Friday, December 18, 2015

Acik Cikin Ke Europe..

Dah lama dah pon kisahnya.. Malas yang menggunung nak update blog tapi jauh disudut hati nak sangat update in detail travelog acik ckin ke sana.. ya la bukan selalu atau senang aku ni nak dapat jejak kaki ke sana kan.. hu huhu
Secara ringkas, moh buat review dulu sepintas lalu
Tak silap dalam bulan 7 macam tu berita gembira acik ckin dapat dari management.. alhamdulillah tak terpikir pon dapat peluang sebest macam ni.. Dapat travel ke Korea sebulan lepas tu travel ke Europe aka Madrid.. walla..serius sebelum ni tak tahu pon Madrid tu kat mana dalam peta dunia. Malas nak ambik kisah kononnya.

hari yang ditunggu2 pon tiba.. flight acik cikin
Kuala Lumpur  > Amsterdam> Madrid pada 10 October 2015 dan penerbangan pulang pada 19 October 2015. Selamat sampai Malaysia 20 October 2015. ya.. tahu.. dah 2 bulan.. hahaha dah ingat2 lupa dah ni.

Emosi sungguh masa nak fly hari tersebut.. cik abang tak dapat hantar ke KLIA sebab Hoki.. sedih pilu semua ada. Last minute drive sendiri ke rumah kawan acik cikin untuk sama2 dengan dia ke KLIA. tup2 sebelum boarding en suami bawak anak2 datang kejap jumpa kat KLIA. waaa baru la rasa tenang nak fly.alhamdulillah.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madrid lebih kurang 16 jam 15 minit.
KUL to Amsterdam Shiphol Airport (KL810) , Departure time 23:20 dan arrival time at Amsterdam 6 am.. dengan menaiki Boeng 777-300. Besar flightnya.. tapi tetap lenguh kaki mak ni..hahah penerbangan paling lama bagi acik cikin.
Sesampai di Amsterdam .. 6am suhu sekitar 6C.. sejuk gedi, sesak, Airport besar..itu gambaran yang boleh diberi.. nak lalu imegresen pon berasak2. kami cuma ada masa kurang satu jam untuk transit. tak de tunggu2 terus masuk fast lane nak naik flight terus ke Madrid. sebab flight jam 7. dan.. suprisenya.. macam amazing rase dah aku rasa.. berlari tak cukup tanah. besar gila Airportnya...huhu.. kami bertiga penumpang paling last on board. lambat seminit..bye2..

Perjalanan dari Amsterdam ke Madrid memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. tepat 9.30 am kaki acik cikin dah jejak bumi Madrid. sekali pandang macam Airport dekat India.. hahaha.. sebab macam padang jarak padang terkukur. Nama Airport Madrid Alfonso Suarez Madrid-Barajas. Yang pelik.. tadi passport dah cop dekat Amsterdam.. keluar je Airport Madrid.. tak ada lagi imegresen.. keluar gitu ja.... cuaca sejuk.. suhu sekitar 17C. suasana macam mendung tapi sedap cuacanya. Jakun!!

oh ada kisah lagi.. masa sampai2 kat Madrid ni.. jeng2..nak ambik luggage.. luggage tak sempat transfer dari flight..alahai..sadisss.. so log la report.. luggage akan sampai tengahari.. nasib baik ada lagi 1 flight..hari tu..fuh..
 keluar ja dari Airport Barajas.. inilah pemandangannya. Tambang Teksi dari airport ke hotel dalam 20 Euro.. tak jauh..dekat saja. dalam 10-15  minit.

 Kami akan bermalam di Madrid dari Ahad 11 Oct hingga 16 Oct. Hotel dan flight semuanya kawan acik cikin yang uruskan. Alhamdulillah. big thanks to her.
Nama hotel :

Be Live City Airport Madrid Diana hotel GaleĆ³n, 27, Madrid, Spain
 Link :http://be-live-city-airport-madrid-diana.madridrealhotel.com/en/

Simple sangat biliknya. dan boleh diklasifikasikan kedekut..hahaha.. tak da special toiletries, air mineral pon tak diberi..huhuhu sadis.. nasib baik ada jugak TV.. hahaha

Hari pertama di Mardid yang penuh kepenatan, tapi kami paksa juga badan untuk keluar ke town. Dari hotel lebih kurang 30 minit nak ke city dengan naik Metro. tujuan utama nak cari makan dan juga nak g Hard rock Cafe. terus terang jet legged sangat.. tapi tahan jugak2.
jom la cuci mata. Ni baru hari pertama. hahah mampukan aku buat review sampai 10 hari..pingsan.












Quality gambar dari handphone saja. sekian.
p/s: Semoga diberi rezeki untuk sambung lagi cerita.. Santiaga.. Paris..London.. wah lagik best uols!!
Terima kasih kerana mengunjungi blog Syikin. jemput datang lagi ya...
Related Posts with Thumbnails