Saturday, December 31, 2011

Last minute plan..Bukit Tinggi

upss bukan bukit tinggi klang tau...
kalau itu tak perlu berplan bagai..terjah je
ni bukit tinggi, PAHANG la kunon.. tapi dekat je ngan Gombak tu ha
dekat2 pon 2 jam jugak perjalanan dari Klang. pheww
hari isnin lepas 26.12.2011.. dalam pukul 2 dok pikir mana lagik nak berjalan hari ni. dasar kaki jalan kan...
antara yang masuk dalam list desa water park. memandangkan time tu dah pukul 2 lebih.. dan desa water park pulak tutup pukul 5. terasa rugi la pulak. baik p awal2 baru puas berendam..hehehe

so dengan tak semena2 idea datang. jom p BUKIT TINGGI. feeling dekat la konon..
pukul 2.45ptg bertolak dari rumah, dan sampai kat Colmar pukul 4.30 pm. 

Entrance Fee RM 12 per person

tak banyak aktiviti pon sebenarnya kat atas tu.. show pon dah tak ada sebab show ni ikut time.
kali terakhir p kira-kira 4 tahun lepas. hakim kecik lagi masa tu..
sayang sekali tak bawak DSLR.. huhuhu so mood nak bergambar kureng.. rugi2 sebab view adalah sangat cantik..huhuhu

  arissa tengah merengek nak naik kereta kuda..
  atas permintaan si hakim..nak bergambar dengan pokok kismis katanya..hahahah
 sepatutnya gambar berempat..huhuhu
 hakim baru selesai mengepaw angah.
lepas baru sahaja selesai mengepaw ibu buat sand art..
gilak mahal 3 kali ganda dari harga biasa.
lupa plak nak snap gambar dia tengah ber sand art..
  kak syah n hakim
 berdating ya kamu!!!

lepas dah jalan2 kejap, terus ke Japanese Village. tak tau pulak tutup pukul 6 ptg. kami sampai kat sana pukul 5.55pm. so sempat naik sekejap sahaja..penat wehhh nak mendaki bukit..
tak ambik gambar la pulak..huhuhu.. dah tak cun macam dulu2. ikan pon dah tak ada. air sungai pon nan ado. so sila jangan percaya lagi dengan gambar2 indah sebegini



kata hati- gigih betul mengupdate blog sehari dua ni... ala2 homework yang perlu disiapkan sebelum penutup 2011:)


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, December 30, 2011

Muzium Negara..phewww

ahad lepas 25.12.2011
dah seminggu kak syah temankan hakim, semalam angah pulak datang..so dok pikir mana la nak bawak mereka2 ni..huhuhu
tak de idea nak kemana so layan aktiviti berilmiah la sket.. jom p muzium negara jom!!!
time kami p tu ada pameran khas kapal karam kat Galeri 2. RM 3 per person.

lepas tu ada jugak

saya tak masuk pon dalam galeri upin ipin..huhuhu..

aktiviti melawat muzium ni agak boring
memang aktiviti ilmiah cepat je acik ckin ni boring..tu pasal tak terer2 bab2 sejarah ni!!

yang acik cikin tau tangkap gambar dorang2 ni.
si hakim pulak berlari kesana kesini tanpa sempat kami2 ni nak menghayati hasil seni muzium..
apa la budak kecik tu tau kan..
yang dia tau..dia takut bila tengok banyak rangka2 manusia kat situ..hehehehe

 tak sangka ramai jugak orang..sampai nak parking pon kena parking tepi jalan.
arissa yang tengah mengada memerap angah. memerap tu bukan macam perap ayam tu ya.. merap tu bahasa orang kedah utk perkataan manja terlebey2+ mengada.

 hakim my lovely boy...
 arissa my sweetheart
 people that i really LOVE

kak ija ajak ke cameron..huhuhu x sanggup den.. so jalan2 kawasan terdekat ja la..:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Penang with love- Bukit Bendera

melepak sampai ke tengahari kat homestay. dah pukul 12 lebih baru keluar dari homestay menuju ke bukit bendera. dah lama tak pergi. sejak berkahwin belum pernah pergi dengan erti kata lain anak2 belum pernah merasa. so saja la nak bagi mereka merasa naik train kat bukit bendera.
sejak april 2011 dah ada keretapi baru. pada saya sama macam LRT saja.dah tak ada keretapi berwarna merah putih yang pernah saya naiki suatu ketika dulu.. harga pon dah harga baru..phewww

Harga Tiket ( WARGANEGARA)

SILA BAWA MY KAD UNTUK DAPAT RM8.00 bagi dewasa...
Jika tiada MYKAD...bayaran RM30 akan dikenakan...
RM8.00 - DEWASA
RM4.00 - KANAK-KANAK, WARGA EMAS & PELAJAR
PERCUMA - OKU


Harga tiket ( BUKAN WARGANEGARA)
RM30.00 -DEWASA
RM15.00 -KANAK-KANAK


HARGA PAKEJ KELUARGA ( WARGANEGARA)
RM18.00 - 2 ORANG DEWASA+ 2 ORANG KANAK-KANAK


HARGA PAKEJ KELUARGA ( BUKAN WARGANEGARA)
RM70.00 - 2 ORANG DEWASA + 2 ORANG KANAK-KANAK

suasana dikaunter tiket di hari ahad pada jam 2 petang..pheww!!


 ladies..

pengalaman naik keatas kali ni berbeza. tak perlu tukar train dipertengan jalan macam dulu lagi. dan jangkamasa naik dalam 15 minit dan turun 10 minit..laju uolsss kecot perot acik cikin. dah la masa naik duduk digerabak paling hujung erti kata lain boleh nampak dengan jelas landasan yang mencanak naiknya...gayat ooo jakun jap

si kecil sungguh seronok..hehehe..

dah sampai kat atas boleh la tengok pemandangan yang indah..kalau cuaca baik. sampai keseberang tanah besar pon nampak. masukkan 2 keping syiling 50 sen utk 3 minit..huhuhu tak puassss
 ohh penang dah tercemar.. nampak  kelabu asap
 dipuncak bukit terdapat masjid, tokong dan juga taman permainan.. tak de apa sangat pon.. tak sampai 1/2 jam pon pusing dah bosan...:(
Pukul 3 sudah mau turun tapi adoiii tak sanggup nak hadapi kaunter yang siap nak cek tiket turun bawah. dah sah2 la naik beli tiket. takkan nak turun tiket tak de. syko betul. melambatkan keadaan lagik. cuma 1 lorong dibuka. 50 minit berbaris nak turun saja. ikutkan hati nak terjun ja dari bukit bendera tu..hahahhah sengal ke apa kan nak terjun.dah lama hidup la gamaknya tu..hahahaha
dengan perut yang minta diisi walau dah pukul 4 masih belum lunch..hadoiiii sia2 ja berangan nak carik makanan2 sedap sekitar penang.

sungguh kasihan kat anak2 kecik yang menangis kerana berasak2. dicadangkan buka la kaunter khas untuk kanak2 yang tak berdaya tu..sungguh tak sanggup nak dengar dorang menangis..huhu nasib baik anak2 saya behave walaupun agak lama beratur. mungkin excited nak naik train lagi sekali agaknya.

malam tu lepas magrib kami terus balik ke klang..phewww..esoknya datang kerja dengan muka lebam..hehehe

memori indah- dulu masa kecik2 baya2 anak2 saya sekarang, abah suka bawak kami berjalan2 sekitar penang. time tu naik bukit berdera masih berkabus2 sampai menggeletar sejuknya. sekarang tidak lagi..:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Penang with love

kami p pada 17/12/2011 (hari bday arissa)
dari kampung bertolak singgah la penang dulu.. sanggup layan feri even jam.. hehee bagi pengalaman baru untuk arissa merasa :) anak2 sungguh excited!!
Feri RM7.50 per car

kali ni bermalam dekat homestay yang dah my SIL sewa.. thanks kak ija..:)

malam tu layan apa lagik kalau bulan 12 ni.. yang menarik dah tentu2 la
PESTA PULAU PINANG.BERMULA 1/12/2011 - 31/12/2011 (6 PTG-12 MLM TAPI KALAU WEEKEND TUTUP LAMBAT SKET)
ENTRANCE FEE- DEWASA RM3, KANAK2 RM1


tempat yang betul2 mengganggu emosi saya, sebab nak kena handle hakim yang terlalu teruja nak naik semua mainan yang ada kat situ. syko betul. pada perkiraan saya sangat la mahal. bayangkan satu token rm2. dan kebanyakan mainan kat situ minimum 2 token untuk SEORANG. kalau naik EURO WHEEL ni sorang 3 token. ahh gilersss itu baru sorang. kami ni berenam.. baik saya bawak anak2 naik genting lagik berbaloi kot!!

dah nama pon seorang ibu. mana mungkin sampai hati nak biarkan hajat anak2 tak tertunai kan. saya buat perjanjian diplomatik. hanya pilih satu mainan saja. dan dia memilih kereta ini.. 3 kali pusingan dah lebur RM8. terasa membazir sungguh.. tapi tak mengapa la saya pejamkan mata. mana puas setakat 3 pusingan kan..si hakim mula merayu nak main lagik...sebelum saya naik darah baik angkat kaki dari tempat2 yang dipenuhi warga asing itu..adehhh.. verry the international youuuuuu...hahahha

saya pujuk dia dengan belikan dia kereta + landasan. cost me rm10. ha..nampak jugak bendanya... dah dapat mainan terus ajak balik..haiii la anak..tak sabar nak main la tu...
Dalam perjalanan nak keluar ushar2 la kedai2 yang ada.macam2 ada jual dan pada pendapat saya. harga boleh diterima pakai. agak murah dan masih boleh tawar menawar..rambang mata. dan akhirnya satu habuk pon tak beli.akibat pening banyak sangat pilihan..hahahh alasan orang kureng RM
sedang dia sangat excited nak balik..berlari macam tak cukup tanah meninggalkan kami 50 meter ke depan. tiba2 gedebuk!!!!! jatuh tersungkur la pulak budak hakim ni.. lepas tu..ibu dia pulak yang lari tak cukup tanah nak dapatkan hakim..huhuhu..
gila2 punya nangis. bila ditunjukkan siku yang berdarah lagik la menangis tak mau2..hadoiiii..sampai ke homestay dia menangis..wakikiki.. yang jahatnya kami2 dok gelakkan dia..hahahaha mana taknya. walau menangis jatuh tergolek. mainan tak nak lepaskan.
sampai ja kat rumah semua sakit hilang. terus buka mainan.. dia main sampai pukui 2 pg..adoiiiiii ..esok paginya bangun2 ja terus mengadap mainan tersebut..phewww

esoknya jalan2 penang lagik.. 1 tempat ja habis 1 hari..huh!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, December 29, 2011

balik kampung n jalan2 sekitar perlis part 3

destinasi seterusnya...
TAMAN ULAR & REPTILIA NEGERI PERLIS.
kalau dari beseri tu.. jalan yang sama..terus je sampai la jumpa simpang 4 nak ke sungai batu pahat. signboard tak banyak.. tapi tak de nak sesat punya..perlis ni comel ja negerinya.. jalan tak bersimpang siur macam federal hway yang susah nak u turn bila silap jalan..cehh apa aku melalut ni..:P
ok sambung.. tak jauh dari pekan kangar hoccay.. so kalau boring tak tau p mana..bleh la layan taman ular ni..huhuhu..

entrance fee (kalau tak silap coz ingat2 lupa dah)
Dewasa- RM4
Kanak2- RM3
kamera- RM1

  dah lama jugak tak datang sini.kecik2 dulu ada la p.. benda2 macam ni kanak2 ja over excited..hehehehe
serius.. bila masuk tengok ular2 ni.. bulu roma saya dah meremang. serius geli dengan semua jenis reptilia.. tambah tengok ada anak2 tikus dan ayam yang masih hidup di baham hidup2 dek ular ni..sangat2 kesian tau kat haiwan comel tu..huwaaaa.. tak sanggup nak tengok!!!!
 lepas dah pusing tengok ular kat indoor, kami ke luar..kat luar ada ular2 dalam sangkar besar, ada beberapa spesis monyet/beruk/unka dan seangkatan dengannya.
 ada jugak comodo yang giloss besor serammmm
 ada buaya yang jadik patung.. tak bergerak2 langsung... boleh dia maintain  nganga mulut macam tu berjam2.. tak lenguh ker???
 oo ada jugak burung unta.. budak2 ni nak bergambar tapi takut..hehehehe..
 me???? membosan layan semua haiwan2 tersebut.. tak pa janji kanak2 rebina tu happy..
 cik abang sorang ni nak jadik penjaga tugu..heheh ampunn bang:P
dia dok pujuk nak ajak acik cikin p kat tempat yang tertera kat baju dia tu.. tapi acik cikin malas nak layan.. lain kali ja la abang ekkk..even dekat saja dari rumah MIL. naik teksi pon cuma RM75.. x cukup berani nak ke seberang sana sebab belum pandai speaking... kena bawak anak buah atau kakak ipar yang hari2 cakap siam la kalau macam tu..x de la kena pawwww

sekian dulu acara jalan2 sekitar perlis.. keluar rumah pukul 10.30 pagi dan pulang semula ke rumah jam 3.30 petang.. comel sangat perlis ni.. kejap ja dah habis pusing..hehehehehe..
ada tempat menarik yang lain lagi ke yang boleh dilawati kat perlis ni??? dasar kaki jalan!
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

balik kampung n jalan2 sekitar perlis part 2

14 December 2011 ( Rabu)
dari memboring kat rumah, so kami decide bawak anak2 dan anak2 buah berjimba ke perlis...

dari changlun terus ke padang besar.. ikut h'way tanpa tol sangatlah bestttt..banyak boleh save duduk kampung.. huhuhuhu
lepas ke padang besar tukar baju arissa. nasib baik tak datang awal sebabnya kalau weekdays kedai2 banyak buka dalam pukul 11 lebih..huh.. teruskan perjalanan ke Gua Kelam. tak jauh mana dengan padang besar. 1 jalan sahaja. dalam 17km kot. Dalam perjalanan ternampak la ladang burung unta ni..so singgah kejap, tak turun pon dari kereta..malassss. sebab tak de orang pon kat situ..hehehehe

jeng3.. excited la konon nak masuk gua kelam. lepas hampir 15 tahun tak menjejakkan kaki ke sini. kalau tak silap dulu masa usia 14 atau 15 tahun berkhemah 3-4 hari kat sini..syok ooo..huhuh miss that time.!!
dari padang besar menghala ke kangar akan lalu satu tempat bernama kaki bukit. disitu la terletaknya gua kelam..baru ku tahu..jalan yang sama kalau nak ke wang kelian. anda tau wang kelian? glamer sebelah utara.tempat soping barang2 siam.
 tapi sayang..impianku hampa. baru nak jadi tourist guide kat cik abang yang belum penah sampai ke sini..tup2 gua kelam DITUTUP.. sebab jambatan rosak teruk akibat banjir besar tempohari... sob3.. ingatkan dah siap...rupanya belum lagik... so kami2 keciwa.. tak dapat masuk.. bertambah keciwa kanak2 rebina ni la.. dapat tengok air tapi tak dapat mandi.. heheh tak prepare pon untuk mandi..:(
  kesian hakim... memandang jer orang mandi..:( 2-3 hari sebelum tu dah bawak dia mandi air terjun  puncak janing dekat rumah. balik terus demam sebab air bukit ni sejuknya lain macam.
  bergambar ja la kanak2 ribena oiii
 lepas tu perjalanan diteruskan.. sambil2 jamu mata terpandang la keindahan ciptaan tuhan.. tasik timah tasoh.... serius cantikkk sangat. tiba2 mata terpandang satu resort. dah tak ingat apa namanya. disebelah kanan jalan. kami pon masuk la ke resort tu dengan berani2 takut.. jangan la pulak kena halau..rupanya ada 2-3 famili lagi yang berkelah kat situ..ada pondok2 kecik tepi tasik..dan kebetulan ada pertandingan perahu layar..ada lebih dari 20 kot..sayup2 ja mata memandang..
yang ini yang dah sampai dulu.. pehh mesti berkilat punya la kulit panas2 lepak tepi tasik..
 layan blues sambil lepak2..boleh buat diri tertidur ooo angin kuat time tu.. tapi disebabkan perut dah berkeroncong time tu so harus la cari makanan..
 sekejap ja lepak kat resort tu lepas tu kami teruskan perjalanan nak cari habuan perut pulak. susah jugak nak cari kedai makan. tak macam kat kl ni ha. bersepah. almaklum orang kampung tak makan kat kedai sangat. dorang rajin masak kat rumah.
dah sampai beseri ternampak la restoran tok mek ni. ada hotel sekali. makanan boleh la di layan.. rate 6/10.. huhu dari tak ada kan..:P
bersambung.....
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails