Tuesday, March 29, 2011

cerita malam tadik- Ayam masak serai


amacam? mengancam tak?? pada penggemar makanan pedas macam acik ckin ni pasti terliur kan...

semalam acik ckin puasa so godek2 blog maklang baru teringat..dah lama tak buat one of my fav. ni... so malam tadik semangat betul acik ckin bersilat kat dapur..so kalau uols nak try.. resepi kat bawah tu hoccay... acik ckin buat sikit je...so adjust2 la ikut ayam tu...

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor, serai  dan goreng lagi sehingga serai kering.


Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.


Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
nota hati : cik abang makan nasik sampai ulang dua kali smalam... ish3...
 Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

15 comments:

TeacherAzimah said...

isk..ni masakan kepakaran emak ni. terus teringin. harap2 ptg ni @ esok mak larat nak masakkan menu ni utk anak dia yg agak malas nak memasak ni hehe...(selamba jer aku padahal mak tgh tak sihat huhu)

mama aqeelah said...

aku teringat masak lauk ni mase kita ramai2 dok umah ko dulu..hehehehhe..memori beb!

nur said...

Salam kenal..
Sedapnya nampak ayam masak serai tu.. akak tumpang ambik resepi ya, (InsyaAllah boleh la try buat pasni)
Akak follow ya, banyak yang menarik di sini.. tq

Syikin said...

gmah- apa kata kali ni ko plak yg masakkan utk mak ko... tapi apapun air tgn mak tetap x leh lawan kan..huhuhuhu..mak ko dah getting better ke?

ayin- waaa sedap kan..ehh next time bawak la anak ko plak jalan2 kat umah aku..

nur-salam kenal, mesti cuba tau..sedappppp tau

Zana said...

sedapnya norasikin masak!!!!!...

Mama Tuah said...

hum nampak cam sedap.. bla nak try tah. lani dok jemu g tgk ayam. hehe. suma ni gara2 dok tibai aym tiap hari ms dlm pntg ghitu.

mama aqeelah said...

nk turun klang tu yg payah syikin..pekata kita kuar ramai2 potluck together2?? hehehhehe..aku chop masak nasi je blh x? :D

Syikin said...

zana- hahah time posa mmg semua nk masak yg sedap2 ja...

yati- try tgk.. sedap ni..menjilat ibu jarik oooo

ayin- mana aci..kalau masak nasik kena sekali pencuci mulut..mau? aku suka potluck..jom..cakap ja bila dan dimana..mimi dan ina mintak ko organize..buleh?

9245584 said...

potluck kat rumah sikin le.. ble ajak semua penghuni kuarter..

Syikin said...

uit..pot luck kat umah..jemput la...:O

~ShErA~ said...

ish2 sedapnya...terus rasa mcm nk balik masak..hihi..cuma takut termasak kat kedai ja..

Syikin said...

shera... masuk kedai pon ok gak...hehehe tapi masak sendirik lagik puas makan..:)

Anonymous said...

Rasanye mcm mane?? Nk kene ada gula ke masin2 sikit?? Mcm ayam msk merah ke rasanye?

Syikin said...

Rasanya macam ayam masak merah tapi lagik sedap kot.. tak manis sangat.. just nice. cubala...:)

Anonymous said...

I tk tambah gula cuma ltk kan garam je sis... Mmg POWER lh!!!! Sedap sgt i buat pedas2... Terima Kasih ye!!! Salam sayang dr org Singapura!! ;))

Related Posts with Thumbnails