
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Hidup ini hanya sementara, hargailah setiap detik dan insan2 tersayang selagi masih ada...
my komen: dah pernah p banyak kali.. ada yang ok dan ada yang tak ok.. pernah jugak dapat jeans n gaun cuma kurang dari RM18.. kat luar around RM50++, tapi ikut nasib..siapa cepat dia dapat.. kalau setakat t-shirt tu berlambak2.. serendah RM5..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
bila bukak balutan tu.. you will know what i read.... jangan cakap aku poyo tau..dan aku jugak bukan pengejar duniawi atau RM semata2.. sape penah baca buku ni sila angkat tangan. zana n kak azimah!!! sila angkat kedua2 belah tangan serta kaki anda!!! hehehehe
Anda kenal dengan AZIZI ALI? atau penah dengar nama ni? kalau belum pernah sila google k!!!kenapa aku baca buku2 macam ni? aku nak jadik jutawan ker? kalau boleh memang nak!!! hehehe tapi buku ini bukan mengajar dari mana nak gali duit..atau nak ajak kita beramai2 ke planet jupiter..tidak sama sekali!!! tak kenal maka tak cinta.............. yang paling meninggalkan kesan yang mendalam ialah cara penulisan buku ini...ayat2 dan susunan yang begitu memberi impak. ringkasnya, jutawan dari planet jupiter adalah tentang cara menguruskan wang dengan lebih bijak...sebab aku rasa aku tak bijak... itu pasal aku kena carik pedoman... hehehe
kasik review sket!!!
RAHSIA KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAN...
mudah saja.... Hiduplah mengikut kemampuan!!!! mudah kan? (tapi teramat lah susah sebenarnya!!!)
tetapi apakah yang dimaksudkan hidup mengikut kemampuan?
1. walau sebanyak mana pun gaji yang masuk dan wang yang masuk, kita hendaklah berbelanja KURANG daripada itu pada setiap bulan.
2. beli barang yang kita BENAR-BENAR MAMPU
3. menerima hakikat bahawa ada benda yang tidak mampu kita miliki.
ingatan buat diri sendiri:jangan pulak..orang tukar kereta..ko pun sibuk nak tukar kereta.. orang beli rumah ko pun sibuk nak beli rumah... orang beli barang mahal2 ko pun sibuk nak beli.. ade ke orang kisah dengan apa yang ko ada? ade ker?.. tak de!!! melainkan ko saja yang perasan diri sendiri... org tu kayer.. tak pe.. ko jangan nk mengader yerrr!!! macam mana nak idop bahagia kalau hari2 pikir utang? cukup bulan akaun -ve!!! no saving! no life! buku ini macam basic la dalam menguruskan duit... macam insaf sekejap bila baca... manusia mudah lupa, macam tu jugak aku..so kalau aku rasa macam aku hilang pedoman dalam bab2 berbelanja ni..aku akan ingatkan diri aku dengan membaca buku ini...
hasilnya....
aku tak la kaya tapi alhamdulilah.....aku boleh menarik nafas lega... ada sedikit simpanan dan yang penting..... aku tak perlu fikir sangat pasal HUTANG!!! aku cuma ada hutang PTPTN saja... yang aku buat sebelum aku jumpa buku ni.. masa tak mungkin dapat berpatah balik... yang penting untuk hari mendatang:P its BETTER LATE THAN NEVER!!!!
akhir kata...
Dr. David G Myers menulis dalam bukunya The Persuit of Hapiness, kajian yang dilakukan diseluruh dunia membuktikan ada dua cara untuk menjadi kaya: ' Salah satu cara adalah dengan memiliki harta yang banyak. Satu lagi cara adalah tidak mempunyai kehendak yang banyak'. Hebat bukan? sama2 la kita renung-renungkan..... Hiduplah mengikut kemampuan, janganlah hendak itu dan ini, pasti kita kaya dan juga bahagia.