Friday, March 27, 2009

Runtunan jiwa

Spectra 3 breastpump
Moms Precious traveler bag
Moms Precious cooler bag
3 ice packs that can last up to 12 hours
Extra Spectra breast shield set (for double pumping)
1 Spectra bottle and
6 Moms Precious breastmilk storage bottles with 2 sipped cup
Hati meronta-ronta nak beli yang ni... terutama setiap kali sesi memerah dijalankan.. masa semakin cepat berlalu sampai kadang terlupa menunaikan tanggungjawab pada sikecil. Rezeki yang diberi makin hari makin menyusut.... arkkk.. Takkan kusiakan anugerah tuhan yang satu ini... usaha tangga kejayaan!!!!

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, March 18, 2009

Melaka Part 2

Ok.. sambungan entry ke Melaka yer... seawal 8 pagi kami berempat dah siap sedia nak mula xpdisi pagi ni..hehehe..si hakim sungguh la xcited.. sanggup tu mandi pagi2..tapi dengan syarat..."air panas yer ibu..." yer la.. nasib baik ada heater..kalau tak mau ampun nak mandi pagi ni..sejuk ooo..lagipun resort ni belakang nya macam bukit2 sikit...sungguh la nyaman udara di pagi hari. Masa bekfes adik dah mula ngantuk..ha sapa suh bangun awalkan... si kecik ni bukannya boleh jaga lama2..paling lama pun sejam lebih ja lepas tu tdo lagik..hehehe ibu suka..coz bleh rileks..bleh gitu??? hahahaha so aku pun bekfes ala kadar jer... nak tau ala kadar aku macammana? 2 keping roti canai, 2 gelas jus oren dan 4 ketul sosej..hehehe..ni baru ala kadar..kalau betul2 makan tak la cam na..kihkihkih... hakim makan sosej jer..sedap2 dia makan baru dia sedar ada swimming pool kat tepi cafe tu..hah... mula la... tapi Hakim ni makan kata (kadang2 tak jugak..) .. abah dia cakap tengok saja tau... risau ja aku takut2 dia terjun dlm pool tu..kan kes naya. tapi si hakim ni dia duduk ja tepi pool tu... lepas tu dia nampak ada kids lain kat tepi pool tu dok bertenggek kat batu...dengan selamba dia pun bertenggek kat situ... fuh..lega..so kami leh bekfes dengan aman buat seketika.

Ok..lepas bekfes kami check out dan menuju ke Bandar Bersejarah la pulak... ha 9.45 dah sampai..sungguh awal. untuk elakkan jem!!! disebabkan kami awal sangat gerak tak kesampaian la hajat nak naik Melaka Cruise.. kami berempat jer..mak cik jual tiket suruh tunggu lagik kalau2 ada orang lain.. malas la nak tunggu..cadang nak datang lagi nanti time nak balik..tapi time balik masing2 penat so NEXT TIME ok... kalau dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...
jalan agak lengangkan...syok!!!
Disebabkan tak penah sampai by car so kami slow2 drive...actually tak tau nak parking mana.. tetiba nampak tempat parking... rupa2nya kami park depan Menara Taming Sari..Time kami sampai ni rasanya ni la 1st trip naik ke atas untuk pagi tu..hahahaha..
Hakim merengek nak naik... Abah pun p la beli tiket.. RM10 per person (rasanya).

Dah naik diam ja duduk coz ibunya gayat so ibunya cakap kat anak teruna " Hakim dok diam2..takut...nanti jatuh" hahaha syko.. Dia pun diam ja kat situ sambil menikmati keindahan alam...

Tinggi ooooo teringat space short kat genting nun...

lepas turun dari menara taming sari kami pun dikunjungi pak cik beca. Disebabkan nak hakim merasai nikmat naik beca..aka aku malas nak jalan bawak stroller... maka kami pun naik la beca ni..sib baik cun...sungguh la berbunga-bunga.. RM20 per 1/2 hour. Mahal tak? tapi tak pe jan cakap padan la dia mengayuh..penat tu... sambil2 naik beca pakcik beca tu bercerita la pasal melaka serba sedikit... bla bla bla....

Ini kat Muzium Lukisan kot... RM2 jer masuk.. murah2 jer sini mak cik suka!!!hakim nak tiru macam patung tu tapi tak pandai..digarunya kepala ada la..


Pukul 11 lebih siap pusing2.. tak masuk mana pun.. A-Famosa pun singgah kejap ja..panas la..tak sesuai dengan bawak anak2 ni..just jalan2 cuci mata ok la..

kami makan kat sini... untuk hari ni aku tak memboikot..setelah lama memboikot.. ini ja tempat yang sesuai untuk kami rasanya...


Lepas pusing2 keliling town dengan kereta + jem arkkk.. kami decide balik jer ke ayer keroh..coz Kat Taman Mini Malaysia ada jual servinior.. Kat sini Bandar Hilir tu..cik abang cuma beli Kopi..katanya kopi terfemes kat Melaka..jenama tak ingat..heheheh bleh gitu?? Kt Taman Mini Malaysia mandikan 2 beradik lepas tu dalam pukul 3 kami bertolak balik.. Masing2 keletihan..


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 17, 2009

cuti lagik...



Enry kali ni aku masukkan lambat sket dari tarikh sebenar.. tak suka sangat pakai lappy kat rumah ni....aku lebih puas pakai PC..disebabkan cuti aku ada lagik 9 hari untuk aku korbankan..so dengan separuh rela aku ambikla cuti minggu ni 4 hari...sempena cuti sekolah yang memang tak de kena mengena dengan aku...cik abang tanya cuti lama2 nak p mana? aku cakap... i have no idea!!! nak balik kampung? kerinduan belum menebal lagik lagi pun cik abang nak kena bawak budak2 lawan hoki hari khamis.. so no point nak balik just for 2 days...mengabiskan boreh jer.....
Cik abang ajak ke Cameron H'land.... what??? CH lagik? huh naik tepu otak aku naik CH lagik... bosan la...baru jer p... teh cameron tu pun ada lagik kat rumah...Pikir punya pikir akhirnya we all decide nak keMELAKA saja...

So pagi2 aku packing apa yang patut dan by 10 am semua settle. Huyeee kita g holiday..aka mengabiskan duit..hahahaha.. kamikaze ja ni..hotel tak booking pun hopefully ada. dah la tak penah drive ke Melaka. zero knowledge... seperti biasa kami redah jer..tapi kali ni ada sikecil so kena lebih berhati-hati pilih tempat. biar sheshuai kata orang... nanti kalau dia tak selesa aku pulak yang naik seksa tengok dia asyik melalak jer..ni 1st trip untuk my little princess. For my boy memang dia tak kisah coz dah biasa bawak p bercuti so far ok jer.. dah imune..

Pengembaraan bermula...
Pak cik rizal belum apa2 dah mengantuk..huh..so aku la jadi drebar... dari Nilai dampai la ke Melaka...bleh plak gitu..dia n kids tdo.. sampai kat Melaka hujan renyai2.. dalam pukul 11.59 kami sampai dekat Tol Air Keroh... malas nk pikir2 so kami menginap jer kat d'Village Resort dekat dengan zoo/ tasik air keroh. Bukan apa, disebabkan cuti sekolah takut jugak nanti kot2 hotel penuh takkan nak tdo dalam keta kan...
Ni dia resortnya.. not bad la.. tapi biliknya tecik saja.. b'fast dia tak best sangat pon.. masa kami p tu ramai org2 gomen buat kursus and BTN kat sini.. tapi best jugak..aman damai ja...dekat dengan tasik Air Keroh. My friend ayu suggest p kat town..may be next time ker... Thank's a lot to my Friend ayu..dia siap bagi map lagi jalan2 kat Melaka ni.. kalau tak de dia mau meraban jugak kami nak mencarik jalan..
lepas dapat bilik kami ke taman Mini jumpa ayu dan take a lunch..lepas tu kami berempat naik rest dulu.. pukul 4 lebih baru keluar...nak habiskan jalan2 sekitar ayer keroh...(cadang nyer la...)
budak ni mintak dokong..aduhai mau patah pinggang aku dokong lelama ni...
Tempat pertama: Taman Buaya...Masuk RM5 (kalau tak salah.. ingat2 lupa)
emm tak best pun... baik masuk zoo terus.. cik abang la ni..konon nak masuk semua yang ada kat Ayer keroh tu...
Hakim buat muka kronik suruh abah cepat2 ambik gambo coz cuak ngan buaya kat belakang tuh..
testing buat jualan kraftangan...beli..beli..puan..mak cik...pak cik...
last sekali petang tu kami cuma pi taman buaya dan zoo saja... penat ooo keliling zoo. dah la time kami pi tram yang pusing zoo tu dah tak jalan.. sampai pukul 5 jerk. huhu..penat ooo keliling zoo wat maraton ngan kids...Nasib baik bawak stroller kalau tak sapa nak dokong hakim? penat ooo... adik pun aku dah lenguh mendokong..
Hakim: Tiger, makan abah ni... (ish2 sampai hati suruh tiger tu makan abah dia...huhuhuhu)
Ini baru betul...cinta monyet..tapi ni bukan monyet aaaa...
Hajat yang tak kesampaian..panas aaa nak naik cik abang oiiii
Kami keluar dari zoo dalam 7pm.. sempat pusing2 tasik Ayer keroh kejap jer..cadang nak naik bot tapi dah close da... merengek-rengek lagik anak teruna tu nak naik..apa leh buat tak de rezeki la nak oiii. Malam lepas magrib kami ke Medan Ikan bakar Umbai...sampai jugak akhirnya...
sampai je kat meja lepas order terus datang pembuka selera..buah tapi sayang aku tak bleh makan melainkan buah oren ngan epal jer... kids both dah selamat sleep. sorang dalam stroller sorang dalam carrier..aman kami berdua makan.. Sedap dan cepat!! itu yang penting tapi bab kailan ikan masin dah dekat nak habis nasik baru sampai...hangin betoi...
Malam tu semua tidur kepenatan.....kecuali cik Arissa bangun minta susu..huhuhu
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Sunday, March 15, 2009

Outing day...Mines

Hari ni dah plan baik punya dengan cik abang...dia nak ajak shopping2 n tengok wayang coz katanya dah lama tak tengok wayang berdua.. aku on aja.. siap packing baju n susu untuk 2 beradik ni untuk dihantar ke umah ibu izat mereka..alih2 bila aku call anak dara dia cakap dia pi kenduri kat tingkat 2 umah dia.. nanti balik la..la.... kesian plak aku nak susahkan dia..tak tahu plak aku hari ni ada kenduri..salah aku jugak tak cakap awal2..just mention kat dia kalau nak hantar kids nanti aku call..huhuhu
Plan bertukar...... kupakaikan hakim "baju jalan" and kami pun terpaksa redha outing dengan kids today..huhuhu..hancur berkecai harapan aku nak ngabiskan duit cik abang hari ni... dah kuar rumah tak tau plak nak pi mana..(mmg kami selalu cam gini..kluar tapi tak de tujuan... ngabiskan minyak keter jerk).. pusing2 roundbot..dapat la idea... antaranya..JJ bkt Raja... tak best.. Mid valley...jem...emm..Mines ja la..
Dah lama jugak tak datang mines...hampir setahun agaknya.. jalan punya jalan ternampak la orang jual2 mainan... so dia pun duduk bersila main maiana kat situ..sebelah gerai mainan tu ternampak la plak benda alah ni... emm apa lagik anak teruna aku tu selamber ja pi naik bear tu.. si abah pandang si ibu...si ibu anggukkan aja... green light..si anak apa lagik...senyum tak mau..mau la... tengok!!!!! bear pink jugak dipilihnya.....


Dah habis naik bear..dia naik benda alah ni plak..disebabkan train ni jalan pusing agak jauh..satu floor dia pusing so si ibu dan si kecik pun join sekali..kelakarkan...hahahaha


Lenguh dah kaki aku pusing2 kat dalam Mines tu.. so kami pun makan jek kat FC kat situ..hakim dan abah mula2 makan nasik ayam..lepas tu bedal plak sizzling mee... badan kurus tapi makan...emmm... aku just makan tom yam soup jek..tak snap coz lapar sangat...adik? dia minum susu sajor...senang kojer den..


so yummy
Pukul 1.30 kami pun cabut balik coz kids both dah lalok..nak titun.. si adik sleep dalam stroller si abang nak sleep kat mana ibu?...dlm keter la... sampai umah semua zzzzzzzzzzzz

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, March 13, 2009

Tengok............

tengok apa dah jadik dengan blog aku ni..nak kasik nafas baru sket...rasa macam makin sesak napas aku nengok nyer ada la...wakakaka..dah selesai pilih memilih... banyak plak warna pink.. uhh.. nanti kucarik lagik la bground yg cun.. thanks anis..kerana ko telah berjaya membuatkan aku terleka menelek blog dah sejam dok menggerodek..
saja nak share gambor ni.. cun tak? cam real ja kan...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, March 12, 2009

Alhamdulillah..

alhamdulillah..rezeki Arissa untuk hari ni... aku baru lepas pump susu utk anak kesayangan. walau sibuk macammana pun aku tetap akan curi masa utk pump susu untuk si kecil. hari ni tak la banyak sangat cuma 8oz. jadik la..salah aku jugak skali ja pump. kalau dulu masa hakim 2 kali aku pump. pagi n petang. now tak sempat..sedar2 dah lunch time. so petang je la sekali pump. hasrat dihati nk beli spectra 3.. akan dipikirkan.. Avent isis aku tu macam dah tak function ja..geram aku..better aku pump pakai tangan. cepat sket.. 1/2 jam settle for both. adakah wajar untuk aku pertimbangkan nak sambar spectra3... kawan aku beli 500++, tapi tadik tengok kat blog adha cuma 400++ for double...nk kena pujuk cik abang la nampak gayanya..kalau dia tak moh beli aku beli sendirik la jawabnya...huhuhuhu.. demi kebaikan si kecil, pejam mata jerk la..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

hari-hari yang memenatkan

kerja kat office ni dah makin bertimbun dan makin berserabut kepala otak aku nak organize..mana yang patut didahulukan.. mana nak fulfill requirement from other department for coming tender bidding. Product baru yang nak register lagik dlm 6 produk (side income). correspondence...huhu stop clock.. ni antara term2 seharian seorang pekerja macam aku ni.. kerja apa? register drug baru.. korang jangan terkejut plak..aku bukan la pengedar dadah..kalau pengedar dadah dah lama aku kaya raya.. tak pun aku dah meringkuk kat penjara nun..hehehe mana mungkin aku buat kerja2 bodoh tu untuk aku suapkan kemulut aku dan anak2 aku yang tak bersalah tuh.. untuk aku tenangkan jiwa aku ni...sekejap aku menjenguk blog aku ni sambil meluahkan perasaan..bleh gituk? makan tengahari pun tak sempat ni.. makan biskut jerk..kesian tak kat aku? (walhal pagik tadik hubby aku dah tapaukan aku roti canai 2 keping...patut la perut aku ni tak memberontak sangat....) klah sambung kerja balik... bos nak gi Switzerland plak next week seminggu (alangkah best kalau dia bawak aku...mau mengamuk laki aku kat umah..hahahha) so aku nak kena buat mana yang boss aku nak kena riview dulu... macam ni la kerja makan gaji... bila mau kaya nih????

sesungguhnya gambar ni tiada kaitan dengan cerita aku kat atas tu..cuma buat pelepas rindu ja kat anak teruna aku ni..hobi dia sekarang tengok komik.. ni komik pasal bola. kalau dah lelaki tu lelaki jugak.....eksen ja macam dah terer benor membaca...Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 10, 2009

Kadang-kadang tak terfikir pun kita.......

I just received email from my friend.. it's good if we can share together.. let's read...

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik danglamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...KITA JUGA LUPA......SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAHPEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAHKITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI' Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. .....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONALimprovement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitanAKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kitapun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punyang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.... Tuhan juga memberikita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebihkurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjayadi dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, merekadiseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.'Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Sesungguhnya mengingati mati adalah satu ibadah...


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, March 6, 2009

My work station for today...huuhuhu

Look at my work station!!! very the berserabut kan... it same with my kepala otak now.. very the busy but still bleh menjengah kat blog ni.. nak tenangkan jiwa jap. kejap lagik dah nak balik..isnin cuti..huye huye tapi kerja bertimbun ni..asyik terkenang-kenang jerk. file2 kat belakang tu meronta-ronta mintak dilihat...sabor2..buat satu-satu.. kena asingkan mana yang penting vs urgent. dateline dah dekat...huhuuhu. Dah la one of my friend kat sini cuti bersalin. bersalin mengejut (terawal) so banyak nak kena cover gak ni. tapi tak pe la redha ja la coz last 3 months dia pun buat the same thing kat me kan... give n take la kata orang.

Tapi pada aku buat masa sekarang lebih rela busy diopis daripada hari2 duduk dirumah buat kerja yang tak pernahnya habis. lagik aku rasa tertekan. bukan nak mengelak kerja rumah dan jaga anak-anak. Seronok jugak jadik housewife tapi bukan sekarang. Bila lama2 duduk rumah jadik housewife bikin aku tension. mungkin emosi mudah terganggu kot almaklum la wanita yang baru lepas pantang cam ni gamaknya kot. ker aku jer cam ni..hahahaha..cepat sangat nak rasa marah.aku lebih senang..bangun pagi uruskan anak-anak hantar ke rumah baby sitter, pegi kerja, petang...balik kerja ambik anak-anak....main2 dengan anak-anak sambil tengok tv..pastu masak, kemas rumah sikit2...sambil2 basuh baju ker....lepas makan malam....tdokan anak-anak..pastu aku pun.....tdo.. cam tu la hari2. cuti hujung minggu is a big day for us. time ni la aku nak mengemas tahap heavy, jalan2..main2 ngan anak2...emm..it's my life. sedar2 dah seminggu...sebulan...setahun...begitu cepat masa berlalu...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, March 4, 2009

Belajar memaafkan walaupun menyakitkan....

tengok tajuk pun tau kan..aku tengah sakit hati ni... bengang bila bercakap dengan orang-orang yang tak faham bahasa plus sengal. meluap2 kemarahan aku. nak tahu kenapa? pasal hp la. tak faham aku kenapa nak still guna agen yang sama kalau dah mahal pastu kedekut nak kasik apa yg kita minta sedangkan ada lagik kedai yang boleh bagik harga murah plus GARMIN dan memory card up to 8G...ini dah la mahal..tak de GARMIN..Memory card 4G jer.. tu pun puas mintak.aku redho ja la.. berbisik pada diri sendiri belajar memaafkan supaya hati tenang. itu sahaja caranya. buat apa aku nak seksa diri aku memikirkan benda yang buat aku tambah sakit hati... kalau selalu marah2 nanti cepat kerepot plak. Hidup mesti ceria...chayukk

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 3, 2009

i wish....


Hajat dihati nak pakai hp baru. saya ni tak la demand sangat..sesuai dengan kemampuan dan keperluan saja. Tak macam ko intan..dapat hadiah iPhone...huhuhu..jeles gak nih..hehehe. aku just wish Nokia E66 je...Harap2 boleh dapat dalam masa terdekat ni insyaallah.. rezeki orang nak kasik kan..tersenyum lebar dan hati girang gumbira la kan... insyaallah akan menjadi milik ku jua dalam masa terdekat ni... tak sangka pulak bila ditanya pada cik abang dia pun minat dengan model hp ni.. yang penting boleh 3G, GPS dan Wifi... jenis slide nampak cun sket kot...harap2 bleh tawar lagik ngan agen hp tu dan dapat free installation Garmin. Senang sket nak travel lepas ni..hehehe

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

senyuman seindah suria



aku suka...suka sangat tengok anak dara aku ni tersenyum... dia ni pulak memang suka senyum..buat aku tak senang duduk kat opis..tak sabar nak balik rumah nak jumpa anak2.. betapa indahnya ciptaan dan kurniaan tuhan untuk aku...syukur alhamdulillah...hati berbunga riang sekarang ni.. rasa lengkap hidup ini...tak ternilai dengan wang ringgit

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails