Friday, November 25, 2011

suatu ketika... LUMUT

Assalamualaikum..
suatu ketika.. tajuk pon dah menggambarkan cerita yang telah LAMA kan.. sesaja nak abadikan disini.. sudah lama hajat dihati nak jalan2 area lumut seolah2 mengembalikan kenangan muda mudi suatu ketika dulu kaedahnya.
agaknya dah memang rezeki acik cikin...sehari selepas raya haji yang lepas en suami diarahkan mengikuti kursus pengurusan sukan peringkat selangor kat pangkor 7-11 Nov 2011. tensen plak siisteri sebab tak boleh beraya lama2 kat kg..huhuhu.. jadi kami anak beranak dengan tak berapa tahu jalan ke lumut dimalam hari terus dari kedah ke lumut. saya terrrpaksa pulak EL. ampun bosss.. tak sengaja..huhuhu macam la bos baca blog saya..
bertolak dari kedah selepas isyak dan sampai dilumut dalam 2 pagi. dengan 3 anak kecil..harus la carik tempat untuk cek in kan.... janji boleh berehat seketika sebelum menunggu feri diawal pagi.

jom layan piccas mereka-mereka yang saya sayang
 2 orang kanak2 yang ala2 sangat teror membaca peta..kihkihkih
teruja sebenarnya budak2 ni seolah-olah nak bercuti kat pantai..
sob sob sob
 mama+mia=mamamia
 sedang memujuk abahnya nak naik feri..
tak boleh sayang, nanti ada rezeki ibu bawak hakim naik feri ok..
mabuk laut budak kecik ni..
 teruja

saya gayat dalam hati sebab nak kena drive sorang2 dari lumut ke klang..
dah la dengan hajat nak ikut jalan biasa....
phewww nasib baik anak2, anak buah dan adik joint sekali.....
macam biasa mana tahu duduk diam buah2 hati saya ni..
umpan mereka dengan cerita boboiboy..
jauh jugak perjalanan..3 jam ++ campor sesat

nota hati - update blog kadang2 boleh menghilangkan stress..:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, November 21, 2011

Projek hujung minggu bersama En. Suami

assalamualaikum...

tengok tajuk macam kontreversi ja kan..hehehehe.
tapi bila tengok gambar sure korang dapat agak apa acik cikin buat kan
alkisah, kerusi makan murah saya sudah berusia hampir 7 tahun
hampir sama dengan usia perkahwinan kami
alhamdulillah masih kukuh cuma....
tempat duduk tu saja yang dah macam tak sanggup nak tengok
asalnya warna soft pink dah bertukar kaler
almaklum bila ada 2 anak kecil yang comel
yang sentiasa buat tumpah itu dan ini

maka terpikir la nak tukar saja kain pelapik tempat duduk kerusi tu
masih belum terpikir nak beli baru..

senang ja nak buatnya, cuma asyik bertangguh nak beli kain
membuatkan niat dihati sedikit lambat direalisasikan

cara saya sangat mudah, simple dan tak banyak budget
bahan2
kain dari nagoya 2 meter RM 25.60 (guna dalam 1 meter sahaja utk 4 kerusi)
span tebal 1 inc, 1 meter RM11
skru driver
stapler besor
that's all.:)
 1st step- bukak dulu skru tu ya kawan2
tara..dah togel..ish3 buruk bebenor
 potong kain besar dalam 2-3 inc dari saiz pelapik kerusi
potong span ngam-ngam dengan pelapik kerusi
 kemudian, susun macam buat burger tu ha.. kain dibawah sekali, kemudian span dan akhir sekali pelapik kerusi,
sebelum stapler, lipat dihujung kain supaya nampak kemas sebab saya tak jahit tepi kain tersebut..:P
kalau korang rajin, korang bukak la pelapik hitam tu dan lekat semula.
tapi saya tak berapa nak rajin..hehehe nak cepat saja...
 lipat dengan kemas, tarik tegang2 dan stapler aja..mudah kan..
ce tengok... dah pon siap.

 kemudian, ambik skru tadik dan skru smula kat kerusi... mudah kan..:)

ulang langkah yang sama pada 3 lagik kerusi yang lain
alhamdulillah, projek dapat disiapkan dengan bantuan super hero saya..
kalau sorang, tak terlarat kot.. alasan
dan yang paling penting projek ni dapat siap sebelum 2 beradik bangun dari tidur petang. kalau tak, tak siap jugak projek saya..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 18, 2011

again, Cameron H'land

sesudah bfast @ Tambun... kami pon meneruskan perjalanan...
hajat dihati mau ke Lumut... dah pon suarakan pada en hubby.. tapi dia diam ja... sah dah dapat agak dah kemana dia nak drive kereta hitam kesayangan kami ni... as usual... aktiviti setiap tahun haruslah ke Cameron H'land. walaupun saya sedikit bosan namun saya bersyukur dimurahkan rezeki dapat lagi ke Cameron pada tahun ni..kalau p umrah atau buat haji macam ni tiap2 tahun kan best..:P
jangan banyak merungut. ini pon dah cukup bagus, en suami nak bawak anak isteri jalan2. tak gitu? hehehehe..


pendakian bermula dari simpang pulai seawal 11 pg.jalan lengang..almaklum bukan musim cuti panjang.. tapi kat brincang jem jugak sebab tak banyak tempat boleh parking.


cuaca tak berapa mengizinkan, sekejap hujan, sekejap tidak..kami pasrah.. niat dihati tidak la mau masuk kemana2 tempat yang sudah beberapa kali kami lawati...cewahhh ayat tak leh blah!


singgah sekajap kat Tringkap.. ehh tetiba macam dah boleh ingat nama2 tempat kat CH ni la..hahaha




abang hakim : ok ni adik punya.. hakim nak yang train ni.. (penuh pengharapan)
si ibu: ohhh nooo, lain kali ok..tengok saja.. ( dah agak, sekejap saja main lepas tu buang... so i have decided to say NO )
penjual: frust sebab si anak2 tidak la meronta2 atau berguling2 atas lantai nak kan mainan..
si ibu: alhamdulillah..si anak memahami.




ibu cuma layan dua beradik main motor ni saja..:) cukup la kan.. kedekot tak ibu?? ngeh3
tak elok kalau terlalu manjakan anak2 dengan benda2 mainan kan...:)
kemudian cuci mata dengan sayur-sayuran yang segar... saya tak banyak pon membeli. cuma RM10 sayur-sayuran campur sebab dah nak balik kampung cuti raya haji. murah sangat..ada yang 10 paket RM10..cair hati...
 perasan sipenjual sayor..bleh??
 kat CH ni hujan2 pekena roti bakar dan teh panas..adalah sangat terbaikkk.. minum petang kat Time Tunnel..


pukul 2 petang kami dah menuruni CH, kalau ke CH memang tak sah la kalau tak menyinggah kat Bharat Tea.. pekena pulak Carrot Cake, Scone dan Teh Halia Madu...super duper nyaman..syukur...
 RM12 perset.. orang kata sedap..saya kata..."boleh la..." tak berapa best sangat pon:P
 si hakim yang sedang protest.. hahaha nak tunjuk muka masam depan camera la tu..hahahaha


ok... selesai..
nota hati: kalau boleh tak mau p CH lagik tahun depan sebabnya..saya tak tahan jalan balik ikut tapah..hadoiiii muntah jugak akhirnya..huhuhuhu.


ooo tetiba teringat... balik rumah saya buat ni dengan sayur mayur itewwww
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 17, 2011

bfast@ tambun, Ipoh Mali

sambungan entry lepas...

pagi2 lepas dah siap smua kami pon cek out. as usual kami kalau bercuti... hotel cuma untuk tdo smata2. tak kuasa nak lepak lama2. seawal 9 pagi kami sudah siap untuk bfast dan....tanpa tujuan

terlebih dahulu layan b/fast kat tambun..suasana berbeza.. kami suka..seakan berada dikampung sendiri... dari jauh dah nampak ramai orang kat kedai ni..so jom terjah dan makan apa yang rasa nak makan...jauh ni nak berjalan kononnya..

gerai kayu ditepi jalan
hidangan pertama nasik lomak
 kemudian try test bihun sup..
erkkk tak menepati tekak saya.. ala2 bihun + air+ yong tau fu..
 lepas tu ce try test plak pulut kuning n rendang ayam..erm not bad la..

ok perut dah kenyang..seterusnya??

bersambung....

nota hati: motif entry pendek2???
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Lost world of Tambun 2011

assalamualaikum...

ikutkan hati saya sudah malas nak update cerita2 yang hampir serupa tapi pikir balik tak mengapalah. walau entry ini seakan2 entry tahun lepas sebab tempat yang kami pergi hampir serupa tapi yang pasti bila dibelek2 gambar..ohhh dah besar anak2 ibu... so kasik update la jugak..:)

tempat yang dituju adalah LOST WORLD OF TAMBUN.
buat kami ini kali kedua kesana, tahun lepas on februari dan tahun ni kami pi sebab cikgu yang kat rumah tu jadik organizer untuk lawatan sekolah. almaklum, kalau nama cikgu R..memang lawatan yang dia organize ke tempat mandi manda saja la... hobi kot..:) tak pa, janji heppi.. kami sentiasa memfollow. anak2 pon sukaaa sangan aktiviti mandi manda ni... alhamdulillah selamat pegi dan balik anak2 murid cikgu R. risau bawak anak orang jauh2 ni..

banyak pulak melalut.. tarikh lawatan 29 Oktober 2011..dah lama lerrr
jom layan piccas anak2..

budak berdua yang sangat3 xcited!!!

 kalau ikutkan hati 2 beradik ni dah tak sabar nak terjun kolam tapi kami tahannnn dulu.. pusing satu taman dulu.. besar2 ikan kat sini tau..macam setahun tak makan... boleh dipegang..kalau berani larrr.


show time...

bila dah bertukar uniform lagik2 tak sabar la nak basahkan diri..hai nama pon budak2 kan..:)
 lepas dah berendam 3-4 jam masa untuk balik. kami bertolak keluar dari Lost World dalam
pukul 6.. tudia anak2 murid cikgu.. dah puas mandi manda..

disebabkan perot dah lapar..so layan dulu nasik goreng udang kat gerai fav ni. kedai ni sebelah dataran BSN Ipoh..anda tau? saya baruuuu ja tau..hehehehe


ni nasik goreng udang hakim tak pedas. tapi tetap sedap. hakim tak makan tapi abahnya yang habiskan. saya punya nasik goreng udang pedas.. sodappp pada tekak saya. dan sememangnya udang banyak sampai tak termakan even setiap suapan ada udang still tak habih even nasik goreng dah habis.....oo kelihatan disitu ada laksa ya.. yap lepas makan laksa semangkuk saya habiskan nasik goreng udang pulak sepinggan..hahahaha.. saya makan baca bismillah tau..cumanya ruang dalam usus banyak gamaknya...so boleh disumbat2 dengan kuantiti yang banyak..kih3..

lepas dah habis makan... balik semula ke tambun. check in kat sun Inn hotel Sunway City Ipoh . murah2 jer..janji tdo lelap n dapat tilam yang empuk.. terjah ja.. rate pon dalam RM80++ saja.. murah kan..:)..

bersambung....

nota hati: mati akal nak kemana kalau kat ipoh..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, November 16, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hemb...uskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, November 4, 2011

Korban buat Hakim

rasanya baru buat entry raya puasa...
dah nak raya haji..
masa begitu pantas belari....

gambar en/puan lembu sekadar hiasan dari en google.
Insyaallah hari raya kedua en suami akan buat korban untuk hakim. dah 5 tahun anak ibu baru nak buat. alhamdulillah tanggungjawab mengakikah dan buat korban untuk hakim selesai... insyaallah ada rezeki tahun depan buat untuk adik pulak.

nota hati: melaksanakan tanggungjawab sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut) sebelum tertutup mata.



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, November 3, 2011

cuci sawang

ish..umah sapa la ni..banyaknya sawang...
dush3.. ashimmmmmm sah banyak habuk..hahahaha
lama sungguh x berupdate.
mohon maaf pada kawan2 yang masih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni, kunjungan anda berakhir hampa sebab blog tidak berupdate..maaf dan terima kasih!!!
ada yg buzz kat ym ada yang bertanya via FB. ada jugak yang merisik melalui sms.. terharu saya..sob2..

ni pon mood masih wing muing. kenapa? sebab banyak perkara berlaku on october yang tak dapat saya ceritakan disini..sob3...

entry kali ni jugak jari jemari dan otak saya baru nak start enjin.. jadik saya sajikan dulu 2 keping gambar kontroversi..cehhh tak de la tahap kontroversi errot pajirot

cuba ushar si ibu buat apa? hahahha



mendaki... huhuhu every year g tempat samaaaaaaaaaaaa ja... sob2..

x nak cerita panjang2.. biar dulu acik ckin bertapa mencarik idea..muahahahaha.. apsal aku semakin sengal skang ni ya.. EPO please...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails