Monday, January 30, 2012

CNY@ Kuantan- Ikan Bakar Petai????

ok... sudah wangi...sudah tukar baju..jom p tanjung lumpur!!

kat mana tu tanjung lumpur? asyik promote tempat makan jer ni?
menurut wikipidia
Tanjung Lumpur is a traditional fishing village located near the mouth of the Kuantan River. It is loosely translated into English as the " Cape of Mud". This village was in fact one of the earliest villages opened by the Malays in Kuantan many decades ago. It is located in the district of Kuantan about 2 kilometers away from Kuantan city. Tanjung Lumpur and Kuantan is divided by Kuantan river at the middle and connected by a bridge (Jalan Abu Bakar) . Tanjung Lumpur is well known for its ikan bakar (grilled fish).

Disebabkan waktu siangnya kami dah round2 sekitar tanjung lumpur so malamnya terus terjah ja. my friend cakap ikan bakar yang sedap adalah dekat ANA IKAN BAKAR PETAI. ada 2 kedai ni. satu dekat jalan besar dan satu lagi dekat perkampungan nelayan. yang kami p ni dekat perkampungan nelayan. rata2 kedai seafood malam tu penuh dengan orang..huhuhu
sesampainya kami disana jam 8.40pm
suasana dalam kedai ditingkat bawah. full house..huhuhu..
apa yang syiok sangat makan kat sini ni???
alhamdulillah tak lama menunggu
setelah kami meninjau tempat duduk dibahagian atas walaupun tertera
"tempat penuh"

 saya dan SIL carik ikan.. macam2 jenis ikan ada.. besar2 dan dah tentu2nya FRESH
Sotong dan udang besar2..  risau jugak nak ambik banyak2..
takut tercekik tulang nak bayar nanti!!
kami cuma pilih sekor ikan jenahak, sekor sotong saiz besar, lala sekilo..thats all

ini gambar yang saya guggle. cara bakar ikan kat ana ikan bakar ni.. bakar pakai bara api dan ikan di balut dengan daun pisau..mesti wangiiii bau ikan tu.

en suami dan anak2 mengecopppp tempat. ditingkat atas tempat makan bersila. sesuai sangat kalau bawak anak2. nak bergolek senang..:)

boring menunggu... umpankan mereka2 dengan games.. kalau tak tak duduk diam..

ce tengok.. ramai kan kat belakang tu.. kebanyakannya 'makan besar' bersama famili besar
setelah 10 minit duduk baru la mengoder makanan2 yang lain. sibuk betul pekerja2 sampai tak menang tangan. lepas 10 minit order baru sampai air . diikuti oleh tomyam campur ni. not bad, tomyam campur dia penuh dengan isi seafood bukan macam sesetangah tomyam yang penuh dengan bawang dan serai..hehehe


tunggu lagik.. tetiba datang cik lala masak pedas ni.. sambil2 menunggu nasik layan ratah lala ni dulu..superrr sedap..manis2 pedas. ohh ya kat sini kalau nak order lala dah siap2 dalam 1 plastik sekilo. tak boleh ambik sikit2. dan time kami p ni. harganya sekali masak adalah RM27 sekilo. murah ke mahal ekkk?? sebab acik ckin jarang order lala time makan kat kedai seafood. so belasah je.. bukan selaluuuu kan??? erkkk ayat penenang

en suami PANTANG MENUNGGU LAMA2. tapi acik cikin tak kisah pon.. bukannya nak kalut p mana lagipun petang tadik kan dah meMcD kan diri.. so tak de la laporrr bebenor...

ohhh ya budak berdua pakai baju kuantan.. konon nampak macam pelancung la kan..kui3

setelah menunggu 40 minit akhirnya datangla ikan yang teringinnnnnnnnnnn sangat weall nak rasa.. nak tengok. macammana la rupa ikan bakar petai itu? carik punya carik..mana petainya..adakah sekadar nama? adakah petai diblend sampai weall tak jumpa petai.. huhu sadis.. tersilap order ke? tersilap bg ke? yang pasti tiada rezeki kami malam itu nak merasa ikan bakar petai.. huhuhu orang kata ni speciallity kat kuantan. tak ada kat tempat lain. disebabkan kejakunan dan ketidaktahuan rupa paras ikan bakar petai
so kami makannnn je la..

actually lepas dah balik hotel. hati masih tak puas ni.. acik cikin googles la kat tenet..huhu rupanya ini la rupa parasnya... tak mengapa. ada rezeki next time bleh datang lagik..:)
ok berbalik kepada cerita...
semua makanan dah sampai..jom makan..
kami order sotong masak kicap (utk anak2), ikan bakar tak de petai,tom yam campur dan jugak lala masak pedas.. itu saja. itupon tak laratttt sangat nak makan.
4 nasik dan 4 air sirap (air faveret sekeluargaaaa)

kami beredar sekitar 10.15 pm tunggu makanan almost sejam. nak makan tak sampai pon setengah jam..kui3..
oh ya.. masa nak bayar agak suspen berapa la agaknya bil sebab acik cikin dah janji nak blanja..hehehe.. sekali kakak tu cakap ... RM 77.. senyummmm je acik cikin.. amat berpatutan harganya... sebab masa memilih ikan dan sotong langsung tak tanya berapa sekilo...hehehe

lepas dah perut kenyang..en suami bawak kami jalan2 pusing bandar kuantan. buat2 pandai jalan. redah saja. kami singgah dekat taman esplanade, kuantan. masa p ni tak tau nama. dah balik sini baru google.. Mudahnya info dihujung jari..:)

suasana malam sangat happening... bazar jualan sepanjang sungai kuantan.. tapi kami tak membeli apa pun. sekadar cuci mata sahaja.

budak berdua dah merengek nak itu ini. fuhh banyak betul gerai yang menjual segala jenis mainan. tapi acik cikin ni keras hati... jarang nak penuhi impian2 mereka membeli barang2 yang cepat lingkup tu...:P
gambar super blur. tak reti nak set kamera dimalam hari..huhuhu.. nampak tak ada bot yang beroperasi malam2 ni. cadang2 nak naik tapi time kami p tu..itulah trip terakhir... alamak..dah pukul 11pm rupanya..:P

bot dah mendarat kat jeti

gambar terakhir sebelum balik beraduuuuu

nota hati - cerita panjang2 detail2 bukan untuk showoff tapi sekadang ingatan diri sendiri dan mungkin jugak berguna untuk orang lain. sharing is caring kan...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

7 comments:

TeacherAzimah said...

Waaaaaa best jalan sakan korang ya. Kitorang ni tgh melalui perintah berkurung sedih ok huhuhu.... Weekend ni cuti 4 hari pun berkurung kat rumah jer. Rm semakin kurenggg, gaji lmbt lg. Gaji sbpa pun ntah bila nak dpt sob sob... Best tul merungut hahaha

Syikin said...

tarik napassss..lepas...
ha ahh kan gaji hubbyku pon dah surut banyak..lambat lg nk gaji ni sbb bulan 1 kan gaji awal..dah habis horra horrey.... gmah jalan dekat2 pon ok aper.. janji anak2 heppi..:)

εïзmmyHazaεïз said...

hubby saya feveret petai, sure dia suke makan kat situ.. tapi jauhhh :)

Syikin said...

mummy haza- nanti boleh la jalan2 kat sana. shah alam kuantan 3 jam jer..hehehe..

Anonymous said...

Heya i'm for the primary time here. I found this board and I find It really useful & it helped me out a lot. I hope to provide one thing again and aid others like you helped me.

My blog post; "logy"

Anonymous said...

Incredible іnfoгmation right here.

I'm Janeen from Mottafollone, Italia and I was so thankful to have seen this blog. By the way, I'd really like to get іn contаct with уou.

Will уou mаke sure you drοp me a e-mai?


Herе іs my pagе: 40172

Anonymous said...

Hey therе, I juѕt wantеd to see if you ever hаve anу problеmѕ ωith hackers?
My lаst wοrdρrеss blog at httρ:
//hari-hаrіterindah.blogsρоt.

com/ wаs hackeԁ and І wοund up loѕіng fivе weeks of
hаrd work due tο no bacκ up. Do you have any solutіons
to stoρ
It's a pity you don't hаѵe a donate buttοn.
I'm Ethel from Gulfport, and I would definitely donate to this outstanding blog. I think for now I'll aсcept
book-maгking and posting yοur RSЅ fеed to my
Google accοunt. I look forwаrԁ to new contеnt
and will share this ѕіtе with my Facebook group
and on my blog. Тalκ soοn.
Ι have to ask though, but wheгe did yοu obtаin your blοg theme: diԁ yоu ѕee it elѕеwhere or did you make it youгѕelf?
A loоκ such аs yours with a handful of quick changes would truly make my blog shine.
Tell me whеrе you gοt your tеmplate when you
get the оppoгtunity.

Also visit my homepage :: candid

Related Posts with Thumbnails