Thursday, May 21, 2009

JEMPUTAN PERKAHWINAN

BERBESAR LA HATI SAYA DAN KELUARGA MENJEMPUT SEMUA YANG MEMBACA BLOG DAN FP SAYA, TEMAN2 LAMA, TEMAN2 BARU, TEMAN2 ALAM MAYA....SEMUA2 LA.. SUDILAH KIRANYA MENJENGAH KE MAJLIS PERKAHWINAN ADIK TUNGGAL SAYA PADA

TARIKH: 30.05.2009
TEMPAT : NO 58, FELCRA BELIMBING TUALAK, KUALA NERANG, KEDAH
JAMUAN MAKAN: TULIS KAT ATAS KAD 11 PG - 6 PTG..TAPI KALAU KORANG DATANG DILUAR LINGKUNGAN WAKTU TERSEBUT INSYAALLAH SEDAYA UPAYA KAMI SEKELUARGA MENYEDIAKAN SAJIAN SEENAK RASA.

SEKALI LAGI SAYA DAN KELUARGA MEMPERSILAKAN ANDA SEMUA KE MAJLIS YANG AMAT BERMAKNA BUAT KAMI SEKELUARGA...
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, May 19, 2009

Insyaallah

Insyaallah dengan rezeki yang diberi Allah buat kami tahun ni dapatlah kami merancang (2hb 6) untuk ke negeri dibawah bayu ini. Harap2 dipermudahkan percutian kami kesana bersama anak2. Setelah hampir 10 tahun...kini tiba masa untuk sekali lagi kaki aku ni menjejak ke sana. dulu solo kini dah bertiga. Sudah pasti bumi dibawah bayu itu banyak berubah.Harap2 plan berjalan dengan lancar. Dalam masa seminggu disana dapatlah kiranya aku ke kundasang, tuaran, KK, labuan dan juga limbang (sarawak).
Setinggi gunung itu jugalah harapan aku agar boss dapat meluluskan cuti aku yang hampir 2 minggu itu..agak kurang waras dengan pengambilan cuti yang begitu banyak. Bermula 28hb. 5 sehingga 9hb. 6. Memang dah ditentukan tuhan agaknya bila mana secara tak terpikir dek akal ku.. boss memberi cuti pada semua staff dengan alasan "mid year break" bermula 4hb 6 sehingga 9hb 6. Tak pernah2 dalam sejarah sepanjang 6 tahun aku disini...senyum meleret la aku.. yahooo!!!.. Hakim tak sabar2 nak naik plane. Dulu masa naik dia baru setahun lebih so kurang xcited. Now dia yang terlebih xcited. Harap dia dan adik dapat bertahan 4 jam + 2 jam menaiki bot/feri menuju ke labuan dan limbang nanti...Perjalanan dengan anak2 perlu perancangan rapi agar tak kelam kabut dan tidak buang masa... ada sapa2 nak pesan pearl? boleh aja....

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari ibu..

Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari ibu buat ibu2 diluar sana. Aku as usual tak penah pun sambut hari ibu...cuma sekadar memberi ucapan keramat ini buat mak tersayang hanya melalui henpon buruk yang telah banyak berjasa pada aku dan hakim (sebab hakim kerap main game pakai henpon aku). Pada aku hari2 adalah hari ibu sebab kerja seorang ibu tak pernahnya habis dari bukak mata sampai la tutup mata(tdo). Alhamdulillah dipanjangkan umur mak aku untuk melihat anak2 dan cucu2 membesar. Aku tak sempat berjumpa dengan MIL tapi aku (meninggal ditanah suci mekah masa hubby form 5, sedih sgt aku tgk hubby time tu...jgn terkejut coz kami satu kelas masa sekolah dulu...hehehhe) aku bersyukur kerana step MIL aku sporting dan boleh dibuat kawan. alhamdulillah........

Tetiba pagi ni terasa nak berkongsi sesuatu dengan kawan2 kat luar sana. Ramai yang bekerjakan. korang masak tak everyday? aku? 90% masak kat rumah. walaupun kadang2 pukul 6.30ptg baru sampai kat rumah sempat lagi aku melayan cerita Matahari sambil2 aku melembutkan ayam/ ikan aku yang keras kejung itu. lepas magrib maka bermula la silat menyilat kat dapur. yang pasti 8.30 perut perlu diisi. kalau aku lapar tahap gaban.. balik2 terus masak. dah 7.30 selesai mandi dan solat terus boleh makan.

Anak2 aku dah sedia maklum. si adik lepas menyusu terus tido kadang tak sempat nak dodoi kan dah selamat tdo. si hakim pulak layan tv saja. bila dah siap masak baru la nak bersantai2 dengan anak-anak.
di sini ada sedikit tips macammana nak cepat proses masak memasak ni.

1. kupas siap2 segala bawang, halia dan masukkan dalam bekas comel2 yang kedap udara. (aku buat seminggu sekali sebab kalau terlalu banyak yang dah kopek pun rosak jugak nanti...membazir)
2. kalau rasa banyak masakan nak kena blend. blend siap2 untuk kegunaan 2 mggu ke sebulan pun boleh. lepas tu simpan dalam bekas kedap udara.
3. blend siap2 cili - caranya masakkan cili dan blend bersama sedikit garam.(aku ni nak cepat aku beli saja cili giling dan simpan dalam bekas kedap udara)
petua: semua2 ni simpan dalam peti sejuk.gunakan sudu yang kering masa ambil bahan2 blend ni supaya tak de bakteria yang menyebabkan bahan2 tersebut cepat rosak
4. sayur kalau nak tahan lama. lepas beli basuh dan toskan sampai kering. potong siap2 dan masukkan dalam bekas kedap udara.
5. ikan atau ayam asingkan dalam bekas atau plastik mengikut portion yang kita nak sahaja. maksud aku untuk sekali masak sahaja. tujuan: bila nak pakai just tow/lembutkan yang kita nak masak sahaja. jadik struktur isi ayam atau ikan akan lebih fresh. tak de la asyik nyahbeku lepas tu simpan dan lagi dan lagi. dan kaedah ni jimat masa...masa amat berharga okey.......
info tambahan :aku cuma shopping barang basah seminggu sekali. barang dapur lain/ barang kering bila habis sahaja. selalunya sebulan sekali. sebab kalau kerap aku singgah kat TESXX maka dompet ku akan susut sebab banyak benda lain aku campak dalam trolley aku tu. dan aku shopping sendiri tanpa bawak anak2 sebab mereka akan membahkan kos aku...even hakim sorang nanti mainan la...kopok la...bla bla..

ini aku punya stok comel2- bawang merah+ bawang putih, bawang putih dan cili blend

makan malam siap selepas 30 min bersilat di dapur.. simple tapi menyelerakan bagi kami bertiga...


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
ok l

Monday, May 4, 2009

Surprise party for Big boss




Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, May 1, 2009

Everyone can fly kan? ha nah hambekkkkkkkkkkkk

Tonight aku sesaja gatal melayari laman web siBurung merah yang akan membawa ku terbang next month. Sayangnya setelah mouse aku ini seronok klik sana klik sini... akhirnya aku yang frust sendiri bila mana tambang yang aku bayar jauh lebih mahal dari sekarang. erk ark!!! mau hijau dibuatnya... beza lebih dari RM300...aduh..boleh buat sewa hatel untuk 2malam tu.aduh....terhirisnya hati ku..naper la si burung merah itu wat aku tension cam gini...sepatutnya orang yang booking awal ni layak la dapat harga lagi murah ini tidak...lagi mahal adala... dalam hati berkata- kata..." it's ok dear take it as a learning experience" walaupun hati membara ni... hampesssssssssssssssss


Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails