Tuesday, January 31, 2012

CNY@ Malam2 kat Cherating... TERENGGANU

Bila masa pulak cherating dah jadik terengganu ni?
cherating tu kan dah sempadan terengganu dan pahang..
disebabkan tak tahu kemana malam tu so sesaja la jalan2..tiba2 terus ternampak ni
rupanya cherating ni dah dekat dengan chukai, kemaman. waaaa pertama kali jejak kaki keterengganu ..sob3. terus kepala berlegar nak makan apa kat tererngganu..hahaha
 cadang mula2 nak carik aziz satar..yang glamer diperkatakan kat tenet tu tapi tak jumpa. ya la dah malam carik2 tempat yang kita tak biasa pulak.. tapi tak mengapa. banyak kedai seafood sepanjang perjalanan dari cherating ke chukai. pilih saja. akhirnya kami memilih gerai dekat medan selera yang kelihatan RAMAI ORANG. oo rupanya2 ada nasik campur malam2 macam ni.. intresting!!

en suami cuba ni.. roti kukus+ kaya...rupa tak menarik tapi rasa..superrr sedap!!
lembut sangat. tak puas makan!!
 saya pulak cuba order keropok goreng..jeng3..yang datang keropok lekor versi ganu sudah mari.. 1st time cuba..sedappppp terasa ikangnya.:)
 2 beradik sangat suka makan ulam. tak tertahan lagik bila tengok ada budu dan jugak cencalok.. budunya pon agak lain sikit. kaler putih kelabu..bukan merah macam yang saya selalu makan..sedapppp
 menu kami malam itu + sup sayur dan daging masak kicap.kari ikan tu pon sedappp..lemak sungguh.
 budak2 ni kalau ada angah dorang..ibu dah boleh lepas tangan..:)
 dah habis makan, kami pon balik ke hotel. sepanjang perjalanan jugak boleh nampak gerai2 jual keropok lekor ni. kami pun singgah salah satu darinya. dekat dengan pintu gerbang

 tak banyak pon yang dibeli. risau nak beli keropok lekor banyak. takut tak tahan lama. yang best boleh tengok orang buat keropok lekor.. 1st time tengok..pehh jakun kamu acik cikin!!
pssstttt..keropok lekor kat sini sedap tauuu..my jiran pon puji.

 balik hotel dan titunnnnn

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

CNY@ Cherating la pulakkkkk

seronok jugak jalan2 tukar2 hotel ni.. erkk prektis for nextweek nyer trip.
5 hotels in a week ..pengsann!!!

en suami memilih SURIA CHERATING BEACH RESORT sebagai tempat beradu kali ni. jalan nak masuk akan ke dalam. dalam 500m dari jalan besar. bersebelahan dengan IMPIANA BEACH RESORT.


Sesampainya kami disana sekitar jam 3 pm. orang dah penuh kat lobby. ingatkan boleh terus cek in. kan dah tempah awal2..geram betul.. terpaksa tunggu bilik jugak..huhu hampir sejam kami menunggu..
 budak2 comel ni mana reti nak duduk diam2. berlari sana sini..main itu ini..alahai...
 welcome drink yang tak mampu buat panas dihati menjadik sejuk..
huwaaaa x suka la tunggu2 nak cek in ni.

budak arissa buat cafe hotel umpama rumah sendiri berlari sana sini...
 si hakim pulak tak putus2 mintak nak mandi. dia bukan boleh tengok pool. memang pantang. hantu air... ada rezeki ibu hantar kamu gi kelas swimming ya.. :)
 nasib baik kat hotel ni ada jugak taman permainan walau dah kelihatan agak uzur..sob3..ada jugak benda yang boleh hilangkan sedikit keboringan kanak2 riang ni
 see.. sungguh kreatif anak2 ibu.. play safe okkkk
bergelak ketawa girang
 bendera merah telah naik.. angin bertiup kencang. dikuantan semalam dah meragut 3 nyawa..seriauuu aihh dengar..moga percutian tidak berakhir dengan tragedi.
 hampir sejam kami menunggu akhirnya dapat jugak cek in..fuhhh.. view dari bilik... en suami ambik bilik mengadap beach.. indah betul pemandangan

zoom sket
 dah agak ramai yang turun mandi pool. si hakim dah tak senang duduk. akhirnya terpaksa la ikut kerenah dia.. si adik pulak..selamat tdoooo... minah ni kalau tak tidur siang malam mula la buat perangai..
 lepas tdo sejam arissa pon join abang hakim mandi.. wahh seronok bukan main lagi mereka..



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, January 30, 2012

CNY@ from Kuantan to Cherating

lpas b/fast kami sudah siap sedia untuk check out dan meneruskan perjalanan ke... CHERATING
jgn gelakkan hakim... budak comel ni sampai ke hari ni masih minum susu pakai botol
terutama time2 nak tidur atau awal pagi...:P

tempat pertama kami pagi itu lepas cek out adalah ke teluk chempedak..again?? saja beli buah tgn sikit..heheh kemudian terus menyusuri jalan ke cherating. perjalanan dari kuantan ke cherating tak da la bosan sangat sebab sentiasa jumpa dengan pantai. so kami singgah la kejap ke pantai batu hitam.. dah memang batu dia kaler hitam.

hakim sangat2 excited nak main pasir... panas la sayang..harap bersabar. ibu x benarkan kamu main kat sini lagipun pasir tak cukup cun untuk main.

 ada menara tinjau... so sila panjat kalau larat..
cuaca sungguh la panas..
tapi masih ada yang berjiwa kental memancing panas2 macam ni

kemudian kami singgah pulak kat pantai balok



 dapat jugak sihakim melepaskan hajat main pasir dengan alatan2nya

lepas dah pandang2 jeling2 kami pon meneruskan perjalanan.. mencarik kedai makan tengahari agak sukar. tertinjau2 dikiri kanan jalan ...sampai disungai ular...maka terpandang la akan kedai ni. ramai jugak yang singgah. makanan boleh la diterima perut. not bad.

lepas makan kami terus ke hotel tapi masih belum boleh cek in. so kami ke pusat santuari penyu. konon nak tengok penyu tapi sayang. TUTUP. tutup di hari isnin dan jugak cuti umum. maka... tahniah la..:( huhuhu gambar darik googles.


pusat santuari ni bersebelahan dengan club med, cherating... sangat ekslusif tempat ni.. RM1K++ pernite...pehhhh den x mampuuu

gambar en googles



sementara menunggu masa cek in, en suami beriya pasang khemah. kebetulan mmg ada dalam kereta.. berkemah tepi pantai je la... tak yah sewa hotel:P
kat blakang en hubby tu la private beach club med cherating.
dua beradik yang sentiasa happy

cantik pantainya..berbeza dengan teluk chempedak dan pantai2 sekitarnya

hadoiii macam ada 2, 3 entri lg ni nak kena habiskan..kui3
tak de sapa suruh pon acik cikin oiiiii
.
.
.
.
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

CNY@ Kuantan- Ikan Bakar Petai????

ok... sudah wangi...sudah tukar baju..jom p tanjung lumpur!!

kat mana tu tanjung lumpur? asyik promote tempat makan jer ni?
menurut wikipidia
Tanjung Lumpur is a traditional fishing village located near the mouth of the Kuantan River. It is loosely translated into English as the " Cape of Mud". This village was in fact one of the earliest villages opened by the Malays in Kuantan many decades ago. It is located in the district of Kuantan about 2 kilometers away from Kuantan city. Tanjung Lumpur and Kuantan is divided by Kuantan river at the middle and connected by a bridge (Jalan Abu Bakar) . Tanjung Lumpur is well known for its ikan bakar (grilled fish).

Disebabkan waktu siangnya kami dah round2 sekitar tanjung lumpur so malamnya terus terjah ja. my friend cakap ikan bakar yang sedap adalah dekat ANA IKAN BAKAR PETAI. ada 2 kedai ni. satu dekat jalan besar dan satu lagi dekat perkampungan nelayan. yang kami p ni dekat perkampungan nelayan. rata2 kedai seafood malam tu penuh dengan orang..huhuhu
sesampainya kami disana jam 8.40pm
suasana dalam kedai ditingkat bawah. full house..huhuhu..
apa yang syiok sangat makan kat sini ni???
alhamdulillah tak lama menunggu
setelah kami meninjau tempat duduk dibahagian atas walaupun tertera
"tempat penuh"

 saya dan SIL carik ikan.. macam2 jenis ikan ada.. besar2 dan dah tentu2nya FRESH
Sotong dan udang besar2..  risau jugak nak ambik banyak2..
takut tercekik tulang nak bayar nanti!!
kami cuma pilih sekor ikan jenahak, sekor sotong saiz besar, lala sekilo..thats all

ini gambar yang saya guggle. cara bakar ikan kat ana ikan bakar ni.. bakar pakai bara api dan ikan di balut dengan daun pisau..mesti wangiiii bau ikan tu.

en suami dan anak2 mengecopppp tempat. ditingkat atas tempat makan bersila. sesuai sangat kalau bawak anak2. nak bergolek senang..:)

boring menunggu... umpankan mereka2 dengan games.. kalau tak tak duduk diam..

ce tengok.. ramai kan kat belakang tu.. kebanyakannya 'makan besar' bersama famili besar
setelah 10 minit duduk baru la mengoder makanan2 yang lain. sibuk betul pekerja2 sampai tak menang tangan. lepas 10 minit order baru sampai air . diikuti oleh tomyam campur ni. not bad, tomyam campur dia penuh dengan isi seafood bukan macam sesetangah tomyam yang penuh dengan bawang dan serai..hehehe


tunggu lagik.. tetiba datang cik lala masak pedas ni.. sambil2 menunggu nasik layan ratah lala ni dulu..superrr sedap..manis2 pedas. ohh ya kat sini kalau nak order lala dah siap2 dalam 1 plastik sekilo. tak boleh ambik sikit2. dan time kami p ni. harganya sekali masak adalah RM27 sekilo. murah ke mahal ekkk?? sebab acik ckin jarang order lala time makan kat kedai seafood. so belasah je.. bukan selaluuuu kan??? erkkk ayat penenang

en suami PANTANG MENUNGGU LAMA2. tapi acik cikin tak kisah pon.. bukannya nak kalut p mana lagipun petang tadik kan dah meMcD kan diri.. so tak de la laporrr bebenor...

ohhh ya budak berdua pakai baju kuantan.. konon nampak macam pelancung la kan..kui3

setelah menunggu 40 minit akhirnya datangla ikan yang teringinnnnnnnnnnn sangat weall nak rasa.. nak tengok. macammana la rupa ikan bakar petai itu? carik punya carik..mana petainya..adakah sekadar nama? adakah petai diblend sampai weall tak jumpa petai.. huhu sadis.. tersilap order ke? tersilap bg ke? yang pasti tiada rezeki kami malam itu nak merasa ikan bakar petai.. huhuhu orang kata ni speciallity kat kuantan. tak ada kat tempat lain. disebabkan kejakunan dan ketidaktahuan rupa paras ikan bakar petai
so kami makannnn je la..

actually lepas dah balik hotel. hati masih tak puas ni.. acik cikin googles la kat tenet..huhu rupanya ini la rupa parasnya... tak mengapa. ada rezeki next time bleh datang lagik..:)
ok berbalik kepada cerita...
semua makanan dah sampai..jom makan..
kami order sotong masak kicap (utk anak2), ikan bakar tak de petai,tom yam campur dan jugak lala masak pedas.. itu saja. itupon tak laratttt sangat nak makan.
4 nasik dan 4 air sirap (air faveret sekeluargaaaa)

kami beredar sekitar 10.15 pm tunggu makanan almost sejam. nak makan tak sampai pon setengah jam..kui3..
oh ya.. masa nak bayar agak suspen berapa la agaknya bil sebab acik cikin dah janji nak blanja..hehehe.. sekali kakak tu cakap ... RM 77.. senyummmm je acik cikin.. amat berpatutan harganya... sebab masa memilih ikan dan sotong langsung tak tanya berapa sekilo...hehehe

lepas dah perut kenyang..en suami bawak kami jalan2 pusing bandar kuantan. buat2 pandai jalan. redah saja. kami singgah dekat taman esplanade, kuantan. masa p ni tak tau nama. dah balik sini baru google.. Mudahnya info dihujung jari..:)

suasana malam sangat happening... bazar jualan sepanjang sungai kuantan.. tapi kami tak membeli apa pun. sekadar cuci mata sahaja.

budak berdua dah merengek nak itu ini. fuhh banyak betul gerai yang menjual segala jenis mainan. tapi acik cikin ni keras hati... jarang nak penuhi impian2 mereka membeli barang2 yang cepat lingkup tu...:P
gambar super blur. tak reti nak set kamera dimalam hari..huhuhu.. nampak tak ada bot yang beroperasi malam2 ni. cadang2 nak naik tapi time kami p tu..itulah trip terakhir... alamak..dah pukul 11pm rupanya..:P

bot dah mendarat kat jeti

gambar terakhir sebelum balik beraduuuuu

nota hati - cerita panjang2 detail2 bukan untuk showoff tapi sekadang ingatan diri sendiri dan mungkin jugak berguna untuk orang lain. sharing is caring kan...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails