Thursday, July 29, 2010

1st time

hakim dibawa jumpa Dentist pada 26.07.2010 yang lepas
itu pon sebab gigi comel dia yang sudah mula buruk tu sakit
gusi atas membengkak akibat infection.. malas lagik gosok gigi...


risau jugak takot dia meraung sbb belum penah ada xpirience jumpa dentist kan..
tapi memang dia yang requested 2-3 hari lepas lagik
cuma abah ja sibokkkkkkkkkkk la sangat
pipi anak dah macam kuih bom baru kelam kelibut..huhuhu

tapi

hakim adalah sangat baik
duduk dengan sopan
sebab ibu dah mentarbiah hakim since dari rumah..
heheh akhirnya BERJAYA tak nangis pon..good boy!!


Dr yang baik melayan hakim..thanks Dr. Mastura
moga entry ibu kali ni boleh dijadikkan kenangan buat hakim... 1st time jumpa dentist..pada usia hakim dah hampir mencecah 4 tahun.. terok tak ibu? huhuhuhu orait la tu kan..abah dulu time sekolah ja baru jumpa dentist tau....hehehe

nota hati: tangan tak lepas2 gula2 yang anak jiran depan umah bagi. sebab ibu dah cakap..pegang ja..makan tak boleh nanti bertambah2 sakit gigi..alhamdulillah walaupon sedikit notty tapi hakim mendengar kata...again good boy!! (edisi puji anak sendirik ...korang jangan muntah lak yerrrr:P)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, July 26, 2010

kamu yang ku sayang

lihatlah arissa betapa enjoynya main dengan abang dia..
rela walaupun dibuli abang..
aku yang tengok ni plak risau...
tapi disebabkan berat mereka lebih kurang saja
jadi aku kira arissa mampu menampung berat hakim..
apa2 ja la anak..janji uols heppi...
abaikan umah aku yang 'meriah' tu
berkekeh3 bergelak ketawa mereka bermain
menenangkan jiwa si ibu yang mendengar..:)

nota hati: rindunya!!!
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, July 19, 2010

cerita 2x kali weekend

edisi summary...
angkara kebizian tapi nak mengupdate jugak kaedahnyaaaaaa

sejak semenjak dua tiga menjak ni paham ke korang weekend lepak kat umah je
minggu lepas disebabkan kesian tengok anak2 asyik mengadap TV dan jugak bantal jerk on weekend so aku bawak la mereka2 ini ke
taman tasik shah alam..
walaupon duduk klang... ku rasakan kakiku lebih ringan ke shah alam..hahaha dasar.....

apa lagik si hakim nampak ja play ground teros x cukup tanah dia berlari and last..LOST bersama abah dia..
disebabkan aku ayu so aku layan arissa yang ayu jerk..
anak aku yang ayu ni senang sket jaga berbanding sihakim... bleh buat aku sempot dan juling bijik mata nak kawal... dah la manusia punya la ramai...huhuh
so jom layan arissa yang ayu bermain... budak sorang ni..main tapi mata melekat kat ibu dia..hahaha takot kena tinggai ka apa wahai si adik...


icha sukaaaaaaaaaa la ibu...:)
kena 3-4 round dah surrender...
dah ajak sitdown...
jom carik abang jom...



mana ntah budak hakim ni...malas dah nak carik...:P
balik malam tu keletihan budak2 tu..zzzzz awal:)

sekian cerita weekend 2 mggu lepas..

********************************************************************

ahad lepas plak dek kerana memenuhi hajat seseorang so kamiorang ikot la dia bawak p.

IKEA..
carik apa dik non? carik perabot kerrrrrrrr???
*
*
*
*
*
carik yang ni..jerk sanggup drive 30km tu..huhuhu
meatball kegemaran my hubby


hakim heppi sebab bleh lepak kat sini


arissa macam biasa melekat ja kat ibu dia...


pulang dengan perot yang penoh tapi bila sampai rumah hakim dah requested nasik..hahaha kalau dah org melayu tu..melayu jugak:P

nota: weekend banyak duduk kat rumah jerk..redho ja la...kurang sket aktiviti melagho:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...


Tuesday, July 13, 2010

yang meruntun jiwa.........

DELL INSPIRON MINI 10

adalah sangat cun..termimpi2 dah ni..bila ntah nak dapatnya ni...
moga ada la rezeki dalam masa terdekat...
wahai LHDN cepat kembalikan hakku agar dapat ku memenuhi impianku...
andaikata tak dapat macam ni pon seakan2 ini pon oklah kan..hehehhe mana tau disaat nak membeli nanti terjatuh cinta dengan yang lain plak..aikk cepat sungguh cintaku berubah ya..hahahah

nota hati : entry sempena tension keje manyak..uwaaa oksigen3

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, July 7, 2010

dah lama..

dah seminggu tak mengupdate blog....
kebizian betol acik ckin sehari dua ni...hari sabtu pon keja dari pagi sampai ke malam..uhhh redho ja la...nama pon keja ngan orang kan..hhehehe  kalau kita anggap ianya beban maka jadi beban la iya..so just enjoy the moment...:P

harap esok kembali reda tahap kebizian sebelum k kembali bizi next week..smuanya gara2 big indon projek..huhuhuhu.. boss!!! saya nak nek gaji leh? pastu nak bonus berbulan2...mimpi seratus kali la acik cikin oiiiiiiiiiiiiiiii

note: kepada cikgu BI dan BM jangan marah akan tahap kecampuran keBM dan BI an saya.. 1 MALAYSIA la katakan  hehehehe:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, June 30, 2010

laksa penang cik mar

last week tetiba rindu nak jumpa seseorang...dan rindu jugak nak makan laksa homemadenya itew.. siapa dia? dia adalah rakan sebilik masa kat UPM dulu..so sesaja la request kat dia nk makan laksa dan akhirnya dia berbesar hati nak buat..heheheh huyeee

so on saturday seperti yang dijanjikan maka ahkak pon ke rumah cik mar ni kat bangi....cantik umah dia:) dengan sapa? dengan akma/kema jugak kawan sebiologi dulu..hehehe en hubby dan hakim tak payah ikot yer....its for ladys jerk ...so kena bawak la cik arissa kan...:P 

makan time... ha tu la cik mar, auni bam2 dan jugak abang doyoks..nama2 glamer jerk ni nama betul panjang jela2...

sapa lagik yang datang? tu ha...farah dan en tunang..g.. soalan bertalu buat farah...bukannya pasal planning nak kawin saja...tapi MACAMMANA DIA KURUS...huhuhuhu termotivasi cik mar dan kema..heheheh

arissa dan auni bam2..arissa not really hepi that day sebab sakit perut ..huhu cian anak ibu..
lagik aksi sopan terlampau aku dan rakan2

dengan dorang2 ni macam2 kenangan indah tersemat...huhuh..terutama cik mar, biasa berbusiness jual sandwish sardin dengan dia..hanya bermodal tak sampai RM10..mabeles la time tu sandwish laku... tu belum kira duit hasil jualan berkali2 dicuri namun tak penah pon kami putus asa...yang penting kenangan...kan cik mar kan... lagik..penah jugak kerja kat carefour suatu ketika dulu dengan dia..cuma sebulan saja...cuti semester...cik mar..masihkah kau ingat? hehehehe...dan yang paling best buat kajian kat kedah... soal selidik ala2 bancian penduduk kampung... maraton keliling kampung naik motor bensen n heges taram ja ejaan suka ati aku:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, June 24, 2010

Sendiri...........

Hari ni masuk hari ke3 en suami meninggalkan aku dan anak2.. tetiba ja kena panggil p kursus Hoki kat kuantan.. pagi dapat call, petang dah kena ada kat sana..ish keje giler betul arr dorang ni..dapat surat peram kot kat PPD nih

sepeninggalan dia everything is ok... walaupon agak penat smua kena buat sendiri kena bersih umah, basuh baju segala huwaaaa, rutin hidup pon lebih padat tapi bak kata orang bila dah tak de yang menolong tu maka kita lebih pandai mengurus masa rasanyalah... datang opis pon lebih awal sebab keluar awal hantar anak2 yang selalunya tugas ni abah yang buat...

dan yang paling best budak hakim mendengar kata versi dia la.. cepat la cik abang balik... anak2 dan ibu dah rindu dah ni..hehehe kalau dia baca sure suka kembang2 dah ni..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails