Monday, January 21, 2013

Jakarta 16-18 Januari 2013

last week acik cikin dengan berat hati terpaksa outstation ke Jakarta.
Berat hati meninggalkan sicomel yang 100% breastfeeding..
hanya ibu yang menyusu badan saja tahu betapa beratnya nak meninggalkan simanja dimalam hari
risau gundah gulana, si ibu dan sianak punya perasaan yang sama saya kira
tambahan pula, alya baru sahaja 2 bulan lebih
yang saya mohon moga Allah mempermudahkan orang yang menjaganya sepeninggalan saya
Alhamdulillah pengasuh Alya sanggup menjaga Alya sepanjang ketiadaan saya
 
my girls
 
 
musibah..
hari kedua saya di Jakarta, hujan rahmat turun mencurah-curah
seawal 7 pagi saya dan rakan bersiap sedia nak ke Tanah abang..soping..*wink*
disebabkan meeting jam 12 pm maka pukul 11 am saya pun keluar la dari Tanah abang..
keluar2 saja..jeng3..pemandangan yang tak disangka-sangka.
 
nak tak nak terpaksa minta tolong kat brother2 ni..
hahahaha
sungguh kreatif mereka2 ini..
katil besi di ikat dengan board buat ala2 rakit..hahaha..
air separas dada.sanggup ke nak redah? huwaaa
 
muka acik cikin yang cuak.. kalau jatuh mau basah sampai ke kepala... dok berimaginasi air banjir yang kotor tu pulak..alahai...sob sob sob..
dugaan betoi.. patut dapat elaun emosi/ elaun hidup susah ni bos..*wink* hahahaha
rupa2nya. balik ke hotel sepanjang hari breaking news..
JAKARTA DILANDA BANJIR TERBURUK DALAM SEJARAH 20 TAHUN INI..
walawei... timing sungguh cun la kami ke sini..huwaaa kalau hujan berterusan alamat tak balik msia la jumaat tu. tapi syukur, igauan ngeri tu tak menjadi kenyataan. masih  ada laluan ke Airport.
ada sesetengah tempat banjir setinggi 4 meter..cuba anda bayangkan..betapa teruknya banjir tersebut. fuhhh!!!

ok back to another story, bila outstation, satu lagi kegusaran iaitu nak uruskan susu yang dipam.
nak dibuang? no no no... rezeki Allah yang satu ini sedaya upaya saya jaga
ada masa saya akan perah untuk simanja. Syukur kat MORRISSEY HOTEL ni ada fridge.
dan saya juga menunaikan hasrat dihati nak beli Medela Freestyle. Ya..mahal tapi tak mengapa, pelaburan dan pengorbanan saya untuk simanja.beli pakai duit sendiri ni.. mintak tak dapat2... huh!   dengan FS ni lebih senang untuk travel.. ringan, pakai batri aja...khamis nanti saya kena travel lagi... 5 hari ke bali... next month pon confirm travel lagi.. 8 hari... cabaran 2013... dan saya anggap ini rezeki tahun 2013

RM1450
 

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

2 comments:

TeacherAzimah said...

Wahhhh dah beli ek bestnya! Wah nak gi bali yer bestnya! Wah...byk out station blh jalan byk wahhhhh bestnya!
Wahhh....wahhhh....
Tp kesian kat si comel yg tinggal....
Cikin...ehem....aku xde lg FM bali sob sob...

Syikin said...

TA, best3.. beli FS x berapa best nak keluarkan RM tapi memang tak mnyesal. Pegi bali tak tau la best ke tak, aku tak menggoogle pon apa yg best kat sana. nanti aku review k. mana tau ko leh g bulan madu lagi lepas ni. outstation ke negara orang memang la best kan, tambah bukan RM sendiri bertambah2 la bestnya. cuma yang tak best kena tinggal anak2 la..huhuh
FM? sudah pasti ada... insyaallah sampai la nanti kat VCK ko:)

Related Posts with Thumbnails