Begitu pantas masa berlalu…hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun….cepat betul arissa membesar.
Adik nak tahu tak… 2 tahun lepas tarikh yang sama ibu sarat mengandungkan arissa. Bak kata Tok Ah..perut saja besar… ibu kerempeng saja..hahahaha..
Adik nak tau tak….Ibu tak pernah catat kat mana-mana pun sebelum ni kenangan terindah melahirkan adik kira-kira 2 tahun lepas.Kalau nak diikutkan inilah pertama kali ibu melahirkan secara normal. Pengalaman yang jauh berbeza dari melahirkan abang Hakim lebih 4 tahun lepas.
Adik nak tau tak….ibu ambik cuti awal sangat tau..disebabkan abah cuti sekolah, ditambah cuti raya haji 8hb 12….jadi ibu ambik cuti awal… kalau ikut due… 29.12.2008.. lambat lagi kan…. tapi dalam hati berbisik… entah-entah minggu ke 38 ibu dah dapat jumpa adik… tak sabar rasanya…
Adik nak tau tak…ahad bersamaan 14hb ibu dah dapat tanda ‘bleeding’. Pagi2 ibu dah bersedia kalau-kalau ibu dah rasa nak bersalin…kalau ikutkan masa bersalinkan abang hakim dulu pun ibu sakit sekejap saja… pukul 1 pagi ibu pecah air ketuban…terus abah hantar ke hospital..pukul 4.41pagi ibu dah selamat melahirkan abang hakim tapi berbeza caranya…
Adik nak tau tak…. diawal pagi 14hb 12,ibu dapat tanda…. terus ibu ajak abah ke Pusat Bersalin Mahsuri. Ibu dah bercadang nak bersalin disana. Walaupun abah belum bekerja tapi ibu tak kisah kalau ibu yang keluarkan belanja sendiri. Ibu tak pernah berkira… betul tak abah? Pengalaman ngeri orang lain membuatkan ibu takut untuk bersalin normal di hospital kerajaan.
Adik nak tau tak…. Perasaan ibu kali ini amat berbeza, ibu rasa takut untuk merasa kesakitan yang dikhabarkan, tapi ibu nekad didalam hati…. Insyaallah kali ini ibu cuba untuk bersalin secara normal memandangkan kedudukan adik yang baik dan berbekalkan semangat dan niat ibu..chewah..dah macam nak pergi berperang saja lagak ibu kan…hehehe
Adik nak tau tak….14hb 12 ibu ke Pusat Bersalin Mahsuri, Dr. Zarina cakap bukaan ibu dah 3 cm, kalau ibu dah bersedia nak bersalin, ibu boleh masuk wad dah. Tapi mengenangkan abang hakim keseorangan kat rumah Wan Ali, ibu tak sanggup. Ibu memilih untuk balik dulu. Bila sakit baru ibu datang semula. Dr. Zarina tak membantah…
Adik nak tau tak…. 15hb 12 ibu balik ke rumah Tok Ah yang agak jauh dengan Mahsuri berbanding rumah Wan Ali. Tapi ibu lebih harapkan Tok Ah jaga abang Hakim. Abang Hakim manja dengan Tok Ah. Ibu takut abang Hakim akan menangis dengan ketiadaan ibu…sedih…
Adik nak tau tak…. 17hb 12..dah 4 hari ibu tunggu ‘kesakitan’ itu tapi tak kunjung tiba, sedangkan ibu dah tak sabar sangat nak jumpa anak ibu ni…pagi tu ibu buat keputusan untuk ke Mahsuri sekali lagi. Tapi kali ni ibu rasa ibu dah bersedia mental dan fizikal. Ibu sampai dekat Mahsuri hampir jam 12. Ibu belum makan tengahari lagi walaupun ibu sebenarnya dah siap masak kat rumah Tok Ah sebelum ibu tinggalkan abang Hakim.
Adik nak tau tak…lepas buat pemeriksaan dengan Dr. Zarina, dia cakap bukaan ibu sudah 4cm. Terus dia minta ibu masuk labour room. Tapi ibu tak sakit pun…. Perut yang lapar tidak terasa ketika itu…sungguh ibu lupa, untuk mengambil sedikit tenaga. Selesai urusan masuk labour room, ibu tunggu saja… Dr. Zarina datang jumpa ibu kat labour room dan cakap dengan ibu yang dia bertugas sampai jam 5 saja, andai kata ibu lambat bersalin, ibu terpaksa memilih samada bayar lebih atau terpaksa bersalin dengan Dr. Anuar. Ohh sungguh ibu nak elakkan bersalin dengan Dr. lelaki.. abah kata, kalau terdesak boleh la..tetapi selagi kita punya pilihan, kita wajib memilih bersalin dengan Dr. perempuan… ibu pun memang nak bersalin dengan Dr. perempuan.
Adik nak tau tak….lepas berdikusi dengan Dr. Zarina beberapa ketika, ibu bersetuju untuk diinduce..ibu berdoa agar ibu dapat bersalin sebelum pukul 5….gila tak ibu?..mana boleh estimate masa suka-suka hati kan…. kira-kira jam 1.30 petang nurse induce ibu melalui drip…ibu tak rasa apa-apa pun… Masih terdengar lagi seorang nurse veteran menasihatkan ibu.k atanya “kuatkan semangat, yakin insyaallah awak boleh bersalin secara normal”. Insyaallah….
Adik nak tau tak…seorang nurse setia menunggu ibu dari saat ibu mula masuk. Sampai hari ni ibu ingat muka nurse tu..sungguh baik dia… abah juga cuma tinggalkan ibu seketika untuk solat zohor. Tunggu punya tunggu ibu masih tak sakit..jam dah pukul 3.30 petang... terasa ngilu di pinggang sahaja. Nurse cakap bacaan pada mesin menunjukkan ibu sepatutnya sakit.. ohh itu ke rasa sakitnya..ibu masih belum rasa kesakitan yang dikhabarkan ‘terlalu sakit’ itu…. Ibu nampak Dr. Zarina datang lagi.. .selepas menghadiahkan ibu secucuk jarum di pinggang….dia memecahkan ‘water bag’ ibu … bukaan sudah mencapai 6 cm… ngilu dan sakit pinggang mula terasa kian menyengat…. Nurse berpesan…mengiringlah sebelah kanan untuk mengurangkan rasa sakit..ibu buat….memang betul….kurang sakitnya…ibu masih mampu tersenyum… berbual-bual….
Adik nak tau tak…. Tok Wa dan abang Amin datang melawat ibu disaat ibu mula sakit. Ibu tengok Tok wa membacakan sesuatu sambil mengurut betis ibu…ibu rasa lega sangat.… walaupun Tok Ah tak ada…Tok Wa pun dah mampu menenangkan ibu… syukur….kesakitan kian memuncak…saat itu ibu dah tak mampu lagik melihat jam yang berada betul-betul didepan ibu…ibu pejamkan mata serapat-rapatnya…itu cara ibu menangani kesakitan….Tok Wa dan abang Amin keluar dari labour room….abah tak tinggalkan ibu walau sesaat…
Adik nak tau tak…. Disaat bukaan 7cm, nurse disamping ibu membantu ibu melahirkan adik… Dr. Zarina acap kali berpesan pada ibu..bukak mata… Dr. takut ibu pengsan sebelum melahirkan adik… tapi ibu cuma dapat buka mata sedetik cuma..ibu lihat 2-3 orang sedang membantu ibu melahirkan arissa..sungguh ibu tak mampu melihat..biarlah dunia ibu gelap… telinga ibu saja yang mampu mendengar….ibu dengar setiap kata-kata nurse dan Dr. Zarina… terdengar ‘Allah huakbar’ dari mulut Dr. Zarina sejurus lepas adik keluar… dalam hati ibu..alhamdulillah……
Adik nak tau tak….ibu dengar Dr. Zarina cakap… baby girl..time 4.41pm… ibu dengar Dr. Zarina cakap lagi.... ” nor asikin awak tahan sekejap ja… saya nak jahit ni..sikit sahaja….” Lepas tu terus dunia ibu kelam..ibu tak rasa apa… ibu tak sedar langsung…sedar-sedar jam 7 petang…. Tidurkah ibu atau ibu pengsan? Ibu sendiri pun tak pasti.. tapi ibu amat bersyukur sebab ibu tak merasa kesakitan ‘dijahit’…penakutkan ibu?
Adik nak tau tak…. Malam tu ibu bermalam kat hospital tapi ibu pelik kenapa nurse tak bawak adik jumpa ibu… Aan Ali dan Buk datang tengok adik kat nursery saja…ibu belum berkesempatan jumpa adik sampai la keesokan harinya…
Adik nak tau tak.… itu kenangan terindah ibu melahirkan adik…kesakitan yang sekejap tetapi teramat lah sakit….Tok Wa cakap ibu terlalu sakit sebab ibu memilih untuk diinduce… ya..ibu tak sabar dah nak jumpa adik…
Adik nak tau tak….kenangan itu sudah hampir 2 tahun ibu lalui tapi terasa masih segar lagi..macam baru saja semalam. Begitu cepat masa berlalu… 17.12.2010….genaplah adik 2 tahun….
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...