Thursday, July 30, 2009

Hari ni anak2 aku... aku hantar kat rumah mama ina, pengasuh alternative untuk menjaga permata hati aku... linda, pembantu kak izat demam... disebabkan ramai lagik budak dekat rumah k.izat maka aku pun decided hantar anak2 pada kak ina pagi ni.

Agak kelam-kabut la jugak sebab smua keperluan perlu disediakn di pagi hari ni...(kak izat baru inform pukul 7.15pg) sebab aku mmg dah hantar semua keperluan dekat rumah kak izat...baju2 untuk seminggu ...sekali hantar ja... hari isnin. seperti biasa makanan budak tembam aku masih masak.. so aku boleh monitor baby aku makan apa everyday...untuk hakim makan ja ikut jadual rumah kak izat.

Untuk pengetahuan u alls..dekat rumah kak izat ada lebih kurang 13 org kanak2 dengan 2 penjaga + anak2 kak izat 2 orang..lepas balik sekolah budak2 ni suka menolong...dah sek. men. dah anak2 dia...kanak2 ni... 4 org transit sekolah...2 baby.. yang lain2 2-5 tahun. lebih kurang macam taska la jugak. aku suka hantar dekat kak izat ni sebab... di a ni tak berkira, memahami aku... tak suka EL mcm bby sitter sebelum ni... dan yang paling penting anak2 aku sayang kak izat ni, kadang2 hari cuti pun hakim sebut2 ibu izat....dia jaga pun aku tgk tak de kurangnya...alhamdulillah....

Aku harap anak2 aku ok today.. sebelum aku hantar pagi tadi aku dah slow talk dengan hakim... I'm really impress dengan anak bertuah ni..even kadang2 nakal tapi dia memahami setiap apa yang aku sampaikan walaupun umur hakim belum lagik 3 tahun...alhamdulillah... aku pesan...

aku: Hakim duduk mama ina tau today...nanti petang ibu balik keje ibu ambik hakim... mama linda demam...jadik tak boleh la pi rumah ibu izat...
hakim: abih adik?
aku: adik p dengan hakim la...duduk rumah mama ina..ok?
hakim:......Emm

dalam hati sebenarnya risau jugak sebab dah lama hakim tak duduk dengan mama ina ni... penah beberapa kali ja mama ina jaga dorang ni..

dalam kereta......

hakim : adik... pi mama ina tau.... ibu ijat x de...
adik:.... bla...bla...emm... aaaaa

alhamdulillah..masa hantar dorang tadik...as usual salam peluk mucuk2 dia pun main2 ja kat umah kak ina... siap babai2 lagik dari coridor... arissa pun tak menangis.... HOPEFULLY TODAY WILL BE OK...TAK SABARNYA NAK BALIK....nk jumpa anak2 ibu




NOTA KUKU KAKI: YEYEYEYYE TODAY ABAH BALIK... DAH 4 HARI TAU TAK JUMPA...ABAH HAKIM BAWAK BUDAK P KEM KAT SEPANG...


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

1 comments:

anese said...

lega hati nak tinggal tinggal anak dgn org cam tu..baru nak gi keja pun tenang..tapi bkn senang oo nak jumpa pegasuh yang ok semua..

Related Posts with Thumbnails