Wednesday, January 30, 2013

Bali 24 Jan - 29 Jan 2013

Alhamdulillah..
subhanallah
Allah hu akbar
 
syukur diberi peluang oleh Nya untuk melihat dengan mata sendiri keindahan dunia ciptaan Allah.
saya tak mampu untuk bercerita panjang,
penat percutian 6 hari masih berbaki
refresh my memories with this 2 pic
 
Tanah Lot, Bali
 
Uluwatu, Bali
 
struktur mukabumi Bali sungguh unik,
dari tanah tinggi kintamani volcano, ke kampung halaman ubud yang kaya dan kuat adat tradisi mereka sehinggalah ke kuta yang bising dan bingit penuh dengan pelancong serata dunia.
 
insyaallah ada kesempatan saya akan simpan  kemas2 memori ke Bali dalam blog saya ni. insyaallah
 
kalau dimurahkan rezeki ingin sekali saya kembali ke bali dengan insan tersayang. Bali..sangat2 sesuai bercutian berdua. no kids sebab mencari makanan halal adalah satu masalah.
halal bagi muslim bali tidak pada umat islam kita
 
berhenti disini dulu..
saya perlu prepare doc untuk next trip
pergi lebih jauh..lebih lama..insyaallah
moga allah permudahkan saya, permudahkan keluarga saya utk hidup tanpa saya selama beberapa hari.
sob sob kesian sikecil:(

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, January 21, 2013

Jakarta 16-18 Januari 2013

last week acik cikin dengan berat hati terpaksa outstation ke Jakarta.
Berat hati meninggalkan sicomel yang 100% breastfeeding..
hanya ibu yang menyusu badan saja tahu betapa beratnya nak meninggalkan simanja dimalam hari
risau gundah gulana, si ibu dan sianak punya perasaan yang sama saya kira
tambahan pula, alya baru sahaja 2 bulan lebih
yang saya mohon moga Allah mempermudahkan orang yang menjaganya sepeninggalan saya
Alhamdulillah pengasuh Alya sanggup menjaga Alya sepanjang ketiadaan saya
 
my girls
 
 
musibah..
hari kedua saya di Jakarta, hujan rahmat turun mencurah-curah
seawal 7 pagi saya dan rakan bersiap sedia nak ke Tanah abang..soping..*wink*
disebabkan meeting jam 12 pm maka pukul 11 am saya pun keluar la dari Tanah abang..
keluar2 saja..jeng3..pemandangan yang tak disangka-sangka.
 
nak tak nak terpaksa minta tolong kat brother2 ni..
hahahaha
sungguh kreatif mereka2 ini..
katil besi di ikat dengan board buat ala2 rakit..hahaha..
air separas dada.sanggup ke nak redah? huwaaa
 
muka acik cikin yang cuak.. kalau jatuh mau basah sampai ke kepala... dok berimaginasi air banjir yang kotor tu pulak..alahai...sob sob sob..
dugaan betoi.. patut dapat elaun emosi/ elaun hidup susah ni bos..*wink* hahahaha
rupa2nya. balik ke hotel sepanjang hari breaking news..
JAKARTA DILANDA BANJIR TERBURUK DALAM SEJARAH 20 TAHUN INI..
walawei... timing sungguh cun la kami ke sini..huwaaa kalau hujan berterusan alamat tak balik msia la jumaat tu. tapi syukur, igauan ngeri tu tak menjadi kenyataan. masih  ada laluan ke Airport.
ada sesetengah tempat banjir setinggi 4 meter..cuba anda bayangkan..betapa teruknya banjir tersebut. fuhhh!!!

ok back to another story, bila outstation, satu lagi kegusaran iaitu nak uruskan susu yang dipam.
nak dibuang? no no no... rezeki Allah yang satu ini sedaya upaya saya jaga
ada masa saya akan perah untuk simanja. Syukur kat MORRISSEY HOTEL ni ada fridge.
dan saya juga menunaikan hasrat dihati nak beli Medela Freestyle. Ya..mahal tapi tak mengapa, pelaburan dan pengorbanan saya untuk simanja.beli pakai duit sendiri ni.. mintak tak dapat2... huh!   dengan FS ni lebih senang untuk travel.. ringan, pakai batri aja...khamis nanti saya kena travel lagi... 5 hari ke bali... next month pon confirm travel lagi.. 8 hari... cabaran 2013... dan saya anggap ini rezeki tahun 2013

RM1450
 

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, January 8, 2013

Nur Alya Najihah

Bissmillahirohmanirohhim...
 
syukur... diberi kesempatan jugak untuk buat entry ni.
mencuri sedikit masa yang ada. time orang keluar lunch acik cikin tekun buat entry..
wowowow sadissss
ok back to the title
 
alhamdulillah saya selamat melahirkan anak ke-3 pada
29.10.2012.. due date 13.11.12.. (38 weeks)
tepat jam 4.45pm di pusat rawatan mahsuri
berat lahir 2.4kg sahaja..sungguh comel saiznya
 
diberi nama NUR ALYA NAJIHAH
moga menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan akhirat
satu lagi amanah dari Allah buat kami.
semoga kami mampu menggalas tanggungjawab ni..in sha Allah..
 
baby Alya 2day old
 
Baby Alya- 1 month
 
Latest..Baby Alya 2 month
 
makin hari muka baby dah macam kakak Arissa masa baby dulu..sungguh tembam.. alhamdulillah
Berat sebulan dari 2.4kg jadi 3.7kg.. wah..sungguh memberansangkan..bulan kedua berat baby Alya naik sikit sahaja 4.2kg.. semoga baby Alya terus membesar dan sihat..amin
 
murah betul rezeki Nur Alya ni, ibu baru berkira2 nak buat majlis aqiqah selesai pantang tapi dihari ke15 ada jiran yang sedekahkan setumpuk danging lembu untuk aqiqah Alya. Syukur... kami menerima dengan tangan terbuka.
 
Alya masih menyusu badan sepenuhnya...
errkkk sayangnya dah 3 x Alya minum susu formula.
dengan berat hati ibu bagi sebab nak turunkan 'demam kuning' Alya
hari ke3 Alya masuk ward semalam.. kuning menjangkau bacaan 245..
sampai umur Alya sebulan pon masih ada 'jaundice' tu..huhu sob sob.
Alya kena prolong jaundice.. ibu pon redho ja la tak makan apa2 jamu sepanjang tempoh berpantang..
dah habis pantang pon culassss lagi makan jamu..ayya!!!!
 
ohh ya.. impian hati nak memiliki FS belum tercapai.
tak pe la kalau ada rezeki..ada la..
beli sendiri pon tak pe...sob sob sob ( wahai duit..jatuhlah kamu dari langit!!!..*berangan* pang!!)
 
 Ihsan seorang teman dia bagi saya pinjam dulu spectra3 ni. baru guna 2 minggu..
 
masih lagik culas nak memerah...wahai 'malas' pergilah kamu jauh2..
minggu terakhir sebelum masuk kerja baru terhegeh2 nak pump. itu pon sehari sekali dua saja...
konon cukup baik la tu..puiii sungguh saya MENYESAL!!
ini sahaja yang dapat..50oz..
Alya pulak kuat menyusu..sehari saya bekalkan pengasuh 30oz.. kira 50oz ni.. sehari semalam confirm licin..huhuhuhu
 
kata orang kalau kita nak pandai..kawan dan bergaullah dengan org pandai..setidak2nya..dapatla sedikit tempiasnyakan.
maka saya dengan ini berazam... mahu ekslusifly BF.Insyaallah..
dalam usaha memenuhkan ilmu didada...tak mudah sebenarnya nak BF ni untuk ibu2 bekerja.
motivasi diri dan sokongan orang2 sekeliling AMAT2 la PERLU..
 
Masa dekat arissa dulu selepas saya stop susu badan..berat badan dia mula menurun..sob sob sob..
 
semoga allah permudahkan
semoga Allah beri saya kekuatan semangat
semoga saya mampu istikomah..
 
nota utk diri- Alya luruh pusat hari ke 7 dan dibotakkan kepala hari ke 40 (makin lama ingatan makin teruk la acik cikin ni....tanda2 semakin 'muda')

 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, October 18, 2012

Hati Lara

Perkongsian dan ingatan untuk diri saya dan juga suami. Very gud info
 
Mengatasi Masalah Anak Yang Degil

Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

· Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

· Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

· Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

· Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

· Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

· Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

· Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

· Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

· Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

· Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

· Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

· Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

· Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

· Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

· Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.

Nota Hati- Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata yang comel2 belaka, sihat tubuh badan dan sempurna. Jangan mudah mengalah dalam mendidik dan menangani kerenah anak2. Allah berikan ujian dalam pelbagai bentuk, ujian saya dan suami hari ini nak behavekan siabang supaya mendengar kata dan behave disekolah tidak la sebesar mana jika dibandingkan dengan ujian untuk ibubapa lain diluar sana, yang anaknya sakit terlantar dihospital (nauzubillah), tak kurang juga yang berdoa siang dan malam berusaha untuk mendapatkan gelaran ibu dan bapa. Terima Kasih Ya Allah.
 
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, October 15, 2012

Wall Deco

Hijaunya makngahhhh..sungguh terang dan mengujakan.
yang pasti ini bukan dinding rumah saya.
ini dinding, tuan punya business frame yg punyaa..
hahah saya cuma cilok n tampal disini aja.
niat dihati nak tampal version yang saya tempek kat rumah,
 tapi mode malas menguasai..as usual..:P
 
cantik tak uols? masuk lif tekan sendiri...:P
saya tempah dari FB je ni.
2 set.
 
Set pertama 12' x12' inc  RM75 per set
 
Set ke dua 12' x 12' (2 pcs) dan 24'x 8' inc (2 pcs)
RM 120
 
tak tahu la murah ke mahal ke..
janji sedap mata memandang..hahaha..
ni pon satu penyakit dihujung jari gak ni..
 
ada lagik satu projek belum siap... dah beli poster 12R x 6 pcs kat Groupon tapi masih belum siap edit2 gambar..leceh sebab kena pilih2 n edit sendiri ..huhuhu.. tak pe expired Mac 2013..so rileks2 ja dulu..hahaha

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, October 11, 2012

Penyakit dihujung jari sudah mari...:P

penyakit ibu2 moden la konon...
bahaya bila semuanya dihujung jari..
klik sana sini, hati terpaut maka susah mau tidur lena..
comel tak uols?
bedung/cPod swaddlePod ni
yang best boleh juga dijadikan selimut untuk baby.
 
 
 
yang ni pulak keluaran Malaysia jenama Gugu.
warna pon meleleh2 cun..
acik cikin dah tengok material dari my opismate yang dah pon pakaikan utk babynya.
material dari kain t-shirt, tak panas..:)
 
both RM35/piece..
 
awal bulan lepas, terjebak dengan offer Groupon.
ini gara2 budak2 opis ni la...adoyai..
konon harga asal 300++ perset.
tapi melalui Groupon dapat RM116 sahaja.
 
lambat lagi nak sampai, tak pe.. 6-7 bulan lagi baru nak pakai
blender kecik kat rumah pon dah rosak, takkan nak campor2 blender bawang plak kan..alasan!!
ucapan pada diri sendiri
'rajin2 la kamu masak untuk baby nanti acik cikin'

erkkk en suami sudah menegur.. aktiviti klik sana sini sungguh bahaya..tapi hasrat hati yang satu itu belum tercapai...camno??

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, October 5, 2012

Shopping barang baby lagik

Hari ni kan jumaat..so haruslah memanafaatkan masa yang ada bersama2 teman2 seperjuangan, menerjah 'kedai' baby
hasil menggodek di web akhirnya sampai kedestinasi
konon nak jimat postage dan rasa lebih puas soping depan mata kan..:P
taraaaaaa
 
Mummy Bag 5 in 1
RM 56
cun tak wahai puan zanariah??
dah masuk anak ketiga kebanyakan barang2 yang dibeli masa anak sulung dulu telah hancusss..
well.. dah 6 tahun kan...
pulak beg baby yang pernah saya beli untuk hakim dulu saya pakai hari2 hantar anak ketaska sampai ke hari ni...huhuhu panjang pulak mukadimah ko acik cikin
warna ni saja yang ada..pink pon pinkkkkk laaaaa..:)
 
berkenan dengan warna merah menyala ni..tapi apakan daya, tak de stok
disebabkan malas dah nak menanti stok baru atau cari kat web
memandangkan masa2 kritikal ni..
beg nak ke hospital pon belum prepare..adoyaiiii
 
 lagik... hasil tuaian hari ni
sebagai persediaan milk storage
insyaallah moga2 rezeki baby kali ni pon semeriah rezeki abang dan kakaknya dulu..

Autumnz Breastmilk Storage Bottles - TWIN PACK and Free 2 Bottles
RM34/10 bottles
Set includes:
10 x 5oz PP Breastmilk Storage Bottles
10 x Screw Rings
10 x Sealing Discs

ada beberapa lagik barang yang perlu dicari dalam masa terdekat..moga2 sempat la hendaknya..:)
sudah mula rasa tak larat nak tawaf sini sana menyopping
maka jari jemari pon aktif la klik sana..klik sini.. online soping sajo:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails