... bismillahiromanirohim..

susah benar nak mencari kata kunci mula untuk nak buat entry kali ni..
terlalu panjang nak dihalusi satu persatu. tapi saya nak jugak ceritakan sedetail mungkin, seingat saya. untuk ingatan saya juga dikemudian hari. insyaallah. jangan ada yang cakap saya showoff ok. saya rasa kalau anda seorang blogger atau pembaca blog tegar, anda akan faham kan.:)

entry kali ni saya khaskan untuk review hotel tempat penginapan kami sepanjang di tanah jawa.
2 malam di jakarta, 3 malam di bandung, 1 malam di atas train dan 2 malam di yogjakarta.
semuanya 5 hotel. walau 3 tempat yang berlainan, tapi inisiatif my manager yang nak kami merasa pelbagai jenis hotel. terima kasih dan alhamdulillah.

semua hotel kami berpuas hati dengan pelbagai tema. modern, english style, apartment style, butique hotel, hotel dalam kampung. semua la dapat rasa termasuk la rasa serammm.. hehehe. kalau pergi sendiri belum tentu dapat merasa semua hotel2 tersebut. again, thanks APSB.

jom saya nak review sikit hotel2 yang kami jadikan rumah kedua sepanjang disana. heheh walhal balik tido dan bfast ja pon..:P

1. Morrissey Hotel, Jakarta a boutique service apartment concept
 untuk info cer klik http://iammorrissey.com/

kami menginap disini 2 malam 3&4 Feb, sepanjang dijakarta, inilah hotel kami.

kat hotel ni masa cek in pon dah 1 pagi 3 feb 2012. esoknya bangun pagi lepas bfast terus ukur jalan, malam nya balik dah 10pm. tak sempat nak menjelajah ke atas kat pool.
dekat bawah hotel ni sebelahnya ada ocha & bella, tempat lepak2 muda mudi. aku tak berapa muda so lepak kejap je la. itupun time jumpa supplier..:)
jom layan pic sekeping dua. sessi menggedik bermula...weng3

our 1st room at morrisey. 1 bilik 2 orang yer..hehehe..


 lengkap semuanya, nak masak? silakan.. kitorang masak air ajer..ha haha

nak basuh baju? pon boley.. jom saya bawak ke laundry area.

kisah acik ckin n geng basuh baju lama sangat nak kering. belum sempat habis dry dah kene sabotaj..huhuhu sob sob sob.. tak pe..esok esoknya terus tangkap baju baru...hehehe

kat lobi, dari pandangan mata saya.

 bfast? kat sini ok la..not bad ada satu menu yang memikat jiwa iaitu macaroni cheese..sedapppp


sudah dulu..hotel pertama..heheh hotel kedua next entry

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails