bercerita perihal anak bertuah aku ni memang kadang2 boleh buat aku memiliki seribu satu perasaan. kadang2 kenakalannya membuatkan darah aku naik ke 101 darjah Celcius.. memang betul2 menguji kesabaran la.. sekali sekala melayang jugak tangan ni kat tubuh kecik tu. teruk aku ni kan? tapi kalau dah geram tu..lupa seketika... jadik kalau aku sedang geram tahap gaban aku sedaya upaya melepaskan kegeraman dekat objek2 lain..konon nk bagi si kecik ni takut..tapi dia ni mmg tak makan saman.
Hakim ni bila dikaji dan diteliti memang cerdik budaknya. cepat belajar tapi bab2 nakal ni tak usah cerita la..memang tak duduk diam walau sesaat melainkan tidur mmm.. mcam mana kenakalan dia? biasa la budak2 sebaya dia ni..panjat sana panjat sini, kalau kita larang lagik2 la dia buat.. so sikologinya jgn larang, buat dek je... nanti pandai plak dia datang memujuk kita..cakap ayang...tahu plak kita marah dia. dia tak tahu erti serik even dah jatuh dari meja berkali2.. tangga pun penah jatuh tapi setakat 2 anak tangga ja la..
Hobi dia ialah melipat karpet, gulungkan diri dalam karpet (sambil buat2 dia dah hilang dari alam maya ini) dan titikkan susu penuh carpet. lastly aku tak tahan aku buang carpet dan gantikan dengan tikar buluh..sama jugak perangainya..di lipat2nya, dan di langgar2 plak dengan basikal dia..habis dah patah buluh2 tu..penat betul nk melarang. Tapi yang bestnya kalau bawak dia p rumah orang pandai plak dia jaga perangai dia. seolah2 macam anak mithali gitu..duduk baik jer.. tapi untuk sejam jer la... usha line dulu..lepas tu..ha!!! sendiri mau ingat la.
Sejak2 dah pandai tengok Tv ni. kadang bergaduh jugak dengan dia, berebut siaran TV. mana tahan asyik tengok Astro ceria ja.. sampai aku dah bleh menghafal dah setiap siri tom-tom bak tu.yang paling dia suka tom-tom bak, geng bas sekolah, putera shazlan, kampung boy dan just for laught GAGs. tengok macam paham benar la... dia kurang suka sangat katun2 ni..macam la dia tu dah besar..kelakarkan?
Semalam Hakim sepahkan satu rumah dengan mainan2 dia yang dalam box besar tu.. aku tengok pun dah penat. kubiarkan saja... sebelum nak cuci badan nak tidur aku cakap " Hakim.. lepas main kena simpan balik semua toys dalam box tau..baru esok bleh main lagi...Hakim good boy kan..." dia cakap " aaaaa".. and than aku tengok dia kutip satu persatu mainan dia dan masukkan dalam box dan dengan susah payahnya dia tolak box yang besar 4 kali ganda badan dia tu ke tempat asal. wah bagus betul anak aku ni.. terharu aku... so sebagai upah... aku bagi la dia minum air orange kesukaan dia. nampak gaya dah bleh educate dia sket2..kalau tak.. lepas main aku atau abah dia la tukang kutip. sakit jiwa betul.
0 comments:
Post a Comment