uik..tetiba plak hakim bersekolah kat prasekolah tahun ni. tak dijangka...
tahun lepas tahun 2011 hakim bersekolah tadika kat tadika an-naim rantau panjang, klang
mungkin rezeki hakim tahun ni nak dapat pra-sekolah di saat-saat akhir,
ada budak yang tak datang mendaftar maka kami mencuba nasib bertanyakan kekosongan yang ada. dan alhamdulillah... rezeki hakim nak bersekolah disekolah abah tercapai.
boleh ibu intai abah hantar hakim setiap pagi..*wink*.
keluar pagar kuarters..terus masuk pagar sekolah.. cuma perlu berjalan sikit saja nak ke pagar pra sekolah.:)
hari pertama persekolahan hakim bermula hari isnin 9 januari 2012.. lambat 3 hari dari pelajar lain.
Jadual waktu kelas prasekolah
7.20pg- waktu masuk
7.20pg - 7.40 pg - sarapan pagi .. *wink* tak perlu abah susah2 setiap pagi belikan hakim sarapan. dan hakim pon pasti tak akan terlupa nak bersarapan sebab sarapan ramai2 dengan kawan2 kan..:)
7.40pg - 7.50 pg- rutin (apa rutin ni arrr..huhuhu terlupa plak nak tanya cikgu hakim)
7.50pg - 8.10pg - perbualan pagi
8.10pg - 9.40pg - proses pengajaran & pembelajaran
9.40pg -10.10pg -rehat (makan lagi sekali kot..)
10.10pg -11.30 pg -proses pengajaran & pembelajaran
11.30 pg - 11.40pg - penutup/ refleksi
pakaian pon berbeza2 mengikut hari. ada 3 pakaian dibekalkan.
hari isnin dan jumaat pakai uniform ungu
hari selasa dan khamis pakai baju dan seluar sukan selangor
hari rabu pakai baju dan seluar sukan sekolah
legaaanya ibu rasa sebab anak ibu ni dulu masa kat tadika an-naim ibu kena buat 5 pasang baju sebab anak ibu sorang ni lasak, hari2 baju pasti kotor. tak sempat ibu nak basuh alat tulis, color, buku semua dibekalkan dan tak perlu bawak balik. semua pelajar ada tempat khas setiap sorang untuk letak barang masing2.
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Perkembangan Kognitif & Fizikal
a) Sains
b) Matematik
4. Perkembangan Kerohanian & Moral (Agama Islam)
5. Kretiviti & Estetika:-
- Muzik
- Lukisan
- Kesenian & Warisan
6. Perkembangan Sosial emosi.
Cost - pendaftaran RM150..bulan2..FREE..terima kasih kerajaan malaysia!!! kalau tak tau bersyukur tak tau lagi la.. :P
sebagai ibu bapa kami mahukan yang terbaik untuk anak2. tapi kadang2 agak sukar untuk memilih yang dikatakan 'terbaik' itu. siabah mahu menghantar anak kesekolah cina bila didarjah satu kelak tapi dipangkah oleh siibu setelah memikirkan pro dan cont. semasa umur 5 tahun tadika islam menjadi pilihan, alhamdulillah ada hasilnya. kini hakim ke prasekolah pula. sudah separuh dialam sekolah yang sebenar. moga impian kami untuk melihat hakim berjaya didunia dan akhirat tercapai. masih jauh lagi perjalanan kita sayang. moga ALLAH panjangkan umur dan kudrat kami untuk melihat anak2 berjaya..amin..
Hari ni dah masuk hari ke 4 hakim bersekolah, setakat ini tiada rungutan, bangun pagi walau agak sukar tapi dia tak menangis. alhamdulillah.
belajar rajin2 ya sayang.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
2 comments:
Vote for pra sekolah!! Eh?
gmah- hehheh sukong2.
Post a Comment