Monday, March 26, 2012

Hidup bersubsidi

pehh tajuk tak bleh blah..umpama parti politik gayanya bercakap..
no no no
saja melepas gian menulis di blog yang usang..mencurik sedikit masa dikala kerja menimbun2
menimbun sampai tak terasa masa berlalu...ohhh sungguh.. banyak betul list yang perlu segera siap.
dah..sudah..sudah.. saya ni gila menaip..kalau dah mula meniap dalam blog sukar nak berenti hatta cuma pada mulanya berniat nak buat entry sesimple mungkin..bleh blah acik ckin!!

ok cerita yang berkaitan tajuk apakah??? ayat pon dah lintang pukang..gasak!!

ok.. tune kembali normal..
cam gini.. saje nk buat review...
ini hp saya kira2 3 tahun dulu..dengan entry ini..pasal hp nokia

saya beli dengan harga RM1200
gila rasa mahal la.. time tu kan tak penah2 dapat hp ribu2..
itulah hp pertama saya beli dengan subsidi RM750.
so top up selebihnya saja dengan skim utang tanpa interest..wah sonok!
dah selamat menjadik ahli kubur pon januari 2011 sebab masuk lubang toilet kat RNR seremban. sadissssss

maka.. dengan tak berapa nk betul terus sambar iphone 3GS.. pakai RM sendiri.
rasa macam hilang akal pon ada sebab tak semena2 p beli hp mahal pada saya la kan
RM 1500 cash
tanpa ditemani sape2..sorang2 menonong g beli iphone.
gara2 aper? dapat SUBSIDI UNLIMITED DATA PLAN.
so haruslah hp leh maximum mentenet kan..huhu



dan setelah setahun saya memiliki iphone3gs yang saya sangat sayang ni even tak reti pakai sangat selain dload game, mentenet n tgk utube ..hahah sila gelak sama mak cik cikin.

jeng jeng jeng..
setelah 3 tahun berlalu maka awal bln hr tu menerima khabar gembira..
subsidi hp kedua sudah keluar..
kali ni dapat lebih sikit dari yang dulu dan dengan tenang hati WAJIB pakai
blekberi. huhuhuhu
RM dah dapat tapi masih belum tergerak dihati nak pegi beli..
mereka2 ramai yang pilih yang ini
senang nak type dan cepat walau dikala sedang drive..erkkk

Bold 9790

tapi hati saya tetap suka skrin besar2 touch skrin ala2 iphone
puas nak meng utube


torch 9860

so lepas ni.. jom berbbm la ya:P ayat jakun org baru nak dapat bb

ohh baru terperasan saya selalu membuat pilihan hp lain dari yang lain..hahaha

sekian dulu entry PENDEK saya buat kali ni.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, March 12, 2012

secepat kilat..

kejadian: 9 Mac 2011
tempat kejadian : dalam bilik air rumah
punca kesakitan: terjatuh bilik air lalu tersembam terkena bucu jubin tandas duduk.

saya cuma selagkah keluar dari bilik air. toleh saja belakang arissa dah terjatuh. ya saya boleh lihat kejadian tu. macammana dia terjatuh.. hati bagai direntap. sebab saya dah nampak kat mana kepala dia terantuk. terus saya pegang kepala arissa darah berjurai2.. lukanyanya panjang..sedalam mana saya tak pasti sebab banyak darah yang keluar. cepat2 saya capai tuala kecik dan tangkupkan kat luka nak hentikan pendarahan.

dalam keadaan panik capai tudung terus bawak ke klinik yang terdekat.
ya allah benar telahan saya. perlu dijahir luka tersebut.
kesiannya kamu arisa. ibu tak sanggup lagi tengok anak ibu ni dijahit. another solution kalau boleh ibu nak pakai 'gam' sahaja.

trauma tragedi beberapa bulan lepas masih belum hilang.. berjahit kaki lebih 20 jahitan!!
ya allah selamatkan lah anakku. moga cuma luka diluar. moga tak da apa2 yang merisaukan berlaku.

lepas cuci dekat klinik berdekatan, ibu decided untuk tidak jahit kat klinik tu..ibu kurang yakin dengan Dr yang begitu belia remaja. yang dia pon macam samar2 nak buat keputusan. saya yang banyak advise itu ini ...huhuhu..lepas dah cuci dan balut luka terus bawak arissa ke DEMC. bab bil.. tak perlu pikir..kesihatan anak lebih penting. wang boleh dicari. betul tak?

ni gambar masa darah dah berhenti dari membuak-buak dan luka telah dicuci.
 luka agak panjang

dia masih lagik maintain even sakit.ibu bangga dengan arissa sebab boleh tahan sakit. pandai menyembunyikan kesakitan..huhuhu love arissa..kalau abang hakim..kompem meraung satu hospital dengar.

Dr advised pakai gam. alhamdulillah. luka tak terlalu dalam. Disebabkan jangkamasa dari masa kena tu dengan masa rawatan dekat DEMC menjangkau sejam. sekeliling luka dah bengkak. sukar untuk Dr. untuk cantumkan luka tu. Dr tekan dengan sangat kuat sampai bengkak tu turun. arissa masih bertahan tak menangis. hingga la hujung2 baru dia menangis. ibu dan abah yang melihat ni pon macam tak sanggup nak tengok. tapi kami kena kuat. sebab dalam kekuatan kami ada kekuatan arissa.

selepas 4 hari. pagi tadi ibu bawak arissa ke DEMC lagi untuk cek luka. mana tahu ada nanah ke kan. ibu tengok sekeliling mata arissa bengkak dan lebam. Dr cakap, itu normal. tunggu 2-3 hari lagi insyaallah hilang. luka dah kering.alhamdulillah
kesian anak ibu..kecik2 dah macam2 kesakitan kena tanggung.moga adik cepat sembuh.
ibu janji akan lebih berhati2 jaga anak2 ibu lepas ni.

kos rawatan @ DEMC: 1st visit RM123.30 dan 2nd visit sekali ubat RM46.35.. reasonable price for me.:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, March 6, 2012

Day 3 Java Trip- saat2 terakhir di jakarta

hari ketiga bersamaan 5 February 2011
lemaunya alahai nak buat entry...
jom rajinkan diri buat aktiviti sambil2 buat kerja. tengah sengsara ngadap web gomen yang lemau. klik sepoloh kali x gerak2..adoyaiii terus jadik malas!
sila imagine saya tengah buat entry sambil dengar lagu yuna terukir dibintang... wah best3.. sehari berkali2 dengar dan dengar..ulang dan ulang..sewel!!

ok jom layan entry panjang yang tak tau bila mau habis..dah genap sebulan kami warga APSB ke indonesia.. tengok..betapa cepatnya masa berjalan. :P

ok.. aktiviti kami dihari ketiga. kami semua sudah ready untuk perjalanan yang agak jauh dari jakarta. siap berkemas dah memulakan aktiviti nomad berpindah randah.

hati acik cikin sedikit gusar. sebab apa? sebab beg acik cikin dah tercabut roda setibanya diairport. almaklum beg yang begitu murah beli 3 tahun lepas kat langkawi la katakan..kui3
niat dihati nak beli kat mangga 2 siyes beg teramat lawa kuasa 3. tapi kena pandai tawar la kat sini.tapi tak sempat jugak nak beli beg tersebut sob sob dan sob. nasib baik tak beli.
beg biasa2 pon dia letak 700K rupee.. mahal lorr..
acik cikin budget untuk benda lain lagik bagus..sob3

memulakan perjalanan dengan sebiji beg chomel ni. dalam beg ni ada beg pack. awat la x terpikir nak campak saja beg merah ni kat jakarta..alahai..kalau tak, tak de la acik cikin menyusahkan jejaka2 APSB yang sememangnya ringan tulang itew..ampon!!

beli majalah konon2 nak isi masa lapang semasa percutian..hahah lupakanlah saja. aktiviti teramat penuh + malas mau baca akhirnya org lain yang baca.:)

itu dia GADIS SEMASA sudah bersiap sedia. beliau adalah roommate saya selama 9 hari.. ngeh3.
tu dia acik cikin yang dah mula debab!..jugak telah sedia meninggalkan morrissay hotel.. huyeeee hati gumbira sudah mau ke destinasi sopingggggg2.
cop! acik cikin n roommate pakai baju baru ye uols yang dibeli dengan harga 70,000K bersamaan RM24 sahaja.smileeee.. sama pesen cuma lain kaler..kah3.
.belasah! x ramai yang perasan pown

ok hari yang indah dimulai dengan menu bfast yang sedap
itu pinggan acik cikin bersama2 tangan2 geng huha
sate yang kelihatan menarik berbatangkan serai hanya menarik dilihat, dirasa tidak ditekak saya. saya cuit sikit saja. isi satenya adalah isi ayam cincang ye uols.
saya sukaaaa sangat dengan fresh orange..love2..love la sangat.. ko rasa akibatnya nanti acik cikin!!
ohhh tidak cukup dengan itu. team huha memang suka makan banyak2..ops silap. AMBIK banyak2. makannya ala2 sahaja..kongsi2 mengerat kasih sayang la katakan:P air kalau sorang tak 2 ,3 jenis air bukan geng huha la tu..
lepas dah puas mengadap bfast..kami pon berlegar2 la kat lobby sementara nak menunggu bas pukul 8.30 am. so apa lagik... sessi bergambar pecah DSLR bermula.
huyeee hasrat nak bersanding dah tercapai!! gedik tak gedik kamu acik cikin!!.. begitu cantik kerusi merah tu kan... jatoh chenta!!
 tunggu lagik ye.. terbalik. girl geng huha selalu siap lebih awal dari boy team..:)
sms2 ngan en suami merepotkan aktiviti hari tersebut.jauh dimata tapi makin dekat dihati.huhu
 bye2 morrissey.. meh cepat puan rozana naik bas big bird!
 morrisey in other way
 suasana didalam bas. masing2 dah bermata lalat..hehehe geng huha masih santai
acik cikin nampak kepala ja..sedang menikmati pemandangan kota jakarta
oo itu tempat faveret 2 ibu mengandung..:) bertudung pink n itam
dekat dengan tangga..senang mau terjun!
 menjamu mata dengan suasana hari minggu di jakarta, tidak la macet sangat.
kata pak isa gov dorang dah tetapkan ada sesetengah jalan yang ditutup untuk kereta. jalan tersebut untuk yang naik basikal atau motor je.. kalau tak silap dengar la...:)

kembar tapi tak serupa.. boria
citarasa mungkin sama..:P
en ari dan en joe formal bebenor berencik2 bagai..

ini tugu tani..apa yang spesialnya pondok menunggu bas ni?
seminggu sebelum kami ke jakarta berlaku satu eksiden yang meragut 9 nyawa disini disebabkan seorang wanita yang memandu dalam keadaan kurang waras akibat narkoba. apa itu narkoba? uols gugle ya. so mereka pon naik la banner bagi mengingatkan org sekeliling akan insiden tersebut. ayat bm habis

perancangan pada mulanya, kami akan dibawa ke MONAS untuk tangkap gambar sekeping dua..
jeng3.. itu dia MONAS
mercu tanda kemewahan jakarta
ade ketul emas berat berkg2 diatas puncaknya


tapi kita hanya merancang, tuhan jua penentu segala..chewah ayat ...
setibanya berhampiran MONAS, kelihatan begitu banyak motor. sangat-sangat banyak.
mulanya pak isa cakap mungkin ada demonstrasi...hah!!!
ooo rupa-rupanya berhimpunan sempena maulidul rasul..pehhh sungguh mendapat sambutan. syukur alhamdulillah.
atas sebab keselamatan kami membatalkan niat ke MONAS. kalau dah motor sebegitu banyak. bayangkan orang yang mengikuti majlis tersebut... dah tentu2 la ramai. kalau dah ramai..dah tentu2 la sesak.
nasib baik tak turun.. sedang kami lalu dekat situ, majlis pon selesai..huhuhu saksikan berpusu2 orang keluar dari MONAS



chomel!!

jadik kemana tujuan kami??
itu dia, STESEN KERETA API GAMBIR..

next entry- perjalanan dari jakarta ke bandung sungguh mengasyikkan!
begini la rupa parasnya!
gambar dari gugel
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails