Wednesday, February 29, 2012

Day 2 Java Trip- pusing2 Jakarta..makan malam

seharian kami warga huha APSB berjalan hari ni.
dari pagi keluar aktiviti kami jalan2 dan makan2 sahaja
dah nama pon bercuti kan...
malam kedua kami kat jakarta dan juga merupakan malam terakhir kami di jakarta kami dibawa makan di BANDAR DJAKARTA dekat pantai ancol
macam tempat seafood la kat sini.
acik cikin tidak la jelajah 1 restoran,
entah mengapa perasaan malas dah mula melanda
sekadar cuci mata ditepi laut tu saja.
kalau ada yang berminat boleh klik sini
suasana sekitar restoran saya rasa macam dekat padang kota  atau gurney drive kat penang..
hahah boleh plak macam tu ya..hehehe jauh kamu berjalan feeling dekat pulak.

wah muka ceria sekalian rakyat jelata.
muka masing2 dah tak hirau berminyak ke tidak
dah tak hirau muka tanpa bedak dan lipstik
acik cikin?? lagikkk la tak hirau.hahahaha
bukan ada orang nak kesahhh pownn
kami warga wanita APSB cuma ber7 sahaja
kalau mahu boleh pilih meja tepi pantai sambil2  layan blues ditepi pantai
tapi meja kami betul2 ditengah2,
 mungkin nak dekat dengan stage kot.

itu dia menu kami.. macam2 ada..saya amat suka dengan sotong celup tepung yang begitu rangup. tak jauh beza dengan cara masakan seafood kita cuma lebih sedap ditekak saya dah pasti la masakan malaysia..ngeh3
gambar2 agak gelap. ini bukan dari DSLR saya. so pasrah saja. untung masih ada gambar2 buat kenangan.

terus terang saya ni boleh dikatakan kaki makan tapi entah mengapa semasa saya disana, cuma sedikit yang saya makan. en suami sila percaya:)
2nd table of us.
stage ni betul2 depan kami.so boleh menjamu selera sambil tengok dan dengar orang berkarok..

malam tu kami balik ke hotel lebih kurang jam 9.
ikutkan tentatif program, lepas balik kehotel, mandi2 kemudian keluar semula untuk minum2 dekat cafe luar dari hotel. sambil tengok live band tapi akibat kepenatan, 6 orang termasuk saya tak join tengok live band.

sekian aktiviti saya untuk hari kedua.. fuhh penat mak!!

oo lupa pulak nak cerita, masuk hari kedua saya telah menukar ke no handphone tempatan, lebih murah
saya beli simkad XL. harga 61K rupee sekali topup la tu.
kalau tak silap XL sama company dengan celcom.
no cantik saya 087788534073
so uols yang nak kesana kalau pakai simkad XL ni, make sure kalau nak murah call malaysia pastikan dail 010006 diikuti no yang anda nak dail. confirm murah bangat!!
tapi line XL ni kat bandung 3gnya kureng sket.
nak top up sebut saja pulsa.
sebut top up dorang ngak paham.:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, February 28, 2012

Day 2 Java Trip- pusing2 Jakarta lagi

rasa macam nak buat 1 hari 1 entry tapi terasa panjang..so layan ja la 1 hari ber entry2.. kalau tak larat layan..sila tekan butang 'x' di atas kanan tu yer..:P

ok.. lepas dah p TAMAN MINI INDONESIA INDAH
dalam pukul 11am kami dibawa ke  RESTORAN BEAUTIKA restoran khas manado.
sejak dari malaysia telah dikhabarkan makanan manado ni semuanya pedas2...huhuhu again..makanan pedas.. belasah je la...:)
sebelum layan gambar makanan jom layan pemandangan sepanjang perjalanan ke sana.


 itu dia restoran yang dimaksudkan. restoran ni terletak kat tengah2 segitiga emas jakarta (kata tour guide tu le)
 sampai2 saja makanan telah terbaris comel. makanan dah siap2 dipilih oleh travel agent..huhuhu.. recommended la kononnya.. tak pasti dari segi sedap atau harga:P

 terasa macam membazir je banyak2 makanan ni..sebab kami2 ni hanya makan sikit saja
 acik cikin suka yang ini.. ala2 masakan malaysia suke la kamu ya... acar rampai..rangup!!
 wahh yang ni harus bagi 5 bintang..serius sedap. pekat dan terasa la smua2nya. masak lemak cili padi...nice! kami2 memang pulun menu ni je
 ini? nampak sedap tapi bila diperhatikan betul2 rupa-rupanya sotong masak dakwat itam..erkkk kurang boleh masuk tekak..kalau sotong masak kicap harus licin!
 yang ini? rasanya macam kerabu kot. kerabu bunga/putik betik. cuit2 je kami rasa..
nampak benar kami2 ni agak cerewet bila sampai disini..hahahaha
 set makanan bagi boy team..licin!!
pehhh tak sia2 bawak dorang ni tau
 kat sini ada jugak kuih muih.. kalau la kamera saya masih berbateri..sob3.
 muke2 kenyang..kenyang ker??alhamdulillah rezeki
 lepas dah isi perot kenyang2..ikutkan tentatif petang tu kami akan dibawa ke old town tapi tentatif berubah la plak.. aii ikut aja..:)

kemana? jeng3. TANAH ABANG.. oo begitu rupanya tanah abang. kami sampai disana lebih kurang pukul 1.30. diberi masa 2 jam disini..
perasaan saya ketika itu...saya sedikit takut..sebab suasana agak crowded. mula2 macam nak membontoti sahaja jejaka2 APSB demi keselamatan la kononnya. tapiiiiiiiii akhirnya saya bersama 2 kawan saya berjalan sesedap rasa sampai tersesat..huwaaa sudah la time tu saya masih belum ada no telefon tempatan kawan2 yang lain. memang carik nahas. silap hari bulan mau kena jual.

rupa2nya saya dan 2 orang kawan lain telah melangkah ke blok B. tanah abang ni besar pada saya. leka melihat jualan sampai tersasar ke blok lain. nasib baik ada sorang hero/rakan APSB lelaki yang bantu cari jalan keluar..kaget betul saya. huhu sikit lagik nak kena marah akibat lambat naik bas.

pengalaman buat saya, nak kata banyak membeli tidak jugak. sehelai dua saja..
kat tanah abang ni kedai ditutup awal. seawal 5 ptg. so kalau nak soping harus la datang awal
dan lagi satu, kebanyakan item haruslah dibeli 4 pcs. ada yang nak jual 1 pcs dengan harga yang lebih mahal dan ada juga yang langsung taknak jual 1pcs.ini bahagian yang menjual secara borong.

tapiiiii dibahagian blok yang lagi satu, boleh beli 1. saya pon dah tak ingat samada blok A atau blok B. tapi seriussssssssss sangatlah murah. pada saya lagik murah dari BANDUNG!! tanpa perlu susah payah nak tawar bagai nak rak.saya dapat sehelai jubah cun untuk mak saya yang cuma berharga rm35.menyesal x beli 2 atau 3..huhuhu

jom ushar suasana sekitar tanah abang




ha dah boleh imagine betapa sesaknya kawasan tersebut??huhuhuhu jangan coba2 nak menyoping bawak anak kecil kesini. sangat tidak digalakkan.

selepas dah selamat sampai ke bas, saya diam seribu bahasa..oohh rasa begitu bersalah buat yang lain tertunggu2..huhuhu.

ini tanda selamat datang
saya tak pasti pak cik ni pekerja atau bekerja secara sukarela. intrestingnya kat indonesia ni, ada yang secara sukarela menjaga lalulintas. dan mereka mendapat bayaran derma ikhlas dari sesiapa yang sudi menghulur.:)
  yang menunggu bas..agak tinggi kan bus stop mereka
 ini masjid terbesar kat jakarta. arkiteknya seorang kristian.
 ini? entahla..banyak betul mercu tanda
 ok..lepas dah sesat darat kat tanah abang, kami dibawa pula ke mangga dua.
mangga dua ni pon tempat soping ye uols tapi acik cikin tak soping apa pon kat sini. kami disini lebih kurang sejam setengah. dari 4.30pm sampai 6pm. kali ni acik cikin memang membontoti rakan2 yang lain..uhhh makcik serik nak sesat lagik.
disini kami sempat solat dan minum saja.
kat mangga dua ni sangat la banyak orang menjual handbag, perfume, rambut palsu, aksesori.. tapi memang tak sempat nak belek. sempat pandang saja.
 yang pelik.. terdapat 2-3 bangunan yang bernama mangga dua. ada yang macam mall ada yang macam ala2 komplek pertama kat KL tu.
 suasana dihadapan mangga dua.. macetnya la alahai..

dari sini kami terus pergi makan malam..dimana? tunggu next entry

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Terukir Di Bintang

sehari dua ni lagu ni terngiang2 ditelinga...
lain dari yang lain irama lagu ni...macam dengar lagu zaman2 saloma ja rasa..:)
kreatif betul yuna ni kan...


Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Day 2 Java Trip- Pusing2 Jakarta

jom sambung kisah trip 2 minggu lepas jom..

4 February 2012 bersamaan hari sabtu

baru rasa pejam mata..tau2 saya rasa dah siang...huhu memang benar, kat Indonesia siang/cerah cepat berbanding Malaysia. malam pertama saya kat Morrissey Hotel, saya tidur jam 2 pagi dan bangun semula pagi tu jam 5 pagi.. walaweyyy awalnya acik cikin bangun!!
5 pagi dah subuh hoccay.. anggap saja macam 6 pagi di malaysia.
melihat roommate saya sudah siap bangun dan mandi saya tak mampu menarik selimut..mesti en hubby saya akan berkata..kalau hari2 macam ni kan bagus....

jam 6 pagi telah terang benderang..siap2 tepat jam 7 saya dan acik zuzie ready untuk turun breakfast..gila kentang punya semangat!!!

jom tengok gambar..jangan bernanah tengok gambar kami2 yang suka berposing ni ya..ekekeke ada orang makan hati karang kui3

acik cikin dah ready ok.. ready nak p bfast.. konon2 nak jadik orang terawal.. tapi ada lagik yang lebih awal dari acik cikin..huwaaa.. terpadam la hasrat nak hala kamera gedabak dekat makanan2 tu..sob3
kami memilih makan diluar saja.. lebih santai..sambil melihat brother ni buat wafer dan juga telor.. so main order sesedap rasa dari atas bangku..ciss pemalas!!
nah..sejam bertapa hanya untuk bfast..acik cikin makan sikit saja..almaklum perut chomel ja kan..tapi menu wajib acik cikin mestila fresh orange dan juga buah2an..feeling over the sea ko acik cikin..selepas beberapa hari..nah!! rasakan...sob3.. nanti acik cikin cerita apa yang berlaku..rasa macam nak taubat nasuha:(
 cun kan lobbynya... hati dah menggedik dah dok berangan nak bersanding kat kerusi merah diatas itew..dapat ke???
 hahah comel je budak pika ni masuk duduk kat situ
 dalam pukul 9 kami semua bertolak kedestinasi pertama pagi tersebut..sambil2 dalam bas puas la cuci mata dengan pemandangan yang pertama kali saya lihat.. snap sana sini ..blur2 pon ambik jugak...hasilnya..pukul 10 batri DSLR sudah habis..sekian:(
 ini bus stop disana..pertama kali tengok agak hairan.. rupa2nya pintu basnya memang tinggi so patut la bus stopnya demikian tinggi..huhuhuhu dah ala2 lrt nyer station pon ado.
 jeng3.. tak usah berangan nak naik bajaj ni.. my manager siap bagi idea suruh naik sorang satu buat race..lupakanlah saja TIDAK ADA MASA melainkan malam..dah tentu2 la malam nak zzzzzz
ok. destinasi pertama kami adalah
TAMAN MINI INDONESIA INDAH
mini la sangat bagi dorang..tapi bagi kami2 ni besar... dah macam 1 kawasan shah alam dah rasanya. rumah mini dorang pon kaw2 punya besar.. kalau nak singgah setiap satu harus sehari suntuk pon tak habis..
 kalau tak silap ini la monomen yang dikatakan ada 50kg emas kat atasnya.. kalau silap ampon ya

our tour guide cuma berhentikan kami di rumah sumatera barat
 ala2 rumah minang pon ada acik cikin tengok
ahli rombongan APSB.. bos2 tak ikut...ahli2 huha ja yang ikut
ce tengok..rumah ni ke dikatakan mini?? besarrr hoccay..dah macam istana pon ada.
kat dalam rumah ni ada la bermacam jenis patung dengan pakaian tradisi,
ada senjata la.. pelamin la.. bla2.. sila cintakan sejarah ya..heheh acik cikin jeling2 ja.. x baca pon info2 yang tertera.. :P
shhhh sila perhatikan 2 jurukamera berbaju merah berseluar hitam
kalau terer korang carik mana acik cikin..:P

 sekeping gambar di dalam rumah tersebut..actually banyak..kero dah mata mau pilih..asyik2 muka kami2 je..
menarik tak uols.. tak pasti rambut palsu atau asli..seram pon ada..
yang pelik2 boleh carik kat indonesia ni ya..:P

hah!!! chomel x acik cikin..
bukan main kamu posing..
serius, ingatkan maskot2 tu maskot taman mini
so bergumbira la acik ckin n kawan acik cikin ni bergambar
alih2 kena BAYAR ok.. seikhlas hati..kah3..
baru kamu tau acik cikin... nasib baik kawan acik cikin tu yang bayar..
3 keping gambar dia bayar 50,000 rupee.. gara2 tak de duit kecik..
lepas dari dapat rupee tu terus maskot2 ni rehat panjang....sebab hasil banyak kot huhuhuhu
patutla member2 yang lain awal2 lagik larik...huwaaa

sungguh chomel gambar ni...:)
 lepas dah bergambar begitu begini kami pon dibawa ke tempat beli cenderamata kalau nak
acik cikin tak beli apa pun.. roh menyoping belum merasuk:P


uols nak tau..masa kami kat rumah sumatera barat tadik..kami diikuti oleh 2 orang jurugambar yang nampak professional..yang berbaju merah tadik.. mula2 acik cikin pelik..siapakah mereka ini. orang travel agent ke..
alih2 bila bas kami parking saja kat tempat jualan cenderamata tu.. dah siap2 dia bentang kesemua gambar2 yang dia dah ambik kat rumah sumatera barat tu..alahai.......... macam ni pon ada ke? dah la ada sekeping gambar acik cikin sorang2..harus la kena beli kan huuhuhu. actually tak beli pon tak pe, tapi sure la nak beli sebab ada muke kiter kan..huhuh sekeping 20,000 rupee (dalam RM6). masih dikira murah la jugakkan dengan gambar saiz A5.

so uols yang macam acik cikin yang baru 1st time nak pergi indonesia .... hati2. culture mereka agak berbeza dari kita. semuanya nak rupee.. kadang2 dorang direct saja mintak...huhuhuhu

ok..selesai kat taman mini kami pon cabut.. acara isi perut..dimana pulak kali ni? ikut tentatif program makanan manado.. nanti acik cikin buat entry lain yerrrr..:)


jom2 naik bas jom!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails