Tuesday, September 13, 2011

Santapan Rohani...:)

✐ Belajarlah BERSYUKUR walaupun KEKURANGAN .

✐ Belajarlah IKHLAS walaupun TAK RELA .

✐ Belajarlah TAAT walaupun BERAT .

✐ Belajarlah MEMAHAMI walaupun TAK SEHATI .

✐ Belajarlah SETIA walaupun BANYAK GODAAN .

... ✐ Belajarlah MEMBERI walaupun TAK SEBERAPA .

✐ Belajarlah MENGASIHI walaupun kau DISAKITI .

✐ Belajarlah TENANG walaupun kau sedang GELISAH .

✐ Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH .

✐ Belajarlah BERSABAR walaupun PERIT .



"Bersyukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada. InsyaALLAH ketenangan pasti dirasa."



Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, September 9, 2011

Tina....

sapo lak dak tina tu?
okla meh saya introduce.. Tina tu panggilan Arissa untuk kawan baru dia yang berambut pink seperti dibawah. Arissa yang pandai2 bagi nama tina.. mana dapat idea entah...
Tina dihadiahkan oleh angah masa nak balik Klang ahad lepas..
Arissa heppi bukan main, kehulur kehilir bawak tina..cian bebear..dianak tirikan..
siapa plak bebear?


jeng3..ini la bebear yang kerap jadik teman dan bahan bulian arisaa..lunyai dah.. dah beberapa kali 'dimandikan' dalam mesin basuh saya..tahan lasak! ni jugak pemberian angah, tapi bukan untuk arissa, untuk hakim kira-kira 4 tahun lepas... hakim mana layan sangat bebear ni ha.
 mereka bertiga sedang leka melayan DORA. saya terpaksa redho berkenalan dengan siri2 katun kesukaan anak2..:P
 notti ya kamu..:) love you baby

perkembangan arissa setakat hari ini.. 2 tahun 8 bulan
- sudah 70% free diapers diusia 2 thn 4 bulan.. cuma pakai malam atau travel jauh2 saja.
- cepat berdikari.. mandi sendiri, pakai baju sendiri.
- suka 'tolong' ibu didapur
- suka main air
- cakap banyak dan petah bercakap..ikut sapa la ni..:P
- cepat matang berbanding abang..
- kuat melawa, nak cantik je sentiasa..ikut sapa ni? ibu tak dak la melawa sgt pon
- memilih dalam bab2 pakaian. nak pakai yang dia suka ja, yang cantik saja. hatta kasut pon kena pilih ikut citarasa dia. tak cantik tak nak pakai..hadoyaiii.
- kalau cakap dia tak lawa..siap la kena marah balik dengan dia sambil kata " ica cantik la!!!"

nota hati- begitu pantas masa berlari.....

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Thursday, September 8, 2011

4 Sept...Happy bday MUHAMMAD LUQMAN HAKIM


Alhamdulillah dipanjangkan usia ibu untuk melihat anak ibu membesar depan mata.
selamat lahir abang hakim, semakin hari semakin bijak..:)
sambutan kali ni buat kat umah wan ali memandangkan semua berkumpul raya pertama
abah hakim belikan 2 biji kek, KFC dan angah beli jajan.. simple tapi meriah!
janji abang hakim hepi


 choclate blueberry kek dan vanila kek

geng bas sekolah
sila jangan gelak. ibu bertudung ala2 zombie


harapan setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang dilahirkan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..amin..:)

selang seminggu saya belikan kek 3kg ni untuk hakim bawa ke tadika. dia sangat la heppi...:)

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, September 6, 2011

Gambar Raya saya bg tahun 2011 cuma...



ha.. itu ja yang boleh diterima utk ditempek.. selainnya hancus ceh macam banyak
pendek kata tak de gambar raya sangat pon.
kalau panjang umur, tahun depan la bergambar semula..:P
mood ke laut untuk bergambar,
 nak berjalan raya pon terasa MALAS..wei apsal malas bebenor kamu ni ha
masa beraya jugak compact camera seakan2 tidak wujud,
 walhal ada terpendam dalam handbag.
buat berat bawak je minah!! kehulur kehilir kamu bawak...tapi tak guna! edisi marah diri sendiri

raya saya macam tahun-tahun sudah ke hulu kehilir kejap umah mak kejap umah MIL.. seminggu berkali2 berulang hampir setiap hari..den penat..penat packing..unpacking..:(

nota hati: ooo patut la saya moody, cuti raya dah habis..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Friday, August 26, 2011

Iftar @ De Palma Shah Alam

alhamdulillah berakhir sudah ramadan moga bertemu lagi ditahun depan
plan last minute akhirnya menjadi nyata
berbuka bersama rakan seopis mok cha famili dan jugak kak jimah famili
disebabkan last minute maka ini ja yang boleh join.

BUFFET RM55 PER PERSON
KIDS RM35 PER PERSON
KIDS BELOW 12 FREE

Kami cuma bertiga sebab hakim dah seminggu balik kampung ikut tok ah

we ols
 arissa dan qaisara
                                                         foods..penoh meja
 yang menghiburkan Jay jay dan juga kumpulan nasyid the brothers.
alhamdulillah rasa berbaloi.. tidak terlalu mahal dan sesuai dengan saiz poket dan juga perut..:)

nota hati: lama betul tak berupdate blog ni..erkk.. sebulan tu lama la kan..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Monday, August 1, 2011

Blue Team!!

Sukan tahunan tadika an-naim.. pada 23 July 2011..
masa ni adik arissa baru je baik dari ciken pox.. selang seminggu hakim pulak kena..sob2.. jom layan gambar sukan budak2 kiut ni..

Hakim dalam pasukan biru..yang mana ahli2nya comel2 belaka.. tapi alhamdulillah berjaya menjadik juara dihari tersebut..:)

starting on 8am.. perbarisan cam pom2 kids... sambil sebut nama rumah sukan masing2..ohh sungguh chomel!!

acara gula2 gergasi kot .. hehehe bersemangat hakim..juara lagik!!

oo ini plak aiskrim gergasi.. go hakim go..

bersedia menjadik peserta pertama acara.... duduk atas belon sampai pecah!!

time ni kelakar...dah comel sangat saiz..susah betoi belon tu nak pecah...
ni acara apa ekk lupa.. kepit bola kot..:)

penat ya hakim? setiap habis satu acara mintak ibu bekalan..kek pisang+ air:) 
lurve both of u... 

biru...semuanya...tanda sokongan tak berbelah bagi pada hakim..poyo tak? kekekek 

and at last..smua dapat hadiah..suka bukan main ..belum sampai rumah dah bukak... 
ok sekian dulu entry 'secepat kilat' acik cikin... nak tunggu masa terluang ..uhh susah... baik buat semampunya... kang terus hilang daya ingatan..:P

Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...

Tuesday, July 26, 2011

Floria 2011 @ Putrajaya

hohoho..sudah lama x mengupdate blog angkara kerja2 menimbun dan jugak mood swing muing...
untuk ingatan diri sendiri dan anak2.. sempat jugak kami ke Floria 2011 pada..ermmm jap nk ingat tarikh...toing3.. ini angkara Hakim la ni pandai2 edit tarikh kat kamera..wahai la anak

tarikh 9 July 2011
alasan gambar sikit: Batri Hp nyawa2 ikan begitu juga batri kamera canon Ixus
tiada perancangan nak ke Floria maka DSLR tak bawak.... (as usual keluar rumah tanpa tujuan, tengah jalan baru pikir mana mau lepak..:P)
emosi: huwaaaaa rugisssssssssss

tong shampahhhhh

 my luvely
indahnya pemandangan...
 
sob2 tak dapat capture more and more..next year datang lagik..kalau dimurahkan rezeki dan dipanjang umur...:)
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails