Friday, February 5, 2010

Malam tadi.........

Sejak petang aku dah mula terasa virus M melanda dengan dahsyatnya... so balik ke rumah aku on je TV layan cerita Na O Mei.. layan punya layan even mulanya hakim buat nyanyian rock.. (sebab aku tak layan dia nak tengok cartoon...ibu mu kejam kan...hahhaa) aku duat dek saja...sambil syko..."hakim nangis la banyak2..nanti kan suara tak dak...ha macam mana nak cakap...uhh ibu tak leh tolong" akakak .. tetiba dia diam.. yessss!!!! aku berjaya... so aku pun sambung la layan Na O Mei

cik abang balik skul ja...cepat2 aku mandi n solat pastu..zassssssssssss kluar makan luar..akakaka edisi mengepaw bermula... makan kat tempat biasa "ULEK MAYANG SEK 7 la... cepat n sedap..n banyak...suka2.. tapi ramai org la plak.. si adik dah siap....zzzzzz aman aku nak makan..huyeeeee!!!!

si hakim aku umpan dengan..pen n kertas... kusyuk2 kalau tak tak duduk diam budak ni... abis ngan smua org nak berkenalan...
HA!!! in i yang aku nk story sebenarnya..
after makan cik abang bawak ke... IT city.. sek 7..dekat ja..dah selalu lalu lalang..tapi tak pernah datang... Jalan masuk is just near PHARMANIAGA ..macam sunyi jerk...sekali mata aku terpaku akan lampu2 yang sungguh la MENGUJAKAN (wei jakun gila aku ni) si adik yang lalok2 ngantuk pun teruja..tergedik2 bila turun ja dari kereta tengok taman yang dipenuhi lampu2 berwarna warni pelbagai bentuk.... aku pun macam biasa...keluarkan la gadget dah siap sedia nak snap sana sini.. tapi sayang..en HAKIM buat hal..nak jugak tangkap gambar.. bila tak kasik kamera...dia pun mengeluarkan sound efffect yang boleh jiwa aku tertekan..uwaaaaa
yang tak tahan..tangkap gambar awek2 UITM tu..siap berkenalan lagik..so ibu nyampah.. balikkkk arrr next time datang lain..dekat je kan..tak puassssssssss arrr
so layan ja la pic ni...

sangat cantik kan...
hakim..dah start buat perangai

close up ..lampu cun..

buat muke


adik yang baru bangun tdo... mamai2 lagik
kami bertiga... (abaikan aku yang sememeh... pinjam baju cik abang jer...ingatkan tak de sessi bergambar malam ni...rupanya terpaksa bergambar dengan tak cun nyer..huhuhu)

nota: ini salah satu sebab sayakan CINTAKAN Shah Alam...macam2 ada...yey!!
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, February 2, 2010

Saya punya impian..

wah tajuk aku.. sangat lah poyokan.. macam la aku sorang yang punya impian.. hahaha.. saja la nak buat entry pasal impian aku yang satu ini yang belum termakbul. aku rasa dah agak lambat sedangkan orang lain dah lama pun merialisasikan impian mereka berkenaan yang satu ini. aku ni jenis manusia yang get set...get set.. ada yang go ada yang 'mati' disitu sahaja. ada yang baik ada yang buruk. yang baiknya saat aku tersangat la teruja nak beli gadget macam game yang agak mahal untuk hakim last2 tak jadik..hahaha.. tapi impian yang satu ini harus dan wajib aku rialisasikan secepat mungkin.. peruntukan dah ada..hajat dan niat dah lama tertanam..

uhh apa yang aku membebel ni kan..heheh since aku agak ceria hari ni mengenangkan 'kerja' macam ala2 settle (bleh gituk?).. aku tak nak ucapkan kata2 -ve.. asyik tak hepi ja.. kata blog hari2 terindah kan... so must be yang indah2 jerk yang perlu dicoretkan..akakaka..

again back to the title..

aku...kan... dah lama search set buku ni... mula teruja masa last 2 year masa hakim baru satu tahun. my opismate used this book kira2 12 tahun lepas, masa tu tak silap anak dia baru umur around 3 years old. this book really helpful for her and efektif.. cara dia ajar anak dia membaca. Start from that, aku pun dah mula cari info and berhajat nak pakai same method. penggunaan kaedah Fonetic. testimoni juga banyak sebab produk ni dah lama dipasaran dan diguna pakai.

Umur hakim hari ini sudah pun 3 tahun 5 bulan, masa yang aku rasa sedang elok untuk aku aplikasi kan method2 macam ni. pernah aku suarakan pada cik abang, tapi macam kurang bersetuju dengan idea bernas si isteri tercinta ni.. ahh dont mind.. I just find something good for my child. katanya biarkan anak bermain sepuasnya..(tak setuju hokkay.. tapi aku diamkan saja). kalau ikutkan tahun.. hakim dah 4 tahun sudah boleh dihantar ke tadika.. again my other side tak setuju.. so never mind.. i follow... but i have to try another method supaya masa anak2 aku tak terbuang.. sejam sehari pun dah ok untuk dia learn something. sangat jeles hokkay bila melihat anak2 lain sebaya hakim sudah tahu itu dan ini... aku juga punya impian begitu..huhuhu akan berusaha walaupun masa agak terhad, akan ku cuba... doakan aku ye kawan2..


ok berbalik kepada mehod yang aku katakan tadi.. ini setnya.. kawan2 mesti pernah tengok or guna kan? kalau ada meh la share info with me.. tengah conpius mana satu yang patut saya start. ada yang murah ada yang mahal.. set ini kalau buku2 saja around RM36++ jerk.. kalau pakej bistari ni RM75 one set.. murah je kan. apa la sangat RM ni kalau ni bandingkan ilmu yang anak perolehi..betul tak? penulis buku ini tidak asing lagik...Nik Elani Nik Nawi dan Othman Ahmad. Apa yang ada dalam ni? sila lihat dibawah

Kandungan Pakej:
Set Bacalah Anakku,
Fonetik Ekspress 1 & 2,
Lagu Abu Ada Ayam,
Permainan Kreatif
Poster Lagu Abu Ada AyamTahun: April 2009
Mengenai Produk
Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca beserta buku latihan, permainan dan alat bantu belajar

Set ini ada jugak dalam english version mean cara nak ajar anak membaca in english. sebutan phonic in english. Pakej bistari ni namanya read easy.

ni antara yang ada dalam set ni. kalau dalam bm version ada CD Abu Ada Ayam, tapi dalam english set ni ada cory cat. Harga one set RM95 (Kandungan Pakej: Set ReadEasy, ReadEasy Activity Book 1 & 2, Cory Cat Song, ReadEasy Intermediate Level dan Poster ReadEasy Phonics Song)

these 2 set boleh dapat dikedai2 buku atau kad www.readnetwork.com

one more........

pernah tengok ni? sudah pasti dah ramai yang guna atau sekurang-kurangnya jeling2 manja kat shopping complex terutamanya area mana tesco...kan kan kan..aku kan.. dah lama tengok tapi still buat dekkk jerk.. ni mesti la ribu riban kan.. boleh bayar bulan2 kalau mahu..boleh mintak macam2 kalau pandai cakap.. heheh.. aku berminat tapi as usual..cik abang aku tu yang cikgu tukan... cam tak nak.. uhh belum sit down dah cakap cam tu...huhuhuhu.. so keep this dulu.. dah tergedik2 p sit down kat SA tu alih2 my buddy yang TERbeli..hehehe.. bleh copy tak? (kah3.ayat...........)

so sudilah kiranya kawan2 ku yang budiman kalau ada info bantulah aku yang tengah pening untuk memilih ni...mana yang harus dan wajib start dulu.. maybe boleh membantu untuk aku membuat keputusan..
apapun ..secanggih mana application dan buku yang kita beli ..kalau tak pakai.. tanpa penglibatan ibu bapa.. tak jalan jugak kan... so aku harap aku RAJIN untuk ajar anak2 aku sikit2..selagi termampu... insyaallah...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, February 1, 2010

what i'm feel now.............

feel tired? yesss
feel bored? yess
want a go holiday? yessssssssssssssss
when? donno!!
cannot go lorrr huhuhuh...
tunggu coti raya cina lah..huhu
berasak-asak dengan org bercoti..
malas balik kg because planning to going back on skul holiday..yey!!!
harap impian coti seminggu diluluskan..wakakaka
searching for pleasure place.. mana ya...
uwaaaaaaaaa..gaji lum dapat.... again... uwaaaaaaaa
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, January 29, 2010

patut ker?

sangat lemah hari ni..
hari2 terakhir bulan januari ni patutnya
aku dah BERgaji
tapi bulan ni lambat la pulak gaji aku ...
yang ada yang tersisa hanya cukup untuk aku sorang je
(cik abang punya gaji.. buat2 x nampak ok)
aku jenis tak suka mengharapkan pada orang lain
sentiasa back up takut something happent
di waktu2 macamni pulak
ada yang nk pinjam duit..
walaupun tak banyak.. cuma RM100
tapi aku mmg tak de in cash
takkan nak keluarkan saving hanya untuk kasik orang pinjam
bukan pertama kali..
dah berkali2
hutang lama pun tak berbayar..
hutang baru nak tambah lagik
dek kerana mengenangkan dia adalah sepupu aku
maka aku macam tak sampai hati nak bersifat "zalim"
tapi sampai bila?
kenapa asyik nak meminjam jer?
aku dulu2 masa masih single gaji cipot pun
tak de perangai pinjam meminjam ni..
tahu hidop berdikari..
kalau dah gaji 500 buat la cara 500
kenapa mesti ada defisit...
dulu kata gaji 700.. tak cukup2
now dah gaji 1000++ pun tak cukup2
wal hal masih single tak de anak bini nak kene suap..
makan pun selalu majikan bagi
uhh panjang betul membebel..
dia kata nak sebelum hari ni..
memang niat dihati nak tolong..nak bagi pinjam
tapi acik cikin ni pun belum gaji..
abis cam no...
weekend2 sanggup dok umah saja...
tak pun ke tempat yang tak perlukan duit banyak
nak bershopping pun sanggup 'tahan'
cam ne ni yer..?
aduss... mengganggu emosi betol la!!!
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, January 28, 2010

Karnival Karangkraf -29.01.2010 until 1 februari 2010

kawan2.. weekend ni kalau tak de apa nak buat..
yang duduk sekitar shah alam atau sekitar selangor n KL bleh la kita ramai2 p sini..
best tau.. macam2 aktiviti ada,
boleh jugak jumpa artis macam eric leong in person.. jom..
buku2 pun murah tau.. walla bestnyerrr dari rumah tak sampai pun 10 min..:)
start 9 am until 7 pm tau... jom!!!
nak tau detail klik Karangkraf

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Hytex Warehouse sale 16.01 -7.02 2010

dah lama tak mencarik pasal.... so kalau ada kelapangan on weekend jom arr ke sini
16 January to 7 February 2010
Hytex Warehouse Sale
From RM1


Every Weekend
All Branded Apparels

Branded Apparels
Issue
American Athelete
Tenderly
Disney
Winnie The Pooh
Looney Tunes
Looney Tunes Babies

Time : 10am to 6pm

Location (Tel 603 6273 2323)
Hytex Garments (M) Sdn Bhd
Lot 25 Jalan E1/5
Kawasan Perindustrin Taman Ehsan
Kepong
52100 Kuala Lumpur
Malaysia
for more info klick sini
for map klick sini
nota: jalan dier pusing2 sket.. dah penah p beberapa kali..not bad tapi tempat cam x cun sket almaklum kilang.. :P
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, January 27, 2010

air tangan...

emmm no idea nak update apa but still want to update..bleh gitu? tentu saja boleh kan... hehehe

kali ni aku nak update perihal makanan.. tapi bukan untuk kiter2.. untuk tatapan di dikala cik Arissa .. kalau dia besar nanti dah boleh baca... bleh dia tengok entry ibu dia ni...hehehe

setiap pagik tau ibu masak untuk arissa, seingat ibu.. sejak arissa berusia 5 bulan setengah... ibu cuma sekali dua sahaja ibu tak sempat masak itupun sebab kes baru sampai dari kampung..sbb tak de bahan n tak sempat nak masak.. even simple ibu akan cuba sedaya upaya masak.. sebab ibu percaya.. air tangan ibu dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu anak dan suami jugak..hehehe.. sejak arissa dah start makan solid food, baru sekali ibu introduce arissa makan nestum... tapi arissa macam tak hepi ja makan..so ibu stop. better masak bubur or now nasik lagik arissa suka makan.

sejak arissa 8 bulan ibu dah tambah satu lagik menu untuk arissa,satu untuk pagi dan satu untuk tengahari. kadang kalau ibu rajin ibu akan buat dua flavor.. tapi kalau malas satu je la... kadang2 mati gak idea apa yang patut ibu masak untuk buah hati ibu ni..
ibu selalu buat menu simple ja tapi arissa suka.. ibu campakkan aja sup arissa dengan ubi kentang, carrot, daun sup n kalau ada crab stick ke ayam ke.. ibu buat selang seli supaya arissa tak bosan. setiap kali ke tesco kepala berlegar2 pikir apa yang best nak masak kat arissa ni... kadang2 abah pun cakap.. amboi.. arissa makan ikan salmon today..hehehe abah tak makan pun..hikhikhik....ibu izat cakap arissa tak memilih makan..alhamdulillah... berbaloi rasanya ibu masak pagi2.

ada yang berkata leceh nak kena bangun pagi masak untuk anak2. tapi ibu rasa tak punnnnn.. sebab selalunya ibu akan start masak pukul 7.30am.. pukul 8 am settle la..siap pack dah pun.. lepas tu baru ibu sibok2 siapkan diri, iron baju, sediakan cloth diapers arissa...pukul 8.30am baru kluar rumah hantar arissa ke rumah ibu izat. sangat best duduk dekat dengan opis ni.. tak de la terkejar2 nak meredah traffik jam..huhuhu 15-20 min dah boleh sampai ke opis... suka2

Alhamdullillah sebab abah kerja tengahari jadi dia banyak membantu, arissa dan abang hakim pun baik budaknya.. pagi2 dapat susu sebotol boleh saja mengadap playhouse disney... mudah kerja ibu. ibu pun terpikir sampai bila ya nak masak kat arissa? ibu izat memang masak setiap hari.. sebab tu untuk abang hakim ibu tak de masak.. bukan malas yer.. arissa special treatment sket sebab dia masih makan nasik lembek...even dah setahun sebulan tapi giginya baru dua..heheh chomel!! cam rabbit.. tapi rabbit ni gigi 2 tu kat bawah..hehehe... manybe ibu akan terus masak sampai arissa menginjak ke umur setahun setengah..sama macam abang hakim dulu.. adil kan....
ini menu beberapa bulan sudah... bubur campak2 namanya..( ada kentang+ carrot+daun sup+ ayam cencang+ halia sket) .. yummy

ini menu beberapa hari sudah nasik kosong + sup (carrot+ kentang+crab stick+daun sup)

nota : nak cari menu best2 sket la kat arissa even tau budak arissa ni hari2 sup pun dier sukerrr...huhuh ibunya pulak macam borink asyik masak sup jerk... huhuhu


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails