Thursday, July 17, 2008

Hakim oh Hakim


bercerita perihal anak bertuah aku ni memang kadang2 boleh buat aku memiliki seribu satu perasaan. kadang2 kenakalannya membuatkan darah aku naik ke 101 darjah Celcius.. memang betul2 menguji kesabaran la.. sekali sekala melayang jugak tangan ni kat tubuh kecik tu. teruk aku ni kan? tapi kalau dah geram tu..lupa seketika... jadik kalau aku sedang geram tahap gaban aku sedaya upaya melepaskan kegeraman dekat objek2 lain..konon nk bagi si kecik ni takut..tapi dia ni mmg tak makan saman.
Hakim ni bila dikaji dan diteliti memang cerdik budaknya. cepat belajar tapi bab2 nakal ni tak usah cerita la..memang tak duduk diam walau sesaat melainkan tidur mmm.. mcam mana kenakalan dia? biasa la budak2 sebaya dia ni..panjat sana panjat sini, kalau kita larang lagik2 la dia buat.. so sikologinya jgn larang, buat dek je... nanti pandai plak dia datang memujuk kita..cakap ayang...tahu plak kita marah dia. dia tak tahu erti serik even dah jatuh dari meja berkali2.. tangga pun penah jatuh tapi setakat 2 anak tangga ja la..
Hobi dia ialah melipat karpet, gulungkan diri dalam karpet (sambil buat2 dia dah hilang dari alam maya ini) dan titikkan susu penuh carpet. lastly aku tak tahan aku buang carpet dan gantikan dengan tikar buluh..sama jugak perangainya..di lipat2nya, dan di langgar2 plak dengan basikal dia..habis dah patah buluh2 tu..penat betul nk melarang. Tapi yang bestnya kalau bawak dia p rumah orang pandai plak dia jaga perangai dia. seolah2 macam anak mithali gitu..duduk baik jer.. tapi untuk sejam jer la... usha line dulu..lepas tu..ha!!! sendiri mau ingat la.
Sejak2 dah pandai tengok Tv ni. kadang bergaduh jugak dengan dia, berebut siaran TV. mana tahan asyik tengok Astro ceria ja.. sampai aku dah bleh menghafal dah setiap siri tom-tom bak tu.yang paling dia suka tom-tom bak, geng bas sekolah, putera shazlan, kampung boy dan just for laught GAGs. tengok macam paham benar la... dia kurang suka sangat katun2 ni..macam la dia tu dah besar..kelakarkan?
Semalam Hakim sepahkan satu rumah dengan mainan2 dia yang dalam box besar tu.. aku tengok pun dah penat. kubiarkan saja... sebelum nak cuci badan nak tidur aku cakap " Hakim.. lepas main kena simpan balik semua toys dalam box tau..baru esok bleh main lagi...Hakim good boy kan..." dia cakap " aaaaa".. and than aku tengok dia kutip satu persatu mainan dia dan masukkan dalam box dan dengan susah payahnya dia tolak box yang besar 4 kali ganda badan dia tu ke tempat asal. wah bagus betul anak aku ni.. terharu aku... so sebagai upah... aku bagi la dia minum air orange kesukaan dia. nampak gaya dah bleh educate dia sket2..kalau tak.. lepas main aku atau abah dia la tukang kutip. sakit jiwa betul.


Friday, April 11, 2008

fikir..fikir....n fikir...

pikir punya pikir punya pikir..
hahaha pening aaa
bukannya pening memikirkan masalah negara atau alam sekitar tapi perihal baby sitter anakku a.k.a ibu Anim..sekarang dalam usaha mencarik baby sitter baru.. kalau aku cerita kat kawan2 sepejabat diorang dah sound lama suruh tukar. adakah aku ni yang lembab ha... emmm
baby sitter sekarang ni mmg banyak kekurangan yang aku nampak tapi seboleh nya aku pikir positif...tapi dalam hati kadang2 tersumpah seranah jugak..tapi yg ringan2 ja la...antara benda2 yang aku tak suka yang dia buat ialah..

1.dulu..dia bedung hakim masa tidur sampai la budak tu umur dekat 7 bulan.. aku ada gak wat serang hendap..gila apa tengah2 hari dibedungnya budak hakim tu... kecik2 dulu aku tak kisah la..tapi dah besar la.. aku just sound " tak panas ke kak... klau kat rumah dah tak bedung... lagipun dah besar"...dia plak menjawab.." dia susah nk tidur tu pasal akak bedung" bleh cam tu

2. bab2 kebersihan ni aku agak cerewet sket...ye ker? ahahaha kadang2 la tapi bab hakim. yes aku mmg titik beratkan.. aku tak suka tengok anak aku comot. penah sekali aku p time tengahhari amik anak aku..time tu aku keja luar so 4.30 aku dah p amik..saja tak inform dia.. tgk2... comotnya hakim dalam buai..mulut bekas makan bubur..akak tu cakap gelap tak nampak..dah tahu gelap napernya tak bukak lampu...errrrrkkkk ....SENGALLL...mmg gelap dalam rumah tu....dah pintu semua tutup...tingkap pun tutup..
kalau berdasarkan rumah nampak akak ni macam PemberSIH dan rajin orgnya...rumah mmg class....perabot jati semua beb ... hisan tak usah cakap la...bunga lilin la.. lilin garam aromaterapi bagai...rumah plak cermin besar2 sana2 sini... utk kesan umah lebih besar la katakan.. mau beribu gak cermin2 tu semua bingkai jati lagik...(sempat lagik aku ushar..)...tapi semua tu aku tak peduli..janji anak aku dijaga elok..harapan macam dia jaga rumah dia la jugak tapi hampesss

3. bab ketiga pun Kebersihan lagik... bekas makan hakim. everyday aku mmg masak dan masukkan dalam sia a.k.a mangkuk tingkat. setiap hari aku mmg kena basuh semula bekas makanan tu. sebab sisa2 nasik dan mmg berminyak. kalau tak nak basuh baik tak payah basuh...ergggg geram lagik..tapi mak cik tetap sabar..sebabnya tak pe..makcik leh basuh lagik walaupun hati ni geram.. botol susu? every day mmg aku akan basuh elok2..tak de nya aku nk percaya kat dia..

4. ni lagik satu..bab CUTI... alamak byk sgt la aka ni cuti..pada aku la. dah la sabtu ahad cuti. lagik mau tambah cuti. dah tu alasan ntah hapa2. penat la.. kenduri sana, kenduri sini, pak cik makcik meninggal/sakit. range dalam 2-3 bulan sekali mesti ada. dah tu kalau aku tak bagi pepagi buta call EL.. ada la yg meninggal dan macam2 alasan.. eeiii bila cerita balik ni rasa geram plak. penah dia mintak cuti sekali mula2 dia cakap nk temankan akak dia beli brg kat KL. yg ni dia cakap awal dlm seminggu sblm tarikh cuti... aku pun tak pe la amik la cuti ingatkan barang2 penting ke apa.. last2 bila aku bgtau kata ok.dapat cuti... dia bgtau dia nk p member card sale..kt SOGO!!!! boleh gitu...yg aku cuti terkebil2 kat umah. baik aku keja!! sbg amik ati dia belikan la hakim selai baju... terima kasih la kak...hati ku tetap terluka!!! huhuhu..tapi semuanya tak berakhir disitu... last weak dia mintak cuti lagik hr isnin. hr ahad anak buah dia kawin.. so dia kata isnin nk amik cuti..sebab letih pastu nak tukar buku bank la..daftar anak sekolah la..blablabla.. aku mmg nekad tak nak bagi. sebab semua2 tu dia boleh ja buat sebelum2 ni. walhal cuti sekolah lepas aku bagi dia cuti sampai 5 hari . naper tak pi?ALASAN semuanya.
jadik aku keraskan hati aku cakap aku tak boleh cuti..sememangnya aku terlupa nk mintak cuti..dia dah bgtau 2 mggu lps dia nk cuti.. dia marah aku habiskan cuti (opis aku cuti baru dapat on April)..ahh suka hati aku la..aku punya cuti aku punya suka la.. klau ikut tahun ni saja dia dapat dekat 20 hari cuti tau..lagi mau tambah!!. blk ja rumah akak ni tel aku cakap husband dia marah dan suruh gak cuti isnin tu..aku cakap..tgk la..susah la aku nk kena hantar nursey plak..dia kata tak pe la nanti dia call hari ahad... emm hari ahad mlm belum sempat aku nak call, dia dah call... cakap tak dapat la nk jaga hakim esok..sebab abg dia eksiden.. apa kaitannya dengan dia????? geram ni!!! tak pasal2 jan yg kena dengar aku membebel...

5. lagi... akak ni jaga 2 org budak. yang aku pelik mak budak yg lagik sorang ni selamber ja hantar dekat kakak ni even emergency ka apa. mgkin dia pun dah tak larat dah nk cuti kot..asyik cuti ja.. bad record la nanti..mcm aku..aku tak nak la buat macam ni.. akak ni asyik mengadu ngan aku ckp mak budk tu susah dapat cuti..... baru padan muka dia. aku yang sememangnya susah nak menolak ni..terpaksa la akur.. tapi tuhan mmg bg aku petunjuk la. pernah one day akak tu mintak EL katanya dia demam teruk sampai tak boleh bgn. tengahari tu aku tertidur dan termimpi yg bdk lagik sorang tu datang jugak.. mlm tu aku p la melawat akak ni..mmg betul budak yg lagik sorang tu tetap datang..tak ke pelik tu....

6. apa lagik a.. aa bab berkira tak payah cakap la..kudrat ka wang ringgit tambah lagik. dia mintak RM250 sebulan ok la. janji dia jaga elok..yer kerrr?? dah tu nasik sejemput pun tak pernah offer kat aku cakap tak payah masak. kawan aku nyer bby sitter tak de plak mcm ni. masak lauk jadi la kan.. tapi tak kisah la..maybe dia ni mmg jenis malas masak kot. bersabar lagik... aku balik lambat sket..dlm 6 lebih pun bising. but now aku sengaja balik lambat every day. sembahyang asar siap2 baru aku balik. baik aku hantar taska.. RM200 siap makan. dah tu ada belajar+aktiviti2 berfaedah lagik..sedang dalam pemikiran..hakim pun dah besar. tapi kesian gak..takut tak dapat perhatian plak ..maklum la ramai. tapi ada jumpa sorang akak ni dia amik RM200 gak sebulan plus makan. dia pun jaga sorang ja budak..ok..masuk dalam list..kali ni nk carik betul2 tak menyusahkan aku.

hah!!! penat tau menaip. mau kematu ujung2 jari jemari ku..mana taknya geram punya pasal..ku tekan2 keybord penuh perasaan..

ada lagik satu tapi tak berani plak aku nk cerita kat sini sebab aku cuma syak..emmm..abaikan..

so apa korang? mesti suruh tukar gakkan. yap kali ni aku MEMANG nak tukar..tak leh dibiarkan nanti naik LEMAK.

Sunday, March 23, 2008

Happy B'day to me

Happy B'day to me.... emm sekejap ja aku rasa dah sampai tarikh 22 march ni.. dah pun genap 28 tahun umur aku tahun ni..semakin hari semakin dekat dengan hari kematian... ngeri ja bila ingat2 mati...
orang yang pertama wish seperti biasa my lovely hubby. hari ni dia ada kursus olahraga kat Maktab.. so rasanya seharian la aku terperap kat rumah tambahan pulak hakim tak berapa sihat..dah 4 hari demam... hari ni macam ok sket tapi naik plak rash..aisey..semalam dah cek darah...isnin ni kena p lagik sekali..hopefully semuanya ok.
tengah asyik layan PHDC dengan hakim tetiba Jan sms suruh pi Mktab... nak ajak lunch sekali..so aku dengan hakim pun bersiap ke KL... sampai kat sana hujan lebat..kami just makan kat medan mara dekat sogo tu jer... tak makan apa pun..just sate kajang dan nasi campur... petang nya jan sambung kursus dan aku pulak balik ke s.alam...mula2 hakim mengamuk jugak sebab ngantuk nak tdo...pujuk2 akhirnya dia tidur dan aku bleh drive dgn tenang... ikut federal nasib baik tak jem teruk..sempat lagik aku singgah BAGUS kat sek13..cadang nak buat strawberi cheese cake..tapi bila tengok harga bahan2 nyer...Cancel... beli cooking chocolate aja cadang nak buat strawberi cicah chocolate..macam mak ET suka makan tu...hehehe
panjang plak aku bercerita..tak pe idea tengah banyak ni..
ok kita sambung...malamnya kami bertiga p klinik Hajar kat sek18 nak tengok samada hakim kena denggi atau tak sebab rash makin banyak...tapi Dr cakap maybe dia alergik dengan antibiotik... lepas p klinik... teringin nak makan blueberry kek..tapi tak de plak..kat sicret recipe cuma ada blueberry cheese cake.... aku tak suka cheese sgt... so tak beli la....makan malam ni kami makan kat Pak Li Kopitiam kat sek 18.... nice..aku cuba makan Pak Li asam Laksa dan jan makan nasik lemak. Hakim? dia dok pulun makan roti..mmg anak aku ni suka benar dengan roti pantang masuk kedai roti..mesti mulut dia...roti!!!...
inilah aktiviti aku dihari b'day aku..tak ada yang special kan? tapi pada aku ok lah... nak sambut apa sgt..dah tua ma... hehehee...

Wednesday, March 5, 2008

Permulaan yang indah..

sedaya upaya aku mengindahkan hidupku dengan rutin harian yang kadang-kadang agak membosankan.. setiap pagi menyiapkan keperluan anak dan bergegas ketempat kerja... sepanjang hari mengadap PC buat mata berpinau...petangnya mengambil anak..rindu rasanya walaupun berpisah cuma 8 jam...balik kerumah, mengemas, memasak, makan dan tidurkan anak langsung kadang aku pun tertidur sekali...everyday is same to me..apapun hidup mesti diteruskan..
Related Posts with Thumbnails