sapo lak dak tina tu?
okla meh saya introduce.. Tina tu panggilan Arissa untuk kawan baru dia yang berambut pink seperti dibawah. Arissa yang pandai2 bagi nama tina.. mana dapat idea entah...
Tina dihadiahkan oleh angah masa nak balik Klang ahad lepas..
Arissa heppi bukan main, kehulur kehilir bawak tina..cian bebear..dianak tirikan..
siapa plak bebear?
jeng3..ini la bebear yang kerap jadik teman dan bahan bulian arisaa..lunyai dah.. dah beberapa kali 'dimandikan' dalam mesin basuh saya..tahan lasak! ni jugak pemberian angah, tapi bukan untuk arissa, untuk hakim kira-kira 4 tahun lepas... hakim mana layan sangat bebear ni ha.
mereka bertiga sedang leka melayan DORA. saya terpaksa redho berkenalan dengan siri2 katun kesukaan anak2..:P
notti ya kamu..:) love you baby
perkembangan arissa setakat hari ini.. 2 tahun 8 bulan
- sudah 70% free diapers diusia 2 thn 4 bulan.. cuma pakai malam atau travel jauh2 saja.
- cepat berdikari.. mandi sendiri, pakai baju sendiri.
- suka 'tolong' ibu didapur
- suka main air
- cakap banyak dan petah bercakap..ikut sapa la ni..:P
- cepat matang berbanding abang..
- kuat melawa, nak cantik je sentiasa..ikut sapa ni? ibu tak dak la melawa sgt pon
- memilih dalam bab2 pakaian. nak pakai yang dia suka ja, yang cantik saja. hatta kasut pon kena pilih ikut citarasa dia. tak cantik tak nak pakai..hadoyaiii.
- kalau cakap dia tak lawa..siap la kena marah balik dengan dia sambil kata " ica cantik la!!!"
nota hati- begitu pantas masa berlari.....
1 comments:
larrr i tot tina anak nom 3 hang hahaha... btw cikin aku dah delete acc fb permanently jeng jeng jeng...;-)
Post a Comment