PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.
Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.
Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
cabaran yang paling getir adalah dalam mendidik anak2. sebab mereka juga ada sifat nature yang kadang2 ada yang kurang berkenan dihati. moga allah memberi kesabaran berlipat kali ganda dalam menghadapi kerenah anak2..amin.. cuba sematkan dalam minda 'mereka cuma kanak2 yang belum matang, beri mereka masa'. ibu bapa juga tak lari dari berbuat silap inikan pula kanak2 sekecil itu..
nota hati- wahhh 1st entry saya bagi tahun 2012.. tentang 'mereka' yang saya sayang... antara azam yang paling banyak tahun ini.:P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
3 comments:
semoga kita menjadi ibubapa yg prihatin dan cmerlang di hari ini dan masa depan..yg pnting kena byk sabar dan doa :)
insyaallah sis dee.. :)
mintak share jgk ya :)
Post a Comment