Monday, July 28, 2008

Hakim new stuff

Sabtu lepas aku hantar Hakim kat umah bby sitter. Seronok dia kat sana sampai buat dek ja kat aku time nak balik. ye la ada org nak melayan. cadang nak hantar half day jer coz bleh la aku mengemas rumah sket2. alih2 kak izat cakap suruh ambik petang coz tak puas lagik anak2 dia nak main dengan hakim..emm tak kisah la.. aku bukan apa takut menyusahkan dia ja.. hari sabtu pun nak hantar full day. ni la 1st time aku hantar hakim on Saturday...tu pun sebab abah tak de nak melayan hakim...
petang lepas ambik hakim kami anak beranak terus ke w/sale. Nak carik kasut utk hakim dan utk aku gak..hehe. pusing punya pusing akhirnya dapat la...
Ni kasut utk hakim... cun tak? ni jer yang ada.. (yg aku nampak la..) tak de la kasut utk budak baya2 hakim


Masuk2 ja pintu utama dah nampak beg ni so mmg ada niat dihati nk carik beg sekolah cute ni utk Hakim.. so rembat je la.. sepanjang mencarik kasut asyik menggalas ja beg yg belum bayar lagik tuh... hakim...hakim...


balik ja rumah tak habis2 bergaya..suka sgt la dapat kasut dan beg sekolah baru... "ciwi" tak habis2



Aku cuma beli ni jer utk diri sendiri... kasut tak glamer... tapi sedap sgt pakai..



Friday, July 25, 2008

puasa pun belum dah sibuk nk raya

emm 2 bulan lagik dah nak raya.. cam no ni baju raya belum beli lagik.. ada ke lagik org nk ambik tempahan ni? harap2 mak cik kt kg aku tu nak lagik terima tempahan. abang sayang cakap tahun ni nk pakai warna maroon. kak ija dah sibuk2 tanya nak pakai kaler apa tahun ni coz dia nak carik baju melayu utk si cilik aku tu...ahahaha save budget aku. tapi aku rasa mesti tgn aku gatal gak nak membeli utk si cilik tu nanti.. cik abang cakap nk tggu bln posa baru nak shopping raya tapi aku takut batri aku plak yang akan kong nanti.. tapi kekadang syok gak menambahkan kesesakan kat jalan TAR tu time bulan posa..ahaks.. leh jamu mata..
emm... arghhhh bulan ni ada 2 w/h sale aku NAK KENA terjah.. ye ke nak kena terjah.. harus.. utk si comel tersayang.hehehehe.. byk leh save kat situ.. dan jugak bakal membuatkan poket ku carik.. so kepada yg dah tahu w/h sale tu kat mana jom kita p reramai... value for money...
jgn tak caya ni antara hasil rembatan aku yang lalu masa p w/sale.. cuba teka berapa RM? ahaks


psst.. semua tu RM1 each ja tau.. ha mana nak dapat? aku nyer baju tu mahal sket..hahah RM6.. kat Tag RM80 kot( tak malu kan aku bgtau pakai baju murah...hahahaha) tapi kat luar mahal tu beb!!!

Monday, July 21, 2008

What we do on weekend..

as usual sejak2 minyak dah naik ni kami bertiga menghabiskan cuti hujung minggu dengan indoor punya aktiviti.. tak pun keluar berjalan sekitar s.alam. Shah alam ni macam2 ada..tak yah p jauh2 pun nak beriadah or shopping.
sabtu lepas aku buat projek masak memasak.. apa aku buat? aku buat puding roti yang semudah ABC jer nak buat nya.. petangnya aku buat roti jala. ha buat sendiri baru puas makan... hubby tersayang tolong jugak menjala..hehehe..tak de la banyak sangat buat..setakat 2 cawan tepung jer tapi puas la makan.. buat minum petang. kebetulan anak bertuah tidur so aman sikit nak buat kerja.







ni ha rupa paras puding roti aku.. buat ni khas untuk hakim. aku tak suka sangat. jan plak kata manis...emm..
hakim bangun saja dari tidur tengok kami berdua tengah asyik makan roti jala..dengan tak basuh mukanya dah mintak nak makan roti jala... apa apa ja la nak oi...
selesai makan, macam biasa petang2 abah akan bawak hakim naik motor pusing taman dan kalau abah rajin abah akan bawak hakim main2 kat play ground kat belakang rumah..
Balik dari naik motor abah potong rambut hakim yang dah panjang tu. macam biasa hakim akan duduk diam jer masa abah buat operasi kat rambut hakim..hehehehe













Thursday, July 17, 2008

Hakim oh Hakim


bercerita perihal anak bertuah aku ni memang kadang2 boleh buat aku memiliki seribu satu perasaan. kadang2 kenakalannya membuatkan darah aku naik ke 101 darjah Celcius.. memang betul2 menguji kesabaran la.. sekali sekala melayang jugak tangan ni kat tubuh kecik tu. teruk aku ni kan? tapi kalau dah geram tu..lupa seketika... jadik kalau aku sedang geram tahap gaban aku sedaya upaya melepaskan kegeraman dekat objek2 lain..konon nk bagi si kecik ni takut..tapi dia ni mmg tak makan saman.
Hakim ni bila dikaji dan diteliti memang cerdik budaknya. cepat belajar tapi bab2 nakal ni tak usah cerita la..memang tak duduk diam walau sesaat melainkan tidur mmm.. mcam mana kenakalan dia? biasa la budak2 sebaya dia ni..panjat sana panjat sini, kalau kita larang lagik2 la dia buat.. so sikologinya jgn larang, buat dek je... nanti pandai plak dia datang memujuk kita..cakap ayang...tahu plak kita marah dia. dia tak tahu erti serik even dah jatuh dari meja berkali2.. tangga pun penah jatuh tapi setakat 2 anak tangga ja la..
Hobi dia ialah melipat karpet, gulungkan diri dalam karpet (sambil buat2 dia dah hilang dari alam maya ini) dan titikkan susu penuh carpet. lastly aku tak tahan aku buang carpet dan gantikan dengan tikar buluh..sama jugak perangainya..di lipat2nya, dan di langgar2 plak dengan basikal dia..habis dah patah buluh2 tu..penat betul nk melarang. Tapi yang bestnya kalau bawak dia p rumah orang pandai plak dia jaga perangai dia. seolah2 macam anak mithali gitu..duduk baik jer.. tapi untuk sejam jer la... usha line dulu..lepas tu..ha!!! sendiri mau ingat la.
Sejak2 dah pandai tengok Tv ni. kadang bergaduh jugak dengan dia, berebut siaran TV. mana tahan asyik tengok Astro ceria ja.. sampai aku dah bleh menghafal dah setiap siri tom-tom bak tu.yang paling dia suka tom-tom bak, geng bas sekolah, putera shazlan, kampung boy dan just for laught GAGs. tengok macam paham benar la... dia kurang suka sangat katun2 ni..macam la dia tu dah besar..kelakarkan?
Semalam Hakim sepahkan satu rumah dengan mainan2 dia yang dalam box besar tu.. aku tengok pun dah penat. kubiarkan saja... sebelum nak cuci badan nak tidur aku cakap " Hakim.. lepas main kena simpan balik semua toys dalam box tau..baru esok bleh main lagi...Hakim good boy kan..." dia cakap " aaaaa".. and than aku tengok dia kutip satu persatu mainan dia dan masukkan dalam box dan dengan susah payahnya dia tolak box yang besar 4 kali ganda badan dia tu ke tempat asal. wah bagus betul anak aku ni.. terharu aku... so sebagai upah... aku bagi la dia minum air orange kesukaan dia. nampak gaya dah bleh educate dia sket2..kalau tak.. lepas main aku atau abah dia la tukang kutip. sakit jiwa betul.


Related Posts with Thumbnails