ok.. lepas dah p TAMAN MINI INDONESIA INDAH
dalam pukul 11am kami dibawa ke RESTORAN BEAUTIKA restoran khas manado.
sejak dari malaysia telah dikhabarkan makanan manado ni semuanya pedas2...huhuhu again..makanan pedas.. belasah je la...:)
sebelum layan gambar makanan jom layan pemandangan sepanjang perjalanan ke sana.
itu dia restoran yang dimaksudkan. restoran ni terletak kat tengah2 segitiga emas jakarta (kata tour guide tu le)
sampai2 saja makanan telah terbaris comel. makanan dah siap2 dipilih oleh travel agent..huhuhu.. recommended la kononnya.. tak pasti dari segi sedap atau harga:P
terasa macam membazir je banyak2 makanan ni..sebab kami2 ni hanya makan sikit saja
acik cikin suka yang ini.. ala2 masakan malaysia suke la kamu ya... acar rampai..rangup!!
wahh yang ni harus bagi 5 bintang..serius sedap. pekat dan terasa la smua2nya. masak lemak cili padi...nice! kami2 memang pulun menu ni je
ini? nampak sedap tapi bila diperhatikan betul2 rupa-rupanya sotong masak dakwat itam..erkkk kurang boleh masuk tekak..kalau sotong masak kicap harus licin!
yang ini? rasanya macam kerabu kot. kerabu bunga/putik betik. cuit2 je kami rasa..
nampak benar kami2 ni agak cerewet bila sampai disini..hahahaha
set makanan bagi boy team..licin!!
pehhh tak sia2 bawak dorang ni tau
kat sini ada jugak kuih muih.. kalau la kamera saya masih berbateri..sob3.
muke2 kenyang..kenyang ker??alhamdulillah rezeki
lepas dah isi perot kenyang2..ikutkan tentatif petang tu kami akan dibawa ke old town tapi tentatif berubah la plak.. aii ikut aja..:)kemana? jeng3. TANAH ABANG.. oo begitu rupanya tanah abang. kami sampai disana lebih kurang pukul 1.30. diberi masa 2 jam disini..
perasaan saya ketika itu...saya sedikit takut..sebab suasana agak crowded. mula2 macam nak membontoti sahaja jejaka2 APSB demi keselamatan la kononnya. tapiiiiiiiii akhirnya saya bersama 2 kawan saya berjalan sesedap rasa sampai tersesat..huwaaa sudah la time tu saya masih belum ada no telefon tempatan kawan2 yang lain. memang carik nahas. silap hari bulan mau kena jual.
rupa2nya saya dan 2 orang kawan lain telah melangkah ke blok B. tanah abang ni besar pada saya. leka melihat jualan sampai tersasar ke blok lain. nasib baik ada sorang hero/rakan APSB lelaki yang bantu cari jalan keluar..kaget betul saya. huhu sikit lagik nak kena marah akibat lambat naik bas.
pengalaman buat saya, nak kata banyak membeli tidak jugak. sehelai dua saja..
kat tanah abang ni kedai ditutup awal. seawal 5 ptg. so kalau nak soping harus la datang awal
dan lagi satu, kebanyakan item haruslah dibeli 4 pcs. ada yang nak jual 1 pcs dengan harga yang lebih mahal dan ada juga yang langsung taknak jual 1pcs.ini bahagian yang menjual secara borong.
tapiiiii dibahagian blok yang lagi satu, boleh beli 1. saya pon dah tak ingat samada blok A atau blok B. tapi seriussssssssss sangatlah murah. pada saya lagik murah dari BANDUNG!! tanpa perlu susah payah nak tawar bagai nak rak.saya dapat sehelai jubah cun untuk mak saya yang cuma berharga rm35.menyesal x beli 2 atau 3..huhuhu
jom ushar suasana sekitar tanah abang
ha dah boleh imagine betapa sesaknya kawasan tersebut??huhuhuhu jangan coba2 nak menyoping bawak anak kecil kesini. sangat tidak digalakkan.
selepas dah selamat sampai ke bas, saya diam seribu bahasa..oohh rasa begitu bersalah buat yang lain tertunggu2..huhuhu.
ini tanda selamat datang
saya tak pasti pak cik ni pekerja atau bekerja secara sukarela. intrestingnya kat indonesia ni, ada yang secara sukarela menjaga lalulintas. dan mereka mendapat bayaran derma ikhlas dari sesiapa yang sudi menghulur.:) yang menunggu bas..agak tinggi kan bus stop mereka
ini? entahla..banyak betul mercu tanda
ok..lepas dah sesat darat kat tanah abang, kami dibawa pula ke mangga dua.
mangga dua ni pon tempat soping ye uols tapi acik cikin tak soping apa pon kat sini. kami disini lebih kurang sejam setengah. dari 4.30pm sampai 6pm. kali ni acik cikin memang membontoti rakan2 yang lain..uhhh makcik serik nak sesat lagik.
disini kami sempat solat dan minum saja.
kat mangga dua ni sangat la banyak orang menjual handbag, perfume, rambut palsu, aksesori.. tapi memang tak sempat nak belek. sempat pandang saja.
yang pelik.. terdapat 2-3 bangunan yang bernama mangga dua. ada yang macam mall ada yang macam ala2 komplek pertama kat KL tu.
suasana dihadapan mangga dua.. macetnya la alahai..
dari sini kami terus pergi makan malam..dimana? tunggu next entry
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
3 comments:
mangga 2 dan tanah abang ok noted hehehe... wei aku ada plan nak pi jakarta balaik hari gila tak? takleh menahan baca entry ko kata murah2 semua tu hahaha
pada aku baik ko p bermalam at least semalam pon jd la. sebab setakat p tanah abang sehari suntuk pon x cukup. so 2 hari dapat la ko soping dengan tenang sket. p weekend la..:)
passt bos aku selalu cam gitu.. hari ni g..esok balik.. dekat je jakarta tu...:)
tulah kawan2 aku pun ada buat gitu.. haiiii kalau lar kaya kan best hahaha... once dah start pi oversea surely kita akan start plan for the next trip kan wlupun level kita ni takat indonesia je miahahaha...
Post a Comment