Tuesday, April 27, 2010

Apa punca anak derhaka....................

 Dapat email from one of my good freind....sama2 la kita renung2kan..
Baca & Fahami , Aku ADa Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak Ku, Aku Ada Kesilapan Hubungan Dengan Ayah Ibu, Suami, Metua...Mungkin Kau Juga, Marilah Kita Betulkan Keadaan Kita

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atasbelakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkanhubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalausalah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapakkakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usiabeginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akantergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripadarumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibudah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anaktidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan sukamengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dansebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Janganrasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walaumenyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosadan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalauberjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan janganambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengahorang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawantempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpayang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apacaranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah kemasjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.


Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatanbuat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cubakita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kitabuat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita saying anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketigasuami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atasmenantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasarmenyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers



Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri


Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih saying (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga


(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 ygdtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargaiorang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, April 26, 2010

hasil tangkapan- Pureen w/sale April 2010

acik ckin curik masa lunch jap mengupdate blog....
sebelum ianya menjadik basi..hehehe
sejak x bleh berstremyx kat rumah kena curi2 time opis nak berblog....
 x syiok betul....

meh aku nk melayoq sket (tau ka melayoq tu apa?)
meaning= menayang larr..hehehehe
org lain tayang beli barang mahal.. tapi aku?
 tayang beli barang murah..hahahaha..
korang jangan salah anggap tau..bukan menunjuk2..
entry2 sebegini ada permintaan.. tu pasal aku buat....:)
 sale kali ni acik ckin over the budget...selalunya abis kuat pon RM200 ja.. tapi kali ni TERRRRR habis almost 300..uwaaaaaaaa memang sah aku dijangkiti virus tak sedar diri...

jom arrr sama2 jamu mata...

ni.. baju RM3..suar2 tu RM1 each... buat mix n match

baju cekci icha ni RM3 jerk...tebal kainnya...

baju bajan RM5 perpair.. saja beli saiz besar sket... long term sonang den..

baju tanpa lengan tu RM 6 per pair.. yang lain RM8..
(baju2 ni yg buat mak cik ida kat MINDEF tu tak senang duduk kan...hehehehe)

t-shirt + jeans sepasang only RM8.. berbaloi2..

lagik baju basahan hakim...RM8 perpair..mmg susah nak carik saiz besar2 ni.. so dah jumpa..grab jerk la..even mahal.. RM8 tu mahal hoccay!!!

RM6 per pair

RM6 gak...

dan akhirnya... TERRRR ambik baju maha mahal ni... RM10 per pair..uwaaaaa...

dan toiletries.. malas dah nk bukak2... barang acik mimie pon ada dalam nie.. lalalala..
ups..set sikat princess tu RM1 jerk... punya la suka cik icha tuh...

sweter yg paling hakim suka...RM6 jerk..harga asal masih ada..RM35..lalalalala

bila ibu balik... ibu sudahhhhhhhhhh pokai.. smua duit abah kasik dah boliaw..cepat betul langsai...uwaaaaaa....

note: dah bleh dok diam2 kat umah.... tggu sampai next w/sale plak...baby kiko ke...hytex ke...pureen lagik ke..anakku ke....:P tak payah beli baju lagik utk dorang2 ni... ni pon dah lebih 30 psg ....:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, April 23, 2010

24-25 APRIL 2010: PUREEN STOCK CLEARANCE

Maaf pada kawan2 sekalian..acik ckin ni tak sempat nk mengupdate pasal bab wharehouse sale yang amat disukai dan ditunggu2 ni..sibuk dengan perpindahan opis, MOU dengan Kimia Pharma, Indonesia (ceh..cam aku CEO ja lagaknya..muahahaha..), plus kerja bertimbun yang buat2 tak nampak...huhuhuhu...

ok, back to the story........... jom reramai g berabis rm yang x berapa nk ada kat wharehouse sale pureen ni... acik ckin jarang miss since 4 years ago..hahaha lama betul aku berkecimpung dalam bidang berasak2 ini...en abang jugak redho sebab banyak boleh berjimat.... berbaloi-baloi.... kalau sesiapa yang belum pernah tengok hasil tangkapan aku..sila la rujuk label2 jom habiskan duit aku dan jugak ada juga disini, separuhnya disini dan sini..


Products Offered Baby Diapers

Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads
Brands Featured Pureen Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist

Time: 10am to 6pm


Terms
VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150


Location (Tel 603 7628 8888)Summit Company (M) Sdn Bhd


Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


MAKLUMAN LANJUT KLIK KAT WEB PUREEN

note: sepatutnya APRIL menjadik bulan yang paling masyuk...tapi tahun ni..acik ckin menjadik terlebih boros........uwaaaaaaaaaaaaa syko dirik sendirik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, April 21, 2010

Hari ke 3 @ new opis

uhh..acik ckin bukannya berpindah tempat kerja.. masih di company yang sama..cuma rezeki BOSS dah makin bertambah..sudah mampu membeli lot opis sendiri..maka Isnin lepas kami dikerahkan pindah..yang pindah masuk pon cuma 3 pintu sahaja..2 stor dan 1 pintu budak2 opis... 3 pintu lagik masih kosong... sebab sebahagian besar budak2 sales dan cs serta top management masih di opis lama..

penat masih berbaki..adus..berdenyut2 kepala hotak... tapi disebabkan rindu...nak jugak update blog..hehehe..rindu jugak nk berblog walking..huhuhu..dah la internet kat rumah masih tak pasang2 lagik....lambat betul la org2 TM ni...grrrrrrrrrrrrr dah dekat sebulan buat report...:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, April 13, 2010

terapi for APRIL

yang ditunggu dah tiba.... dah lama asyik tertagak2 ja nak beli... selama berbulan2 cuma pakai 6 CD saja..ohh sungguh superrr basuh kami suami isteri...hehehe.. sudah lama aku 'menyervey' sana sini..rupa2nya rezeki acik mimie kali ni.. rezeki aku jugak sebab dapat best deal dengan acik mimie... thanks dear..muah... ko memang baik ati la mimie..heheheh... ini pujian ikhlas tau..bukan bodek tau...:)

 parcel ni awal betul sampai..around 10 am... ahkak sukerrrrrrrr:)
kunun2 cam dapat hadiah la kan..kah3 walhal hadiah berbayar....:P

dan isinyaaaaaaaaaaa
10 keping CD yang memikat hati..
wah semangat betul nak berCD
berjimat membawa berkat...
kali ni rezeki untuk arissa dapat berCD berwarna warni dan ber katun2...

dan.... acik mimie bagi ni as a free gift... wah siap dapat free gift tu....
kata acik mimie sebab silap pack apa yang ahkak mintak....
tapi ahkak tak kisah..sebab ahkak dapat 2 valcro..lalalalala... thanks a lot ya en mazzuki sebab silap..heheheh ..leh lak gitew...

so uols kalau nak beli CD.. jangan segan2 g blog acik mimie tau...
kat sini. she can give you the best price..lagik banyak beli lagik murah kan acik mimie kan..:)
*
*
*
ini untuk arissa..abis untuk hakim apa plak?
uhhh sudah pasti ada... tunggguuuuuuuuuu
bulan ini ibu mood BERABIS NIAT DIHATI....tanpa sedar diri
sampai dah pokai tahap tepu.....:P

note: bila mau dapat claim ni....huhuhu.klau la boss mendengar isi hati aku ni kan best..pasti dia akan kata..    " ya saya paham sekarang dah APRIL... nanti saya tunaikan hajat staff2 saya" hahaha...alangkah indahnya kan...:P........... banyak wishlist aku ni....:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, April 12, 2010

Tag From ira kecik

Baru jerk dapat tag ni....from ira kecik yang comel
disebabkan perot tengah kenyang maka ahkak rela hati buat dengan hepinya..hehehehe
jom sama2 kita layanzzz...

1. Adakah anda rasa hot?
Hot? panas ke apa ni? haahhahaha..hot dog aku tau la...

2. Upload wallpaper pc/labtop anda sekarang

3.  Cerita tentang gambar ini
tak de apa pon specialnya..tapi aku suka tengok..menenangkan minda dikala stress..pastu berangan...bila ntah nak g tempat yang best cam ni..:P

4. Bila kali terkahir makan pizza?
2 malam lepas...heehhe

5. lagu terakhir anda dengar?
tanpamu kot tajuknya....:P

6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
tak de apa melainkan buat tag ni... membiarkan nasik turun ke perot..ups lupa.. tengah mendengar kris dayanti nyanyi juga....

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
emmm... ibu (anak2 panggil) ayang (my hubby paggil) lain2 semua namaku belaka...hehehehe

8. tag lagik 8 orang
1. kak azmiezas
2. mimi fazira
3. rozana hani
4. ibu hakimhaikal
5. rose/ ibu rafiq
6. zue zie
7. zanariah teknik
8. diana/anj

9) siapakah org no 1 kepada anda?
ooo ini kakak senegeri..kakak blogger yang baru jerk kenal...:)

10) katakan sesuatu kepada orang no 5.
mmg kamu punya suami yang suka buat suprise kan..syok kan...semoga berbahagia selalu..

11) no 3 ada hubungan dengan siapa?
member tepi meja jerkkkk..hehehehe

12) Bagaimana pula dengan no 4?
ini member blogger yang selalu jengah ke sini..:)

13) pesan kepada orang no 2?
x sabar dah ni menunggu barang yang ko pos mimi..hahahah

14) kata2 cinta kepada orang no 6?
uhh kata2 cinta..every day kan bergahter2....hehehe esok lusa kita bersama kembali..uhhh jiwang x? muahahaha

15) adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
ada kot..mereka sudah punya anak perempuan..hehehehe

16) berikan 5 perkara 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
ada kedai online balqis shop
nama kedai tu inspirasi nama anak comel dia
suka jalan n makan2
kecik comel ja org nya...itu sebab ada orang pangil dia kecik..
ahli JMC (Johor Mother Club)..sure active bercari forum ni..hehehe

17) persamaan antara kambing dan lembu?
dua2 haiwan..hahhahaha apa punya jawapan la ...

18) perasaan anda buat tag ni?
pening makcik taip sebb tak leh copy paste..:P

19) Adakah anda tahu si Razman itu sengal?
hahahah ada aku kesah!!

20) Gay or Less?
or.....

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, April 11, 2010

FanTaGHiROLyNN CONTeST AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA

taraaaaaaaaaaaaaaa
Contest ni dianjurkan oleh...

kalau uols berminat boleh tengok disini

cepat2 tau..tarikh tutup just around the corner 14 APRIL 2010

dan peserta kali ni adalah......
*
*
*
*

Nama: Nur Arissa Nasuha
Umur ketika menggomakkan diri : 1 tahun 1 bulan
umur sekarang: 1 tahun 4 bulan

wish me luck yer auntie2 sekalian...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, April 8, 2010

'Big Field' - Cerita balik kg cuti sekolah lepas part 2

Cerita dah agak basi.. tapi i still want to write here..............:P

hari kedua di kampung 15.3.2010 aku dah bagi idea BAAAIKKK punya..edisi menghabiskan duit..kih3..kemana? tajuk kat atas pon korang dah tau kan..big field!! ada tau ka kat mana? even Bukit kayu hitam just 5 minutes from my hubby place.. tapi we all lebih teruja nk p yang jauh sket...biasa la... kalau x..x jadik pelancong la kan..kui3...

actually big field ni pon dekat gak.. dalam 30 minute ja...melalui h'way FREE tu...sat saja...lalu ladang tebu yang terbentang luas...memukau siapa saja yang memandang...dan sudah pastilah....cuaca adalah...PANAS... hu huhu h... jom layan pic kami ahli rombongan ke sana..hehehehe...bawak FIL, MIL, my anak buah dan mak cik cayang..

dimulai dengan mereka2 yang x cited...

kalau melalui hway dari changlun melalui Chuping...sudah pasti jumpa papan tanda ni...tercatat
anda berapa di chuping perlis, kawasan ladang tebu terbesar dimalaysia dengan keluasan 8062 hektar (besarrr ooooo...saujana mata memandang..)
lagik satu side...
anda berada di chuping perlis, kawasan terpanas dimalaysia suhu tertinggi pernah direkodkan adalah 40.1 C pada 9 April 1998.. (panas ooooooooooooo)
jom layan imported product.... hahaha thailand mariiiiiiiiiiiii murah3....
silau mata mak cik ni ha...huhuhu
timah my anak buah yg sudi jaga hakim yang x tau dok diam:P..
dia la manusia terawal dapat habuan...huhuhu

banyaknyerrrrr... peminat ikea sure tak layan nyerrrr kan..:P tapi mak cik layan jerrrr...janji worth for my money.... apa ada pada jenama....kan kan kan.. quality come 1st..:P ada la yg makcik tangkap kat sini satu..muahahah dah selamat pon pakai..

nak tau apa?

periuk bertelinga 6 beradik itew...cost me only RM65..cap BOYA..muahahaha suka3..tebal uuuuu dah selamat pon kurasmi masak sup gearbox...wink3

tengah call my mum tanya kalau2 ada yang dia nak pesan...:P

jamu mata lagik... dan lagik..dan lagikk...

ini pon berkenan gak ke mak cik cikin? hayya!!
rm18 each... tapi kubodek dapat la rm23 for 2..mean satu rm11.50..ngeh3...
yang gantung2 tu 3 RM10..
kedai adalah banyak..ala2 nilai 3...
kain baju naik pening tengok..last2 beli sorang 1 jerk...itu pon yang mulah3 maaaa...

perjalanan diteruskan...masuk bazar plak...
sini agak mahal sket compare yang kedai kat bawah....
so jamu mata jerk la..

mak cik ckin kepenatan... jom layan 'barang kemas lak'
nampak x arissa tgk survey market..sambil tangan menggapai brg2 kemas n mulut say ...nak... sambil sengih2..ish3..perempuan...perempuan.....
akhirnya ibu yang baik hati ni belikan dia gelang tangan la...wah...
mahal uuuuuuuuuuuu RM7 jerk..kah3...
yang ini kalau kamu ilangkan pon ibu tak ralat wahai anak...hehehehe
maka bermula la sesi cewi tak hengat mak cik arissa...hehehe(org kedah ja tau apa itu cewi.....anda tahu? sila buat rujukan hoccay!!)

bila penat berjalan..maka perot pon berbunyi...jom makan..rasa resepi siam...sedap..tom yam powerrrrrrr...som tam... sup berkangkung...:)
budak hakim yg asyik bergonggong..rimas3 with my MIL & FIL

arissa with tok cik cayang


panas2..pekena ni...adalah...syiokkkkkk


all of us kecuali en rizal

gambar makanan? tak de..adalah lapar tahap G.... G for gaban yerrrr
sebelum balik sempat lagik mereka2 ni membeli pokok2 orkid yang cantik2 itew... time dorang kat sini aku telah melarikah diri...
beli periuk dan jugak comforter set..
cotton uuuu...sejukkkk cost me RM 30++ jerk..suka3...

after that..setelah memenuhkan bonet... kami pon balik......
dan.....
selang 4 hari kemudian...sekali lagik kami ke padang besar..my FIL beriya ajak g lagik sekali...(sebab nk tukar jubah yang dibeli plus dia sudah berkenan dgn frame mungerrr yang aku beli.....hehehe)
kali kedua p..bawak rombongan lain plak... may kakak2 ipar joint.... tapi sekeping gambar pon tak ambik...hayya..lupa plak..
tapi......
kali ni acik ckin ni try order laksa...ingatkan laksa macam biasa tu lakan...
sekali datang............laksa kecil..yang besar sket jerk dari bihun + kuah cam masak lemak ..selemak..lemaknya...
yang lagik pelik diberi ulam ulaman yang x dipotong....kacang botol, pucuk tak kenal, pucuk gajus, taugeh...so terpaksa la jadik kambing..huahuahuahuahua
tapi siyessss cannot makan banyak2 la.... tak berapa ngam ngan tekak...:p
itulah rupanya....laksa ku itew
aku makan laksa dgn taugeh dan kacang botol/kelisa jer..ulam2 lain.. tak reti lorrr mau makan dgn laksa ni..


nota : balik kg nanti boleh lagik layan big field ni...huahuahuahua..insyaallah....
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, April 7, 2010

Top Blogger 2010


wah!! teruja dan terharu..top blogger kah? heheh dah dapat award ni..wink3...(edisi syok sendirik )

1) Thank and link the person that give u the award
- Thanks to ira lagik sekali.... :) tak sangka u doble u kasik i award..muahhhh:) tq3...hehehehe

2) Pass this award onto 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic...

1.-10: kepada smua penerima award acik cikin dalam entry lepas....'mommies blogger award'
11. kak eynda
12. kak azmiezas
13. zel-my journey to loose weight
14. zarinbahrin
15.ina ibu 3AZ
16. Ana suzana
17. sis dee
18.Luvly ma
19. Hudha nordin
20. kepada anda yang membaca!!! :)

aku tau ramai yang dah dapat..berkali2.. tapi kalau sudi... datang la ambik yer...:) ikhlas dari lubuk hatiku yang paling dalam...chewahhhhhhhhhhhhhhh ayat!!! ngeh3.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, April 6, 2010

Mommies Blogger award

actually dah lama dapat award ni from ira
tapi belum berkesempatan nak buat... thanks a lot ira..:)
1. Thank and link the person who gave you the award.. post the above award in your entry too..
-
Thanks sekali lagik buat ira...terlekat jua namaku dihati mu..hehehehe.. jangan serik nak kasik tag or award kat akak lagik yerrr:)
2. List the date of birth of your first child and your following children.. add also their names..
Nama : Muhammad Luqman Hakim
D.O.B : 04.09.2006

Nama: Nur Arissa Nasuha
D.O.B :17.12.2008

3. Upload a picture of you with your children..
(kenangan kat Cameron CNY 2010)

4. For those mommy to be.. your pregnant picture will do..
now tak pegnen..akan datang kot...insyaallah

5. Pass the award to all mommy bloggers you know! Let them know k..

1. Rozana Hani

2. Liana

3. Zuezie

4. Acik mimie

5. Gmah

6. mamaerish

7. zanariah/hud

8.marini

9. Anese/Jedanese

10. ida worldwide



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails