Wednesday, December 22, 2010

Tetamu lagi….jom ke MELAKA

Jumaat lepas aku ambik cuti sempena kedatangan kakak ipar aku dan anak buah aku yang baru ja habis SPM. Hari tersebut juga HARI LAHIR NUR ARISSA NASUHA YANG KE-2…. 17.12.2010 syukur dipanjangkan umur ibu untuk melihat anak-anak ibu membesar….dah emo la plak..

Kami kemana? Jeng-jeng jeng…MELAKA lagik lerrr…memenuhi permintaan kak ija.. balik hari memang memenatkan..sudah la bertolak dari rumah sudah 12.30 tengahari… tak sangka plak pukul 2 dah ada kat tol air keroh…cepat plak aku rasa…

Berhenti makan kat tepi tasik air keroh kemudian terus ke Bandar hilir… almaklum nak kejar masa..time dah pukul 3ptg dah pon...hari baru lepas hujan… cadangnya nak naik menara taming sari tapi nasib tidak menyebelahi…dari pagi menara taming sari ditutup untuk diselenggara… sementara tu layan dulu kanak-kanak rebina ni merempit…

Lepas tu pusing2 naik beca yang tak berapa nak cantik ni..naper la cikgu rizal amik beza tak cun ni..huhuhuhu…RM20 per half hour
 pusing2 kejap je...

Lepas layan beca seround time to soping at MEDAN SAMUDERA …beli cencaluk dan juga perencah asam pedas bonda yang mabeles…sedap ooo..

Lepas solat layan pulak Melaka CruiseRM10 per person… rasanya baru saja bulan lepas naik tapi time tu suasana malam la…kat entry ini cuma kali ni naik siang pulak.. boleh tengok biawak comodo yang sangat besar…gerun!!! Jom layan pic..suasana mendung dan hujan renyai membantutkan proses jalan-jalan..:P



Makan malam kami….. pertama kali kami ke sini ada dientry ini.

siakap bakar sambal, kailan goreng pedas, butter prawn,
sutung 3 rasa kot, dan sup sayor (tiada dalam gambor)

menarik tak? Menguirkan ….nyum3.. kalau ada peluang makan malam..pasti akan ke sini..MEDAN IKAN BAKAR UMBAI… ini kali kedua kami ke sini…cik wahyu ngadimin yang kenalkan..thanks friend... makanannya sedap cuma air asamnya masih tak boleh lawan air asam kat TELOK TEMPOYAK kat PENANG tekak orang utara la katakan..Tapi sambal ikan nya sedap….. lepas mengisi perot semahunya… kami pon balik..sampai dirumah kira-kira 11 malam. Penat!!

nota kaki: kak jimah..now i dah story pasal melaka...:)

 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

1 comments:

zuzie's life story said...

ahahaha...ok2.jeles2...x per2.kita x suke dah g melaka.fobia..ekekeke

Related Posts with Thumbnails