Thursday, December 30, 2010

chomell..........

perasan kan? hhehehe.. feeling kerusi-kerusi ini sangat chomel...
sebagai hadiah untuk hari ini dari ibu bila pulang dari kerja..
2 beradik hari2 bertanyakan hadiah setiap kali balik kerja.. coklat sebijik pun dikira hadiah jugak...:) huhuhuhu..
cute saja saiznya, siap ada bunyi lagik bila simanja duduk..edisi promot

pembelian tidak sengaja tat kala hati terlanjur suka..:P
RM18.90 each..huhuhu

nota hati: moga ada good news isnin depan .. AMINNNNNNNNNNNNNN
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 28, 2010

pertama kali....


Malam tadi pertama kali ajar hakim baca iqra’.
Tak lama..cuma dalam 5 mini sahaja….cukuplah untuk brief dia..
Alhamdulillah nampaknya dia berminat. Dan tak susah jugak untuk buat dia mengenal “aa baa aa baa”. Harap cara aku tu betul sebab buku iqra’ tu suruh ajar dengan terus membaca tanpa perlu mengeja.
Lepas ni hakim akan mengaji iqra’ kat taska lepas minum petang setiap hari..insyaallah…

Nota hati: tiba2 semangat nak bagi education pada anak meluap-luap selepas terjumpa blog ni dan juga ini …. Ternyata parents juga sentiasa memerlukan motivasi..huhuhuhu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, December 27, 2010

ujung minggu kami

Karnival Upin Ipin
Tarikh - 24-28 Disember 2010
Hari: Jumaat- Selasa
Tempat : SACC Convention Centre
Waktu: 10 am - 8 pm

since sabtu dah janji dengan hakim nak bawak dia jumpa upin ipin...
mereka sungguh  teruja... hakim siap menari chicken dance dibawah pentas...
tak sangka dia juga pandai menari seiring lagu tanpa perlu melihat aksi orang menari diatas pentas..uhhh ibu sungguh terkezot...:)

kelihatan pelakon2 suara upin ipin...sikecil tu la pemunya suara upin ipin ...cute!!


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, December 23, 2010

This is so touching!!


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.


This is for all parents out there.....

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, December 22, 2010

Tetamu lagi….jom ke MELAKA

Jumaat lepas aku ambik cuti sempena kedatangan kakak ipar aku dan anak buah aku yang baru ja habis SPM. Hari tersebut juga HARI LAHIR NUR ARISSA NASUHA YANG KE-2…. 17.12.2010 syukur dipanjangkan umur ibu untuk melihat anak-anak ibu membesar….dah emo la plak..

Kami kemana? Jeng-jeng jeng…MELAKA lagik lerrr…memenuhi permintaan kak ija.. balik hari memang memenatkan..sudah la bertolak dari rumah sudah 12.30 tengahari… tak sangka plak pukul 2 dah ada kat tol air keroh…cepat plak aku rasa…

Berhenti makan kat tepi tasik air keroh kemudian terus ke Bandar hilir… almaklum nak kejar masa..time dah pukul 3ptg dah pon...hari baru lepas hujan… cadangnya nak naik menara taming sari tapi nasib tidak menyebelahi…dari pagi menara taming sari ditutup untuk diselenggara… sementara tu layan dulu kanak-kanak rebina ni merempit…

Lepas tu pusing2 naik beca yang tak berapa nak cantik ni..naper la cikgu rizal amik beza tak cun ni..huhuhuhu…RM20 per half hour
 pusing2 kejap je...

Lepas layan beca seround time to soping at MEDAN SAMUDERA …beli cencaluk dan juga perencah asam pedas bonda yang mabeles…sedap ooo..

Lepas solat layan pulak Melaka CruiseRM10 per person… rasanya baru saja bulan lepas naik tapi time tu suasana malam la…kat entry ini cuma kali ni naik siang pulak.. boleh tengok biawak comodo yang sangat besar…gerun!!! Jom layan pic..suasana mendung dan hujan renyai membantutkan proses jalan-jalan..:P



Makan malam kami….. pertama kali kami ke sini ada dientry ini.

siakap bakar sambal, kailan goreng pedas, butter prawn,
sutung 3 rasa kot, dan sup sayor (tiada dalam gambor)

menarik tak? Menguirkan ….nyum3.. kalau ada peluang makan malam..pasti akan ke sini..MEDAN IKAN BAKAR UMBAI… ini kali kedua kami ke sini…cik wahyu ngadimin yang kenalkan..thanks friend... makanannya sedap cuma air asamnya masih tak boleh lawan air asam kat TELOK TEMPOYAK kat PENANG tekak orang utara la katakan..Tapi sambal ikan nya sedap….. lepas mengisi perot semahunya… kami pon balik..sampai dirumah kira-kira 11 malam. Penat!!

nota kaki: kak jimah..now i dah story pasal melaka...:)

 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 21, 2010

tetamu....

Seminggu dua ni..meriah betul rumah aku dengan kehadiran tetamu.. aku suka sangat tau… kata orang tetamu pembawa rezeki, harap-harap begitu la…hehehe


2 minggu lepas (11.12.2010 ) mak dan sepupu aku datang….hantar baby mia balik KL…so,semalam ja tidur kat rumah aku... tak sempat nak bawak berjalan kemana pon..cuma ke akuariuam kat tasik shah alam saja..itu pun dah buat sepupu aku ni happy…lain kali datang lagi ya...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Kerna terpaksa....

sebelum meneruskan pembacaan sila refer entry ini
Susah betul kalau tak ada hp ni kan… sudah la tak ada backup hp. Sesiapa yang dial no aku akan terus divert ke hp cikgu rizal…mana la tahu kot-kot ada yang urgent… bab urusan kerja terpaksa la guna alternative lain.
Semalam lepas pulang kerja aku bergegas ke ‘hospital hp’. kalau nak baiki hp lama dalam RM170 tapi tidak digalakkan ..katanya ic board rosak..(main board..bla2…bukannya aku paham sangat pon) lagi pulak warranty cuma seminggu….konpius jugak makcik nak buat keputusan…akhirnya lepas telek-telek hp yang paling murah didunia…dapatlah hp cap ayam ini…korang jangan la gelak..sadiss ni… mendowngradekan hp…huahuahua.. terus terang aku belum ada budget untuk hp canggih manggih ni… atau hp yang memuaskan napsu dihati.. dan jugak belum servey… tambah datang pulak sorang2..keperluan tetap keperluan…sejak bila la plak hp jadik keperluan nih? Hahahahaha…

Sila percaya..ini pertama kali aku dengar dan tengok hp cap BM.. apa itu BM? Ni soalan my hubby…bahasa Malaysia kah? Oh nooo BUATAN MALAYSIA hoccay.. belasah la.. ni ja hp yang aku mampu beli pada tarikh 20.12.2010..disaat gaji dah tinggal nyawa katak…,pada kadar budget aku itew.. ada hati tu nak hp yang ada color, yang ada M-card, yang boleh on 2 simkad serentak…yang ada apa lagik ekkk…ha yang ada radio, ada camera... ada touchlight lagik..hehehe…nak macam2 ada tapi budget cipot..sungguh kasihan kan? Haahahhaa.. usah la dibanding E66 aku yang bleh wiFi, bleh 3G camera depan, bleh berGPS..bermacam2 lagik ada tu…huwaaaaa saya sangat sayang E66 saya…cehhh ayat poyo…E66 yang sangat MANJA… pernah diserang virus, application hilang dan bla bla bla…



Harga hp BM merah aku yang tak berapa nak cun ni pon murah jerk… lagik murah daripada kadar sekali aku soping kat pureen bila warehouse sale…hehehe..10% dari harga hp E66 yang aku pernah ku puja kononnya… cina muda kurus kat kedai hp tu letak RM250… aku buat muka sadin cap ayam brand… aku cakap..aku tak nak M-card 4GB yang ada kat hp tu..aku nak pakai M-card yang aku dah ada kat E66 je.. so dia kelip-kelip mata..dapat la RM160.. aku buat muka sadin lagik…pujuk-pujuk, ayat-ayat kesian dan muka 5sen yang aku tak cukup budget..dapat la RM125…kwang2.. kasik angkat plastic..bayar dan blah…

Untuk sementara waktu ini pakai ja la apa yang ada..mana tahu ada rezeki lebih dihari mendatang bleh hangkot i-phone4 plak…huh ada hati lagik tuh!!!… itu saja cerita aku mengenai kerna terpaksa beli hp… sekian.:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, December 20, 2010

Hp acik cikin pon rosak jugak..

tetiba dapat idea nak buat entry selepas baca entry acik mimie...kwang3..gedik tak aku?hahaha

rupa paras hp aku adalah seperti dientry tersebut ..klik sini ya
kebetulan..
hp aku pon telah masuk air....bukan tak bayar bil ya......kan kak jimah kan...
tapi atas kecuaian diri sendiri.. tidak beringat... telah menjadik mangsa en TOILET dihentian RnR adalam perjalanan pulang dari Melaka jumaat lepas..uwaaa..sungguh aku sentap tau...

aku ambik ke tak? jawabapannya...ya..aku ambik....huhuhu...sila geli hoccay!!... walaupun hp tu jatuh selepas aku memflush air..sila imagine k... aku tetap geli tahap maximum..lepas ambik terus aku basuh-basuh jirus hp tu.. hahaha..sengal kan...bertambah2 la hp ku itewwww basah..

minit pertama hp ok lagik..belum jadik apa2.. kemudian terpadam..aku try on,, masih bervibrate..5 minit lepas tu terus kiokkkk.. terus buang simkad..

sabtu letak hantar ke pusat rawatan kat Plaza Alam Central...dan dukacitanya menerima berita yang hp aku  99.9% dijangka tidak dapat digunakan lagik.. adoii terhirisnya hati... kena beli hp baru kah??ohh tidakkkk.. hp mahal2 ni sensitip betul kan..tak la mahal mana pon sebenarnya..tapi bagi aku ini la yang termahal yang pernah aku ada..sila kesian hoccay!! dah la bersubsidi...again..huwaaaa..dulu2 pernah jugak hp terendam dalam air tapi masih boleh dibaiki...

aduhai..macammana ni... budget sudah larikkkkkkkk..huhuhuhu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, December 14, 2010

Catatan buat my baby Arissa...

Begitu pantas masa berlalu…hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun….cepat betul arissa membesar.

Adik nak tahu tak… 2 tahun lepas tarikh yang sama ibu sarat mengandungkan arissa. Bak kata Tok Ah..perut saja besar… ibu kerempeng saja..hahahaha..

Adik nak tau tak….Ibu tak pernah catat kat mana-mana pun sebelum ni kenangan terindah melahirkan adik kira-kira 2 tahun lepas.Kalau nak diikutkan inilah pertama kali ibu melahirkan secara normal. Pengalaman yang jauh berbeza dari melahirkan abang Hakim lebih 4 tahun lepas.

Adik nak tau tak….ibu ambik cuti awal sangat tau..disebabkan abah cuti sekolah, ditambah cuti raya haji 8hb 12….jadi ibu ambik cuti awal… kalau ikut due… 29.12.2008.. lambat lagi kan…. tapi dalam hati berbisik… entah-entah minggu ke 38 ibu dah dapat jumpa adik… tak sabar rasanya…

Adik nak tau tak…ahad bersamaan 14hb ibu dah dapat tanda ‘bleeding’. Pagi2 ibu dah bersedia kalau-kalau ibu dah rasa nak bersalin…kalau ikutkan masa bersalinkan abang hakim dulu pun ibu sakit sekejap saja… pukul 1 pagi ibu pecah air ketuban…terus abah hantar ke hospital..pukul 4.41pagi ibu dah selamat melahirkan abang hakim tapi berbeza caranya…

Adik nak tau tak…. diawal pagi 14hb 12,ibu dapat tanda…. terus ibu ajak abah ke Pusat Bersalin Mahsuri. Ibu dah bercadang nak bersalin disana. Walaupun abah belum bekerja tapi ibu tak kisah kalau ibu yang keluarkan belanja sendiri. Ibu tak pernah berkira… betul tak abah? Pengalaman ngeri orang lain membuatkan ibu takut untuk bersalin normal di hospital kerajaan.

Adik nak tau tak…. Perasaan ibu kali ini amat berbeza, ibu rasa takut untuk merasa kesakitan yang dikhabarkan, tapi ibu nekad didalam hati…. Insyaallah kali ini ibu cuba untuk bersalin secara normal memandangkan kedudukan adik yang baik dan berbekalkan semangat dan niat ibu..chewah..dah macam nak pergi berperang saja lagak ibu kan…hehehe

Adik nak tau tak….14hb 12 ibu ke Pusat Bersalin Mahsuri, Dr. Zarina cakap bukaan ibu dah 3 cm, kalau ibu dah bersedia nak bersalin, ibu boleh masuk wad dah. Tapi mengenangkan abang hakim keseorangan kat rumah Wan Ali, ibu tak sanggup. Ibu memilih untuk balik dulu. Bila sakit baru ibu datang semula. Dr. Zarina tak membantah…

Adik nak tau tak…. 15hb 12 ibu balik ke rumah Tok Ah yang agak jauh dengan Mahsuri berbanding rumah Wan Ali. Tapi ibu lebih harapkan Tok Ah jaga abang Hakim. Abang Hakim manja dengan Tok Ah. Ibu takut abang Hakim akan menangis dengan ketiadaan ibu…sedih…

Adik nak tau tak…. 17hb 12..dah 4 hari ibu tunggu ‘kesakitan’ itu tapi tak kunjung tiba, sedangkan ibu dah tak sabar sangat nak jumpa anak ibu ni…pagi tu ibu buat keputusan untuk ke Mahsuri sekali lagi. Tapi kali ni ibu rasa ibu dah bersedia mental dan fizikal. Ibu sampai dekat Mahsuri hampir jam 12. Ibu belum makan tengahari lagi walaupun ibu sebenarnya dah siap masak kat rumah Tok Ah sebelum ibu tinggalkan abang Hakim.

Adik nak tau tak…lepas buat pemeriksaan dengan Dr. Zarina, dia cakap bukaan ibu sudah 4cm. Terus dia minta ibu masuk labour room. Tapi ibu tak sakit pun…. Perut yang lapar tidak terasa ketika itu…sungguh ibu lupa, untuk mengambil sedikit tenaga. Selesai urusan masuk labour room, ibu tunggu saja… Dr. Zarina datang jumpa ibu kat labour room dan cakap dengan ibu yang dia bertugas sampai jam 5 saja, andai kata ibu lambat bersalin, ibu terpaksa memilih samada bayar lebih atau terpaksa bersalin dengan Dr. Anuar. Ohh sungguh ibu nak elakkan bersalin dengan Dr. lelaki.. abah kata, kalau terdesak boleh la..tetapi selagi kita punya pilihan, kita wajib memilih bersalin dengan Dr. perempuan… ibu pun memang nak bersalin dengan Dr. perempuan.

Adik nak tau tak….lepas berdikusi dengan Dr. Zarina beberapa ketika, ibu bersetuju untuk diinduce..ibu berdoa agar ibu dapat bersalin sebelum pukul 5….gila tak ibu?..mana boleh estimate masa suka-suka hati kan…. kira-kira jam 1.30 petang nurse induce ibu melalui drip…ibu tak rasa apa-apa pun… Masih terdengar lagi seorang nurse veteran menasihatkan ibu.k atanya “kuatkan semangat, yakin insyaallah awak boleh bersalin secara normal”. Insyaallah….

Adik nak tau tak…seorang nurse setia menunggu ibu dari saat ibu mula masuk. Sampai hari ni ibu ingat muka nurse tu..sungguh baik dia… abah juga cuma tinggalkan ibu seketika untuk solat zohor. Tunggu punya tunggu ibu masih tak sakit..jam dah pukul 3.30 petang... terasa ngilu di pinggang sahaja. Nurse cakap bacaan pada mesin menunjukkan ibu sepatutnya sakit.. ohh itu ke rasa sakitnya..ibu masih belum rasa kesakitan yang dikhabarkan ‘terlalu sakit’ itu…. Ibu nampak Dr. Zarina datang lagi.. .selepas menghadiahkan ibu secucuk jarum di pinggang….dia memecahkan ‘water bag’ ibu … bukaan sudah mencapai 6 cm… ngilu dan sakit pinggang mula terasa kian menyengat…. Nurse berpesan…mengiringlah sebelah kanan untuk mengurangkan rasa sakit..ibu buat….memang betul….kurang sakitnya…ibu masih mampu tersenyum… berbual-bual….

Adik nak tau tak…. Tok Wa dan abang Amin datang melawat ibu disaat ibu mula sakit. Ibu tengok Tok wa membacakan sesuatu sambil mengurut betis ibu…ibu rasa lega sangat.… walaupun Tok Ah tak ada…Tok Wa pun dah mampu menenangkan ibu… syukur….kesakitan kian memuncak…saat itu ibu dah tak mampu lagik melihat jam yang berada betul-betul didepan ibu…ibu pejamkan mata serapat-rapatnya…itu cara ibu menangani kesakitan….Tok Wa dan abang Amin keluar dari labour room….abah tak tinggalkan ibu walau sesaat…

Adik nak tau tak…. Disaat bukaan 7cm, nurse disamping ibu membantu ibu melahirkan adik… Dr. Zarina acap kali berpesan pada ibu..bukak mata… Dr. takut ibu pengsan sebelum melahirkan adik… tapi ibu cuma dapat buka mata sedetik cuma..ibu lihat 2-3 orang sedang membantu ibu melahirkan arissa..sungguh ibu tak mampu melihat..biarlah dunia ibu gelap… telinga ibu saja yang mampu mendengar….ibu dengar setiap kata-kata nurse dan Dr. Zarina… terdengar ‘Allah huakbar’ dari mulut Dr. Zarina sejurus lepas adik keluar… dalam hati ibu..alhamdulillah……

Adik nak tau tak….ibu dengar Dr. Zarina cakap… baby girl..time 4.41pm… ibu dengar Dr. Zarina cakap lagi.... ” nor asikin awak tahan sekejap ja… saya nak jahit ni..sikit sahaja….” Lepas tu terus dunia ibu kelam..ibu tak rasa apa… ibu tak sedar langsung…sedar-sedar jam 7 petang…. Tidurkah ibu atau ibu pengsan? Ibu sendiri pun tak pasti.. tapi ibu amat bersyukur sebab ibu tak merasa kesakitan ‘dijahit’…penakutkan ibu?

Adik nak tau tak…. Malam tu ibu bermalam kat hospital tapi ibu pelik kenapa nurse tak bawak adik jumpa ibu… Aan Ali dan Buk datang tengok adik kat nursery saja…ibu belum berkesempatan jumpa adik sampai la keesokan harinya…

Adik nak tau tak.… itu kenangan terindah ibu melahirkan adik…kesakitan yang sekejap tetapi teramat lah sakit….Tok Wa cakap ibu terlalu sakit sebab ibu memilih untuk diinduce… ya..ibu tak sabar dah nak jumpa adik…

Adik nak tau tak….kenangan itu sudah hampir 2 tahun ibu lalui tapi terasa masih segar lagi..macam baru saja semalam. Begitu cepat masa berlalu… 17.12.2010….genaplah adik 2 tahun….


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, December 10, 2010

Don't disturb me hoccay

arissa yang begitu tekun poyo sedang buat kerja...
muka siyesss
buat apa tu sayang...

ok..tengok checklist...yang ni dah..yang ni dah..yang ni belum..
 sambung...
good job!! abah nak hired icha tolong abah tak?
gerenti siap dalam masa yang singkat...:P
nota hati- anak2 zaman skarang pantang lepa nak jugak bertenet...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

MAHA International 2010

walaupun aku dalam fasa mengupdate cerita yang backdated...tapi tidak menjadik isu kan..:P
untuk kenangan diri sendiri dan famili...

cerita MAHA 2010... aku percaya ramai yang pergi MAHA kat MAEPS, Serdang minggu lepas.. aku pon berkesempatan p di hari terakhir... terima kasih cikgu rizal..i lap u...:)

2 tahun lepas aku penah sampai kat MAEPS ni..MAHA 2008 ..entry boleh tengok kat sini. tapi tidak la seramai dan semeriah MAHA2010.. promosi kali ni memang berjaya!!!

ok sambung cerita MAHA 2010...
seawal 9 pagi aku, cik abang dan anak2 dah terpacak depan dewan walaupun dewan masih belum bukak:P
wah excited tak acik ckin? hahahahaha... awal tu bertolak dari rumah. 8 pagi hoccay.. biar bersusah2 dahulu janji tak panas dan bersesak... kununnya....

walaupun awal... uolsss tau...dah memang ramai menunggu..huhuhuhuh
boleh pulak terjumpa anak buah aku nk kat sini...rombongan sekolah dia dari KEDAH..alahai la... boleh terjumpa plak kamu ngan maksu dan paksu ya...hehehe
 nasib baik bawak stroller ni... memang dah agak..betri budak2 berdua ni bukannya kuat sangat... mana larat nak berdukung kan..sape penat sila masuk dalam stroller...aku pon kalau boleh nak masuk dalam stroller sebab penat berjalan..hahaha tapi sape nak tolak plak kan!! lagi satu untung bawak stroller beli barang sangkut je ...so tak payah pegang plastik banyak2..hahaha


tempat pertama dituju...jeng3.. GERAI MAKANAN POPULAR..lapar lorr semua belum b/fast..
semua nak cuba..semua nak makan..nasib baik kami awal tau..tempat banyak lagi kosong..gerai pon ada lagik 2-3 yang belum bukak...hehehe
 Hakim fav..... otak2.. tapi ni otak2 JB agak pedas..tapi dia berusaha jugak makan sebab dia SUKA... ibu pon suka..sedap...
 lepas isi perut dengan macam2 makanan..laksa, bihun sup, susu kultur, otak2, dadih dan asam pedas MELAKA... upacara tawaf dewan bermula...hayyo sudah ramai orang...berjalan sampai bergesel la...huhuhu..ku redah jua.... reward for Hakim... belon pedang bertahan 15 minit je..huhuhuhu
 Dah abis tawaf dan melabur kat Dewan ni..kami ke Dewan A plak... excited lagik...

hakim: apa ni ibu...
ibu: ni la ninja turtle..hahahah..
(lepas tu aku tengok ada budak senyum2 kat aku..sebab aku buat ajaran sesat kat anak aku..hahahah)
hakim: ye ke ...
ibu: tak la.. ni namanya turtle je...
 jam 12.30 tengahari aku dah surrender. panas + orang semakin ramai.. tak mampu lagik nak berjalan lagik 2 dewan dan tengok pameran kat outdoor.. hasil tangkapan pon dah penuh stroller..jom balik..

kalau yang parking jauh atau masuk ikut pintu 2..boleh naik ni

 atau naik ni..best kan...

nota hati: sesekali bersesak tak salah kan..meramaikan majlis..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, December 8, 2010

nak update pasal ni..

.....tapi belum berkesempatan..konon sibuk la tu kan..entah apa yg kusibokkan tak tau la.. :P

pengunjung cilik harus dititikberatkan keselamatan...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

kedatangan yang tiba2

.....tapi aku suka!!!

tok, wan, pak tam dan tam (adik my mum) datang KL sabtu lepas..27 Nov lepas..2 minggu sudah.. mengejut dapat call dipagi hari sabtu cakap dah ada kat KL.. nanti tengahari nak sampai rumah..

wah macam lipas kudung la acik cikin mengemas, melipat baju yg menggunung dan me me yang lain2.. hahahaha..siap masak makan tengahari lagik....

datang bersebab... insyaallah next month dorang datang lagik sekali...suka3

tak sempat nak bawak kemana pon...bermalam semalam ja....cadang nak bawak ke MAHA..tapi hujan la plak..sempat pusing2 putrajaya dan I-city saja... gambar pon sekeping dua selepas budak hakim delete..uwarrrggggghhhhhh



nota hati: sempat jugak bawak soping2 kat pasar tani stadium dihari ahad...:) peluh melimpah ruah...hahahaha..janji hepi

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, December 1, 2010

tak de keroja...

aktiviti dimalam hujung minggu.. tak tahu kemana ..kesini saja pon ok..
lokasi: padang mbsa/belakang hotel Blue wave , shah alam

abang hakim yang hantu air

malam minggu memang ramai parent yang bawak anak2 beriadah disini.. ramai jugak couple2 dok bertenet....sportlight cerah benderang so tak payah risau keselamatan anak2 nak berlari keliling padang.. lagipon tak panas macam disiang hari..:)
macam2 aktiviti boleh buat...ada yang berkelah, ada yang main badminton, ada yang bawak basikal dan motor comel.. tapi kami tak bawak apa... bawak badan jerk...
kesian melihatkan anak2 yang asyik tengok jerk orang lain dengan aktiviti masing2..kami pun belikan la.. hakim benda ni..ala2 lastik yang berkelip2..cantik.. RM3 jerk..kalau kat I-City RM5 ni..cissss
 adik pulak dapat ni.. Red Ball... RM5 lalalala..
cost untuk kegembiraan anak2 tak semestinya yang mahal2..
janji semuanya hepi kan...:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, November 30, 2010

akibat banjir besar...

hari raya haji lepas aku sempat cuci mata kat pekan jitra, Kedah..
dari kejauhan sudah nampak kedai ni dipenuhi timbunan baju2


cuba mendekati.. dah ala2 kedai dobi pon ada..
  RM1 jer per item yerr... dalam bakul2 besar ni sekilas pandang aku nampak segala macam jenis tudung...
orang pon tak kurang hebat bersoping dihari raya...aku hanya mampu tengok dan rembat beberapa barang gitew2 jerk..sebab tak mampu menahan bau yang begitu menusuk kalbu..cuba bayangkan baju2 basah yang lebih 2 minggu lembab + bekas bau lumpur yang memasuki kedai musim banjir lepas...

nota hati: tumpang simpati dengan mangsa banjir yang kerugian harta benda..sob sob...masih banyak kesan banjir dapat dilihat...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, November 27, 2010

introducing....

anak buah kesayangan baru...(anak adik aku..)
Mia Zaraa Bt. Mohd Aliph
D.O.B : 20.10.2010




tetiba feeling nak ada baby baru jugak..hahahah adakah???... sabar2..
suka sangat bau baby baru lahir tau...wangiiiiiiiiiii

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 26, 2010

cerita malam tadik

kesian anak bujang aku yang sorang ni.. dah lama tak sakit gigi..gara2 marathon makan gula2 pemberian tok ah time balik kg last week dapat lagik sekali sakit gigi ni..huhuu..anak sakit gigi...ibu sakit jiwa tengok anak sakit gigi..bleh gitew???

style budak hakim ni plak kalau sakit asyik merengekkkkkkkkkkkkkkkk ja..pening aku tau... dah bagi ubat, pujuk2 tepuk2 nak bagik dia lali... akhirnya tertido gak dengan linangan air mata..uhh sadis betoiiii...


dah selesai tdokan siabang... tengok2 lantai...hayya... sapa buat ni? kan ibu baru jerk kutip masuk bakul!!!
cuba tengok...budak ni..buat dekkkkkkkkkkk jerk...geram tau!!! shiom sket!! sudahlah magrib tadik kamu buat kenduri dengan abang kamu habiskan losyen 1 botol tuang atas tilam...hayya... menguji kesabaran betoi la...

nota hati: entry segera/nak cepat...kesian blog aku ni ha..bersawang..hati meronta nak blogwalking..uwaa sungguh aku tak sempat..pandang2 jeling2 jerk..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 12, 2010

serba baru


persiapan untuk acara hujung minggu ni...
excited si ibu dan abah mengalahkan keterujaan anak2..
smuanya serba baru untuk kamu berdua..
tak sabarnya...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, November 9, 2010

suka suka

suka suki2.. ada terkena pada diri?? :P

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer… !!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, November 8, 2010

tetiba ja..part3

melampau sampai 3 part... hik3..saja nak activekan nuffnang..:P

31.10.2010.. as usual budak2 berdua ni pukul 8am mata dah segar bugar... lepas mandi masing2 dah bersiap nak check out... hakim merayu nak mandi pool tapi ibu dan abah tak layan..lain kali ya sayang..ibu tak sanggup lagik lepaskan kamu tanpa pelampung..huhuhu

lepas breakfast kat kedai mamak...kami jalan2 sekitar dataran.. sessi candid mengendit..
layan piccas jom



arissa yang takut dgn kuda tu...bukan main kuat peluk ibu..

abah ni suka ambik gambar jauh2 tau..kenit jerk gambar budak2 ni..

penat panjat tangga tau... lenguh habis kepala lutut ku..


sedap suara brother ni nyanyi..


heppi ya icha

hakim tengah membodek.. no no no... cukup la yang dekat tangan kamu tu...
masa kat arked kraftangan meraung2 nakkan patung tiger yang harganya RM150..adus... adakah ibu beli walaupun kamu meraung sekuat hati? hehehe... tidak...  akhirnya dia diam sendiri..adik tak sibuk..dia plak yang lebih2... merajuk sampai tak nak makan...hehehe tapi kejap ja merajuknya...


kami makan tengahari dekat RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG depan dengan menara taming sari.... harus cuba...asam pedas sini sedap... time kami makan berduyun beratur nak ambik tempat... terrrjumpa la plak dengan ifa raziah...dia pun santap kat situ..:P

disebabkan hakim merajuk jadik dia tapau jer... kami bawak dia berkelah kat tepi tasik tepi zoo kat bandar air keroh..best tak hakim? best kan.... berselera dia makan...

lepas makan kami masuk Zoo Melaka... pukul 4pm bertolak keluar dan balik ke Klang.... mmmm percutian singkat yang menyeronokkan seisi keluarga..:)

cuti deepavali lepas lepak kat rumah saja..... layan anak2...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails