Thursday, November 27, 2008

Alhamdulillah

Hari ni aku ada temujanji utk check up kat Hosp Ampuan Rahimah (macam sedap sket dari aku sebut Hosp Klang kan...) sampai kat sana dah pun pukui 8.30...sepatutnya aku sampai pukui 8..sempat lagik aku beli bekfes..ni penting ni.. semua urusan selesai dalam 11.30..bleh tahan la jugak prosesnya..
Nurse2 kat sana pun friendly..siap borak2 lagik dan nasihat sket2 cara nak push. Almaklum la ni kira macam 1st time la bagi aku nk try normal. Selesai check-up Dr cakap setakat ni semuanya ok dah aku boleh try normal. Baby pun tak de besar sgt.sekarang dalam 2.6kg +.. Hakim dulu pun lahir 2.7kg ja...Kemungkinan utk c-sect tu tetap ada..cuma %nya rendah. Harap2 dipermudahkan..amin..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 21, 2008

Kau milikku!!

lalalala senangnya rasa hati... apa yang diingini bakal menjadik milikku..apa dia? nanti2 la aku cerita k.. hehehe
emm pejam celik dah pun ujung bulan November, pastu Disember..pastu datangnya tahun baru.. dah bleh start draft azam untuk tahun depan ni. Azam tahun lepas dah tercapai ker kawan2.. jap aku nk belek2 balik azam aku untuk tahun ni.... emmm alhamdulillah ada yang dah tercapai dan ada yang bakal ku forward ke tahun depan. Antara azam aku yang tercapai dek bantuan org lain ialah....hahahaha malu la nk cakap... senang bagi sesetengah orang tapi agak susah bagi aku. Nak tau apa dia?Nak naikkan berat badan ke 50Kg!!. tercapai dek kerana aku peknen....kalau tak tak tahu la tercapai ke tak... so akan ku forward jugak azam ku ini ketahun depan.... kita tengok berjayakah aku...heheheh Azam aku yang lain2 biarlah menjadik rahsia...(chewah dah macam cik CT Nualijah jerk bunyi nyer)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Aku hari ni..

Hari ni aku sorang2 jer kat opis ni..sampai pun dah pukul 9.45pg.. nanti kang pukul 4 aku chaw la.. bosan jadik tukun kat opis ni.. jawab call jer..lagik pun hari jumaat ni bukan banyak call pun...

Pagi ni terasa nak makan roti canai.. dan alhamdulillah aku masih mampu menjamah 2 bijik sekali harung....ngehngehngeh... 1 untuk ibu dan 1 untuk my lovely baby...(alasan nk makan banyak la nih).. abih dah nurse kat klinik tu komplen berat aku tak naik2 since 2 minggu lepas.. pelik..statik ja 54.2kg.. tak ke pelik..mana makanan yang aku makan tu p!!! Dan yang bagusnya kedai mamak kat bawah opis aku ni telah pun menurunkan harga makanannya termasuk la roti canai.. dulu RM1..pagi ni dah RM0.90.. walaupun hanya RM0.10 turun..aku sebagai pelanggan tetap menghargai... patutnya mmg kena macam tu..time minyak naik...semua peniaga bagi alasan minyak dah naik..bila minyak turun..harga barang n makanan tak plak turun!!!

My bekfes today.. 2 keping roti canai+ milo plus susu anmum.

Alhamdulillah...Hakim sekarang dah betah tdo sendirian kat katil baby cute dia tu...Leganya aku rasa!!! dia ni tdo lasak. penat aku nak alihkan malam2. so sekarang aku dapat tdo dengan tenang tanpa perlu menerima tendangan maut ditengah2 malam...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 20, 2008

Hakim kena GEGET

Petang semalam aku ambik hakim agak awal..dalam pukul 4.30ptg. nasib baik anak bertuah dah bangun dari tdo. Bila nampak anak aku ni terus mata aku "tangkap" satu spot merah kat bahu kanan dia. Belum sempat aku tanya akak yang jaga tu bagitau hakim kena geget ngan awek sebaya dia... ni gara2 hakim tolak awek tu...emmm biasa la budak2. tapi bab gigit ni aku agak pantang coz aku tak suka budak yang suka gigit. Hakim pun penah gak coba2 nak belajar menggigit... dapat la penangan aku...sejak dari tu dia dah tak berani gigit2 lagik. Kesian aku tengok.... balik rumah aku tanya dia...
aku : Hakim ni kena apa?
Hakim : gigit....
aku : ooo hakim kena gigit... nangis tak?
hakim: nangis.... huhuhu (sambil buat gaya budak menangis...)
aku: ha tu la, sapa suh mulakan dulu...tolak org, kena la gigit...lain kali jgn buat lagik!!!
hakim: aaaaaa
abah balik pun dia mengadu.... mengada betoi!!

Bahu hakim yang kena gigit...merah menyala


Say cheeese...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, November 18, 2008

OK tak?

Peti keramat kat rumah tu dah uzur sgt dah rasanya. dah tak berapa function.barang yang disimpan cepat rosak. Hubby beli masa bujang dulu. walaupun 2 pintu tapi 2nd hand dapat la dengan harga cuma RM300. dah banyak jasanya tu.. dah 4 tahun lebih dah pakai tiba masanya untuk di tukar baru...

Hajat di hati nak sambar fridge ni


430 Litres
Tempered Glass Door
Hybrid Guard System
- UV Fresh Guard - Cool Air Wrap - Hybrid Plasma Deo (Hybrid PLASMA keeps the air in the refrigerator clean by decomposing and eliminating bacteria, ethylene, which accelerates the aging of fruits and vegetables).
Tempered Glass Shelves
Removable tempered glass shelves are easily cleaned, strong and durable. (Withstand weight up to 100kg)
Ice Twister
RRP (Recommended Retail Price)
West Malaysia: RM 1849.00 East Malaysia: RM 1949.00

Tapi kalau yang besar sket 480 Litre harga dalam RM2040.. ni kat laman web la..Tapi ok ke aa Toshiba ni? Belum pernah ada lagik barang elektrik kat rumah jenama ni. Kami banyak pakai barang Samsung. Banyak ker? hahaha tak pun.. just TV and Washing Machine jerrrr..

update info 22.11.08 - alhamdulillah dah beli..480L... tapi dengan harga 430L (cam dlm internet)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Bosan

Bosannya aku hari ni. Budak2 office yang lain ada yang datang lambat dan ada yang tak masuk office langsung hari ni. Diorang nak bertolak ke Gold Coast..huhuhu Company Trip. aku? terpaksa la redho...tunggu office. macammana nak p...dengan memboyot-boyot ni... dah tak bleh naik flight. tambah pulak Mr. Rizal ada kursus. Jadik kalau aku tak peknen pun memang aku tak akan boleh p punya lah... Hai..melepas!!! bukan senang tau nak dapat comp yang bagi free satu famili p bercuti. Duit buat passport di tanggung! duit poket lagik di beri!!! dah tak ada rezeki aku..apa nak buat. Rezeki aku tuhan bagi lagik tak ternilai...heheheh... Insyaallah 4-5 minggu lagik dapat la rezeki aku tu...hehehhe...
Untuk mengubat luka aku tak dapat pi Australia FREE maka my comp bagi la sket RM buat ubat duka even tak sebanyak mereka2 yang dapat p sana..huhuhuhu..sedey..mmg tak p dah la rasanya...mana la den mampu..huhuhuhu.. setakat p Bandung tu lepas la...

emm.. ubah la tajuk..malas nk sedey2. jumaat lepas my mum datang temankan anak n cucu coz Mr Rizal kan p kursus kat Kelantan nun.. takut la kan anak dia terberanak ker..tak de plak org nak tolong. My mum duduk sampai semalam. Dia selalu cakap " susah la mak tak dak henpon..." emm disebabkan ada rezeki lebih sket bulan ni so anaknya yang tak berapa mithali ni belikan la dia Hp..Hp yang murah2 ja... lagipun my mum just nak call jer... tak pun nanti2 nak sms jerr... beli pun yang tak de camera bagai... simple but nice. Ni ha rupa Hp nya..

Samsung SGH-C160



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 14, 2008

Lagi 3 hari...

Dah 2 hari kami ditinggalkan sibuah hati. Mr Rizal kena p BTN la plak kat Kelantan. tak leh make call or sms lak tu bosan. Semalam ok lagik..bleh bersms lagik. pagi ni dah kena serah hp kat fasi.huh!!!
semalam hakim tak sebut sangat abahnya. Hari ni dengar pintu gate dibuka terus cakap..abah? tak denya...... 3 hari lagik la sayang.
Semalam hakim menawarkan diri tidur sendirian kat dia punya katil... ingatkan dia main2 saja macam malam2 sebelumnya. tapi semalam tdo betul2 la pulak. Tapi tengah2 malam lompat jugak mencarik ibu...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, November 10, 2008

Hakim dan hantu

Dah dekat setahun hakim tido di bawah ketiak ibu dan abah. Sejak2 tilam dalam bby coat dibuang oleh suamiku gara2 sitikus mondok!!! hari sabtu baru ni baru kami replace tilam baru untuk hakim. Nak train balik budak hakim ni tido sendirian dalam bby coat.

Adengan malam pertama
Aku: malam ni hakim tdo dalam katil hakim ya...
Hakim: tak nak
Aku: tengok, ada tilam baru... ada pooh temankan hakim...Hakim good boy kan..
Hakim: ha ahh (sambil masuk n tdo atas tilam barunya) Night, ma ekom, i ya yu (good night, assalamualaikum, i luv u)...
Yes!!! berjaya juak aku pujuk dia malam ni

Adengan malam kedua
Aku: Hakim, malam ni hakim tdo kat katil hakim ya... (time ni aku dah padam lampu)
Hakim: tak nak, takut...hantu..
aku: mana ada hantu...
Hakim: tak nak...
sambil ambik bantal dia dan dok usha tempat sebelah aku.pastu dia tdo sebelah aku..as usual... night, ma ekom, i ya yu... aku buat dek jerrr...
hakim : ibu..tepuk!!!( suruh aku tepuk la tuh)
Aku: kalau tdo kat katil hakim baru ibu tepuk, kalau tak, ibu tak mau tepuk..
Dia pun angkat bantal dia naik atas katil dia...kesian plak aku tengok...aku pun tepuk. tak sampai 5 minit..dia angkat bantal dia balik dan landing tepi aku..emm apa2 ja la hakim...MISI tak berjaya malam ni...
ni gara2 tengok iklan Puaka Nyang Rapik ke apa ke tu kat TV3 tuh...semua hantu kuar..
malam ni akan ku usahakan lagik!!!


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, November 1, 2008

Operasi

Mr Rizal pagi2 lagi sound kat Hakim...
Mr. Rizal: hakim hari ni kena lepak rumah ibu Izat k
Hakim:... tak nak!!
Mr. Rizal: nak la ya..abah nak baca buku nanti hakim kacau...
Hakim: tak nak...
Aku: suka hati korang la....

lepas p breakfes dan p market bli apa yang patut, kami hantar hakim kat rumah ibu Izat... nasib baik dia nak..sebab ada abang dan kakak nak layan...
so dengan hati yang aman, sabtu tu Mr Rizal bleh study... aku plak boring menengok org mengadap buku je so aku pun memulakan operasi... aku buat nih ..

Hudus ja kek coklat aku ni..separuh aku bagi kat pengasuh hakim

Kemudian, aku lipat baju2 dan kain napkin utk org baru.. ni hakim punya dulu..still elok lagik...

Ada ngam2 10 helai..

Aku selongkar barang2 bawah katil dan stor dan akhirnya berjaya jugak aku kumpul barang2 baby yang dah lama aku beli..banyaknya beli masa w/sale. jimat.. so top up ja mana yang belum ada.. dan yang paling penting aku dah jumpa ni.. ni pelaburan jangka panjang ni.. berbaloi la membeli ni..even mahai (bagi aku la...) semangat nak BF ni...

full set Breast Pump Avent ISIS.. kalau dapat yang letrik punya lagik best tapi lagik mahai larr

antara barang yang berjaya aku kumpul.. nappy liner tu RM1 ja tau..

Hari Ahad petang rambut hakim selamat dikorbankan... dah sebulan lebih tak potong rambut hakim. tercacak-cacak macam trojan dah.. rimas aku tengok. Hakim lagik la rimas asyik tergaru-garu ja..

sebelum

selepas... ensem tak hakim?? hehehehe

Sejak semenjak dua menjak ni aku dah jadik addicted akan sesuatu..apa dia? ha apa lagik...addic nak writing kat blog la..adusss!!!!!

Related Posts with Thumbnails