Thursday, October 29, 2009

alkisah...

En hubby ada game ping pong seawal 8 mlm.. maka si abah telah sound pada si ibu yang dia tak balik makan malam ni..maka hati agak gembira kerana tak perlu aku bersilat kat dapur malam ni.. tapi perut meronta2 pulak minta disi... baru teringat ada stok ni

sungguh mudah kerja didapur bila ada benda2 instant ni kan..
amat berguna dikala virus "M" menyerang dengan dahsyatnya..
intai lagik apa yg ada dlm fridge..
apa yg boleh dicampak kedalam sos ini..
yg ada..carrot, tomato, sausage, fish ball n crab stick...
walla..sangat la bagus... hehehe
tak sampai beberapa ketika.. siap..
aku menikmati dengan begitu la hepi... siap bertambah lagik..yummy
sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji...
hahahah sangat tidak beretika kan...
lepas perut dah kenyang bagaikan ular sawa...
aku tidokan si kecik dan .....
layan ZEE CHANNEL..boleh gitu... cerita AJNABEE...
apa ke halnya tengok cerita hindustan malam2 ni cik kak oiiii
abis... dah borink kan...
nasib baik anak bertuah tu memahami si ibu...
selepas berbincang anak beranak..
maka hakim pun setuju..
sebab dia dah tgk tom n jerry serta upin dan Ipin selama 2 jam tadik..
so now.. it's my time ok..
adakah aku kejam? ada la sikit kot..hahaha
gamaknya hakim bosan tgk aku melayan cerita yang ntah hapa2
yang dia langsung tak paham..
pandai pulak dia bawak diri..main2 sendirian berhad..
si ibu cuma berpesan..." lepas main simpan balik yer hakim"
alhamdulillah dia telah berjaya membuat aku tenang malam ni..
good boy!!!
hakim... n toys yang siap kemas disimpan rapi..
ni dia susun sendiri ni..di kala ibu tengah mabuk bollywood...
to abah: ni aktiviti kitorang malam tadik.. x sempat nk story ..sebab balik lambat sgt kan..kami semua dah diulik mimpi pongggggggggggggg
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, October 26, 2009

again..XTVT during weekend 24&25 Oct 09

lately aku memang favo. letak gambar banyak2..so sesapa yang rasa sengal mata tengok aku post banyak2 atau rasa loya...sila muntah dengan segera ya..hehehe..

on saturday yati my good friend since umor 13 tahun ni.. datang rumah..so aku kematian idea mau bawak kemana ini minah dengan famili nya.. so aku pun bawak la ke tempat favo aku..iaitu........
AKUARIUM
Shah Alam sebelah dengan
WET WORLD
nampak macam my friend n anak2 hepi... aku..lagik la hepi...
lepas tengok dan bilang semua ikan2 yang kecik dan besar kat dalam akuarium serta kolam2 tu..kami pun bergerak ke playground..sementara menunggu Cik Puan Rozana Hani membeli ikan pujaan hati Princess Uzma...
meh kita layan pic aku yang ntah hapa2 tu...jom arrr!!!

ni .. kolam kat rumah aku...
hahahah lupakan la norasikin...
bermimpi 1000 x pun blum tentu tercapai...
aku yang tengah control.. muka aku sesuci embun pagik..
(ni x de make2up... dah x reti kan..)
yati kat belakang tu tengah teruja... oii mak cik anak hg mana???

again..aku n icha

Edisi bereksesais bersama Hakim...


leave me alone!!!!!!! (ini budak mau terjun dalam itu tasik...)
lepas lepak sini..kami p makan bihun sup utara kat Sek 18.. gambar?
tak de sebab aku sibuk mengejar hakim ..uhhh akhak sangat letih hokkey...... sangat letih sampai balik kena telan 2 bijik panadol.. lepas magrib semua bummmmmmmmmmmmm

on sunday kami ke...
rumah Nor Hasmah anak pak karim kat bukit subang
dah sound awal2 nak isi tangki kat sana...
edisi memenuhkan tangki..
makan makan makan...

yati and famili
and lastly... gambar aku n friends la..huhuhu..

yati n hasmah

icha... jangan nak mengorat umar ya...!!!
really heppi dapat together2 macam ni..:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, October 25, 2009

edisi jiwang

edisi jiwang bermula..
terasa kembali muda bila bertemu semula dengan rakan2 satu sekolah..kalau boleh kuputar semula waktu..sudah pasti waktu itu akan aku hayati sepenuhnya..bukan bermakna dulu aku mensia-siakan masa berharga itu..tidak sama sekali... jauh meninggalkan saat indah itu..jauh... berlari mendaki usia.. rupanya aku kini kian hampir mencecah usia '3'..masing2 sibuk membina impian..mengukuhkan ikatan kasik sayang.. meramaikan umat nabi... muhammad..:)
bila berjumpa dah tak sebebas dulu..bebas bercerita itu dan ini tat kala anak2 perlu dilihat..perlu dilayan.. untuk mengumpulkan 5 hati yang dulunya sejiwa kini amat sukar... insyaallah dipanjang usia kita berlima pasti bersua dalam masa yang sama... insyaallah...
dedicated to: Eda, yati, hasni dan hasmah
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, October 21, 2009

XTVT During weekend

layan anak2 buat aktiviti wajib
sangat kesian kan.. pool buatan ibu...hehehe

tepi la abang..icha nak jugak bergambar...:P


ibu!! we really enjoy
hakim said... cheese la ibu...
anak2 suhu badan tak menentu.. tapi ibu dan abah teruskan aktiviti yang mild2 aja
bersua rasa kat stadium shah alam on sunday..

petang ke bangi ke rumah achah dan cik mar..sayang seribu kali sayang..
camera abis batri la pulokkkkkkkkkk arkkkkkk!!!




Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, October 20, 2009

Mari berCD

CD vs CD
ibu..icha nak CD...!! nak amik..

ibu..icha nak pakai CD

nah!! pakai!!
(edisi meneropong muka ibu)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, October 18, 2009

Cloth Diapers (CD)

Dulu org dok bercakap pasal CD aku buat dekk aja.. aku ingatkan CD cerita tu ha.. yang pasang kat CD player tu...rupa2nya Cloth Diapers..ekekeke..
ok..disebabkan ada kawan2 yang bertanyakan perihal CD ni..maka aku dengan rajinnya menceritakan pada korang apa yang aku tau sikit2 yer...
setakat ni aku baru jerk pakai 2 brand.. kat pasaran macam2 lagik brand, macam2 corak, macam2 warna,macam2 patern.. korang cuma perlu search jerk..lembutkan jari jemari carik kat cik google atau cik yahoo tu ha...

apa itu CD? ini lah yang dipanggil CD
kain macam microfiber gituk..

ini di panggil 'insert'

CD ni berlubang tau..apa function nyer? ha....
caranya... sebelum nak kasik anak pakai..masukkan insert ni dulu yer..

dah tu ..
ingatan!! korang kena lipat tau lebihan kain kat CD tu..
kalau tak ..nanti terkena baju..bocor tau...
so lipat biar kemas..
masukkan insert tu n tebar2 macam roti canai tu..
biar insert tu cantik terletak dalam CD tu..


siap


yang aku tunjuk tadik tu brand coolababy..patern nya macam ni..
so meh aku nak cerita brand lunatots pulak
perhatikan ..bukannya sama tapi penutup nya lain
lunatots lebih kemas
lunatots punya kain yang lebih tebal dan gebu
lunatots lebih fit pada getah celah kelangkang
lunatots punya bukaan lebih kecil..so tak kembang2
may be sebab ni lunatots agak mahal..huhuhu
(patut dapat royalti aku pomot2 brand lunatots ni..hahaha..
tapi siyesss aku ikhlas untuk kebaikan bersama)

patern yang aku beli ni jenis valcro (zip zap)
lebih mudah untuk pakai
lebih fit pada baby..macam pakai diapers ngam2 jerk..
leh lekat suka ati kan... tak macam yang jenis button..
susah skit nak adjust


yang jenis valcro ni ada satu part kat CD tu untuk dilekatkan bila nak basuh..
bagi menjaga bahagian yang nak lekatkan tu..
so tak de la lekat bulu2 kain ke apa kan..
CD lunatots yang siap dipasang insert

eh... kalau diapers biasa kan ada saiz..abis kalau pakai CD kena beli banyak2 ker?
kena beli macam2 saiz ker?
rugi la macam tu..
oh tidak kawan2.. perhatikan yer
meh akhak nak story mory sket
uols tgk yer..ada banyak button kan..
aper hal nya button banyak tu?

untuk jadikkan saiz S uals cuma perlu.. butangkan yang bawah sekali ..so kecik la cik CD tu ..hehehe mudah kan?

untuk Saiz M button ke 2

untuk saiz L buttonkan ke 3
dah selesai.. ni saiz arissa pakai L

kalau XL..tak payah pakai la button tu..so pendek kata.. dari S sampai ke XL cuma pakai CD yang sama.. jimat tak? pelaburan jangka panjang ni..esok dah ada anak lain..boleh pakai lagik...hehehe
ehh leceh la..pakai CD ni nak kena basuh bagai...
hello cik kak!! kalau banyak sangat alasan..
tak payah pakai ok..bersedialah untuk melaburkan duit ..
sapa yg susah? sendiri jugakkan?
bak kata nabil.."lu pikir la sendiri"
tapi
kalau uoals dah try dan tahu cara guna dengan betul... insyallah uols akan suka
macam aku..aku beli 1 dulu lepas tu..lagik dan lagik..try byk brand.. carik dan carik pasti ada harga yang ditawarkan yang best...
ohh ya.. lupa lak.. ini sedikit tips buat uols..
PREWASH (Pra basuhan):
Ini adalah basuhan pertama apabila baru membeli cd. Ala2 perasmian gitu..
Caranya adalah.. basuh dan jemur sebanyak 3 kali.
Sila basuh jemur.. basuh jemur..basuh jemur ya kawan2

DAILY WASH
Ya kawan2 aku menjadik sangat rajin sekarang, every day masa mandi aku akan basuh CD ni.. tak de susah pun.. tak payah berus bagai..jgn berus..nanti rosak ya kawan2..just tonyoh2 n kosok2 saja.. apa yang aku buat adalah…aku rendam sekejap dengan air sabun and then bilas..kalau bekas ‘popooo” just alirkan air yang kuat buang hasil buangan tu dan rendam macam biasa..dont worry..keluar punyalah warna tak best tu…

STRIP WASH
Strip wash dibuat apabila mendapati Cd mula leaking (ni disebabkan lapisan minyak dalam najis bayi.. lama2 berkumpul dan membentuk lapisan pada cd)
Basuh cd satu persatu menggunakan sabun basuh pinggan , contohnya sunlight.
letak sedikit sabun pada insert/cd dan tenyeh2 sket..:D
Bilas then masuk mesin kasi bilas.
Bilasan terakhir letakkan sedikit soda bikarbonat. Fungsinya adalah untuk mengembalikan keputihan Cd.
setelah buat strip wash... masalah leaking dapat di atasi.
Perhatian ya.. strip wash ni hanya dilakukan sekali sekala sahaja. Tak baik untuk kesihatan CD kalo dilakukan terlalu kerap.


pesanan ikhlas dari lubuk jantung aku..
coolababy- kalau beli 1CD 2 insret
lunatots-1CD 1 insert
insert banyak..sangat bagus sebab insert ni tebal..
so basuh lambat sikit nk kering berbanding CD so boleh tukar2 insert..
yang lagik best boleh basuh mesin..so campak ja dalam mesin... tapi aku... aku basuh n bilas pakai tangan..(sambil2 mandi jerk...eksesais gakkan...)
sebab sehari ada 3 insert saja yang arissa pakai kat rumah bby sitter.. buang karan ja basuh pakai mesin..basuh tangan lebih cepat..just spin saja pakai mesin..
lagik satu..jangan lupa kasik tutorial kat baby sitter supaya pemakaian lebih efektif..lepas pakai cuma masukkan dalam plastik.. tak susahkan bby sitter..betul tak? hehehe :)
ok..selamat berCD yer...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, October 14, 2009

yang ditunggu dah tiba!!!

Since last week dah bayar so today dapat la aku akan Cloth Diapers (CD) yang ku kira cun itu..
suka sangat dengan kaler pink itu...
kearah mencapai wawasan aku ...mengesavekan budget
tak payah aku buat amal jariah lagik kat tesco
untuk beli pampers banyak2 lagik kan..
hopefully berbaloi
actually dah 2 bulan try CD ni tapi sebelum ni jenama
lebih murah..now serendah RM28 satu... time aku beli dulu ada yang RM41 tau..
pejam mata jerk la.. for long time it's worth it.
jenama lunatots ni agak mahal..pada aku la..
aku beli ni valcro (jenis zipzap) RM51..
kalau beli 5 dapat la RM47 each.
nanti aku update dier nyer performance cam na..
brand coolababy sometime bocor jugak..
ala..sama la jugak macam pampers kan..
so balik nanti kena la prewash 3 kali sebelum bagi pakai pada arissa..
stok setakat ini: 6 CD with 10 insert

Hakim dah free drypers now. cuma pakai malam saja.. Target December totally free drypers..sungguh lambat kan? anak org lain 2 tahun dah free drypers..huhuhu..aku yg bersalah...
kalau korang nak tau detail..klik dekat perkataan coolababy dan lunatots di atas..aku dah siap2 link kan web yang aku maksudkan..:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, October 11, 2009

Desa water park..

Sabtu malam abah dah sound hakim yang esok nk g mandi manda...
hakim sangat la happy
tapi...
pagi ahad.. hujan mula turun renyai2..hakim mula malas nk bangun n mandi...
asyik layan cartoon ja..
akhirnya kena tinggal oleh abah...
disebabkan frust tersangat..sebab gadget smua dah kluar kan....
si ibu bagi idea bernas suruh hakim mandi di rumah saja...
sedih dan hiba la hati si abah bila ibu MMS gambar ni kat si abah

maka si ibu pun....... bersiap dan bawa anak2 memfollow si abah..
kemana?
DESA WATER PARK
Rombongan sekolah
4 biji bas sekolah
dan yang paling best we all anak beranak masuk FREE..ala-ala cikgu pengiring gitu..sebab memang dorang kasik free 14 tiket... so apa lagik..horra horrey la akhak kan...
si hakim sangat la happy.. tak sabar2 nak terjun dalam itu pool.....
so layan pic jerk la... 3 orang hantu air



sejuknyerrrrrrrrr
after 5 min...kembali menjerit memanggil abah...nak mandi lagik...





aktiviti kami 3 beranak berakhir pukul 2pm..budak2 sekolah tu..pukul 5 kot...
hakim menangis tak ingat dunia... tak nak berhenti mandi.. tapik ibu dan adik sudah penat lorrr
so next time kita datang lagik ya sayang...inysaallah...
disebabkan umah acu dekat so jom isi perut umah acu dulu..biar abah ja layan anak2 buah dia..
akhirnya.....anak-anakku
terbongkang keletihan kat umah acu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails