Thursday, September 30, 2010

Sebelum pulang....

cehh tajuk cam apa ja kan.... pulang ke mana? pulang kepangkal jalankah???
pulang ke sarang burung la kaedahnya.... my sweethome...from kedah to klang..singgah sebentar ke Penang..mencarik pasal...

seumur budak kecik ni...belum penah bawak dia g jalan2 kat taman botani ni...selalu cakap je kat dia ada monyet... tapi dia blum penah tengok monyet yang real... so walaupun ujan renyai2 + jem teruk kat penang sampai sesat2.. kami bawak jugak arissa dan hakim ke taman botani penang...:)

teruja....

tengok ini... aku plak naik scary.... sedikit ganas kera2 ni..huhuhhu

aik... kenapa plak bukan aku di situ....
jeng3... itu kakak ipar aku lorrr... aka angah kesayangan hakim
  

naik tram yang tak gerak2..:P
6pm already..sudah x jalan lorrr

kalau mai penang tak syiok la tak melilau carik pasal kat sini kan..
padang kota...ambik angin laut...

ramai plak yang dok pasang jerat kat sini... tapi alhamdulillah jerat2 tu semua tidak mengganggu gugat iman aku n hubby... i just say to my son.." tengok je tau.."
as usual hakim akan kater.." yer la ibu...hakim tengok jer.."sambil buat muka kesian kat pak cik yang jual pistol bubble tu.. dapat try tekan sekali dua... cukup la..kesian kan..hehehehe.. tapi bagus...ni cara mendisiplin kan anak2... bukan semua benda yang diminta akan ditunaikan... when i say no.. it really mean NO!! ganas tak aku?
 

angin bertiup sepoi2 bahasa layan rojak kan ke nikmat namanya tu kan....

acara hari tu tamat dengan melayan ikan bakar kat telok tempoyak..tak berapa best sangat sebab restoran faveret masih lagik tutup cuti raya...huhuhu... bertolak balik ke selangor jam 10pm...

nota hati: teringin nak p holiday tapi kat mana ya..huhuhu

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, September 28, 2010

backdated...reunion yang tak berapa menjadik

hahaha...kesian kat aku kan.. baru terkedek-kedek nak update pasal cerita raya.. tak de apa sangat actually cuma nak jugak diabadikan kat blog ni je untuk kenangan dan ingatan diri dan orang2 tersayang..

12 September 2010 bersamaan 3 syawal
disebabkan ramai dah dapat ditemukan melalui FB maka ada la hajat dihati antara kami ni nak buat reunion kononnya... reunion kelas agri dari SMTAS batch 96/97...idea comes from aji.. walhal mamat ni last minute tak datang pon..huh!!..alih2 yang datang muka tu jugak... tapi tak pe, aku suka jugak sebab bleh hang out dengan kawan2 lama sambil gossip2...hahahhaa

vanue: KFC ALOR SETAR/ belakang pekan rabu..
time: 12pm until 4pm
kedatangan: aku n rizal, man dan na, zana dan hud, fadilah, palie embi, fendi n wife
beberapa keping pic ihsan zanariah aka mamaimran...

walaupun cuma sekali dua bertemu..sudah mesra bersama..:)

me, fadhilah n cik na

kalau dah berjumpa kawan lama macam ni la..pot pet pot pet

imran, irdina,zana, fadilah, me and arissa

lepas isi perut semahunya..kami pon bergerak kerumah cikgu kesayangan kami ni. cik gu ishak atau panggilan manja kami pak aq..dah macam bapak sendiri dah rasa.. dia cikgu kelas agri tahun 96/97.. 2 tahun jadik cikgu kelas yang sama....:)


yang bersandar tu la pak aq....pada pandangan mata aku memang tak berubah pon pak aq ni walau usia dah lebih 50 tahun.. pening dengan 'anak2 cucu' hero dan heroin lasak2...:P

my hubby dengan best friend nya..radzman fariq

all of us... kalau ikutkan beberapa orang ja yang ada tapi ini pun sudah cukup menggembirakan hati seorang pendidik bila ada anak murid yang masih ingat dan sudi menjengah...:)

nota hati: masa form 4 dan form 5 aku dan hubby sekelas.jadik sudah tentu seronok bila beriunion... kawan dia pastilah kawan2 aku... dan ... terdapat dalam pic diatas ada 3 pasangan dari sekolah dan dari batch yang sama. ramai lagik bertemu jodoh di SMTAS..:) dah macam sekolah mencarik jodoh plak..:P...kebetulan kan....
SMTAS= sek. men teknik alor setar/ lebuhraya sultan abdul halim
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, September 23, 2010

nak cantik ke nak........ MATI????

baru lepas baca news form wab Biro pengawalan Farmaseutikal kebangsaan ... kerja aku hari2 ni la.. sehari berkali2 masuk web ni....

dan rasanya good sharing with people out there...

PRODUK KOSMETIK YANG DISAHKAN DICAMPURPALSU DENGAN HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

NO. NAMA PRODUK KEPUTUSAN ANALISA

1 ERIESYA SPA BEAUTY CREAM (HYDROQUINONE)

2 ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

3 TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA (TRETINOIN)

4 RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM (TRETINOIN)

5 TIA AMELIA KRIM JERAGAT (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

6 CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM (TRETINOIN)

7 RZAC WHITE PEARL CREAM (TRETINOIN)

8 NURIZ DAY & NIGHT CREAM (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

9 ELITE RIAS ER CREAM (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

10 R&Z WHITENING NIGHT CREAM (TRETINOIN)

11 BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM (TRETINOIN)

12 PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX (TRETINOIN)

13 ZARA REJUVENATION CREAM (HYDROQUINONE)

14 NATASYA KRIM HERBA GOLD (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

15 NATASYA KRIM HERBA (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

16 DE PUTIH NIGHT CREAM (TRETINOIN)

17 KRIM MALAM MISHA (HYDROQUINONE & TRETINOIN)

Nota
HYDROQUINONE – sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin bagi menghasilkan kulit kelihatan cerah dan semakin putih.selain kosmetik ada jugak produk makanan dan jugak produk yang dikatakan tradisional tapi sebenarnya mengandungi drugs..(dadah terkawal).. so beware..
Hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, ‘herbicides’ , pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dyes’.

boleh cek sini


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, September 20, 2010

padan muka!!!

padan muka siapa?
 dah tentu la padan muka aku...
 pagi raya kedua... punya la xtreme nak mengiron baju raya ke-2 dan ke3.. dasar perempuan kan..baju raya harus 4-5 pasang mengalahkan anak2..muahahah
disebabkan aku ni dungu sket tak dapat nak agak tahap kepanasan iron tu ditambah plak kain ala2 nipis kulit bawang maka...zassss baju aku dengan jayanya telah berlobang tanpa sempat dipakai walaupun sekali..uwaaaaaaaaaaaaaaaa bencik!!!!!!!
walaupun baju ni tidak la mencecah ratusan ringgit tapi aku amat sentap dengan kesilapan tangan sendiri tau...huhuhu
 
 close up sket
 besar .... ada la sebesar tapak tangan..kena plak dekat pesak..nasib baik..tengah pikir nak modify cam na ni agar bleh aku pakai gak baju ni...emmmmm
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, September 19, 2010

gambar raya Aidilfitri 2010...hancussssssssss


amacam gambar2 aku n famili dipagi raya?..hahaaha..ni bukan gambar candid tau.. tapi ni gambar2 mengguris perasaan sebab en rizal/my huby tengah berusaha keras nk buat self timer tapi batri berada dalam tahap nazak ya amat..uwaaaaaaaaaaaaaaaa seperti yang pernah aku katakan dientry lepas..salah siapa? sudah semestinya salah aku dan suami terchenta..hahah padan muka.. sapa suruh tak berli batri baru kan...huhuhud itambah dengan dua budak kecik yang tak reti dok diam tu...sushah betul nak dapat gambar cun..

percubaan demi percubaan akhirnya.... 
dapat la sekeping dua gambar dipagi raya...:)
tema tahun ni: purple + suka hati
 
aku raya mana tahun ni?? kepada yang dah memang cam background gambar raya aku... memang sedia maklum.. sudah 5 tahun berturut2  raya aidilfitri di rumah my mum... lepas zohor baru beransur kerumah MIL.. tapi tak pe.. malam raya dirumah may MIL..dekat ja.. 1/2 jam ja sampai..:) 
 jom beraya..sessi memenuhkan perot..:P..pagi raya berjaya makan 2 mangkuk laksa,sepinggan mee rebus, sepinggan bihun sup dan sepinggan mee goreng..tak sampai 5 buah rumah aku dah semput!!!

nota hati: sedih bangat. banyak saat2 manis berkumpul bersama tak dapat diabadikan dengan canon Ixus aku yang dah ketinggalan zaman itewwww...uwaaaa..redho!!
kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, September 18, 2010

sudah 4....

tahun la....
alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk aku melihat anak2 membesar.. Hakim dah pun 4 tahun...
actually bday dia 4hb september lepas... bulan puasa tambah pulak tengah sibuk nak balik kampung pada hari tersebut...shopping last day kat shah Alam..

pagi2 lagik si ibu yang penyayang ni..perasan!!!.. ingatkan hakim yang hari ni bday dia... si budak hakim ni pulak bila sebut b'day yang dia tahu hanyalah Kek!! bukan hadiah sebab memang tak pernah bagi hadiah kat dia masa bday...cuma kek Wajib sikecil ni potong...
sambil mandi dipagi hari..si ibu ni sempat menyanyikan lagu bday buat si kenit... girang bukan main lagik dia.. sambil mulut dia yang sememangnya macam bertih jagung tu tak henti2 mintak kek...
pagi tu even hari sabtu aku hantaq jugak anak2 ke taska... sebab ibu depa nk soping sorang diri ..muahahah bawak anak tak sesuai...shopping yang sepatutnya sejam akan jadik berjam2 mana nak tengok anak..mana nak ushar baju2 lagik kan..:P..upps nampak gaya aku sudah lupa daratan dari tajuk asal
berbalik pada cerita asal.... pasal bday hakim..
disebabkan tahun ni bday hakim jatuh pada bulan puasa, so macam tak sesuai ja nak bagi hakim potong kek kat taska... dan lagik2 tak sesuai kalau aku nak beli kek sebiji even setengah kilo..sapa nak abiskan..dah la malam tu nak balik kampung..maka terpikir la nak beli kek comel tu...so... dari tak de...kecik hati anak aku nanti..baik aku beli la jugak even kecik..janji ada...
 taraaaaaaaaaaaa..
memang kecik betoi la... dapat sorang satu hoccay!!! ni pun makan tak habis...
satu untuk adik satu untuk abang hakim..:)
 serabai je 2-2 anak aku ni..baru bangun tido..abah ambik dari taska...

Hakim dah masuk 4 tahun..alhamdulillah walaupun dia ni agak aktif, tak tau duduk diam walau sekejap..melainkan mengadap katun faveret. mulut dah macam bertih jaguh... kita cakap sepatah dia akan cakap berpuluh patah..kuat bertanya itu dan ini dah kadang2 apa yang keluaq dari mulut dia tak terjangkau dek fikiran aku ni..budak 4 tahun boleh bercakap macam tu..alhamdulillah....moga hakim menjadik anak yang soleh, yang boleh menjaga adik-adik...adik2?..heheh akan datang, insyaallah.. dan moga hakim berjaya di dunia dan di akhirat....amin....disaat aku menulis entry ni si hakim ada kat belakang aku sambil buat muka dolphin dia mintak main game...grrr....bila tanya hakim nak apa...dia jawab....
hakim nak laptop sebijik!!!
 .
 .
 .

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, September 17, 2010

home sweet home:)

alhamdulillah ...selamat pergi dan balik kampung tahun ni...alhamdulillah.. sebab tak menjadik penyumbang statistik ops sikap tahun ni..syukur2... dan harap2 kenalan terdekat dan jauh juga selamat pulang bekerja...:)

hari ni dah start bekerja... punyalah lama acik ckin ni bercuti..almost 2 weeks.. syukur cuti yang diberi diguna sepenuh dan sebaik-baiknya untuk bersama-sama insan tersayang...kerja yang bertimbun ..tak menang otak nak pikir mana satu nak buat dulu..huhuhu

gambar raya tahun ni paling sikit sebab batri kamera sudah mencapai tahap kritikal..cas 2 jam..cuma boleh pakai tak sampai 2 minute...ohh sadisssssss sungguh.. gambar dipagi raya ada la secebis dua..nanti akan diusahakan utk diupload sebagai kenang-kenangan diri dan famili..

moga diberi kelapangan masa untuk mengupdate blog..insyaallah...

nota: hati juga meronta2 nk blogwalking menjamu mata dan minda dengan cerita raya kawan2..:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri buat semua

 ini dah kira macam entry wajib la ni kan...

sempena aidilfitri yang bakal disambut 2-3 hari ja lagi ni saya mengambil kesempatan ni ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA KAWAN2 DAN PEMBACA BLOG SAYA YANG TAK SEBERAPA INI...
kalau ada silap dan salah sepanjang saya berblog harap dimaafkan la ya...kita hanya manusia biasa yang tanpa sedar melakukan kesalahan samada darisegi perbuatan mahupun pertuturan..ataupun penulisan.

pada yang balik ke kampung tu.. pesanan biasa saya.. DRIVE SAFELY.. tak larik kampung dikejar...

saya dah pun pulang kekampung sejak 5hb yang lalu... alhamdulillah dapat cuti panjang kali ni..sampai 16 hb..
raya tahun ni.. macam biasa rumah saya dulu..yang dekat kedah tu jemput datang beraya ya...:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Saturday, September 4, 2010

berbuka puasa dengan mereka..walaupun...

.....aku sebenarnya tak berpuasa pada hari tersebut..heheheh

lokasi: Village view, bangi
tarikh: 31.08.2010
masa: 6.30pm

sanggup tu acik cikin ni mengembara ke bangi dari shah alam..melalui tol LDP sebanyak 2 kali dengan FREEnya hari tu...nak berjumpa dengan kawan2 seperjuangan UPM dulu... persahabatan kekal abadi kan..:)

sampai2 je bakal puan farah dan gg dah sampai..terus hulur kad..wahhhhh cepat betull tahniah farah..moga kekal keakhir hayat hendaknya..
icha tengah face screen setiap yang duduk semeja dengannya..
shy2 cat dia ni..:P

makanan dah sampai...wah sedapnya...

dan yang paling best.. ada sup gearbox..

sessi melapah...

close up sket...
all of us...
nak balik sudah...

my fav pic

nota hati: cantik gambar aku kali ni.. heheh terima kasih kepada gg...mula la hati ni nak beli DLSR  ni..keperluan ke mahuan ni..huhuhu
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, September 3, 2010

merdeka kan dah lepas....

suka hati la kan nk citer yang story yang dah separa basi pon kan...hahhaha

30hb 8 lepas kuarters ada buat majlis berbuka puasa... suami tersayang mintak buat laksa..hayya..sangat malas ooo...banyak keja tu.. tapi disbbkan nak bagi jiran2 makan so buat la jugak... dapat pahala kan bagi org berbuka kan....:)

so buat la aku ni laksa version campak2 dengan nevesnya..nk bagi org makan ni feel lain sket..dah la nak buat banyak..huhu .. ikan sekilo setengah plus laksa 2 bungkus..selalu buat laksa separuh bungkus je... so belasah je la resepi suka hati aku...hehehe

nasib baik licin jugak dan mendapat pujian..pekat melekat..mmg kaw2 la kuah laksa tu..heheh alhamdulillah... habis jugak akhirnya..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

sibuk sangat la konon!!!

cerita last week..
keje bertimbun sapa nk jawab.. banyak ni...huhuuhu
last week acik ckin ni sibuk dengan kad raya..dengan dodol bagai..senarai perlu update..tapi tak de  la update sgt pon..tersasar gakk..
tapi bila dah settle huh..LEGA sangat...

yang paling kamikaze p hantar dodol la kat BIRO...berkoyan2 dodol sampai penuh satu keta..
terima kasih pada rozana hani..huhu tiap2 tahun cam ni la resam kami bila nk sambut raya..mmg patut bos bagi bonus raya pon..huhuhu

ni..berlakon jerk lebih ni..walhal puan rozana yang pack...
selipar jepun pujaan hati..:P
the dodolssss

nota hati: macam x cukup kaki dan tangan ja nk buat semua ni tau...:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, September 2, 2010

tersentuhnya hati...

alkisah.. tadik disebabkan aku kena serang virus malas berlipat kali ganda maka aku memilih utk tidak memasak hari ni...kecuali masak nasik dan sayur bayam je.. so aku singgah kejap kat pasar ramadhan kat sek 7 shah alam ... x ramai org plak hari ni...best!!

tapi.. belum apa2 mood aku dah dispoilkan oleh satu pandangan yang kurang menyenangkan jiwa aku.. apa itew? emmm seorang hamba allah bersama seorang anak kecil yang comel meminta sedekah.. hati kecik aku ni kuat mengatakan yg itu bukan anak dia berdasarkan rupa budak tu... kemas berbaju kemeja, berkhakis, berkasut lengkap berstokin...dan berisi ja budak tu...x macam anak2 pengemis yg lain.. yang selalunya pakai compang camping dan kurus terbiar...dalam hati terdetik... entah2 baru kena kidnap kot..eiiii geramnya... kalau la ada polis skang nk ja aku suh hangkut mak budak ngan budak tu sekali.. sampai la hati sapa yang suh dorang2 ni memintak sedekah... sebelum balik sempat lagik aku tengok budak tu utk kesekian kalinya.. uhh sadis sungguh..
dari tadik sampai skang asyik teringat ja ngan budak tu..apa la nasib dia bila besaq nanti...terbayang2 muka anak2..sebb budak tu dalam lingkungan setahun lebih umurnya...sebaya icha..huhuhuhu

tetiba plak aku emosi kan... wajar ke tak ni..huhuhu

nota hati:entry lepas geram disaat tggu time berbuka..:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails