sape pernah dan suka tengok tv series Nanny 911? meh saya nak angkat kedua-dua tangan saya yang halus mulus ini...
pertama kali terrrtengok tv series ni saya sudah jatuh cinta..begitu banyak perkara yang saya pelajari hanya dengan merehatkan minda buat sejam didepan TV. kadang sukar juga mencari waktu itu..primetime la katakan.. time saya sibuk baru abis masak nak mandi, etc.. kalau kat malaysia ni..tahun lepas setiap malam selasa.. tapi 2011 ni telah diubah waktu siarannya.. setiap jumaat jam 8.30 malam di NTV7.. kadang2 terlupa jugak.. tapi kini saya pasak siap2 dalam kepala time tersebut..selain layan awan dania setiap isnin..:)
apa yang best sangat tu puan cikin?? mmm tak kenal maka tak cinta la kan..saya seringkali mendengar dan kadang-kadang mengalami masalah dalam mendidik diri dan jugak anak-anak. melalui nanny911 saya belajar pendekatan yang sepatutnya dalam mendidik dan mendisiplinkan anak2, juga menjadik ibu yang baik....cuma nak buat dengan tak nak ja... mendidik diri sendiri lagik sukar sebenarnya..huhuhu dengan tv series ni jugak air mata saya selalu berjurai..well saya ni jenis merasai atau sifat empathy memang sentiasa lebih..so i can feel that moment hoccay..hehehe
so, kawan2 kalau ada masa jom la layan...tengok dan nilai sendiri...setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya... pada saya nak baca buku parenting tak ada masa kan..ceh alasan semata2!!!!.. to cik mar..thanks a lot sebab hang yang mula2 suruh aku tengok citer ni kan...:) i really like it!!!!
kalau tak ada masa, boleh jugak search kat youtube...memang dah lama saya nak belajar ilmu parenting begini, tapi kebanyakkannya dalam bentuk bacaan dan dengar ceramah. Tapi Nanny 911 dia boleh belajar case-by-case basis.
Kita boleh belajar macam mana nak handle anak-anak yang degil, suka merengek, suka menjerit, suka buli adik-beradik. Boleh belajar macam mana nak improve hubungan suami isteri supaya sama-sama dapat bantu improve suasana dalam rumah. Memang best.
Rancangan Nanny 911 fokus pada cara nak handle anak umur 9 tahun ke bawah. Ia memang penting, sebab ni peringkat kita menyemai dan menyuburkan benih. Mudah-mudahan, bila besar nanti dia akan tumbuh jadi pokok yang baik, insyaAllah.
Wallahu a'lam.
kata hati: yang baik dijadikan panduan dan yang buruk dijadikan sempadan..nak seribu daya...:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
3 comments:
owh mesti tgk ni mcm best jer
tq syikin bg info pasal Nanny 911..sgt2 berguna..dah tgk jumaat lepas..siap pujuk wan join skali..
shera- oo dah tgk yer..baguih kan citer tu..so lepaih ni setiap jumaat jom pakat2 kita tgk ..:)
Post a Comment