melampau sampai 3 part... hik3..saja nak activekan nuffnang..:P
31.10.2010.. as usual budak2 berdua ni pukul 8am mata dah segar bugar... lepas mandi masing2 dah bersiap nak check out... hakim merayu nak mandi pool tapi ibu dan abah tak layan..lain kali ya sayang..ibu tak sanggup lagik lepaskan kamu tanpa pelampung..huhuhu
lepas breakfast kat kedai mamak...kami jalan2 sekitar dataran.. sessi candid mengendit..
layan piccas jom
arissa yang takut dgn kuda tu...bukan main kuat peluk ibu..
abah ni suka ambik gambar jauh2 tau..kenit jerk gambar budak2 ni..
penat panjat tangga tau... lenguh habis kepala lutut ku..
sedap suara brother ni nyanyi..
heppi ya icha
hakim tengah membodek.. no no no... cukup la yang dekat tangan kamu tu...
masa kat arked kraftangan meraung2 nakkan patung tiger yang harganya RM150..adus... adakah ibu beli walaupun kamu meraung sekuat hati? hehehe... tidak... akhirnya dia diam sendiri..adik tak sibuk..dia plak yang lebih2... merajuk sampai tak nak makan...hehehe tapi kejap ja merajuknya...
kami makan tengahari dekat RESTORAN ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG depan dengan menara taming sari.... harus cuba...asam pedas sini sedap... time kami makan berduyun beratur nak ambik tempat... terrrjumpa la plak dengan ifa raziah...dia pun santap kat situ..:P
disebabkan hakim merajuk jadik dia tapau jer... kami bawak dia berkelah kat tepi tasik tepi zoo kat bandar air keroh..best tak hakim? best kan.... berselera dia makan...
lepas makan kami masuk Zoo Melaka... pukul 4pm bertolak keluar dan balik ke Klang.... mmmm percutian singkat yang menyeronokkan seisi keluarga..:)
cuti deepavali lepas lepak kat rumah saja..... layan anak2...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
0 comments:
Post a Comment