dah basi.. tapi saya rasa pengetahuan yang saya perolehi dekat Genius Baby On Board (GBOB) ni takkan basi2.. paper harian metro rabu lepas pon ada keluar pasal GBOB dan kegigihan Watie menggeniuskan anak-anakknya.. Qarissa sudah pandai membaca seawal usia 14 Bulan..sekarang dah dua tahun..sebaya Arissa.. tak percaya? sila google kat youtube.
Pertama kali mengetahui pasal GBOB adalah melalui Forum Cari.com.. sejujurnya sudah sekian lama saya tidak membaca kat forum tersebut terasa rindu sebab melalui forum macam2 ilmu yang saya dapat...semuanya dihujung jari kan.. saya baca mengenai Quzaira yang mempunyai tangan tidak bertulang tapi pandai membaca..so amazing!!..nak tahu dengan lebih lanjut..klik blog watie kat http://geniusbabyonboard.blogspot.com/
kenapa saya ke sana? sekadar menghadiri FREE PREVIEW: LITTLE READER pada 23 Januari lepas.saya nekad bawak anak2 ke Puchong, dari saya menghabiskan masa hujung minggu mengadap TV rasanya lebih baik saya mencari sedikit ilmu dan mencari satu suasana baru untuk anak2.
sebaik melangkah kaki menaiki anak tangga pon sudah buat hati saya teruja...dengan deko yang begitu menarik hati dan begitu ceria. Bangga saya dengan Watie dengan lahirnya GBOB.
Watie juga ada buat playgroup, pelbagai seminar diadakan untuk meransang stimulasi bayi dan kanak2.sangat informatif, dalam diam saya mengikuti beliau..:)
Hakim dan Arissa pon joint preview...buat kecoh aja...
inilah watie.. sangat peramah...insyaallah kaki saya akan kesana lagik..
Hakim dan Arissa yang enjoy the day... ada rezeki ibu bawak ke playgroup pulak ya
my BFF masa kat teknik a.star, syani dan sitembam Hakimi
lama gila kat sini almost 4 hour melepak disini tapi
masih belum puas mendengar celoteh si watie
Nota hati: Hati terdetik nak mencuba LITTLE READER tapi bila ya...alasan si ibu yang kononnya sentiasa sibuk..pokok pangkal adalah KEMAHUAN...mmm
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...