Tuesday, March 30, 2010

cerita balik kg cuti sekolah lepas..PART1

Dah seminggu dah cerita ni.. tapi disebabkan kesibukan kepala hotak aku ni ...tak dapat nak generate nk buat entry..hehehe complicatednya ayat...muahahaha

cuti sekolah lepas..aku dapat kelulusan bercuti selama seminggu..alhamdulillah boleh bersama famili lama sikit kali ni... perasan jadik cikgu kejap..hahaha...

pemandangan sawah padi buat masa skarang... panas terik..ujan baru sikit2 turun...
sawah bendang kering kontang...


kami sampai dikampung...Changlun jam 1 am ahad 14 mac 2010, sibuk menguruskan perpindahan dan juga tukar tayar kereta yang dah 3 tahun x tukar2 tayar..ayoyoyo.. mak cik ckin tau naik ja..tayar dah hilang bunga pon x sedar...dah botak tahap kritikal dah... patut 2 thn sekali kena tukar..aku p balun 3 tahun..sian kereta ku..huuhu

sesampai dikampung..kepala otak sudah berlegar2..mahu kesana sini... destinasi pertama..melawat kuarters baru TUDM my friend HASNI kat Kepala Batas.. besar kuarters dia..tapi yang dekat kem subang lagik besar.. ayat2 dengki aku dengan hasmah..(her twin)...ngeh3.. ada masa lagik tu nak komen perihal umah orang..semua tempat aku spotcheck... ada 4 bilik n 3 stor...3 bilik air tak silap..besar.... hehehe..ni baru dapat yang apartment kalau banglo tu...wallaaaaaaaaa..... macam mak cik limah joyah ja kaedahnya..hehehe.... tapi aku cuma buat (mengecek design umah) dekat kawan2 aku yang betul2 rapat jerk..... yang memang dah tau perangai aku....:P

mak jah(mak hasmah & hasni) siap sediakan bihun goreng, kek coklat..nyum3..sedap...terima kasih hasni n mak jah..:) lain kali ada rezeki aku sampai lagi ya.... kemungkinan lagik nak p 2,3 kali...sebab kawan jan masa kat USM pun satu block dengan dia...so ada 2 sebab la kan..we all g sana...hehehe
hasmah...hasni twin.
afiq (anak semah)..enjoy betul anak2 kami bemain..:)

depan kuarters ada plak playground..emmm mmg suka la 2 beradik tu...




note: x banyak pic pon amik..termasuk la gambar tuan rumah..kerana terlalu hyper nak bersembang...ni pon en rizal yang ambik piccas...:) mereka2 adalah kawan aku semasa kat teknik a.setar...still keep in touch sampai skarang...:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, March 29, 2010

tempat berteduh yang baru..

Hari ni hari pertama aku datang berkerja dari RANTAU PANJANG, KLANG.....
penat masih berbaki... selamat move out dari rumah lama sabtu lepas 27 mac 2010
sudah seminggu cik abang berulang alik hantar barang yang ringan... oh.. banyak betul rasanya barang... alhamdulillah mak dan abah sudi mai dari kedah nak tolong anak kesayangan depa ni..

penat... gusar.. itu ja luahan hati buat masa ini...
pagi ni anak2 dah diperkenalkan dengan bby sitter baru..kak asma... nampak soft spoken.. harap baik macam kak izat juga..insyaallah... tapi untuk hari ni anak2 kesayangan masih dihantar rumah bby sitter lama.. sedih tau nak tggalkan bby sitter yang dua orang itu..mengalir jua air mata yang disekat2...

rumah lama perlu dibersihkan secantik kali pertama kami masuk.. alhamdulilah dipermudahkan mencari orang yang sudi nak bersihkan segala semak dan samun di belakang rumah... dah tak mampu dah rasanya aku n hubby nak usahakan...

aku akan cuba membiasakan diri mengurus diri dan anak2 tinggal agak jauh dari tempat kerja... hahah macam la jauh sgt... 30 min saja.. tapi dah biasa bermanja2 diri....dekat kan.. itu pasal aku jadik cam ni... harap anak2 aku serasi dengan pengasuh baru...amin....
Beberapa piccas kuarters... sedang2 elok ja saiznya...:)
pandangan dari laundry area ke balkoni depan... (suka sebab depan belakang open air)

daporrrr...

master badroom...


hall...puas la mereka2 main beskal...
skarang tak de sofa..minimalis habissssssssss heheh lapang jerk..

note: sofa dan almari set bilik tdo telah ditinggalkan..sedekah kat jiran.... bangla:D

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, March 26, 2010

Sharing -7 things ur boss should never say to you

just for sharing.... from yahoo

Last week, I listed seven things employees should never say to bosses. A look at the various comment threads shows that a few bosses out there could also benefit from a review of the basics of good workplace relations--not to mention a quickie refresher of what constitutes good leadership.

So, bosses, are you listening? Here are seven things you, as a boss, should never say to your employees:

1. "I pay your salary. You have to do what I say." Have you not heard? It's the 21st century. Threats and power plays just do not cut it anymore (and they were always a terrible way to manage). Yes, you pay people's salaries but that doesn't mean you're their lord and master. You are their leader, however. Leaders lead by inspiring, teaching, encouraging, and, yes, serving their employees. Good leaders never need to threaten. So keep your word, set a good example, praise in public, criticize in private, respect your employees' capabilities, give credit where credit is due, learn to delegate, and when you ask for feedback don't forget to respond to it. (Another sentence to be avoided: "Do what I say, not what I do.")


2. "I don't want to listen to your complaints." Hey, boss, you have this backwards. You do want to listen to employees' complaints. That's part of your job. You should be actively seeking feedback, even negative feedback. It may be annoying, even painful, but that's why you get the big bucks. Complaints point to where your processes and practices need improvement. And even if a problem absolutely can't be helped, allowing your employees to vent can go a long way toward restoring morale and building loyalty.

3. "I was here on Saturday afternoon. Where were you?" This kind of "subtle" pressure to work 24/7 is a good way to burn out your employees. You won't get that much more productivity out of them, and you will destroy morale. You may choose to work seven days a week. That's your call. But your employees shouldn't have to. If you observe that they are working way more than their job descriptions call for, consider that maybe it's because you're overloading them. Look for ways to fix this problem.

4. "Isn't your performance review coming up soon?" Maybe you're trying to motivate an employee to do a better job. Maybe this is just a ham-handed way to remind underlings of who has the power. Who knows. Either way, a statement like this is not only tacky and passive-aggressive, it's ineffective. If you really want to motivate people, consider giving them a stake in the success of your enterprise. Show employees you value them. Let them know what they have to gain by doing a good job. The results may surprise you.

5. "We've always done it this way." Want to crush your employees' initiative? This is a good way. News flash: Your employees may actually have a pretty good idea of how to do their jobs. Maybe they know even more than you. Your job as boss is to encourage them to have the energy and motivation to be innovative. In fact, employees who come up with better ways to do things should be celebrated and rewarded. (Hint: Cash is nice.)

6. "We need to cut costs" (at the same time you are, say, redecorating your office). Nothing breeds resentment more than asking employees to tighten their belts while you, to their eyes, are living it up. Even if the office redecoration can be totally justified in business terms, or the budget for it was a gift from your uncle, it still looks hypocritical and is demoralizing. Being sensitive to other people's feelings is good karma. Leading by example is the best way to lead.

7. "You should work better." Managers need to communication expectations clearly, to give employees the tools they need to do a good job, to set reasonable deadlines, and to offer help if needed. When giving instructions, ask if they understand your instructions. Don't assume. You may not be the stellar communicator you think you are. If your employees are making mistakes, or not performing up to par, consider that maybe it's because you're giving them vague instructions like "you should work better."
The bottom line is that in the workplace respect, a little tact, and a good attitude go both ways.
What do you think? Anything to add?

note- bila nak jadik boss nih..:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 23, 2010

dah tua ya kamu?:P

malam tadik cik abang pulang lambat..pukul 8 lebih baru sampai rumah
pulang bawa sejibik kek untuk isteri yang solihah...chewah..
yang excitednya..bukan si ibu tapi seperti biasa...
anak bujang yang selalu buat aku naik darah dan turun darah...
si icha dah selamat zzzzzzzzz
siap beli no '30' besar2...adussssssss
tua ke? no la.. still young kan...:P

ibu!! hepi bday ke ibu?...
pantang tengok kek..hepi bday ja dia... anytime anywhere
ibu serahkan padamu sayang..tiup2 jangan tak tiup..
actually my mum pon ada kat rumah sekali tapi malas nak interprem..heheh
1...2...3.. tiup!!!
ibu.. boleh potong ke bu?

jawapannya...silakan wahai anak...
ibu dah banyak2 umur ni x kuasa dah nk potong n tiup2 lilin ni


nota kaki kiri : kutahu ramai yang sakit mata memandang background rumah aku ... SANGAT LINTANG PUKANG... dalam proses pindah randah begini la jadiknya... my mak mai pon pening tgk... kotak2 bersepah.... nk sambut bday pon x de mood melainkan ingat nk packing n move out saja..huhuhuh

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, March 22, 2010

30 tahun mencarik cinta...


tajuk... macam gersang jerk..hahaha..saja ja gimik lebey!!

actually...

alhamdulillahhhhhhhhhhhh syukur... pejam celik pejam celik dah 30 tahun aku hidup... hidup kian pendek.... moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... supaya dapat aku melihat anak2 membesar didepan mata dan dapat menjaga mak dan abah aku dihari tua.. insyaallah.....

dalam umur 30 ini tiada apa yang diingini... melainkan berada bersama2 insan2 tersayang...

rumah? mmg ada keinginan tapi biarlah en abang yang pikir... aku malas nk pikir.. apa yang ada sekarang guna la seadanya.. belajar untuk tidak mempunyai keinginan yang besar... kerana ketenangan itu lebih penting....:) manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..itu adalah lumrah..lawan la perasaan itu selagi termampu...

kerjaya... berusahalah menjadik yang terbaik dan memberi yang terbaik kerana ia rezeki yang Allah kurniakan... aku akan sentiasa mendidik diri komited dengan kerjaya..insyaallah... what you give you will get back cepat atau lambat pasti ada... aku percaya dengan kata-kata itu...:)

lastly..nak nyanyi utk diri sendiri...hehehe


hepi bday to me..

hepi bday to me...

note: Usia? kenapa nak berahsia...(baca ala2 iklan safi rania yerrr:P)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, March 12, 2010

Bercuti .....

salam...
esok aku akan start bercuti....sempena cuti sekolah maka aku pon habiskan la cuti2 tersisa..dah lama x balik kampung..kali terakhir raya haji lepas... en hubby rindu sangat dengan famili kat kg. aku? rindu jugak tapi tidak la sesarat rindu cik abang..my famili selalu datang ke rumah...hehehe
sehari dua ni sudah mula packing apa yang patut dan sudah 2 trip en abang mengangkat barang2 ke kuarters... sangat banyak benda yang ntah hapa2 yang tersimpan..nak dibuang..rasa macam tak patut... antaranya... ni ha..
hadiah dari anak2 murid tahun lepas... tahun pertama menjadik guru... banyak betul hadiahnya....ini sebahagian ja ni...sangat tidak adil kalau aku buang kan..
tapi mmg dok dalam kotak ja la...
harus lepas ni.. acik ckin ni g ikea carik display kabinet..
en abah.. tolong take note yerrrr..sila sponser..heehhehe
minggu depan aku akan berada di kampung...seronoknya...:)
cuti bermakna cuti jugak blog walking..insyaallah balik nanti akan dikhatam..
alamak...nak pindah pulak...harap dipermudahkan..amin..
to cikgu cikgi..selamat bercuti...
yang x cikgu cam aku ni pon tompang sekaki...
nak jadik cikgu tak layakkan..hehhehe:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 9, 2010

weekend lepas- ANTAN BATURA

Weekend lepas.. aku..dalam keadaan yang mood x berapa best... mengikot la en abah yang suruh bersiap..nak berjalan katanya...virus M nak outing plak lately..apsal ntah..nak kata belum bergaji.. sudah... apsal ekk..MAC sepatutnya menjadik bulan yang BEST..sebab...myday just around the corner..tapi lain plak mood aku ni...emmm..alamak...termelalut plak.. ok back to the story...
tanpa semangat ahkak ni pon siapkan anak2 as usual yang mmg xcited nk berouting on weekend. disebabkan kesian kat budak2 tu..maka mak budak ni pon terpaksarela la bersiap...huhuhu... jangan plak en abah tu tanya mana aku nk p sudah... I HAVE NO IDEA HOCCAY!!
sudah dijangka..as usual..sampai ditengah jalan tanya.." nk p mana ni?"...grrrrrrrr.. buat2 x dengaq ja la!!!
petang2 ni mana lagik best kalau kat shah alam ni kan..melainkan playground area tasik..wink3..hakim n icha sonot!!
cuaca agak mendung..semendung mood aku..chewah ayat..poyo!!!
en abah bawak kami naik bot dekat ANTAN BATURA... depan sirim.. alalalalal ...layannnnnnnnnnnn.. cuma RM5 seorang..anak2 FREE...murah bukan... pusing satu tasik hingga ke restoran tasik...budak 2 org itew pasti la seronot... kamu2 seronot..ibu heppi ja anak2ku...:P..jom layan pic hasil dari hp chokia aku...camera ada..tapi mood nak kluarkan kamera x de...sampai cam tu sekali la..virus M aku ni..hayyya!!!

cantik x uoalsss
mak cik n cik kak arissa:P

layan bluessssssssss (dah la pakai baju blue..hehehehe)
us


itew buah atie hamba...... bersama minah tocang

turun saja dari bot..sempat main2 kat playground tu kejap saja..teros...HUJAN... hakim mula la manis mulut..."ibu mcdonald jom!!" hayya..mau pau lagik la tuh... ok lah wahai anak.. ni mesti kes x puas main... kat mc D sec 2 tu bleh sambung main2...main sampai puas ya...:)
ON SUNDAY - kami lagik sekali ke tasik shah alam.. tapi kali ni berkelah ..makan tengahari..hahah masakkah aku? sorry.. x de nya...kan aku cakap aku MALAS... so tapau and makan je kat tasik tu... best3...makan dibawah pokok di tepi tasik..walla....gambar? tak de...mak cik ckin M lagik... apasal lately aku Malas ekk..ke hari2 aku malas? wakakaka:P


SEKIAN

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, March 7, 2010

good bye 'cik put'

cuba tengok budak arissa dengan puting ni.. aku sangat suka time2 dia bby dulu..tembam!! macam nak geget everyday...:P
si ibu ni mula memperkenalkan 'cik put'ing pada arissa masa dia umur 5 bulan..mula2 dia menolak.. tapi siibu saja2 gatal nak bagi... sebab kununnya nk memudahkan urusan travel ke sabah nanti...heheh..apa punya ibu daaaaaaaa..
bila dah kenal..mula la jatuh cinta...setiap masa nak bersama, si ibu pulak siap cantikkan cik put dengan tali comel2 mickey la ..pooh la...terlekat kat baju arissa. so borink ja.. tangan comel dia sendiri yang carik n masukkan ke mulut dia... hehehe.. nak tdo saja pasti puting dicari... jauh disudut hati aku berazam umur arissa setahun apapun cara aku kena jugak pisahkan arissa dengan puting..
tok ahnya dah mula bising..risau takut cucu gegirl dia ni mulut moncong gigi jongang..kang jadik halimah jongang lak kan..heheh .. siap mempertikaikan..kenapa nk bagi puting sedangkan hakim tidak pernah sama sekali isap puting..heheh no komen...
sebenarnya aku pun kureng suka penggunaan puting ni... jadik aku harus berusaha memisahkan 'mereka'. dan alhamdulillah aku berjaya..pada masa yang sepatutnya...caranya?
1. kalau dulu arissa akan meraung giles2 kalau tdo x de puting..aku akan keraskan ati..biar dia meraung sekejap sebelum bagi puting... sambil sound 'puting adik ilang la...'
2. kalau dulu tdo malam...aku akan letak bawah puting bawah bantal dia..so dia akan carik2 n masukkan ke mulut dia sendiri sambil sambung tdo... kemudian.. aku tukar..letak bawah bantal aku..so susah sket dia nk carik.. macam lambat la nk dapat kan... kadang dia jumpa..kadang tidak... heheheh...ini cara pelan2 pisahkan dia..kalau ikotkan dia nak sepanjang malam mulut berpalam kan..no...no...no... not good hoccay!!
3. aku kerap ilangkan puting dia.... so dia carik2 x jumpa... heheh so nk tak nak... no puting.
4. makin lama dia semakin lupa akan puting dia... dan sedar x sedar.. aku rasa by january lepas mmg dia tak berputing dah pon... dan kalau da terjumpa puting dia..macam RINDU yang amat kan..dia akan ambik n masuk mulut... sambil sengeh2... tapi aku n abang hakim dia akan cakap.."eeeiii adik makan puting busuk la.. eeiii...malu la..." sambil aku ambik dan simpan... so lama kelamaan..dia tgk puting..siap macam pikir sebelum masuk mulut...ehehehe...
amacam? ok tak cara aku? kalau makin lama dibiarkan berputing tak baguskan kalian.... kalau semakin lama mereka bersama..semakin susah nk pisahkan... so arissa cuma berputing dalam 7-8 bulan ja...
note: mula nak berusaha pisahkan arissa dengan buai totally pulak. sejak berumur 3 bulan arissa tdo 'ndoi' /buai tapi cuma dirumah disiang hari.. kalau di rumah bbysitter/taska..dia mmg sudah diajar tdo bawah..sejak berumur 6 bln.. malam..dah x risau..memang boleh tido bawah.. harap bila umur setahun setengah totally boleh tdo bawah...insyaallah...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, March 5, 2010

dapat lambat...dapat free

kejadian: Pak Hailam kopitiam, tesco shah alam
order time: 12.50
ahkak dapat makan :1.35... setelah berkali2 tanya... dengan muka siyesss..laporr beb!!
last2 datang engan muka manis2..cakap mee akak ni free..
aku: terima kasik yer dik....
makanan: bleh la... x sedap sgt ponnnnnnnnnnn
komen2 lain: staff kelam kabut.. casher pun kelam kabut
tengok..dorang dah licin..aku br nk start makan sorank2..grrrrr
ini beef noodle yang FREE itew...SEKIAN

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Mood ber blog juga swing?

Hehehe apa dah jadik ni acik Ckin... swing2..nak kene pelempang kot baru ok balik... adakah sebb cik P? tidak..tidak..tidak... aku pun tak pasti apa sebabnya..nk berblog pun x de mood..(tapi dalam tak de mood masih sempat blog walking... a few blog...dasar suka berblog kan..hehehe) tapi syukur my mood going better n better.. sebab...

1. sudah boleh berpikir secara waras.. slowly menerima kebaikan yang aku akan move out from Shah Alam... walau hati sedikit sedih...tempat jatuh lagik kan dikenangkan... demi kehidupan yang lebih selesa.... rumah sekarang...sedikit sempit...harap ada rezeki untuk tukar ke 2nd floor today..insyaallah..thanks to kawan2 yang bagi pendapat..pendapat anda2 smua diterima pakai dan dianalisis..chewah...tu pasal jiwa aku kacau...hehehe

2. sudah dapat bby sitte baru..walaupun hati sangat2 sedih nk tinggalkan taska sekarang..pelik bukan..walau sekadar taska tapi aku sayang dengan pengasuh2 anak2 aku... tambah mama dan ibu izat buat ayat2 sedih plak.. "lepas ni x de la baby....arissa dah x de"..huhuhu...aku berdoa moga pengasuh yang akan datang yang terbaik..insyaallah... kadang2 orang persendirian ni lagik banyak songeh dari taska...kita semua nak yang terbaik untuk anak2 kita bukan..... nak hired maid? emmm belum masanya lagik....(alasan ala2 acik mimi...).

3. Cuti 3 hari minggu lepas aku rasa penat sangat...dengan urusan rumah tangga.... bukan main ping pong yerrrrrrrrrrr....hakim asyik nk bagi ibu dia ni hot temper aja..cakap kalau x lebih sekali mmg x sah!!... makin pandai menjawab....grrrrr... makin kuat mengusik arissa yang sangat mengada...grrrrrrr..ibu penat hoccay..asyik nk bercakappppppppp ja...

4. aku tak perlu pikir kena g OS..sebb my anak buah akan p..huyeee...(cuma pikir ..apa nk pesan jer... almaklum BANDUNG...syurga soping2 kan)... kepala tengah serabut kan..mood tgh swing kalau diarahkan aku..adalah sangat TIDAK BEST...huhuhu

refesh myself.... petang nanti ada meeting dengan BPFK utk setkan factory visit ke EGYPT...(rozana hani sila bersiap sedia trip on Mei yer...hehehe ...pray for that:)).... kotak2 untuk packing barang pon dah dicari..acik ckin ni dah sedia mental dah nk pindah... tapi bukan sekarang...ujung bulan nanti..setelah pulang dari kampung berhorra horrey sepanjang coti sekolah...ahh x sabarnya..dah lama tak bercuti (mean ambik cuti...) atas sebab membackup...huhuhuhu..mana bleh cuti2 suka2 hati tanpa memikirkan kerja kan...betul tak zuzie?hehehehe:P
korang jangan la marah.... gambar di bawah ni tak de kaitan dengan cerita2 aku kat atas tu..sekadar menenangkan minda... koleksi aku semasa bercoti2 malaysia tahun lepas.. MANUKAN ISLAND DAN KUNDASANG VIEW... cantik kan..? tahun ni nak kemana ya?emmmm bila dah declare "B" baru leh crita..hehehehe tak sabarnya nak tunggu next month...kih3... boss ada oversea trip x this year?...hehehe boss x baca pon blog aku nih..sekadar soalan suka suki..:P



note: tersimpan hasrat di dalam hati nak titipkan catatan perjalanan percutian ke Sabah tahun lalu tapi masih tertangguh.. agaknya dah lupa a few thing..huhuh..insyaallah ruang itu pasti di cari...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, March 1, 2010

Not feeling very well..should do something...

in this case..me sihat2 jer.. ..hehehe but mood not realy ok..messy minded!! ade ke istilah ni? kah3...

so aku nk soping kat tempat feveret aku setiap minggu..sebab aku telah dianugerahkan ngan voucer bernilai RM25+25+25...setiap 2 minggu sekali leh pakai voucer ni.... total..sila kira sendiri.. pembeli TESCO YANG TEGAR beb!!!
disebabkan susu arissa dah habis (alasan poyo aku semata2).. maka petang ni 5.05 minit aku nk pastikan diri aku dah terpacak depan tesco..muahahaha...beli susu 3 tin dah leh jimat 25 hengget..walla... sapa mau kasik?


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

rezeki anak2..

sempena bday sarah... mama si sarah bagi ni kat anak2 aku..macam terbalik pulak kan.. patut aku yang bagi hadiah kat sarah...:) mama si sarah ni buat bday party kat tadika si sarah.. so dia sekalikan la bagi gift ni kat anak2 kawan2 baiknya ni... thanks ida!!

petangnya pulak..tiba2 dapat parcel dari seseorang..... thanks autie eb.. cute sangat frame tu tau...:)

bila bukak.. taraaaaaaaaa tengah mencari gambar yang sesuai utk frame cute ni..:)note: cerita khamis lepas.. sbb penyakit M melanda so lamat update...huhu mood masih lagik swing muing...huhuhuhu
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails