Saturday, December 6, 2008

Doakan aku selamat ya

Hari ni hari terakhir aku bekerja untuk tahun ni kat opis aku ni...hehehehe
Esok aku dah start cuti bersalin. Saja ambik cuti awai skit. penat la kerja..lagi pun cuti tahunan banyak lagik. ni pun setelah aku ambik 12 hari ada balance dalam 10 hari lagi cuti aku. Nanti nak mintak boss carry forward ja ke tahun depan. Bulan 4 dapat cuti baru..insyaallah lagik 28 hari..pehh banyak tu..hehehe.

Doakan aku dipermudahkan dan dapat bersalin normal kali ni ya. Due 29.12.08. tapi aku berharap sangat by 38 week aku dah selamat bersalin..kot2 la mewarisi macam Hakim dulu... tak larat dah membawa diri yang semakin hari semakin jelas tahap "kepigunan" aku ni. Jalan pun tak larat, sakit pinggang, sakit kaki...macam2 sakit lagik la...dulu 1st time pegnen aku pun dah tak ingat samada aku melalui ke tak semua sakit2 ni.. tapi rasanya aku aktif sket kot berbanding yang kali ni..

Seribu satu perasaan ada skarang ni... apa-apapun kita raya dulu..nak makan puas2 dan rileks puas2 kat kg...hehehehe.. Kepada kawan2 selamat Hari raya Aidil Adha, selamat tahun baru dan Kongsi Fa Chai... aku sekalikan ja semua sebab nanti kang bulan 3 baru aku masuk opis semula dan bleh online... Tapi kalau aku tak tahan sgt ku mintak ja Mr. Rizal pasang internet kat kg..hehehehe bleh gitew?

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, December 5, 2008

Shopping lagi..

Pagi ni aku keja luar...biasa la pi Biro settlekan kerja sket... pastu aku menyinggah jap kat sini

Tak banyak pun yang aku borong. Sekadar sehelai dua jeans dan baju sket. Dah makin mahal. even jualan kat Kilang pun tak banyak beza dengan kat luar. Tapi kalau dapat grab gaun2 cun atau jeans tu memang berbaloi la coz kat luar kalau tak dak diskaun bleh tahan jugak harganya. Setengah jam ja aku kat sana...settle... lagik pun penat. kalau makin lama makin nipis dompet aku yang memang sedia nipis ni.. hai banyak betul dugaan dihujung2 tahun ni..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 2, 2008

Pureen w/sale

Weekend lepas aku dan Mr. Rizal menghabiskan masa selama 2 jam p pureen w/sale. projek terakhir sebelum aku bersalin. Macam biasa sesampai ja kat sana dalam 10.15 cam tu orang dah ramai..dah ada yang siap memilih dan membayar... walhal dlm pemplet cakap bukak pukui 10pg.

Aku terus p merembat kat bahagian baju2. target aku baju murah2 ja.. RM 8 ke bawah sepasang. Jadik la buat pakai hari2.. baju hakim pun dah banyak yang ketat. so ni la hasil rembatan aku.. dapat lebih dari 20 pasang dan masih dibawah budget.. tak sampai pun RM200 utk semua2 ni...

utk Hakim

Utk Si adik..
(abaikan kalau nampak cam byk baju girl... sajer jer..ku geram tengok even bby tak confirm lagik bby apa)


botol ni harga asal RM15.70..tapi ku dapat RM3 jerk

total hasil rembatan
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 27, 2008

Alhamdulillah

Hari ni aku ada temujanji utk check up kat Hosp Ampuan Rahimah (macam sedap sket dari aku sebut Hosp Klang kan...) sampai kat sana dah pun pukui 8.30...sepatutnya aku sampai pukui 8..sempat lagik aku beli bekfes..ni penting ni.. semua urusan selesai dalam 11.30..bleh tahan la jugak prosesnya..
Nurse2 kat sana pun friendly..siap borak2 lagik dan nasihat sket2 cara nak push. Almaklum la ni kira macam 1st time la bagi aku nk try normal. Selesai check-up Dr cakap setakat ni semuanya ok dah aku boleh try normal. Baby pun tak de besar sgt.sekarang dalam 2.6kg +.. Hakim dulu pun lahir 2.7kg ja...Kemungkinan utk c-sect tu tetap ada..cuma %nya rendah. Harap2 dipermudahkan..amin..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 21, 2008

Kau milikku!!

lalalala senangnya rasa hati... apa yang diingini bakal menjadik milikku..apa dia? nanti2 la aku cerita k.. hehehe
emm pejam celik dah pun ujung bulan November, pastu Disember..pastu datangnya tahun baru.. dah bleh start draft azam untuk tahun depan ni. Azam tahun lepas dah tercapai ker kawan2.. jap aku nk belek2 balik azam aku untuk tahun ni.... emmm alhamdulillah ada yang dah tercapai dan ada yang bakal ku forward ke tahun depan. Antara azam aku yang tercapai dek bantuan org lain ialah....hahahaha malu la nk cakap... senang bagi sesetengah orang tapi agak susah bagi aku. Nak tau apa dia?Nak naikkan berat badan ke 50Kg!!. tercapai dek kerana aku peknen....kalau tak tak tahu la tercapai ke tak... so akan ku forward jugak azam ku ini ketahun depan.... kita tengok berjayakah aku...heheheh Azam aku yang lain2 biarlah menjadik rahsia...(chewah dah macam cik CT Nualijah jerk bunyi nyer)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Aku hari ni..

Hari ni aku sorang2 jer kat opis ni..sampai pun dah pukul 9.45pg.. nanti kang pukul 4 aku chaw la.. bosan jadik tukun kat opis ni.. jawab call jer..lagik pun hari jumaat ni bukan banyak call pun...

Pagi ni terasa nak makan roti canai.. dan alhamdulillah aku masih mampu menjamah 2 bijik sekali harung....ngehngehngeh... 1 untuk ibu dan 1 untuk my lovely baby...(alasan nk makan banyak la nih).. abih dah nurse kat klinik tu komplen berat aku tak naik2 since 2 minggu lepas.. pelik..statik ja 54.2kg.. tak ke pelik..mana makanan yang aku makan tu p!!! Dan yang bagusnya kedai mamak kat bawah opis aku ni telah pun menurunkan harga makanannya termasuk la roti canai.. dulu RM1..pagi ni dah RM0.90.. walaupun hanya RM0.10 turun..aku sebagai pelanggan tetap menghargai... patutnya mmg kena macam tu..time minyak naik...semua peniaga bagi alasan minyak dah naik..bila minyak turun..harga barang n makanan tak plak turun!!!

My bekfes today.. 2 keping roti canai+ milo plus susu anmum.

Alhamdulillah...Hakim sekarang dah betah tdo sendirian kat katil baby cute dia tu...Leganya aku rasa!!! dia ni tdo lasak. penat aku nak alihkan malam2. so sekarang aku dapat tdo dengan tenang tanpa perlu menerima tendangan maut ditengah2 malam...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 20, 2008

Hakim kena GEGET

Petang semalam aku ambik hakim agak awal..dalam pukul 4.30ptg. nasib baik anak bertuah dah bangun dari tdo. Bila nampak anak aku ni terus mata aku "tangkap" satu spot merah kat bahu kanan dia. Belum sempat aku tanya akak yang jaga tu bagitau hakim kena geget ngan awek sebaya dia... ni gara2 hakim tolak awek tu...emmm biasa la budak2. tapi bab gigit ni aku agak pantang coz aku tak suka budak yang suka gigit. Hakim pun penah gak coba2 nak belajar menggigit... dapat la penangan aku...sejak dari tu dia dah tak berani gigit2 lagik. Kesian aku tengok.... balik rumah aku tanya dia...
aku : Hakim ni kena apa?
Hakim : gigit....
aku : ooo hakim kena gigit... nangis tak?
hakim: nangis.... huhuhu (sambil buat gaya budak menangis...)
aku: ha tu la, sapa suh mulakan dulu...tolak org, kena la gigit...lain kali jgn buat lagik!!!
hakim: aaaaaa
abah balik pun dia mengadu.... mengada betoi!!

Bahu hakim yang kena gigit...merah menyala


Say cheeese...



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails