Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari ibu..

Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari ibu buat ibu2 diluar sana. Aku as usual tak penah pun sambut hari ibu...cuma sekadar memberi ucapan keramat ini buat mak tersayang hanya melalui henpon buruk yang telah banyak berjasa pada aku dan hakim (sebab hakim kerap main game pakai henpon aku). Pada aku hari2 adalah hari ibu sebab kerja seorang ibu tak pernahnya habis dari bukak mata sampai la tutup mata(tdo). Alhamdulillah dipanjangkan umur mak aku untuk melihat anak2 dan cucu2 membesar. Aku tak sempat berjumpa dengan MIL tapi aku (meninggal ditanah suci mekah masa hubby form 5, sedih sgt aku tgk hubby time tu...jgn terkejut coz kami satu kelas masa sekolah dulu...hehehhe) aku bersyukur kerana step MIL aku sporting dan boleh dibuat kawan. alhamdulillah........

Tetiba pagi ni terasa nak berkongsi sesuatu dengan kawan2 kat luar sana. Ramai yang bekerjakan. korang masak tak everyday? aku? 90% masak kat rumah. walaupun kadang2 pukul 6.30ptg baru sampai kat rumah sempat lagi aku melayan cerita Matahari sambil2 aku melembutkan ayam/ ikan aku yang keras kejung itu. lepas magrib maka bermula la silat menyilat kat dapur. yang pasti 8.30 perut perlu diisi. kalau aku lapar tahap gaban.. balik2 terus masak. dah 7.30 selesai mandi dan solat terus boleh makan.

Anak2 aku dah sedia maklum. si adik lepas menyusu terus tido kadang tak sempat nak dodoi kan dah selamat tdo. si hakim pulak layan tv saja. bila dah siap masak baru la nak bersantai2 dengan anak-anak.
di sini ada sedikit tips macammana nak cepat proses masak memasak ni.

1. kupas siap2 segala bawang, halia dan masukkan dalam bekas comel2 yang kedap udara. (aku buat seminggu sekali sebab kalau terlalu banyak yang dah kopek pun rosak jugak nanti...membazir)
2. kalau rasa banyak masakan nak kena blend. blend siap2 untuk kegunaan 2 mggu ke sebulan pun boleh. lepas tu simpan dalam bekas kedap udara.
3. blend siap2 cili - caranya masakkan cili dan blend bersama sedikit garam.(aku ni nak cepat aku beli saja cili giling dan simpan dalam bekas kedap udara)
petua: semua2 ni simpan dalam peti sejuk.gunakan sudu yang kering masa ambil bahan2 blend ni supaya tak de bakteria yang menyebabkan bahan2 tersebut cepat rosak
4. sayur kalau nak tahan lama. lepas beli basuh dan toskan sampai kering. potong siap2 dan masukkan dalam bekas kedap udara.
5. ikan atau ayam asingkan dalam bekas atau plastik mengikut portion yang kita nak sahaja. maksud aku untuk sekali masak sahaja. tujuan: bila nak pakai just tow/lembutkan yang kita nak masak sahaja. jadik struktur isi ayam atau ikan akan lebih fresh. tak de la asyik nyahbeku lepas tu simpan dan lagi dan lagi. dan kaedah ni jimat masa...masa amat berharga okey.......
info tambahan :aku cuma shopping barang basah seminggu sekali. barang dapur lain/ barang kering bila habis sahaja. selalunya sebulan sekali. sebab kalau kerap aku singgah kat TESXX maka dompet ku akan susut sebab banyak benda lain aku campak dalam trolley aku tu. dan aku shopping sendiri tanpa bawak anak2 sebab mereka akan membahkan kos aku...even hakim sorang nanti mainan la...kopok la...bla bla..

ini aku punya stok comel2- bawang merah+ bawang putih, bawang putih dan cili blend

makan malam siap selepas 30 min bersilat di dapur.. simple tapi menyelerakan bagi kami bertiga...


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
ok l

2 comments:

Haslinda said...

tenkiu..tipss yg amat berguna bg ibu2 yg bkerja n suka masak sendiri..bab cara asing2kan ayam/ikan tu mcm best ja..nk try lah..tenkiu..

Ciklinn said...

ya tips berguan utk ibu2 yg bekerja...

linn duk uamh ni pun buat camtu gak senang n cepat... nak2 ayam yg ikan yg sejuk beku tu kan...

Related Posts with Thumbnails